Photobucket

Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru Ke – 41

0

KUALA KANGSAR 16 Mei – Guru berinovasi merupakan guru yang berkualiti dalam menempuh era globalisasi yang semakin diwarnai oleh ekonomi berteraskan ilmu dan inovasi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, guru berinovasi mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.

“Dalam konteks ini, sebelum melangkah masuk ke bilik darjah, seorang guru berinovasi akan menekuni kurikulum dan menilai apakah keberhasilan yang ingin dicapai,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru 2012 peringat kebangsaan bertemakan “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara” di Dewan Jubli Perak di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan.

Keutamaan guru berinovasi adalah memastikan murid berupaya menggunakan ilmu yang diajarkan di dalam bilik darjah bukan semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan malah membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi di dunia nyata, katanya.

“Guru berinovasi ialah guru yang mampu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir,” katanya.

Teks Ucapan Hari Guru 2012

Muhyiddin berkata, guru yang berupaya menilai pencapaian dan potensi murid secara holistik serta sentiasa mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kecemerlangan murid supaya dapat bersaing di dunia yang semakin mencabar juga merupakan guru berinovasi. (more…)

Bursary (Dermasiswa) Automatik Kepada Pelajar Cemerlang SPM 2011

0

Kerajaan hari ini memutuskan untuk menawarkan Bursary (dermasiswa) automatik kepada 1,609 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang memperoleh sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas. Statistik pencapaian 1,609 pelajar itu adalah 9A+ (1,020 orang), 10A+ (492 orang), 11A+ (90 orang) dan 12 A+ seramai tujuh orang.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan akhbar sebentar tadi berkata, Bursary adalah bantuan kewangan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran untuk mengikuti pengajian di peringkat persediaan (pra-universiti) sebelum pelajar melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti dalam atau luar negara.

Beliau berkata, pada tahun ini, bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar lepasan SPM pada 2011, semua pelajar cemerlang yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary secara automatik oleh Kementerian Pelajaran tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latarbelakang.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan juga meluluskan penajaan di bawah Program Biasiswa Nasional (PBN) kepada 50 orang pelajar paling cemerlang lepasan SPM 2011 di kalangan yang terbaik mengikut senarai Kementerian Pelajaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia berasaskan kepada merit akademik.

Katanya, calon-calon yang terpilih akan ditawarkan biasiswa dari peringkat persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan yang menjadi minat pelajar di universiti dalam dan luar negara seperti disenaraikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Bagi kesemua program pra-universiti yang sudah tersenarai, pemberian Bursary tertakluk kepada pelajar sudah ditawarkan/ditempatkan di pusat persediaan yang ditetapkan oleh kerajaan. Sila layari laman web Kementerian Pelajaran untuk membuat semakan dan pengemaskinian profil pelajar program Busary mulai 16 April 2012.

Kenyataan Akhbar JPA

Motivasi Kejayaan Datuk Dr Maznah Hamid

0

Datuk Dr. Maznah Hamid adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau telah membawa Securiforce yang tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.

Beliau kini mengepalai hampir 60 buah cawangan, mengetuai hampir 5,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high – tech cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori konsep ‘total security’.

Hasil daripada kegigihan beliau dan ‘team’nya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak. Danau Lumayan membina kondominium-kondominium berserta ‘penthouse’ yang eksklusif.

Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif dan telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistics. Securiforce Logistics memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai ‘success story’ Datuk Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau ialah ‘modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri’.

Beliau merupakan seorang yang dinamik, berfikiran positif, bersemangat waja, cekal dan berani menanggung risiko. Beliau memegang teguh prinsip ‘kita mesti sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar, maka akhirnya kita akan mendapat lebih dari apa yang kita kerjakan’. Prinsip ini telah membawa kejayaan besar di dalam bidang kerja dan perniagaannya membolehkan beliau berada di tahap sekarang.

Setelah 30 tahun berniaga, beliau dapat membuat kesimpulan-kesimpulan berikut. 

  1. Modal perniagaan yang utama dan pertama adalah diri sendiri dan sedikit ‘Luck’ nasib baik.
  2. Pantang larang berniaga. Jangan sekali kali berhutang di bank di peringkat permulaan perniagaan. Kerana ianya hanya mengundang Bala. Guna dan cari sumber or OPM ‘Other People’ s Money’.
  3. Mulakan dengan satu perniagaan dulu. Tumpukan sepenuh perhatian . Hidup mati or survival kita dalam perniagaan yang satu ini!
  4. Jangan bergantung pada sesiapapun atau bantuan kerajaan, grant dan lain-lain. Di peringkat awalnya ikut rasmi pendatang asing, tiada pergantungan, tiada menteri atau bank yang akan membantu.
  5. AMARAN: Hanya orang yang sanggup berkorban, kuat, berani, cekal, bijak dan mempunyai ‘Never Say Die Attitude’ sahaja yang akan berjaya!!

SUMBER

Panduan Kerjaya Guru

0

Tahukah anda bahawa kerjaya guru di Malaysia bermula dengan lulusan SPM sahaja? Mungkin rahsia ini tidak ramai yang mengetahuinya kerana beberapa sebab seperti tiada sumber informasi seperti buku rujukan khusus, tidak dapat mengikuti perkembangan pendidikan semasa, dan tiada sumber yang tepat.

Hanya dengan menggunakan kelulusan SPM, seseorang individu itu tidak perlu menempuh laluan sukar bagi mengejar impian untuk menjadi seorang guru. Satu panduan lengkap untuk anda yang bakal mendedahkan bukan sahaja kerjaya guru lepasan SPM, tetapi ada 8 lagi saluran perguruan di Malaysia. Jika benar anda seorang yang serius untuk menjadi seorang guru, maka panduan ini amat sesuai untuk anda jadikan rujukan. Klik LINK INI untuk memilikinya.

Panduan ini turut memuatkan program-program perguruan yang ditawarkan oleh institusi perguruan di Malaysia.

Kelebihan Akademik Bukan Ukuran Untuk Cipta Kejayaan

0

Rencana Penuh: KLIK SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Go to Top