Kapasiti pendinginan atau cooling capacity bermaksud haba dalam bilik yang harus dikeluarkan sehingga bilik tersebut mencapai suhu dan kelembapan tertentu. Rekabentu piawai untuk keadaan ini ialah pada suhu 24°C dan kelembapan relatif 55%. Kajian menunjukkan kombinasi suhu dan kelembapan relatif ini adalah paling kondusif untuk tubuh manusia. Dalam ertikata lain anda akan berasa selesa berada dalam bilik tersebut.
Oleh itu pengetahuan berkaitan kapasiti pendinginan dapat membantu anda memilih penyaman udara yang paling sesuai dan optimum dengan bil bulanan anda. Bahagian ini akan menerangkan cara mendapatkan kapasiti pendinginan yang sesuai untuk sesebuah ruang dimana anda akan memasang penyaman udara.
KAEDAH 1
i) Kira isipadu bilik iaitu panjang (ft) x lebar (ft) x tinggi (ft) = V ft³
ii) Darabkan isipadu ini dengan 6
V x 6 = C1
iii) Anggarkan jumlah orang (P) yang akan menggunakan bilik tersebut. Setiap orang mengeluarkan lebih kurang 500 BTU/jam haba dari badan mereka untuk aktiviti harian biasa.
P x 500 BTU/jam = C2
iv) Jumlahkan kedua-dua nilai = C1 + C2 = C (BTU/jam)
Nilai C adalah kapasiti pendinginan yang diperlukan untuk ruang/bilik yang telah anda kira diatas. Selepas anda memperolehi nilai ini, anda bolehlah mencari penyaman udara yang mempunyai kapasiti pendinginan paling hampir.
KAEDAH 2
Panjang (feet) X Lebar (feet) X 60 = _______ BTU
Satu lagi istilah yang biasa digunakan oleh penjual ialah HP (horse power). Mereka mungkin akan mengesyorkan kepada anda 1HP, 1.5HP, 2HP, 2.5HP dan sebagainya apabila anda ingin membeli penyaman udara. Namun HP bukanlah ukuran yang tepat untuk menganggarkan kapasiti pendinginan yang diperlukan untuk bilik anda. HP hanya merujuk kepada kuasa pemampat pada unit penyaman udara.
Huraian selanjutnya boleh dirujuk pada bahagian HP vs BTU.
Nak tanya utk kira keupayaan pemanasan out door unit jenis split mc mna eh?
Salam cikgu. ade tak garis panduan dari badan bertanggungjawab seperti JKR, ST untuk pengiraan saiz/kapasiti ini?
Wassalam. Sepanjang pengetahuan saya utk kiraan kapasiti pendinginan ni tiada. Kita boleh ikut anggaran rumus atau cadangan pengilang atau menggunakan apps di playstore.
Asalamualaikum….macam mana pula cara mengira kapasiti chiller & saiz AHU untuk sesebuah banggunan
salam cikgu nas.
dalam pengiraan kapasiti pendinginan ni, kita cari luas sahaja atau isipadu bilik?
Salam. Isipadu bilik..maksudnya luas X tinggi.
aku kire hall aku dapat final 775 047 C#
BIO BETUL NI.. hahaha
23Lx17Wx11H punya diameter hall
hello, boleh bantu. saya nak cari nota berkaitan pengiraan beban haba bilik sejuk/ cool room, komponen-komponen yang digunakan dlm pemasangan cool room serta manual pemasangan cool room. tq.
Salam cikgu..
Pertanyaan..
Berdasarkan pemahaman saya..
1)1org/kepala pengiraan btu 500btu/jam.
a)contoh dlm ruang bilik ada 30orang x 500btu/jam= 15000btu/jam
2)isipadu setiap ruang perlu di x 6.(PxLxT)
Salam Cikgu,
Untuk pengiraan cooling load dalam satu bangunan, cara mana yang lebih tepat. Gunakan cara yang cikgu tunjuk di atas (rule of thumb) atau mengunakan CLTD method cooling load berdasarkan buku dan jadual daripada ASHRAE Handbook lebih tepat. Berdasarkan MS1525-207, mereka mengesyorkan menggunakan pengiraan daripada ASHRAE Handbook untuk mengira cooling load dalam sesuatu bangunan. Harapan semua pertanyaan saya dijawab. Terima kasih.
Salam. Guna saja rujukan ASHRAE yg tuan nyatakan tersebut.
Salam,
di mana saya boleh dapatkan jadual CLTD untuk Malaysia ya? Dalam ASHRAE yang saya ada hanya menunjukkan latitude 40N. Mohon bantuan ya.
terima kasih
Saya nk tanya kalau keluasaan rruang tamu 23×20 kaki ps…brape hp/kuasa yg sesuai…tolong respon admin
Salam cikgu..bagaimana boleh menghubungi cikgu..email cikgu
Salam. Boleh hubungi saya di no WhatsApp di muka depan blog ini.
cikgu nak tanya kt malaysia pakai standard apa ye pemasangan aircond
Terima kasih atas perkongsian info ini. Sangat berguna.
Pada langkah 2
Darap isi padu ini dengan 6
6 = mewakili APA ?
cikgu yg langkah 2 tu knpe mesti didarabkan dengan 6 ?? mohon penjelasan cikgu . saye x paham
Itu adalah rumus untuk mengira kapasiti pendinginan. Nilai C iaitu C1 + C2 yang anda perolehi adalah dalam unit BTU/jam.
1 HP = 9000BTU/jam
Jika C/9000 anda akan dapat dalam bentuk HP.
Pengiraan saya berdasarkan pengalaman keluasan sqf ini di darsbkan 100 btuhhr/sqf jadi 108000 heat enery yg di perlu untuk menyejokan. 1 hp boleh generste 10000 btuhhr.
Jadinya sejumlah 10.8 hp air con set di perlukan.
4 set 3 hp atau 6 set 2 hp.
Minta maaf cikgu..
1HP sebenarnya = 2545 btu/jam bkn 9000btu/jam
Terima kasih atas makluman tersebut tn. Persamaan 1HP = 2545btu/jam merujuk kepada kuasa untuk pemampat sahaja. Kapasiti sebenar bagi keseluruhan sistem apabila lengkap beroperasi untuk menyerap haba ialah 1HP = 9000btu/jam ~ 10000btu/jam bergantung kepada rekabentuk sistem yang dihasilkan oleh syarikat pengeluar.
Sorry to say. 1hp=2545 btu/hr is for electricity term
1 hp=9000btu/hr is in the thermal term. it means that 745kW of electricity can produce 2.4 kw cooling effect on the room and also it mean the cop of air cond is 2.5
cikgu ada jadual tak mengenai aircond berapa hp dan bekalan kuasa yg diperlukan.boleh tolg berikan maklumat
Perkaitan HP dan bekalan kuasa ini bergantung pada model dan standard ujian yang dibuat oleh pengilang. Sebagai contoh untuk model MXX : 1HP = 930Watt, 1.5HP = 1270 Watt, 2HP = 1900 Watt & 2.5 HP = 2850 Watt.
Tlong kira berapa hp aircond utk masjid saya yg berkeluasan 66’×76’×15′
ok. keluasan masjid 1080persegi, brape hp . tlg cadangkan tq
Tn guna perisian dalam nota ini atau terus ke website ini.