Unit penyaman udara mestilah diselenggara mengikut jadual oleh juruteknik mahir. Walaupun unit masih berfungsi dengan baik, penyenggaraan dan servis adalah penting untuk memastikan ketahanan unit dan kebolehupayaan unit memberi kesejukan mengikut kapasiti awal. Ia juga untuk memanjangkan jangka hayat unit penyaman udara itu sendiri.

Terdapat dua penyenggaran berjadual yang perlu dilakukan iaitu:

  1. Penyenggaran harian atau mingguan – dilakukan sendiri oleh pengguna.
  2. Penyenggaraan tetap – dilakukan oleh juruteknik mahir.

Dalam bahagian ini saya akan menunjukkan penyenggaraan harian atau mingguan yang boleh dilakukan sendiri oleh pengguna. Ia sangat mudah tetapi memberi kesan besar kepada operasi unit penyaman udara. Penyenggaran harian atau mingguan yang boleh dilakukan oleh pengguna ialah membersih penapis udara dan mengelap badan unit dalam dengan kain lembap. Langkah keselamatan sebelum anda melakukan penyenggaran ini ialah OFF kan unit penyaman udara dan cabut plug 3 pin dari soket.

  • Membuka penutup hadapan.
  • Mengeluarkan penapis udara.
  • Membersihkan penapis udara dengan air.
  • Mengeringkan penapis udara.
  • Memasukkan semula penapis udara ke dalam slot.
  • Menutup semula penutup hadapan.
  • Mengelap bahagian badan unit dengan kain lembap.
Membuka penutup hadapan & Mengeluarkan penapis udara.

 

Membersihkan penapis udara dengan air & mengeringkannya.

 

Memasukkan semula  penapis udara ke dalam slot & Mengelap bahagian badan unit dengan kain.

Penyenggaraan tetap pula meliputi kerja – kerja seperti memeriksa kuantiti gas, mencuci penyejat dan pemeluwap dengan bahan kimia, memeriksa salur air, memeriksa saluran pemaipan kuprum untuk mengesan kebocoran dan memeriksa sambungan wayar antara komponen.

Adalah agak sukar untuk diterangkan di sini kerana ia melibat kerja – kerja praktikal dan memerlukan peralatan spesifik. Oleh itu pengguna disarankan mengambil juruteknik mahir untuk melakukan kerja penyenggaraan sekurang – kurangnya setahun sekali. Namun jika ada masalah pada unit, penyenggaraan perlulah dibuat segera.

34 comments on “Teknik Mudah Servis Penyaman Udara

  1. Salam cikgu,
    Apa punya kompressor meletup dan terbakar.
    Kami ada syarikat peyelenggara aircon, mula katanya aircon tak berfungsi sebab kompressor rosak. selepas tukar kompressor , jalan dalam sehari lepas tu habis meletup. katanya cooling coil tersumbat. sebab dah 3 kali tukar kompressor , masalah yang sama timbul. Betul ke cooling coil tersumbat boleh menyebabkan kompressor meletup dan terbakar. bagaimana nak buat pemeriksaan cooling coil dan pastikan ia tak bocor atau tersumbat semasa pemeriksaan berjadual dilakukan.

    • Wassalam. Kalau ikut prosedur tukar compressor yang betul dan pengendalian gas yang betul maka tak timbul isu. Saya tak tau aircond cik ni guna gas apa dan bagaimana prosedur tukar commpressor tu dibuat?

  2. Assalamualaikum cikgu.
    Aircond sy ble on compressor dengan blower xjalan. lampu merah menyala. Current input ade, current output ke compressor dan blower xde. ape yang rosak ye? tolong sy cikgu. terima kasih.

    • Salam tn. Masalah pada indoor. Cek blower kenapa tak pusing, mungkin kapasitor rosak atau mungkin motor blower rosak. Kemungkinan lain ialah IC Board rosak.

  3. cuci filter sahaja mmg xboleh,,yg sptutnye kna cuci dgn siripnye sekali,kalau cuci filter tapi sirip dlm kotor pun xde maknanye jgk,aircond rumah sya motor kipas dh rosak disbbkan hnya memcuci filter sahaja,meknik tu ckp gitulah.motor kna kerja keras disbbkan sirip kotor.

    • Perlu tambah injap servis pada bahagian tekanan rendah untuk pemasangan tolok pancarongga.

  4. Salam cikgu. Dalm exem amali sek. Vokasional menyatakn penyediaan minyak pelincir untuk aircond. Apakah maksud minyak pelincir itu

  5. As salam cikgu. Ingin bertanya, saya memakai aircond jenama mitsubhisi 1hp selama 3 tahun. Cuma baru2 ni ada masalah aircond berfungsi tapi tidak sejuk. just berasa angin sahaja. Penapis udara dah dibersihkan. Tapi still hadapi masalah yang sama. Adakah perlu pemeriksaan atau penyelenggaran menyeluruh sistem or ketiadaan gas?? Harap cikgu dapat membantu saya. Terima kasih.

    • Salam. Dari masalah yang nyatakan, cuba periksa kipas unit luar berpusing/tidak. Jika tidak berpusing memang kita tidak akan berasa sejuk dalam bilik kerana haba bilik tidak dibebaskan keluar. Jika kipas tidak berpusing, periksa pula kapasitor kipas. Periksa juga pemampat dan kapasitor pemampat. Selain itu, tekanan gas juga perlu diperiksa. Semua ini perlu dipastikan elok terlebih dahulu.

  6. Salam cikgu, maaf saya nak bertanya, boleh tak saya dapatkan padanan Ampere bg setiap hp split unit?

  7. Assalam cikgu…nk tye saya ada aircond mudah alih jenama mec yg sy bli 3 thn lps…mula2 pakai mmg sejuk tp skrg dh tk sejuk…bleh cikgu trgkn kenapa bleh jd tk sejuk ye?aircond mudah alih ni guna gas gak ke?klu guna mcm mana nk tambah ye?

    • Salam. Jika aircond memang menggunakan gas tetapi jenis mudah alih (portable) ini tak perlu tambah gas. Ia seperti unit tingkap juga dan berbeza dengan unit pisah. Jika nak tambah gas kena tambah injap servis untuk sambung ke tolok. Saya rasa mungkin penapis udara/penyejat/pemeluwap telah kotor dan perlu dibersihkan.

  8. asalamualaikum tuan…nak tnya masalah aircond…saya juruteknik aircond juga tapi blum pernah jumpa masalah ni…unit aircond running mcm biasa tapi tidak sejuk…bila buat troubleshoot…unit kompressor running dan tekanan gas pada low side melebihi 100psig dan bacaan amp jatuh hingga hingga 2.5amp…unit aircond ni split 1.5hp jenama york…tolong bagi pencerahan masalah ni tuan…terima kasih

    • Salam.
      Besar kemungkinan tiub kapilari tersumbat. Jadi tuan buang semua gas, buat proses vakum dan isi gas semula.

      Jika masih bermasalah, tukar tiub kapilari yang baru mengikut HP unit penyaman udara tersebut, vakum dan isi gas semula.

  9. Assalamualaikum…apabila kite buat vekum kan….nk tahu sama ada kbocoran @ x pada paip mcm mana….bacaan meter pada tolok pcarongga menunjuk perubhan mcm mana???

    • Tuan boleh tutup injap tekanan rendah pada tolok dan perhatikan jarum meter pada tolok. Jika naik walaupun sedikit bermakna ada kebocoran.

      • Tuan..patut kita setkan di remote aircond tu dry mode ke tuk jimatkan electrik aircond tu?

        • Kena faham beza mode dry dan model cool. Dalam musim panas mcm ni mode dry tak sesuai digunakan. Ia bukan merendahkan suhu bilik. Jadi kurang bijak guna mode dry semata2 untuk jimat elektrik. Jika musim hujan (musim hujan yer…bukan hari ni hujan esok panas tu dah kira lain) kelembapan persekitaran adalah tinggi. Jika guna mode dry terasalah suhu bilik tu rendah sedikit dan jimat kerana pemampat tak jalan. Banyak faktor lain yang memberi kesan kepada penggunaan elektrik terutamanya cara penggunaan dan penyelenggaraan.

  10. assalamualaikum cikgu boleh tak bg nota lokasi pemasangan unit outdoor yang betul dan bekalan kuasa yang digunakan terhadap hp tertentu.

    • Wssalam. Nota lengkap pemasangan outdoor dan indoor ini ada dalam CD Interaktif di bawah tajuk Pemasangan Unit Penyaman Udara – Unit Pisah. Cikpuan boleh layari website ini untuk maklumat lanjut.

      Sebagai alternatif cikpuan juga boleh dapatkan buku dalam page modul-pembelajaran-modul-pentaksiran website ini.

  11. cikgu mcm na nk bagi gas dlm tabung ac x keluar,jika kita buka sendiri untuk nk pindah rumah?

    • Ya jika tanpa prosedur yang betul sistem akan kehilangan gas. Jika untuk tujuan baikpulih/servis tuan perlu buat pump down dahulu untuk mengelakkan kehilangan gas.

      • boleh cikgu bagi penerangan pump down tu sikit,ada kah ia sejenis alat..?
        saya nk pindah rumah dan saya nk buka ac sendiri mcmna saya x nk bagi gas dlm tabung ac hilang banyak..?

        • Pump Down adalah satu prosedur mengumpulkan gas kedalam pemampat menggunakan tolok pancarongga. Apabila semua gas telah masuk ke dalam pemampat, maka unit boleh dicabut dengan selamat tanpa membuang gas. Saya ada huraikan penerangan ini dalam Nota Prosedur PPU yang berharga RM10. Sekian

  12. salam cikgu.sy berminat tgk blog cikgu ni.sy nk ty,cikgu ade ilmu lanjut x ttg preventive maintenance.modul equipment modification.sy perlukn nota2 b,kaitan dgnnya.sy hrp sgt ptlgn dr ssma kt ni coz nk buat persediaan u ngajar budak kolej vokasional ni u sem6,7 n 8 nt.klu blh tlg,cikgu bgtaula ye.mg Allah mrhmati mu sntiasa.aamiin…

    • Wassalam cikpuan. Agak tinggi level tajuk yang cikpuan nak itu. Apa yang saya ada semua telah saya upload dalam blog. Mungkin cikpuan boleh dapatkan dari link HVAC yang saya kongsikan di blog (sidebar). Terima kasih..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *