Bermula 1 Januari 2021, kerajaan menyediakan sejumlah RM30 Juta untuk warganegara Malaysia dalam meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan barangan jimat elektrik atau cekap tenaga. Kerajaan menjangkakan sebanyak 140,000 isi rumah bakal menerima manfaat SAVE 2.0 yang telah diumumkan dalam Bajet 2021 yang lalu! Bagi merealisasikan program SAVE 2.0 tersebut, kerajaan memberi E-Rebat bernilai RM200 untuk rakyat membeli peralatan jimat tenaga.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, program ini diperkenalkan dalam usaha kerajaan memulihara alam sekitar dan menggalakkan penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga. Inisiatif ini juga adalah usahasama Kerajaan Malaysia, SEDA, Suruhanjaya Tenaga dan Shopee sebagai platform pembelian. Kupon yang akan diterima perlu digunakan untuk membeli samaada pendingin hawa atau peti sejuk yang berlabel 4-bintang atau 5-bintang di Shopee!
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia.
- Pengguna TNB, SESB atau SEB.
- Setiap akaun bil elektrik hanya dapat satu kupon.
- Permohonan bermula 1 Januari 2021.
Bagaimana untuk memohon?
Setelah permohonan dibuat, keputusan akan diberitahu dalam tempoh 14 hari bekerja, dan sekiranya permohonan berjaya, E-Rebat akan di kreditkan ke dalam akaun Shopee Wallet anda! Kemudian, anda boleh mula membeli samaada pendingin hawa atau peti sejuk jimat tenaga 4-bintang atau 5-bintang!
Link permohonan: SAVE 2.0 RM200 Voucher.