Dana Pemfailan Harta Intelek (DANA IP 2.0)

PENGENALAN

Program Dana Pemfailan Harta Intelek (Dana IP 2.0) tahun 2023 adalah geran pembiayaan pemfailan harta intelek yang disediakan oleh kerajaan. Geran ini ditawarkan kepada Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Dana IP 2.0 ini bertujuan untuk menggalakkan inovasi dan menggalakkan pemfailan harta Intelek di kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, dana ini juga bertujuan untuk meningkatkan daya saing usahawan tempatan dengan memberikan perlindungan harta intelek seterusnya merangsang ekonomi negara.

 

Dana IP 2.0

 

TARIKH PERMOHONAN : Permohonan Dana IP 2.0 ini dibuka bermula dari Januari 2023 sehingga 31 Oktober 2023.

KRITERIA PEMILIHAN : 

Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

2. Terbuka kepada:

  • Individu;
  • Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) / Syarikat Milikan Tunggal / Perkongsian;
  • Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Agensi / Kementerian;
  • Komuniti Setempat / Tempatan (bagi Petunjuk Geografi);
  • Pelajar Kolej / Institusi Kemahiran / Politeknik / Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dan setaraf; dan
  • Pelajar Sekolah Rendah / Menengah (Permohonan adalah di bawah nama pihak sekolah)

3. Pemohon hanya layak memohon SATU dana sahaja dalam setahun kalendar untuk permohonan pemfailan bagi salah satu komponen Harta Intelek berikut:

  • Cap Dagangan;
  • Paten;
  • Reka Bentuk Perindustrian;
  • Hakcipta; dan
  • Petunjuk Geografi (komuniti setempat/tempatan sahaja).

Permohonan boleh dibuat secara online atau manual. Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh di dapati di Laman Web Rasmi MyIPO.

https://www.myipo.gov.my/ms/dana-pemfailan-harta-intelek-dana-ip-2-0/

Kemaskini 8/2/2023

Permohonan Hak Cipta

1) Lengkapkan borang CR-1-2022. Ikut panduan yang diberikan. Boleh tandatangan secara online atau print dan scan semula.

        https://drive.google.com/drive/folders/1HfxnIE05nn3VLc_zq9hiiZm3QFGah2bg?usp=share_link

2) Isi permohonan secara online di halaman https://tinyurl.com/DanaIP2bagiTahun2023.

Sebelum hantar borang permohonan pastikan anda telah menyimpan salinan karya dalam format softcopy (CD/DVD/pendrive). Saiz karya tidak melebihi 3GB. Salinan karya ini perlu di hantar kepada Urus Setia Dana IP 2.0 dalam masa 3 hari bekerja selepas menghantar permohonan online.

3) Pos karya anda sebaik sahaja telah menghantar permohonan online.

4) Anda akan menerima no pendaftaran hak cipta melalui emel. 

Saya telah menghantar karya pada 17 Januari 2023 dan menerima no pendaftaran hak cipta pada 8 Februari 2023. Lebih kurang 3 minggu untuk proses. Ayuh rebut peluang ini!! Jika tn/pn ada persoalan boleh tanya diruangan komen. Saya sedia membantu anda..:)

Pos karya pada 17.1.2023.
Terima emel no pendaftaran pada 8.2.2023.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Print Friendly, PDF & Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *