Dalam tajuk ini saya akan huraikan cara mengira kos elektrik apabila anda menggunakan penyaman udara. Ada banyak sumber dan cara mengira yang mungkin anda telah jumpa di internet. Semua kaedah pengiraan adalah secara anggaran sahaja. Kos sebenar bergantung juga kepada cara anda menggunakan penyaman udara tersebut.
Saya berikan contoh penyaman udara yang lama tidak diservis akan menjadikan bil elektrik anda lebih tinggi kerana unit tersebut terpaksa bekerja lebih lama untuk mencapai suhu yang telah ditetapkan. Kapasiti pendinginan berkurangan kerana unit tersebut kotor. Oleh itu pastikan unit penyaman udara anda diservis secara berkala dengan betul bagi mengelakkan peningkatan bil elektrik dan kerosakan pada penyaman udara.
Kaedah 1 – Kaedah HP
HP x 0.746 kWj x kadar elektrik oleh pihak berkuasa x jumlah jam digunakan sehari.
Kaedah 2 – Kuasa Penyaman Udara Dalam Watt
Contoh kuasa pemampat ialah 950 Watt. Tukar kepada kWj.
950/1000 = 0.95 kWj
0.95 x kadar elektrik oleh pihak berkuasa x jumlah jam digunakan sehari.
Kedua – dua kaedah diatas adalah anggaran kos untuk sehari sahaja. Bagi mendapatkan kos sebulan anda perlulah darab 30 hari. Sila rujuk kepada jadual tariff untuk mendapatkan kadar elektrik yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Terdapat perbezaan tariff antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Pump aquarium sy 60watt on 24 jam.. jatuh sebulan berapa ya tuan
Assalamualaikum cikgu nak tanya 1hp bersamaan 950/1000 kalau 1.5 hp atau 2.5 hp berapa watt?
Wassalam. Rujuk pada nameplate pada unit tersebut. Nilai tersebut adalah kuasa pemampat sahaja.
Assalammualaikum cikgu mohon pertolongan kalau cikgu tidak keberatan dibawah ini ada senarai perkakasan saya mohon cikgu berikan dlm kilowatt mengikut kebiasaannya :
Aircond 1hp =
Aircond 1.5hp =
Aircond 2.5hp =
Water pump =
Peti sejuk restoran=
Ice maker =
Peti frozen. =
Wassalam. Tn rujuk dan download 2 ebook dalam catatan Rahsia Jimat Elektrik.
Kalau air cond 1hp, 2334kw cara nak kira untuk dapat harga elektrik cam mana kira
Salam cikgu, macam mana nak kira kos elektrik bagi penghawa dingin jenis inverter
assalamualaikum cikgu,hp atau kwj nak ambil dekat mana yer?
Wassalam. Rujuk pada nameplate pada outdoor atau indoor.
Assalam.cg..saya ada mesin vendding…kuasa 240v…jadi..mesin on bermula jam 1200 dan mati pada jam 0700 pagi..setiap hari..jadi kiraanya bape…rm dlm sebulan cg…
Salam tn. Cek semula berapa Watt mesin tersebut. Yang tuan bagi tu voltan. Jika ada nilai Watt kita blh kira kos guna rumus di atas.
salam ,saya nak tanya penggunaan water pump.. dia ada tulis.. kat water pump ..AC220-240V 50HZ 7.2W ..penggunaan saya 24jam …selama 30hari (sebulan) ..mohon bantuan pengiraan
Salam
Kuasa (kWj) X kadar elektrik oleh pihak berkuasa X jumlah jam digunakan sehari.
(7.2/1000) X RM 0.218 X 24 = RM0.04
Untuk sebulan = RM0.04 X 30 = RM1.13
assalammualaikum cikgu
meminta jasa baik cikgu bagaimana untuk mengira kos penggunaan electrik air handler unit (AHU).model Trane ttv500b/raup 500
Salam .. tolong saya kira kan nilai ini 32kwj 1 jam berapa rm
rm6.976 per jam
Hi, kira2 brapa anggaran kos untuk satu majlis live band (gitar elektrik 3, speaker 4, microphone 2) yg beroperasi selama 8 jam? Maaf, itu je details yg dpt saya berikan, tuan..
Hi, semuanya dapat dikira jika ada kuasa (Watt) peralatan tersebut.
Klau aircond 2359kwh.. brpe
Guna rumus diatas. Berapa jam digunakan sehari? berapa lama digunakan. Rujuk diatas, rajin2 lah membaca.
Salam..sy nak tahu bagaimana pengiraan penggunaan elektrik bagi aircond 1.0 horsepower, 2.5 horsepower dan 4.0 horsepower..
Mohon pencerahan..
T.kasih..
Sy nak tanya cara pengiraan penggunaan elektrik perjam bagi aircon 1horsepower,2.5 horsepower dan 4.0 horsepower..terima kasih..
Salam cikgu, saya ingin mengetahui bagaimana cara pengiraan kos electric sekiranya saya mangambil ampere. Contohnya WCPU R:74A Y:79A B:74A. Bagaimana hendak mengubahnya menjadi kwh. Pengunaan selama 1 jam.
Salam. Diluar pengetahuan saya untuk memberi jawapan. Kes ini ada saya baca dalam group FB MALAYSIA ELECTRICAL ENGINEERS ASSOCIATION (MEEA). Tn boleh join group tertutup tersebut. Mengira kuasa dari unbalanced current dan menukar ke KW.
salam cikgu, saya nak tanya macam mana nak kira penggunaan motor elektrik contoh macam swimmimg pool pump yang beroperasi setiap hari 9 jam? ada formula x? mintak bantuan cikgu
What is the national brand watt ?
As salam cikgu,
Mohon pencerahan pengiraan. Dalam bilik pejabat saya terdapat 2 unit air cond 5HP. Beroperasi selama 9 jam/22 hari.
Salam.
Mengikut rumus: HP x 0.746 kWj x kadar elektrik oleh pihak berkuasa x jumlah jam digunakan sehari.
Oleh itu: 5HP X 0.746kWj X RM 0.218 X 9 = RM7.32
Untuk 22 hari = RM7.32 X 22 = RM161.04
Untuk 2 unit = RM161.04 X 2 = RM322.08
salam cikgu
saya ada menggunakan aircond berkuasa 55 Watt dan digunakan selama 10 jam sehari.
Mohon jasa baik cikgu bantu saya membuat kiraan.
terima kasih cikgu.
sabah area.
Wassalam. Sebelum tu aircond apa kuasa 55Watt ni?
Boleh tunjukkan cara pengiraan untuk AHU unit.berapa pengunaan nya untuk 1 jam.
4 compressor 2 run 18.7 & 2 run 16.8 ampere ditambah dengan kekuatan fan motor 11kw. Boleh beri contoh pengiraan yang sesuai.?
As Salam Cigku Nas,
Saya Zulham Adha, saya ada menyewa satu kontena yang dijadikan cold room berkapasiti 7hp. Minta jasabaik Cikgu Nas untuk menerangkan cara pengiraan penggunaan elektrik selama satu bulan dan kontena cold room tersebut beroperasi 24 jam tanpa henti selama sebulan.
Terima Kasih.
Salam,
Boleh guna rumus dalam Kaedah 1 diatas.
HP x 0.746 kWj x kadar elektrik oleh pihak berkuasa x jumlah jam digunakan sehari.
= 7 x 0.746 x 0.218 x 24
= RM 27.32 sehari
Untuk 30 hari = RM 27.32 x 30 = RM 819.60
Salam cg,
Bagaimana perkiraan jika aircond 1HP digunakan selama 150 jam dalam tempoh sebulan?bagaimana perkiraannya?
Salam. Aircond 1HP mempunyai beban antara 850Watt ke 950Watt. Saya anggap aircond tersebut mempunyai beban 950Watt dan digunakan 5 jam sehari.
Pertama, kira jumlah penggunaan tenaga dalam unit kWj:
kWj = (950/1000) W x 5 j = 4.75 kWj
Kedua, kira kos tenaga:
Kos tenaga = 4.75 kWj x RM 0.218 = RM 1.04 (rujuk kadar tarif ini)
Oleh itu kos selama sebulan (30 hari) ialah:
RM 1.04 x 30 = RM 31.20
Saya nak tanya adakah kuasa 1 penyaman udara 2hp sama dgn 2 penyaman udara 1.5hp+1hp? Dan bagaimana kos nya pula
Kuasa tidak sama. Keperluan kuasa ini bergantung kepada kapasiti pendinginan yang diperlukan oleh bilik tersebut. Kos juga berbeza mengikut kuasa dan jenama. Lebih tinggi kuasa lebih mahal.
Mcm mana nak convert watts yg digunakan dirumah kemudian ditukarkan dgn microfarad…peralatan dirumah…7 k/angin…2 p/sejuk…2 w/heater…10 lampu kalimantan…2 tv
Cuba guna aplikasi online dalam laman web seperti komen saya diatas.
Slam cikgu nas.. tolong bagi nasihat..kenapa aircond brand panasonic saya selepas kurangkan gas dari 100 ke 70 tiba2 x sampai sehari kompresor outdoor kacau..on x sampai 5 minit stop..blower indoor ok..adakah cut problem..tq sifu..
Assalamualaikum cikgu…
Saya nak tanya bagaimana nak kira kos penggunaan elektrik untuk situasi ini :
– Sistem water cooled chiller mempunyai 2 x 300TR chiller.
– Guna selama 9 jam sehari
– Jadi bagaimana nak kira kos penggunaan elektrik?
Terima kasih.
Salam. Berdasarkan maklumat 300TR chiller tersebut, tn perlu dapatkan berapa penggunaan dalam kiloWatt dahulu mengikut spesifikasi chiller berkenaan. Mengikut perkiraan saya di LAMAN WEB INI, nilai kW ialah
= 1055.06kW
Untuk spesifikasi yang diberi = 2 x 1055.06kW = 2110.12 kW
Seterusnya 2110.12 x kadar elektrik oleh pihak berkuasa x jumlah jam digunakan sehari.
= 2110.12 x RM0.218 x 9 = RM4140.06 sehari
Kaedah 2 : Rumus pertama dalam nota diatas:
i) Tukar kW kepada HP menggunakan laman web yang sama = 2829.7HP
ii) 2829.7 x 0.746kWj x RM0.218 x 9 = RM4141.70 sehari
Begitulah serba sedikit pemahaman saya. Anggaran ini adalah minima kerana nilai RM0.218 adalah tarif TNB untuk 200kWj pertama sahaja. Nilai sebenar jauh lebih tinggi.
Assalamualaikum cikgu.. saya ada soalan .. mcm mana nak kira kos untuk satu cucuk sate kalau tenaga yang digunakan 24 watt/ inch square ? boleh ke saya gunakan kaedah yang sama?
Salam. Rumus untuk kos penggunaan elektrik adalah tetap seperti di atas. Cikpuan kira sahaja berdasarkan kuasa/tenaga (Watt) yang digunakan berdasarkan kaedah di atas. Terima Kasih.
cikgunas .. kwj tu maksud nya kilowatt per jam ke ?
kwj – kilowatt jam bukan kilowatt perjam
salam..saya nak tanya cikgu bagaimana nak membuat perbandingan antara lampu florocent 36 watt dan lampu led T5 28watt. boleh tak cikgu ajar saya untuk membuat kiraan pengunaan dlm kwh.
Salam. Kuasa yang lebih kecil bermakna penggunaan tenaga lebih rendah. Ini bermakna lampu LED lebih jimat.
Untuk mengira kos penggunaan elektrik, tn boleh ikut mana-mana kaedah diatas. Contoh untuk lampu 28Watt:
28/1000 X kadar penggunaan elektrik pihak berkuasa X jumlah jam digunakan.
Harap dapat membantu tuan.
T.kasih cikgu nas atas cara2 pengiraan penggunaan elektrik.
sama2 tn mohamad.:)
Assalamualaikum
Apa khabar
minta tolong cg kira kadar pengunaan electrc
machine air.machine ini beroparasi 24jam
Electrical characteristics
Power supply 240V single-phase
Out put 580 W Fuse 10A
Mohon pencerahan
Din
Wsalam.
i) Kira jumlah penggunaan tenaga dalam kWj
= (580/1000) x 24 jam = 13.92kWj
ii) Kos tenaga = 13.92 x RM0.218 (kadar
semenanjung) = RM3.03
iii) Untuk 30 hari = RM3.03 x 30 = RM91.04
Harap dapat membantu tuan. Sebagai bacaan tambahan tn boleh download ebook percuma di bahagian Rahsia Jimat Elektrik
adakah anda tahu membuat code dalam visual basic…?
maksud saya buat program Calculator Bill electric (Domestic Mode)
ini idea saya..saya ada banyak idea boleh buat wang!…
PROGRAMMA 18Years
macam mana nak buat code visual basic “calculator bill electric
please reply dekat email.tq
ferdyalrawi@gmail.com
Cikgu..
Kalau input 560watt dan pengunaan hanya utk masa 30min. Macam mana saya nak kira.
i) Kira jumlah penggunaan tenaga dalam kWj
= (560/1000) x 0.5 jam = 0.28kWj
ii) Kos tenaga = 0.28 x RM0.218 (kadar
semenanjung) = RM0.06
Nilai ini akan didarab dengan bilangan hari alat tersebut digunakan.
13.92kwj perday x 30day = 417.6 kwj permonth..
Drp 417.6 kwj barulah dapat dikira kos sebenar menggunakan rate tnb kn??