HP (Horse Power) dikenali juga sebagai kuasa kuda. HP adalah ukuran kuasa mekanikal untuk menggerakkan pemampat manakala BTU/jam merujuk kepada kuantiti haba yang disingkirkan untuk merendahkan suhu dalam sesuatu bilik.

Memahami kedua-dua istilah ini sangat penting sebelum anda membeli unit penyaman udara. Setelah anda mendapat kapasiti pendinginan yang diperlukan (dalam unit BTU/jam) untuk sesuatu bilik maka nilai tersebutlah yang digunakan untuk memilih saiz penyaman udara yang betul. Nilai ini mempunyai perkaitan dengan HP tetapi berbeza maksud. HP adalah kuasa pemampat pada unit penyaman udara tersebut sahaja.

Perkaitan HP dan BTU/jam adalah seperti berikut. Namun ia mungkin sedikit berbeza bergantung kepada syarikat pengeluar.

  • 1 HP : 9000 BTU/jam – 10000BTU/jam
  • 1.5 HP: 12000 BTU/jam – 15000BTU/jam
  • 2 HP : 16000 BTU/jam – 20000 BTU/jam
  • 2.5 Hp : 22000BTU/jam – 27000 BTU/jam

Situasi yang mungkin wujud di kedai ialah, anda ditawarkan sebuah unit penyaman udara A dengan kapasiti pendinginan 9000 BTU/jam pada harga RM799. Manakala di kedai lain sebuah unit penyaman udara B dengan kapasiti pendinginan ialah  9040  BTU/jam pada harga RM899. Yang mana pilihan anda?

  • Kedua – dua unit ini masih dalam kategori 1 HP kerana berada dalam julat 9000 BTU/jam – 10000BTU/jam
  • Anda boleh memilih penyaman udara A kerana harga nya lebih murah tetapi kapasiti pendinginan kurang berbanding penyaman udara B.
  • Rujuk Panduan Sebelum Membeli Penyaman Udara. Mungkin dapat membantu anda untuk membuat pilihan.

Maklumbalas: info@https://cikgunas.net

Print Friendly, PDF & Email

13 comments on “HP vs BTU

  1. Salam..saya nk bertanya jika saiz bilik sesuai until 1hp tapi pakai 1.5hp adakah lagi jimat elektrik jika bilik lg cpt sejuk?

    • Waalaikumussalam. Boleh tiada masalah. Untuk penjimatan banyak faktor lain yang perlu diambil kira terutama cara guna aircond tersebut.

    • Bilik cepat sejuk dan compressor akan cut off. Boleh menjimatkan elektrik. Jaga cara penggunaan aircond tersebut. Jika tidak boleh merugikan.

    • Yes sir but that’s conversions refer to compressor power only. Overall system is more than that. Normally 1HP equal to 9000BTU/h – 10000BTU/h.

  2. Salam cikgu.

    Tumpang tanya. Macam mana nak tau berapa jumlah HP pada aircond. Cara baca HP di tag I/U dan O/U ??

    Thank you cikgu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *