Pada peringkat awal, satu eksperimen telah dilakukan terhadap kulit manusia iaitu dengan menitiskan setitis alkohol pada kulit. Kulit akan menjadi sejuk kerana alkohol termeluwap dan menyerap haba dari badan. Seperti yang kita tahu haba bergerak daripada kawasan bersuhu tinggi (panas) ke kawasan bersuhu rendah (sejuk). Maka suhu alkohol yang lebih rendah (sejuk) itu menyebabkan suhu badan manusia yang lebih tinggi (panas) mengalir ke arahnya. Proses ini berterusan sehingga kadar pemindahan haba jasad A (alkohol) ke jasad B (kulit manusia) adalah sama dari jasad B ke jasad A. Prinsip ini di namakan sebagai keseimbangan terma.

Sistem penyejukan dan penyamanan udara telah menggunakan prinsip ini untuk menghasilkan  satu sistem yang lebih sistematik dan selamat untuk proses perpindahan haba ini. Satu eksperimen lanjutan telah dibuat dalam sebuah bilik pula.

Sebekas alkohol telah diletakkan dalam sebuah bilik dan di dapati suhu bilik tersebut menjadi lebih rendah. Ini adalah kerana alkohol telah termeluwap dan menyerap haba bilik yang lebih tinggi. Lama – kelamaan alkohol akan habis kerana telah melalui proses pemeluwapan.

Idea 1:

Adakah lebih baik jika alkohol yang telah termeluwap kembali kebentuk asal (cecair) maka proses penyejukan dapat diteruskan.

Idea 2:

Suhu dalam bilik menjadi sejuk namun ia tidak disebarkan secara sekata dalam bilik tersebut. Oleh itu satu kipas diperlukan untuk mengedarkan suhu ke seluruh bilik.

Daripada masalah maka wujudlah penyelesaian seiring dengan perkembangan teknologi. Idea – idea di atas sebenarnya bukanlah masalah tetapi satu bentuk inovasi dalam proses penyelidikan.

Masalah UTAMA adalah adakah alkohol sesuai diletakkan dalam sebuah bilik?. Ini tentulah TIDAK kerana ia adalah bahan yang mudah terbakar dan berbahaya.

Untuk mengatasi masalah ini bahan pendingin (refrigerant) diperkenalkan.

Print Friendly, PDF & Email

4 comments on “Idea Penghasilan Penyaman Udara

  1. assalammualaikum cikgu, cikgu ada tak menceritakan mengenai aircond AHU (air andling unit) yang menggunakan GDC untuk chilled water

  2. Untuk pengiraan keluasan knapa di X dengan 60 dan dibahagikan dengan 9000, apa maksud 60 dan 9000..
    Minta penjelasan, sy ingin tahu

    • Maaf, saya tak jumpa perbincangan berkaitan 60 dan 9000 tersebut. Mohon sertakan link yang berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *