Dokumen Pentaksiran MPV

Pentaksiran Mata Pelajaran Vokasional dilaksanakan secara berasaskan sekolah dan berpusat. Pentaksiran berasaskan sekolah dikendalikan oleh guru mata pelajaran berkenaan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran berasaskan sekolah mentaksir evidens proses dan evidens produk bagi sesuatu kompetensi.

Penskoran kompetensi calon bagi sesuatu modul pentaksiran dilaporkan dalam Sijil Mata Pelajaran Vokasional. Pentaksiran secara berpusat dilaksanakan secara bertulis yang mentaksir evidens pengetahuan dikendalikan sama seperti mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia yang lain.

Dokumen pentaksiran ini disediakan untuk membantu guru pentaksir, calon, pentadbir sekolah dan pihak lain yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti pentaksiran yang dijalankan disekolah. Dokumen pentaksiran ini mengandungi maklumat berkaitan dengan Organisasi dan Syarat Pentaksiran, Instrumen Pentaksiran, Panduan Merekod dan Menyimpan Evidens, Panduan Penskoran Serta Maklumat Am Untuk Calon.

ORGANISASI DAN SYARAT PENTAKSIRAN

  • Organisasi Pentaksiran

Modul pentaksiran yang dijelmakan daripada modul pembelajaran menjadi asas kepada pentaksiran tentang penguasaan calon dalam sesuatu kompetensi. Pentaksiran berasaskan sekolah melibatkan proses mengumpul evidens yang dikendalikan oleh guru mata pelajaran berkenaan, yang bertindak sebagai pentaksir. Ia bertujuan untuk mentaksir kompetensi calon dalam sesuatu modul dengan merujuk kepada sesuatu kriteria yang ditentukan sebelum dihakimi sama ada calon telah kompeten atau belum.

  • Syarat Pentaksiran

Pentaksiran kompetensi yang dilaksanakan berasaskan sekolah hendaklah menggunakan Modul Pentaksiran bagi Mata Pelajaran Vokasional yang berkenaan Pentaksiran dijalankan sepanjang tingkatan 4 dan 5 apabila calon menyatakan kesediaan untuk ditaksir. Proses pentaksiran dilaksanakan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

  • Tempoh Pentaksiran

Pentaksiran berasaskan sekolah dilaksanakan pada :
• Tingkatan 4 dari bulan Januari hingga Disember.
• Tingkatan 5 dari bulan Januari hingga Julai.

  • Pentaksiran Ulangan

Pengulangan pentaksiran boleh dilakukan jika calon belum kompeten dalam sesuatu kompetensi yang ditaksir. Keputusan untuk menentukan samada seseorang calon itu kompeten atau belum kompeten adalah berdasarkan kepada evidens yang ditunjukkan oleh calon untuk dihakimi. Calon hendaklah diberi maklum balas oleh pentaksir tentang kesilapan yang dilakukan bagi sesuatu kriteria atau kompentensi yang dicatatkan sebagai belum kompeten.

Calon perlu kompeten semua kriteria untuk kompeten kompetensi dan kompeten semua kompetensi untuk kompeten modul. Jika calon belum kompeten, calon diberi peluang untuk mengulangi kompetensi dalam modul yang sama atau modul yang lain atau ulang keseluruhan modul. Calon diberi peluang mengulang sehingga calon kompeten atau tamat tempoh pentaksiran.

Download

Print Friendly, PDF & Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *