Modul pembelajaran Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara memberi tumpuan kepada kemahiran menservis empat jenis peralatan penyejukan dan penyamanan udara iaitu peti sejuk domestik, penyaman udara tingkap, penyaman udara jenis pisah dan penyaman udara kereta. Mereka mempelajari cara penggunaan peralatan ujian, komponen peralatan penyejukan dan penyamanan udara dan litar pendaw aian serta sistem kawalan manual dan automatik.

Murid menguasai kemahiran mengesan kerosakan, membaik pulih, menyenggara dan memasang peralatan ini. Penekanan diberi kepada amalan keselamatan dan etika kerja semasa bekerja. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan mengambil peluang kerjaya dalam industri perkhidmatan. Penerapan nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini.

Matlamat mata pelajaran Menservis Peralatan Penyejukan dan Penyamanan Udara adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran memasang, menyenggara dan membaik pulih peralatan penyejukan dan penyamanan udara domestik dan penyaman udara kereta dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir dalam bidang menservis peralatan penyejukan dan penyamanan udara.

Modul pembelajaran mengandungi bimbingan lengkap untuk membuat amali yang berkaitan dengan modul pentaksiran. Modul pembelajaran juga menjadi rujukan kepada pelajar mengenalpasti kerosakan dan membaikpulih unit mengikut prosedur yang telah diterangkan.

  • Modul Pembelajaran MPV

  • Modul Pembelajaran MPAV

Bagi tujuan pentaksiran Mata Pelajaran Vokasional, modul pentaksiran dijelmakan daripada modul pembelajaran. Setiap modul pentaksiran boleh ditaksir secara berasingan atau berkelompok. Pencapaian pelajar dalam modul ini dilaporkan dalam Persijilan Modular.

Senarai modul, kompetensi, petunjuk prestasi dan evidens : KLIK SINI

Hubungkait antara modul pembelajaran dan modul pentaksiran bagi Mata Pelajaran Vokasional ditunjukkan dalam jadual di bawah:

Print Friendly, PDF & Email

2 comments on “Modul Pembelajaran & Modul Pentaksiran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *