Bidang Penyejukan dan Penyamanan Udara, kerjaya menjamin masa hadapan.

Di Malaysia, purata suhu cuaca adalah pada sekitar 35 darjah celcius dan tahap kelembapan hampir mencecah 100 peratus sekali gus menyebabkan permintaan terhadap pendingin hawa terus meningkat pada setiap tahun seperti mana negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Jadi, tidak hairanlah mengapa bidang penyejukan dan penyamanan udara turut sama meningkat naik malah semakin berkembang bukan sahaja secara domestik tetapi juga dalam perindustrian.

Permintaan terhadap pendingin hawa yang semakin tinggi bukan sahaja membuka peluang untuk juruteknik melakukan pemasangan tetapi juga permintaan untuk servis berkala dan baik pulih. Dasar kerajaan yang menggalakkan tenaga baharu yang mesra alam dan jimat elektrik juga menjadikan bidang ini sentiasa berkembang dan lebih ramai pekerja diperlukan untuk memenuhi keperluan industri.
 
Menurut guru Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bera Bandar 32, Triang, Pahang, Nasrul Hakim Zakaria, pelajar yang berhasrat untuk menceburi bidang penyejukan dan penyamanan udara mestilah mempunyai minat yang mendalam dalam aspek ketukangan.
 
 
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *