Bagaimana untuk memohon PPT. Apakah langkah pertama yang patut saya buat untuk memohon PPT. Dalam apa jua permohonan tentulah ia bermula dengan borang permohonan. Namun sebelum mengisi dan menghantar borang permohonan anda perlulah membuat penilaian kendiri terlebih dahulu. Ini supaya anda mempunyai masa yang cukup untuk membangunkan portfolio dan bayaran anda juga tidak hangus.

a) Sebelum permohonan:

Langkah – langkah sebelum memohon PPT.

Sebelum memohon anda perlulah mendapatkan Daftar NOSS terkini. Ini untuk mendapatkan kod bidang dan sektor yang sesuai dengan pengalaman anda. Pastikan pengalaman dan kepakaran anda ada dalam Daftar NOSS tersebut. Dalam ruangan PPT ini saya banyak berkongsi bidang atau area Pemanasan, Pengalihan Udara, Penyamanan Udara (HVAC) Penyejukbekuan – Domestik di bawah sektor perkhidmatan & penyelenggaran mekanikal dan elektrikal (M&E).

Muaturun Daftar NOSS terkini di laman web JPK.
Kod NOSS bagi bidang Pemanasan, Pengalihan Udara, Penyamanan Udara (HVAC) Penyejukbekuan – Domestik

Kod NOSS bagi bidang ini adalah seperti berikut:

  • Tahap 2 : ME – 020 – 2 :2012 : Peralatan Penyamanan Udara HVAC – Satu Fasa (Pemasangan, Servis, Troubleshooting & Pembaikpulihan)
  • Tahap 3: ME – 020 – 3 :2012 : Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaran HVAC

Selepas anda mendapatkan Daftar NOSS yang berkaitan anda bolehlah mendapatkan panduan berkaitan PPT atau menghadiri taklimat berkaitan PPT setiap bulan di pejabat wilayah JPK. Panduan PPT boleh rujuk catatan lepas saya di SINI atau di laman web JPK.

b) Borang permohonan:

Permohanan PPT menggunakan borang JPK/PPT/1/6-2015. Borang boleh di muaturun di laman web JPK. Bayaran pemohonan adalah seperti berikut:

  • RM300 per tahap per calon bagi permohonan mengikut tahap;
  • RM300 per permohonan per calon bagi permohonan persijilan Single Tier ;dan
  • RM300 per permohonan per calon mengikut tahap bagi program yang sama untuk permohonan persijilan modular.
Borang permohonan PPT. KLIK SINI untuk muaturun.

Panduan mengisi borang permohanan PPT>>>>PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN

Bayaran bagi setiap permohonan hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang, Deraf Bank, Pesanan Kerajaan (L.O.) atas nama `KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN’.

Dokumen yang diperlukan:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon/ Passport.
  • Surat perakuan tempoh pengalaman bekerja dalam bidang kemahiran berkenaan.
  • Salinan SKM/DKM tertinggi yang dimiliki dalam bidang dipohon (jika ada).
  • Borang Penilaian Kendiri PPT – hendaklah disediakan pada setiap tahap yang dipohon.
  • Borang cadangan tajuk ringkasan LPKT bagi permohonan DKM/DLKM.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar atau diserahkan kepada:

Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Blok 4803, Suite 0-10, Bangunan CDB Perdana, Persiaran Flora, 63000 Cyberjaya. Selangor Darul Ehsan.

(Up: Caw. PPT)

c) Surat Penugasan

Selepas menghantar borang permohonan, anda perlulah menunggu surat penugasan dari JPK. Sila sentiasa berhubung dengan pihak JPK jika tidak menerima apa – apa makluman selepas sebulan menghantar borang permohonan.

Contoh surat penugasan.
Tempoh penilaian bagi persijilan SKM Tahap 1/2/3.

Surat ini mengandungi maklumat anda, bidang kemahiran yang dimohon, Pegawai Penilai PPT dan tempoh penilaian PPT. Bagi SKM Tahap 2 dan Tahap 3 tempoh penilaian untuk membangunkan portfolio ialah 2 bulan.

Setelah anda menerima surat penugasan ini, anda hendaklah menghubungi Pegawai Penilai PPT anda dalam tempoh 2 minggu untuk mengatur sesi kaunseling mengenai pembangunan portfolio dan proses penilaian. Pegawai Penilai PPT akan membantu memberi khidmat nasihat untuk membangunkan portfolio, mengenalpasti, mengumpul & menilai bukti-bukti keterampilan anda dan proses verifikasi ketrampilan yang akan anda lalui. Anda hendaklah selalu berhubung dengan Pegawai Penilai PPT jika ada masalah bagi memastikan proses penilaian berlaku dalam 2 bulan yang ditetapkan.