Rancangan Pengajaran Harian merupakan perkara asas yang perlu disediakan oleh guru di sekolah. Secara manual guru – guru perlu membuat RPH dengan menulis di dalam buku rekod persediaan mengajar. Bagi yang menggunakan sistem fail, RPH ditulis menggunakan perisian Microsoft Word dan di cetak untuk disimpan dalam fail.

Seiring dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memartabatkan penggunaan ICT (Information Communication Technology) dalam dunia pendidikan, inovasi dalam perancangan pengajaran oleh guru perlu dibuat dengan menekankan konsep ICT dalam untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Seperti yang diketahui umum, KPM telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan.

  • Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.
  • Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan).
  • Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.

Dasar ketiga ini dengan jelas menyeru warga pendidik untuk menggunakan ICT bukan sahaja di dalam proses mengajar semata-mata, tetapi juga untuk memudahkan sistem pentadbiran sekolah dan menjadikannya lebih efisien.

Salah satu kaedah untuk menjayakan hasrat ini ialah dengan melatih guru – guru supaya menggunakan ‘e-Lesson Plan’ dalam menyiapkan perancangan pengajaran mereka. Penggunaan ‘e-Lesson Plan’ menjurus kepada penyediaan rancangan pengajaran harian secara online dimana guru akan menyediakan rancangan pengajaran menggunakan komputer dan rancangan pengajaran ini boleh disemak oleh guru panitia, guru ketua bidang, pengetua, bahkan pengarah pendidikan sekalipun.

Contoh penggunaan dalam matapelajaran ICT:

Download 

Hakcipta Terpelihara : SMK Melugu

Print Friendly, PDF & Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *