Perkembangan teknologi penyaman udara tidaklah sehebat perkembangan dunia komputer, telefon mudahalih, gadget IT ataupun peralatan elektrik dan elektronik. Semenjak pemasangan pertama untuk kediaman oleh Willis  Carier pada 1927 di Mineapolis, Minnesota prinsip asas dan operasi penyaman udara tetap mengunakan 4 komponen utama iaitu pemampat, pemeluwap, peranti pemeteran dan penyejat.

Dari aspek rekabentuk fizikal, perubahan dapat dilihat dengan bentuk yang lebih menarik, mudah diselenggara dan saiz unit yang lebih kecil bagi mengurangkan penggunaan ruang (space) untuk pemasangan. Dan pada hari ini hampir semua unit penyaman udara dilengkapi dengan alat kawalan jauh(remote control) yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi.

Antara rekabentuk unit dalam (indoor):

 

Pada 2009, teknologi inverter mula dipasang pada unit penyaman udara untuk menjimatkan tenaga elektrik. Teknologi ini dipasang pada unit luar di mana ia dapat mengawal kelajuan motor pemampat, kelajuan motor kipas dan kawalan suhu. Dengan cara ini, arus maksima atau arus permulaan dapat di kurangkan.

Teknologi plasmakluster juga diguna pada penapis udara yang dapat menghasilkan ion hidrogen positif dan ion hidrogen negatif. Ion – ion ini dapat menyahaktifkan alergan, habuk dan bakteria dalam udara. Dengan cara ini udara dalam sebuah bilik menjadi lebih bersih.

 

Pada 2012, Teknologi Inovasi Solar Sdn Bhd mula memperkenalkan teknologi hybrid pada unit penyaman udara pisah berkuasa 1.5HP, 2.0HP dan 2.5HP. Teknologi ini menggunakan cahaya matahari dalam proses kitaran dan operasi penyaman udara. Dengan penggunaan tenaga dari cahaya matahari ini, kecekapan tenaga unit boleh ditingkatkan sehingga 40%.

Teknologi Jet Cool diperkenalkan untuk memberi udara sejuk lebih pantas. Oleh itu kesan penyejukan dapat dirasai dengan lebih cepat.

 

Teknologi Auto Cleaning membantu mengeringkan penukar haba (penyejat) secara automatik. Ini dapat mencegah pembiakan bakteria dan mengurangkan bau yang kurang menyenangkan.

Teknologi Gold Fin adalah satu lapisan anti karat yang dipasang pada permukaan pemeluwap. Ini untuk memastikan permukaan lebih tahan pada kakisan, meningkatkan ketahanan dan kelihatan baru untuk tempoh yang lebih lama.

Teknologi i – see sensor dipasang pada pada unit dalam untuk model Mitsubishi. Teknologi ini dapat mengesan suhu lantai dari sisi ke sisi pada sudut sehingga 150° ,berbanding unit konvensional yang lain yang hanya mengesan suhu udara pada bahagian atas bilik. Dengan cara ini, sistem dapat beroperasi pada tahap yang lebih optimum untuk memberi keselesaan kepada pengguna.

 
Print Friendly, PDF & Email

325 comments on “Teknologi Penyaman Udara

  1. Salam cikgu..saya nak tanya..aircond fujiaire tunjuk e4 selepas 30min on..aircond sejuk..tp 30min lps tu pandai off sendiri..apa masalah and cara nak baiki..boleh tlg kongsi..

  2. salam cikgu nas, sekarang saya guna acond jenis gas r22 dan bercadang menukar acond jenis gas r410a berkapasiti sama dan saiz paip yg sama..boleh tak saya guna pipe yg sedia ada itu?
    ~terima kasih

    • Wassalam. Tidak boleh kerana tebal piping lebih tinggi untuk R410a untuk menampung tekanan gas yang lebih tinggi berbanding R22.

  3. Assalam tuan. mohon pendapat dan pandangan. mana lebih sesuai dari segi peggunaan aircond jika saya pakai 1 unit 2.5hp atau 2 unit 1.5hp di ruang tamu kerana ruang tamu saya agak luas. Terima kasih

    • Wassalam. Kedua2 ada kelebihan. Jika kos bukan ukuran tn boleh lihat adakah kawasan tersebut sentiasa digunakan dan berapa bilangan orang yang menggunakannya. Dari sudut lain tuan juga boleh mempertimbangkan unit siling atau kaset dimana sebaran angin lebih luas.

  4. sya ingin bertnya jika indoor sya 1.5 hp dan sya ingin pasang outdoor 1 hp….boleh ke…

      • Tumpang bertanya, boleh tak jika dipasang dan menggabungkan 2 aircond 1hp pd 2 bilik berasingan menggunakan 1.5hp kompresor sahaja?

    • Banyak pendingin hawa masa kini yang ada sensor ini. Sensor utk mengesan pergerakan manusia dalam bilik. Bila banyak pergerakan compressor akan jalan untuk rendahkan suhu bilik, jika sebaliknya compressor akan stop.

  5. Salam tuan..kenapa selepas sy siap buat pendawaian ekon jenama midea..bila dihidupkn econ x fungsi

  6. ada tertgk iklan dlm alibaba.com…pendingin udara hybrid ni…berbaloi ke tuan….satu lagi ade x risiko letupan pada baterinya

  7. As salam tuan. Bolehkah kita off acon menggunakan suis shj tanpa guna remote terlebih dahulu.

    • Salam. Boleh tu memang boleh tp biasalah barang elektronik ni sensitif. Bila guna remote maksudnya kita hantar signal ke receiver indoor utk OFF dan Indoor PCB pun akan hantar signal ke outdoor utk berhenti beroperasi. Jika guna suis sahaja, unit akan OFF secara terkejut mcm tulah.

      Samalah bila memberhentikan kenderaan. Lepas tarik hand break dan gear free/P kita tunggulah dulu dalam 5 saat biar rpm enjin stable (paling minima) dan baru OFF enjin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *