Pengenalan

Transformasi Pendidikan Vokasional merupakan satu usaha merekayasa (reengineering) sistem pendidikan vokasional sedia ada sehingga terbina sistem pendidikan vokasional yang baharu yang dapat menyumbang kepada agenda transformasi Malaysia sebagai Negara berpendapatan tinggi.

Sistem pendidikan vokasional baharu digerakkan oleh sumber manusia yang responsive kepada pelbagai inisiatif kerajaan dan berkolaborasi dengan industri bagi menginovasi pengajaran dan pembelajaran yang berupaya menghasilkan tenaga kerja mahir dan usahawan.

Tenaga kerja mahir dan usahawan yang dihasilkan berdaya saing, memiliki kemahiran dan kelayakan yang diiktiraf oleh industri, berwatak profesional dan diterima oleh pasaran kerja.

Mengapa perlu transformasi?

  • Keperluan negara untuk tenaga mahir.
  • Sistem semasa tidak menyedikan graduan untuk bekerja.
  • Mengarusperdanakan sistem pendidikan vokasional.
  • Tidak selari dengan negara serantau dan negara maju.
  • Merapatkan jurang perbezaan bagi melahirkan modal insan bertaraf dunia.
  • Malaysia ketinggalan dari segi enrolmen pendidikan vokasional di peringkat global.
  • Pencapaian UPSR dan PMR tidak menunjukkan semua pelajar boleh berjaya dalam bidang pendidikan berorientasikan akademik.

Objektif

  • Menghasilkan lepasan pendidikan menengah rendah yang memiliki sijil kemahiran yang diiktiraf oleh kerajaan dan badan – badan pensijilan kebangsaan.
  • Menghasilkan lepasan pendidikan menengah rendah yang bersedia melanjutkan pelajaran vokasional ke peringkat lebih tinggi.
  • Menghasilkan lepasan sekolah menengah atas yang memiliki sijil atau diploma yang diiktiraf oleh kerajaan dan badan – badan pensijilan kebangsaan.
  • Menghasilkan lepasan pendidikan atas yang berupaya menjadi usahawan yang berdaya saing.
  • Memperkasakan sistem penyampaian Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melaksanakan transformasi pendidikan vokasional.

Hala Tuju

Transformasi Pendidikan Vokasional memberi fokus terhadap komponen kebolehpekerjaan graduan. Keberhasilan usaha transformasi ini ialah pendidikan vokasional era 2020 yang berupaya memberi sumbangan yang signifikan kepada agenda kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara berpendapatan tinggi.

Pelan Strategik

Perekasayaan sistem pendidikan vokasional akan dilaksanakan mengikut pelan tindakan strategik dalam tempoh 2011 – 2020 yang dibahagikan dalam 3 fasa.

  • 2011 – 2013 : Fasa Lonjakan
  • 2014 – 2016 : Fasa Peningkatan
  • 2017 – 2020 : Fasa Pemerkasaan

Kerjaya

Print Friendly, PDF & Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *