Bahagian ini menerangkan bagaimana anda akan membangunkan portfolio iaitu satu dokumen berbentuk hardcopy atau softcopy bagi menyimpan dan mengumpul bukti-bukti keterampilan berdasarkan kepada pengalaman terdahulu serta kemahiran dalam bidang yang anda miliki. Portfolio ini hendaklah disediakan oleh calon mengikut tahap yang dipohon dengan bimbingan PP-PPT berdasarkan keperluan NOSS. Jika anda memohon tahap 2 dan tahap 3 serentak iaitu secara single – tier bermakna anda perlu menyediakan 2 portfolio iaitu satu untuk Tahap 2 dan satu untuk Tahap 3.
Dokumen ini di simpan dalam satu fail putih (ring file saiz 50mm) seperti di bawah.

Kandungan & Susun Atur Portfolio.
Apakah dokumen yang terkandung dalam portfolio tersebut. Untuk memudahkan anda memahaminya dan seterusnya membangunkannya, mari kita lihat susunan berikut:
- Borang Permohonan Pensijilan [(JPK/PPT/6/6-2014)] 2 Salinan – kertas pink
- Salinan Kad Pengenalan (dipalang Untuk Kegunaan JPK dan di sahkan)
- Notis Pendaftaran Calon dan Penugasan PP-PPT
- Surat Akuan Pengesahan Calon
- Salinan SKM tertinggi yang dimilliki (jika ada dan berkaitan)
- Surat Perakuan Tempoh Pengalaman Kerja (dalam bidang berkaitan) – pengesahan majikan/surat akuan sumpah bagi bekerja sendiri atau syarikat milikan tunggal)
- Carta organisasi tempat kerja
- Carta Profil Pekerjaan (JPC) / Carta Profil Kompetensi (CPC) (mukasurat 1-12 sahaja)
- Laporan Penilaian Keterampilan Calon melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) – [(JPK/PPT/2/6-2014)]
- Bukti-bukti keterampilan
>>>>> Kaedah Penyusunan Portfolio(https://cikgunas.net)<<<<<
Salinan softcopy
- Index Portfolio(latest)
- muka depan file tahap 2
- label tepi file tahap 2
- Surat Akuan Pengesahan Calon
- Surat perakuan tempoh pengalaman kerja Lampiran 1A (ada majikan), Lampiran 1B (majikan syarikat sendiri), Lampiran 1C (tidak mempunyai majikan)
- Carta organisasi tempat kerja
- JPC& CPC HVAC Level 2
- Borang JPK-PPT-2-6-2014 – Tahap 2
- Borang JPK-PPT-6-6-2014 – Tahap 2
Untuk Tahap 3: