1.0 Pengenalan
Perkembangan teknologi telah menghasilkan pelbagai rekabentuk sistem penyaman udara pada hari ini. Ini seiring dengan penghasilan produk cekap tenaga, penjimatan kos pemasangan, mudah diselenggara dan memenuhi permintaan pelanggan yang pelbagai. Penyaman udara secara umumnya di kategorikan kepada 2 iaitu untuk kegunaan domestik atau komersil. Dalam setiap kategori pula terdapat pelbagai jenis penyaman udara yang berbeza bergantung kepada kaedah pemasangan. Dalam catatan ini akan diterangkan salah satu penyaman udara iaitu jenis VRF untuk kegunaan komersil .
VRF yang bermaksud Variable Refrigerant Flow adalah satu sistem aliran penyejuk berubah-ubah di mana sistem mampu mengawal jumlah bahan pendingin yang mengalir ke penyejat (indoor) dengan kapasiti indoor yang berbeza dan dihubungkan dengan satu unit pemeluwapan tunggal (1 outdoor). Dengan kaedah ini VRF memberi banyak kelebihan dari segi keselesaan pada ruang berbeza, penjimatan tenaga, lebih senyap, reliability dan ia adalah satu sistem modular yang canggih.




VRF adalah terma umum bagi sistem seperti di atas. Bagi pengeluar tertentu terma lain digunakan seperti VRV (Variable Refrigerant Volume) untuk Daikin dan AVR (Acson Variable Refrigerant) untuk Acson. Walaubagaimapan ia merujuk kepada sistem penyaman udara yang sama. Sistem VRF bermula dari kapasiti 22kW hingga 150kW atau 8HP hingga 54HP. Jumlah unit dalam bergantung kepada kapasiti unit luar yang digunakan. Rekabentuk VRF berpandukan kepada 1 outdoor unit dan multiple indoor unit (sehingga 48 unit atau lebih). Kapasiti indoor unit pula bergantung kepada keperluan (cooling load) bilik tersebut. Setiap bilik (indoor unit) dilengkapi remote control sendiri maka pengguna setiap bilik mempunyai kebebasan untuk mengawal suhu atau ON-OFF unit seperti unit pisah yang lain.

2.0 Aliran bahan pendingin (refrigerant).
Aliran bahan pendingin melalui beberapa separation tubes dan headers. Separation tube mengandungi 2 output manakala header mengandungi lebih 2 output. Berbanding multi split unit, sistem VRF telah meminimakan laluan pengaliran bahan pendingin dan ini menjimatkan penggunaan tiub kuprum.



3.0 Bahagian – bahagian utama sistem VRF.

a) Unit luar (Outdoor Unit).
- Propeller Fan – Menyedut udara panas dan membebaskan keluar.
- DC Fan Motor – Mengubah kelajuan kipas seperti yang dikehendaki.
- Inverter Compressor – Mengawal kelajuan pemampat. Kadar aliran bahan pendingin ditukar apabila kelajuan pemampat berubah.
- Heat Exchanger – Membebaskan haba panas keluar.

b) Unit dalam (Indoor Unit). – berkapasiti 2kW hingga 28kW dengan pelbagai jenis pemasangan.






c) EEV (Electronic Expansion Valve).
Fungsi EEV dalam sistem VRF untuk mengekalkan perbezaan tekanan dan juga mengalirkan sejumlah bahan pendingin yang tepat untuk setiap unit dalam. Ia boleh mengurangkan atau menghentikan aliran bahan pendingin untuk unit dalam mengikut keperluan / apabila bilik mencapai suhu yang dikehendaki.

d) Sistem Kawalan.
- Kawalan Individu – untuk kawalan suhu di setiap bilik.

- Kawalan Berpusat – kawalan signal keseluruhan sistem dari satu bilik komputer.

Rujukan:
a) Fujitsu AIRSTAGE VRF Catalogue

Tkasih atas perkongsian ilmu cikgu..
Sama2 tn..:)
assalamuaikum cikg. terima kasih atas perkongsian… Nak tanya vrv boleh combain dgn ducting tk?
Wassalam. Boleh, rujuk Rajah 5 dalam catatan di atas.
Àssalamualaikum Ckg…
Terima kasih ats perkongsian…
Nak Tanya, bhn pendingin yg masuk setiap indoor skrg ni, dikawal EEV kan? Maka eev Kat setiap indoor unit?
@ bagaimana?
Waalaikumussalam. Ya setiap indoor ada EEV yang mengawal jumlah aliran bahan pendingin. Apabila suhu bilik telah dicapai EEV akan tertutup dan signal dihantar ke outddor untuk pemampat beroperasi secara partial load.