Mulai 1 Oktober 2018, semua permohonan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu adalah melalui Laman web Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia (MySPIKE) bagi menggantikan kaedah manual yang digunapakai sebelum ini. Pemohon terlebih dahulu perlulah mendaftar sebagai pengguna sebelum proses seterusnya boleh dilakukan. Untuk permulaan, permohonan PPT secara Mengikut Tahap (MT) & Single-Tier (ST) boleh dipohon melalui sistem ini. Penggunaan sistem ini juga akan melibatkan peranan Personel PPT iaitu PP-PPT dan PPL-PPT. Oleh itu, Personel PPT juga perlu mendaftar sebagai pengguna SKKM supaya proses Penugasan PP-PPT dan Penugasan PPL-PPT berjalan lancar.
Untuk langkah terperinci cara mendaftar, pembaca boleh muaturun panduan ini yang telah disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Setelah anda berjaya mendaftar, anda boleh memulakan permohonan dengan klik pada ruangan permohonan dan pilih Mohon SKM PPT.
Langkah – langkah untuk memohon Persijilan Kemahiran Malaysia secara PPT boleh rujuk manual ini.
- Bahagian A : Pendaftaran Pengguna JPKSKKM
- Bahagian B : PERMOHONAN PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) untuk calon dan personel PPT (PP PPT & PPL PPT)
>>> https://cikgunas.net/wp-content/uploads/2021/04/MANUAL-PENGGUNA-JPKSKKM-2018_26102018.pdf
Sekiranya terdapat sebarang permasalahan pada sistem tersebut, pengguna boleh membuat aduan pada Sistem Aduan IT dengan menghantar emel ke jpkpptgp@mohr.gov.my atau hubungi helpdesk di talian 03-83214769.