7 Sebab Pemampat Berhenti Beroperasi Dan Bilik Tidak Sejuk.

Adakah anda pernah mengalami situasi seperti ini? Mengikut komen yang di utarakan kepada saya dalam ruangan Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara, lebih 60% mengemukakan masalah ini. Selepas setengah jam atau satu jam pemampat berhenti beroperasi dan bilik tidak lagi sejuk. Hanya angin saja yang terasa di dalam bilik!!…Jangan keliru dengan situasi pemampat berhenti seketika apabila telah mencapai suhu yang di ‘set’kan. Ia adalah normal dan pemampat akan kembali beroperasi apabila suhu bilik naik.

Situasi yang akan saya terangkan ini ialah pemampat berhenti dan mengambil masa yang lama untuk beroperasi semula atau terus tak beroperasi. Kesannya memang bilik tak akan sejuk dan anda mulalah berasa tidak selesa. Samaada kipas luar berfungsi atau tidak kesannya tetap sama kerana apabila pemampat berhenti beroperasi kitar penyejukan tidak lagi berlaku.

contoh outdoor
Unit luar (outdoor) yang menempatkan pemampat & kipas.
pemampat
Pemampat.

Apakah punca kepada masalah ini?

Pemampat berhenti beroperasi apabila ia panas dan suhu unit luar mencecah 112ºC.  Apabila panas geganti beban lampau atau overload protector akan memutuskan litar dan menghalang pemampat dari terus beroperasi. Ia sebenarnya melindungi pemampat daripada rosak, dan akan kembali beroperasi apabila pemampat sejuk.

geganti beban lampau
Geganti Beban Lampau/Overload Protector.

Berikut adalah 7 sebab pemampat berhenti beroperasi apabila panas. Anda akan dapati lampu timer pada unit dalam berkelip – kelip (blinking).

timer indoor blinking
Lampu timer akan berkelip-kelip apabila unit luar berhenti beroperasi.

1) Gas kurang.

Gas kurang menjadi beban kepada pemampat untuk beroperasi. Dalam suatu kitar penyejukan kuantiti gas yang diperlukan telah ditetapkan seperti dalam manual. Apabila pemasangan unit luar jauh (melebihi 15m) kuantiti gas perlu di tambah supaya gas yang masuk untuk di mampatkan cukup bagi menjalankan  kitar penyejukan. Apabila kurang bermakna pemampat bekerja dalam situasi terbeban . Ambil contoh tayar sebuah kereta yang bergerak dengan angin yang kurang. Kereta tetap akan bergerak tetapi beban yang ditampung oleh tayar yang kurang angin tersebut lebih berbanding tayar yang lain. Lama – kelamaan ketahanan tayar tersebut juga akan berkurang atau dalam erti kata lain rosak. Begitu juga dengan pemampat tadi.

Gas kurang juga mungkin berpunca dari bocor. Jadi pemeriksaan kebocoran juga perlu dilakukan sebelum menambah gas. Walaupun kecil ia tetap akan memberi kesan kepada kuantiti gas dalam sistem.

2. Gas lebih.

Situasi ini juga boleh menyebabkan pemampat berhenti beroperasi. Apabila gas lebih bermakna pemampat beroperasi memampatkan gas lebih dari kemampuan. Setiap pemampat mempunyai motor pemampat dengan kemampuan tertentu untuk memampat dan mengalirkan gas. Apabila gas lebih pemampat akan beroperasi lebih dari kemampuan dan dalam situasi ini menggunakan lebih arus elektrik untuk bekerja. Lama – kelamaan akan menjadi panas dan berhenti beroperasi.

Dalam kedua – dua kes di atas seorang juruteknik akan memeriksa tekanan gas dan arus larian (running ampere) unit bagi memastikan unit cukup bahan pendingin.

ujilari tekanan dan arus
Pemeriksaan tekanan gas dan arus larian atau ujilari sistem.

3. Kipas luar perlahan.

Kipas luar berfungsi membantu membebaskan haba keluar. Haba dari dalam bilik dan proses kondensasi yang berlaku pada gas bahan pendingin.  Apabila kipas tidak berfungsi atau perlahan , ia memberi kesan kepada kadar pembebasan haba. Jika suhu terlalu tinggi sehingga mencapai 112ºC pemampat akan berhenti beroperasi. Kepanasan yang tinggi menyebabkan pemampat berfungsi dalam keadaan high amp (arus tinggi).

sudut bilah kipas
Pastikan arah hembusan angin kipas keluar.


Pusingan kipas luar juga kena betul. Angin perlu dihembuskan keluar dan bukan ke dalam. Sila pastikan sudut bilah kipas adalah betul bagi mengelakkan ia terbalik. Pastikan juga tiada halangan pada unit luar. Angin yang dihembuskan keluar oleh kipas perlu dibebaskan sejauhnya. Jika ada halangan di hadapan unit luar , angin panas akan berkumpul dan ini akan memberi kesan pemanasan kepada pemampat.

outdoor blokage
Halangan kepada pembebasan haba yang boleh meningkatkan suhu outdoor.

4. Indoor sensor rosak.

Indoor sensor terbahagi kepada 2 iaitu room sensor dan pressure sensor. Room sensor digunakan untuk mengesan suhu bilik dan pressure sensor mengesan tekanan gas. Kedua – dua sensor ini berada pada unit dalam yang akan menghantar signal kepada pemampat untuk berhenti (cut off). Pressure sensor akan menghantar signal kepada pemampat untuk berhenti apabila tekanan gas kurang atau lebih. Jika sensor ini rosak pemampat tidak dapat berhenti pada mulanya tetapi akhirnya akan berhenti di sebabkan panas.

room sensor

pressure sensorKedua – dua sensor ini boleh diuji dengan menggunakan meter pelbagai. Julat bacaan yang elok bagi kedua – dua sensor adalah seperti dalam rajah di bawah.

bacaan indoor sensor
Bacaan rintangan sepatutnya bagi indoor sensor.

5. Pemeluwap kotor

Apabila pemeluwap kotor, haba dari proses kondensasi juga akan terhalang daripada di bebaskan. Habuk yang penuh pada sirip – sirip pemeluwap menyebabkan haba tidak dapat dibebaskan dan suhu unit luar akan meningkat. Pemampat akan jadi panas dan sampai satu tahap akan berhenti beroperasi.

sirip pemeluwap kotor
Habuk yang melekat pada sirip pemeluwap.

6. Geganti beban lampau terlalu sensitif.

Komponen ini berfungsi seperti yang diterangkan di atas . Apabila ia terlalu sensitif, litar akan kerap terputus dan pemampat akan berhenti beroperasi. Komponen ini boleh diuji menggunakan meter pelbagai atau ditukar terus kerana harganya tidaklah mahal.

7. Pendawaian.

Satu aspek yang sangat penting tetapi selalu diambil mudah. Pendawaian mesti mengikut spesifikasi dan aturan seperti dalam manual. Ada kes sambungan dari indoor ke outdoor menggunakan connector dan wiring tape. Ini adalah cara sambungan yang tidak selamat. Keadaan ini boleh menyebabkan wayar panas dan memaksa pemampat bekerja dalam arus tinggi (high amp) . Begitu juga bekalan yang di ambil dari penyambungan soket ke soket. Ia adalah tidak dibenarkan. Pemampat yang bekerja dalam high amp akan menjadi panas dan akan berhenti beroperasi.

connector1

connector over heating

beban lebih
Punca bekalan yang tidak mengikut spesifikasi.

>>>>>Panduan Pendawaian Elektrik Rumah<<<<<<

Sekian catatan untuk kali ini. Pandangan dan perkongsian pendapat amat dialukan. Anggaran harga bagi komponen tertentu boleh di rujuk dalam ebook alat ganti.

Sumber gambar :

  • Google Image.
  • WhatsApp Pic.
  • Manual YORK.
  • FB Megaqualityenterprise
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Print Friendly, PDF & Email

147 comments on “7 Sebab Pemampat Berhenti Beroperasi Dan Bilik Tidak Sejuk.

  1. Salam. Air cond saya belum sejuk tahap saya set lagi compressor dah off. Saya baru lepas cuci semua. Tapi still sama juga. Kenapa ye?

  2. ASSALAM TUAN..AIR COND BILIK SAYA..LEBIH KURANG 40 M MCM TU BERHENTI..BILA ON BALIK LAMPU TIMER BERKELIP2..40 M LPS TU MATI SMULA..ADAKAH IA ADA CIRI2 YG DI SEBUT DI ATS?

  3. Salam tuan, minta tolong pendapat tuan tentang suis aircond yg terasa panas hingga tak boleh dipegang bila aircond di hidupkan. Aircond samsung non inverter 1.5hp. Dan jika kena tukar wayar baru, perlu guna wayar berapa mm ya tuan. Anggaran kos berapa ya kalau kena tukar wiring dari suis ke aircond panjang dalam 10 kaki. Terima kasih tuan

  4. Salam bang..aircond umah saya outdoor dalam purata 1 minit baru berfungsi…apa maslahnya ya? Lagi 1 bunyi outdoor gegar kuat sangat, sampai sy sendal ngan getah tiub motor baru senyap sikit…dia punya gegar sampai bole dengar umah jiran umah flat…

  5. 1.aircond dah off pakai remote control tapi outdoor unit masih berjalan
    2.aircond dah sejuk tapi tak cutoff

  6. kenapa aircond overload?
    on sekejap fius utk soket aircond putus?
    adakan kipas outdoor problem?
    atau kompressor problem?

  7. salam nk tanya, outdoor kipas tak berfungsi. slpas tuka kapasitor pun msih x function. agaknya apa masalah? terima kasih

  8. Assalam tuan.. Blower indoor tak berpusing.. apa masalahnya tuan ?.. outdoor OK. mohon pencerahan. TQ

  9. Salam cikgu,nk tanya aircond di rumah saya angin yg dikeluarkan di indoor unit itu sejuk tp still kt dalam bilik x rasa sejuk sebab selalunya aircond sejuk klau pijak kaki kt lantai pon boleh rasa sejuk tp aircond di bilik saya x rasa sejuk .apa pandangan tuan dan masalah yg dihadapi oleh aircond rumah saya?harap cikgu dpt membantu.

    • Wassalam. Jika masalah begitu mungkin filter atau blower atau condesor sudah kotor. Ia tidak dapat memberi kapasiti yg diperlukan sebab halangan tersebut. Cara mengatasinya ialah buat servis berkala.

  10. Assalamualaikum… Masalah sy adalah pemampat hanya berfungsi selama lbh kurang setgh jam… Pastu berhenti dan tidak berfungsi walaupun aircond da kurang sejuk… Terpaksa off dan on kan switch utk pastikan pemampat berfungsi dan aircond kembali sejuk…

      • Salam.cikgu
        Aircond saya mati tiba2 leas hidupkan balik dalam 1 minit dia mati lagi, walaupun saya dah bersihkan dalamnye..apa masalahnye ye cikgu?

  11. Salam.. Apa masalah kalau kompressor aircond rumah tidak bekerja dengan kuat walaupun suhu sudah set 16c. Untuk pengetahuan sirip indor dan outdoor dah service malah dah ganti juga kapasitor yg baru dan gas cukup tp kompressor hanya bekerja 3amp sepatutnya 6 amp. Terima kasih kerana sudi membantu.

    • Saya pakai aircornd haeir 1hp….Tiba2 tak dapat di on…kat soket plug n kat indoor ada api…pakai remort . manual pun sama tak hidup….boleh bantu saya….wasap saya 0174300713

  12. Salam, mohon bantuan tuan.. walaupun
    baru je on air cond tersebut.. compressor hanya jalan 2 ke 3 saat dan mati semula.. dlm 1 minit akan jalan semula 2 hingga 3 saat… Camtu lah seterusnya… mohon khidmat nasihat tuan

    • Wassalam.. Nasihatnya mudah, buat pemeriksaan komponen2 outdoor dan buat servis utk tau bacaan tekanan gas/ampere unit.

  13. Assalamualaikum cikgu. Air cond jemis sharp 1.5 hp. Masalahnya sensor lampu hijau tidak menyala . Bila on mula hanya bertahan 1 jam dan cutt off dan selanjut setiap 7 ke 8 minit cutt off selama 3 selang 3 minit.. mohon perjelasan. Terima kasih.

  14. Salam cikgu.. sy pakai aircond jenis dc inverter 2hp. Bila on switch compressor running tp xfull ram.. amp plak rendah je.. sdangkn bilik belum sejuk lgi.. apa msalah ya..

  15. Salam cikgu.. sy pakai aircond jenis dc inverter 2hp bila on switch paip high pressure akan ada iceing dlm 5 minit icesing hilang.. adakah itu normal atau gas kurang.. fan kipas outdoor slow dan sirip blkang panas..

  16. Assalamualaikum cikgu..tumpang tanya, apa masalah jika api tak keluar pun dr indoor unit ke outdoor..mnyebabkan compressor x gerak tu..tu masalah di pcb ke?..atau di compressor?..sy cek wire merah dan biru compressor ada continuity..tp sy xpasti mana yg short tu..mcm mana ya nk cek.. mohon bantuan cikgu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *