Buku Panduan Gaji Permulaan Edisi 2020.

Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menerbitkan Buku Panduan Gaji Permulaan 200 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran, Edisi Kedua (Tahun 2020). Ini merupakan langkah berterusan Kementerian bagi menyokong strategi memperkukuh penjenamaan dan profil TVET seiring dengan Revolusi Industri 4.0. Pengenalan semula kadar gaji pokok permulaan yang setimpal dengan kemahiran yang dimiliki oleh lulusan Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia kini dimurnikan kandungannya.

Panduan ini sebagai satu pengiktirafan kepada graduan TVET yang memaparkan kemahiran bertaraf antarabangsa dan gaji pokok permulaan berdasarkan kadar gaji minimum RM1,200.00 sebulan di wilayah bandar-bandar utama mulai 1 Februari 2020. Merangkumi 200 pekerjaan terpilih berdasarkan pekerjaan yang popular dalam pasaran buruh semasa, deskripsi tugas am dan pekerjaan dengan kelayakan yang dipersijilkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Ringkasan gaji permulaan tidak termasuk elaun atau imbuhan lain.

Lulusan Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia digalakkan untuk mendapatkan lesen dan sijil kompetensi tambahan ini agar memperoleh gaji yang jauh lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai SKM dan DKM sahaja. Lesen dan sijil kompetensi tambahan yang dikeluarkan oleh badan-badan kompeten seperti Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Suruhanjaya Tenaga, Jabatan Alam Sekitar atau agensi-agensi lain yang diiktiraf di Malaysia atau di peringkat antarabangsa.

Contoh-contoh lesen atau sijil kompetensi tambahan boleh rujuk dalam buku tersebut mukasurat 10-11.

Pensijilan Kemahiran Malaysia
Pensijilan Kemahiran Malaysia adalah berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard, NOSS). Setiap pelajar akan dinilai dan dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat NOSS sebelum dianugerahkan dengan Pensijilan Kemahiran Malaysia. Melalui Pensijilan Kemahiran Malaysia, lulusan sijil dan diploma kemahiran dapat meningkatkan tahap kemahiran mereka daripada separuh mahir kepada mahir seterusnya ke peringkat Penyeliaan dan Pengurusan dan Reka Bentuk.

Berikut adalah gaji pokok permulaan, deskripsi tugas bagi kursus HVAC Tahap 2 – Tahap 4.

Buku Panduan Gaji Permulaan 200 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran, Edisi Kedua (Tahun 2020). Muaturun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Print Friendly, PDF & Email

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *