4 Sebab Penapis Udara Perlu Di Bersihkan.

Penapis udara adalah salah satu komponen yang terdapat dalam setiap unit penyaman udara . Fungsi utama adalah untuk menapis habuk, asap, jerebu dan kotoran yang terdapat dalam udara persekitaran bilik. Malah sesetengah penapis udara masa kini juga dapat menapis bakteria dan virus! Rajah di bawah menunjukkan beberapa contoh penapis udara untuk beberapa jenama masa kini.

Namun perkara yang sering diabaikan oleh pengguna ialah tidak membersihkan penapis udara dan akibatnya kotoran telah berkumpul terlalu banyak pada penapis udara. Mungkin anda merasakan unit masih sejuk ditambah pula penapis ini berada di dalam (tidak nampak), maka ramai yang menganggap ia tidak penting untuk di bersihkan. Lihatlah apa yang berlaku pada penapis udara seperti rajah di bawah jika ia tidak di bersihkan.

This image has an empty alt attribute; its file name is filter3-1024x683.jpg
Mitshubishi Heavy Industries – 2HP
This image has an empty alt attribute; its file name is filter1-1024x384.jpg
YORK – 1HP

 

This image has an empty alt attribute; its file name is filter-2-1024x384.jpg
MIDEA – 1HP

4 Sebab Penapis Udara Perlu Di Bersihkan.

1. Mengekalkan udara bersih dalam bilik.

Jika penapis udara kerap di bersihkan maka udara dalam bilik akan kekal bersih dan segar. Ia sangat penting untuk kesihatan anda. Penapis udara yang kotor boleh menyumbang kepada penyakit lain terutama kepada kanak-kanak dan mereka yang ada alergi atau asma. Bagaimana penapis ini dapat menapis udara dalam bilik?

Udara panas dalam bilik akan naik ke atas dan di serap oleh penapis udara semasa proses penyejukan bilik. Semasa udara melalui penapis inilah partikel, zarah dan habuk kotor di tapis. Serapan haba panas ini dipanggil proses penyejatan dalam kitaran penyejukan yang menghasilkan udara lebih sejuk (suhu lebih rendah dari suhu udara asal). 

  • Intake air – udara dalam bilik yang diserap (panas)
  • Discharge air – udara yang di hembus keluar dari unit (sejuk)

2. Memastikan unit beroperasi dengan optimum.

Unit penyaman udara bekerja berdasarkan kapasiti pendinginan yang diperlukan oleh bilik tersebut. Apabila penapis udara kotor, kadar serapan haba kurang dan kita akan merasa kurang sejuk. Ini kerana haba dalam bilik tidak dapat dipindahkan kerana terhalang oleh penapis yang kotor. Oleh itu unit tidak dapat beroperasi secara optimum dalam proses pemindahan haba.

3. Menjimatkan kos elektrik.

Unit yang beroperasi dengan penapis udara kotor boleh meningkatkan bil elektrik anda! Ini kerana unit akan sentiasa beroperasi untuk memindahkan haba tetapi tidak dapat mencapai suhu yang ditetapkan. Lagi lama tempoh operasi unit tersebut untuk mencapai suhu yang di ‘ set’ kan bermakna lagi banyak tenaga elektrik yang digunakan. Secara tidak langsung bil elektrik anda akan meningkat.

4. Jangka hayat unit.

Apabila unit tidak dapat beroperasi secara optimum bermakna ia bekerja lebih dari kemampuan sebenar. Apabila ini berterusan maka ia akan menyebabkan jangka hayat unit berkurangan. Dengan erti kata lain unit akan cepat rosak dan anda akan mengalami kerugian besar.  Membersihkan penapis udara adalah salah satu rutin dalam penyelenggaraan berkala unit. Walaupun ia kecil tetapi memberi kesan besar kepada operasi unit. Oleh itu jangan ambil mudah perkara ini!!

Bilakah masa yang sesuai untuk membersihkan penapis udara ? Berapa kerapkah penapis udara perlu di bersihkan? Jawapan kepada persoalan ini bergantung kepada udara persekitaran tempat tinggal anda dan tempoh anda menggunakan unit penyaman udara sehari. Anda boleh mulakan dengan 2 minggu sekali dan lihat pada kotoran penapis udara. Jika tidak berapa kotor boleh lah anda lakukan sebulan sekali. Jika terlampau kotor maka anda perlu lakukan sekerap yang mungkin.

Untuk  membersihkan penapis udara bukanlah perkara yang sukar. Anda boleh lakukan sendiri seperti rutin harian yang lain contohnya membersihkan kipas angin. Anda juga tidak memerlukan sebarang peralatan seperti screw driver  untuk mengeluarkan penapis udara. Mari kita lihat 5 langkah mudah berikut:

Langkah 1: ‘OFF’ kan unit dan keluarkan palam 3 pin dari soket.

Langkah 2: Buka penutup hadapan (front grill) dengan cara menarik ke atas dari kedua – dua hujung sisi front grill (point  X) dan keluarkan penapis udara.

This image has an empty alt attribute; its file name is keluarkan-penapis-udara.png

This image has an empty alt attribute; its file name is keluarkan-penapis-udara-2.png

Langkah 3: Bersihkan / Cuci dengan air yang bersih. Anda juga boleh menggunakan penyedut hampagas untuk membuang kotoran pada penapis udara.

This image has an empty alt attribute; its file name is cuci-penapis-udara.png

Langkah 4: Jemur dan keringkan. Tidak perlu cahaya secara langsung dari matahari.

This image has an empty alt attribute; its file name is jemur-penapis-udara.png

Langkah 5: Masukkan semula penapis dan tutup semula penutup hadapan (front grill) unit.

This image has an empty alt attribute; its file name is pasang-semula.png

Dengan 5 langkah mudah ini anda telah berjaya membersihkan penapis udara. Kesannya sangat besar kepada udara persekitaran dalam bilik anda dan kepada unit penyaman udara itu sendiri. Ayuh mulakan!!

Rujukan:

  • Handbook For Non-Ducted Residential & Light Commercial Air Conditioning Units.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Print Friendly, PDF & Email

Leave a Reply

Your email address will not be published.