Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara

Penyaman udara seperti juga mana – mana peralatan elektrik  yang lain akan mengalami masalah selepas beberapa tahun atau selepas tamat tempoh jaminan. Namun ada juga yang mengalami masalah sebelum tamat tempoh jaminan. Bagi kes seperti ini anda di sarankan untuk merujuk kembali kepada pusat servis / kedai elektrik di mana anda membeli peralatan tersebut. Masalah yang berlaku pada penyaman udara boleh membawa kepada 2 jenis kerosakan iaitu  kerosakan  major dan kerosakan minor.

i) Kerosakan major

Kerosakan major berlaku apabila pemampat unit penyaman udara tidak berfungsi lagi. Bagi kes ini pemampat tidak dapat dibaiki dan perlu diganti baru. Kos mengganti pemampat ini adalah tinggi dan melibatkan sebahagian besar kerja – kerja utama seperti silfosing, mengisi gas, vakum dan menguji kebocoran. Oleh itu di sarankan supaya keseluruhan unit ditukar baru.

ii) Kerosakan minor

Kerosakan minor boleh di baiki, di servis atau penggantian komponen yang tidak melibatkan kos terlalu tinggi. Bagi kes seperti ini anda boleh merujuk kepada juruteknik bertauliah untuk mengesan kerosakan tersebut dan membuat baikpulih.

Dalam bahagian ini saya akan menyenaraikan beberapa masalah yang kerap berlaku pada unit penyaman udara berdasarkan aduan dan pertanyaan kepada saya. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit pengetahuan sebelum merujuk kepada juruteknik. Ada antara masalah yang mungkin anda boleh perbaiki sendiri dan ini tentunya akan menjimatkan kos anda!!

mengesan kerosakan unit pisah

a) Unit kurang sejuk.

Masalah ini berlaku apabila anda berasa bilik kurang sejuk, tidak seperti anda mula – mula membeli unit penyaman udara dahulu. Masalah ini memang biasa dan ia bukanlah kerosakan major yang saya maksudkan di atas. Pengguna biasanya akan beranggapan gas habis. Adakah teori ini benar?

Teori ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Unit kurang sejuk bukan berpunca dari gas habis, tetapi situasi gas habis akan membawa kepada unit langsung tidak sejuk seperti masalah kedua di bawah. Apa yang berlaku pada unit kurang sejuk ialah unit mungkin kekurangan gas dan ia perlu ditambah mengikut tekanan yang ditetapkan oleh juruteknik bertauliah. Ini boleh di lakukan semasa membuat kerja – kerja menservis dan tekanan standard gas ialah 70 psig.

Masalah unit kurang sejuk juga boleh berpunca dari penapis udara yang kotor, penyejat dan pemeluwap yang kotor dan juga kekotoran pada panel hadapan unit dalam. Bagi kes seperti ini apa yang perlu di lakukan ialah buat servis berkala setiap 6 bulan. Semua bahagian – bahagian yang dinyatakan perlu di cuci sehingga bersih menggunakan bahan kimia (jika perlu) dengan kos sekitar RM100 – RM150.

b) Unit tidak sejuk.

Jika anda berasa bilik langsung tidak sejuk, kemungkinan berlaku kebocoran pada sistem yang menyebabkan gas habis. Oleh itu, punca dan tempat kebocoran tersebut perlulah dikenalpasti dan dibaiki terlebih dahulu dan diteruskan dengan penambahan gas sehingga cukup. Kadang – kadang masalah ini juga berpunca dari kipas dalam (blower) yang tidak berpusing. Oleh itu anda dinasihati untuk set pada remote control blower speed kepada maksimum dan pilih mood cool. Jika masih ada masalah electronic board pada indoor perlu diperiksa.

c) Kipas luar tidak berpusing.

Terdapat unit penyaman udara yang mana kipas unit luar terus berpusing apabila unit penyaman udara di “ON”kan. Ada juga kipas berpusing apabila pemampat mula beroperasi. Kipas luar yang tidak berpusing menyebabkan kitar penyejukan tidak lengkap dimana proses pembebasan haba terhenti. Ini akan menyebabkan bilik tidak dapat disejukkan seperti yang dikehendaki.

Jika selepas 5 minit kipas luar masih tidak berpusing, terdapat masalah pada kapasitor motor kipas dan ia perlulah diganti. Rujuk Nota Prosedur PPU untuk cara – cara mengesan kapasitor yang rosak.

d) Air menitis pada unit dalam.

Masalah ini berlaku mungkin berpunca daripada penyejat yang kotor, saluran air tersumbat, unit tidak seimbang dan juga perbezaan haba yang terlalu tinggi antara dalam bilik dan luar bilik. Cadangan baikpulih ialah unit perlu diservis sebaik mungkin. Bagi mengurangkan perbezaan suhu, pastikan tingkap/pintu bilik ditutup rapat.

e) Air menitis di unit luar.

Ini bukanlah masalah utama selagi anda berasa bilik masih sejuk. Air yang menitis adalah dari proses kondensasi yang berlaku di pemeluwap dan ia adalah normal.

f) Bunyi bising pada unit luar.

Bunyi ini kemungkinan besar dari pemampat yang beroperasi semasa unit beroperasi. Jika ia berbunyi agak bising lebih dari biasa, anda perlulah “OFF” unit terlebih dahulu dan lakukan pemeriksaan pada unit luar.

g) Unit langsung tidak beroperasi.

Jika unit langsung tidak beroperasi dan lampu unit dalam tidak menyala setelah di tekan ‘remote’ kemungkinan besar ialah tiada bekalan kuasa atau berlaku trip. Anda perlu “ON” semula fius utama.

h) Unit dalam bunyi bising.

Saya ada menerima aduan seperti ini dan ia tentulah mengganggu anda. Lebih – lebih lagi pada waktu malam kerana boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk, anda perlu periksa dengan segera. Kemungkinan utama ialah blower tidak dipasang dengan betul.

 i) Remote tidak boleh “ON”

Masalah ini nampak mudah tetapi ia tetap berlaku. Cadangan saya ialah anda tukar bateri baru. Jika masih tidak boleh “ON” bolehlah beli remote baru..:)

Bacaan lanjut :

Sumber gambar : Google Image
Perbincangan/Maklumbalas seterusnya diruangan komen
Print Friendly, PDF & Email
1,375 comments on “Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara
  1. Aziz says:

    Assalam tuan. Sy menggunakan aircond 1hp panasonic. Masalah yang dihadapi sy unit indoor dan outdoor berfungsi seperti biasa tetapi compressor tidak berfungsi. Dalam masa yang sama ia akan mengeluarkan bunyi humming(berdengung) dalam beberapa saat. Kemudian ia akan berulang dalam masa beberapa minit. Apakah masalah aircond sy? Terima kasih tuan

  2. HALINAH BINTI JAIS says:

    Saya menggunakan ekon jenama panasonis inventer. sekarang ni dah ta boleh nak on. sbb baru2 ni bila saya cuba on tiba2 lampu merah pada timer menyala.Apa maksudnya tu cikgu ?

  3. Assalamualaikum Cikgu. Aircond inverter ada kluar code A6 dekat remote.
    Dekat badan indoor unit, light blinking kat simbol power. Aircond baru sehari di service terus ada problem tu.

  4. muhammad rahimi says:

    salam..kenapa tekanan gas kompresor sy tak stabil..bila cek guna manifold meter jarum akan sentiasa bergerak turun naik tapi dengan perlahan saja..

    • cikgunas says:

      Salam tuan. Ini menunjukkan ada udara/lembapan dalam sistem. Cara terbaik untuk mengatasi ialah vakum keseluruhan sistem dan isi gas semula.

  5. muhammad rahimi says:

    salam..kenapa tekanan gas kompresor ac saya tidak stabil?bila cek pakai manifold meter jarum sentiasa turun naik tapi dengan perlahan.

  6. Khairi says:

    Assalmualikum cikgu. Aircond sy york 1.5hp bukan inverter. Mslhnya bila on remote.blower xberpusing, kluar lmpu merah berkelip2. Bila pusing blower guna jari, bru blower start pusing dan baru lmpu hjau

  7. Fredy says:

    Salam cikgu..kenapa indoor aircond national saya tidak boleh hidup fius dah check ok juga..supply pn ok juga..apa masalah nya??

  8. Noor azlina binti sulaiman says:

    Assalam cikgu.. Sy nak tnya knp indoor dan led tiba2 off x smpi 5mnt sedangkan outdoor masih bfungsi dgn baik. Untuk onkan smula indoor tpaksa on off suis utama.

  9. Ifzie90 says:

    Assalamualaikum tuan
    A/c sy paparan untuk suhu tak mnyala dan remote jgak x bfungsi..tp ada bunyi buzzer dan a/c bfungsi baik cuma paparan led sahaja x mnyala..apa kerosakan dan anggaran kerugian

    • cikgunas says:

      Salam. Besar kemungkinan paparan LED (indoor receiver) tersebut rosak. Harga diluar pengetahuan saya.

  10. Adzaman says:

    Assalam tuan,aircond saya jenis LG,apabila on aircond keluar paparan kat screen tepi iaitu CH dan berkelip-kelip, semua jak jalan,dalam tak pusing,luar pun tak pusing,apa mslh nya tuan,rq

    • cikgunas says:

      Salam tn. Banyak yang perlu diperiksa. Hidupkan indoor dan outdoor secara berasingan untuk kecilkan skop baikpulih.

  11. Syamsul says:

    Assalamualaikum tuan.. aircon saya Daikin 1.5 inverter.. masalah sekarang kipas unit luar hanya berpusing sekejap-sekejap sahaja.. pusing 3min pastu berhenti 3min.. berulang-ulang.. xsempat nak sejuk.. apa masalah aircon saya?

  12. AIZAT says:

    assalamualaikum cikgu boleh saya dapatkan number fon??

  13. Dida says:

    Salam tuan..sy bru pasang aircond panasonic inverter utk blik tidur..bila on dan buat auto swing dia ada bunyi area dalam..apa yg tak kena ya..apa yg boleh sy buat..

    • cikgunas says:

      Salam. Kena buat pemeriksaan visual bunyi tersebut dari mana. Jika ia berterusan mungkin ada masalah. Jika bunyi tersebut hilang selepas beberapa ketika, ia adalah normal.

  14. Safwan says:

    Salam raya tuan… Knpa aircond rumah saya bila on swicth. aicond tiba tiba on dan tiba2 off

  15. wan says:

    Tumpang tanya. Masalah aircond tidak hidup dan tiada bunyi buzzer apabila remote ditekan on sebaliknya apabila ditekan off buzzer bunyi seperti biasa tetapi ianya tetap tidak on setelah berulang kali dicuba.

  16. Hairun says:

    salam c’gu.saya nak bertanya sikit,boleh ke nak kacukan outdoor inverter dengan indoor biasa?

  17. Maliki haris says:

    Masalah led bhg time berkelip berselang masa singkp….kipas bhgn dlm tk brpusing

  18. Siti Norfazirah Ishark says:

    assalamualaikum.. cikgu nak tanya.. aircond di rumah saya tiba tiba mati.. then nk on balik dah xboleh… agak2 kenapa ye

    • cikgunas says:

      salam. kena cek balik ada current masuk ke indoor atau tidak. Jika tiada cek punca bekalan. Jika ada, mungkin fius kat indoor pcb terbakar.

  19. Kamil says:

    Salam tumpang tanya..macam mana nak kenalpasti kompressor dah rosak. Sebab aircon saya ade bunyi bising kat unit dlm sebelum ni tp skrg kompressor tak on langsung.

    Reply

    • cikgunas says:

      Salam. Kita boleh buat ujian rintangan terminal dengan meter pelbagai atau ujian tebatan dengan Magger Meter. Tuan boleh rujuk CATATAN LEPAS saya berkaitan bagaimana menentukan pemampat telah rosak.

  20. Nazmi says:

    Saya mengunakan aircond hitachi 2.5 h.p . Masaalah saya suis utama akan trip selepas 5 minit aircond dihidupkan. Semasa aircond beroperasi, sejuk dan kompressor hidup. Cuma suis utama akan trip selepas 5 hingga 10 minit aircond dihidupkan. Adakah ini disebabkan kerosakan pada kapasitor?

    • cikgunas says:

      Masalah ini boleh jadi wayar panas, MCB tak sesuai dengan beban/ada sharing, MCB rosak atau compressor panas. Compressor panas pula ada banyak sebab. Rujuk CATATAN LEPAS saya berkaitan compressor panas.

  21. Mohd Firdaus Dahlan says:

    Assalamualaikum, saya nak tanya, air-cond baru service jenis inverter. Suhu di setkan rendah contoh 25° dan suhu bilik terasa rendah namun suhu yg dikesan oleh air-cond lebih tinggi dari yg di setkan iaitu 25°

  22. Edika says:

    Assalam. .saya nak tanya pasal air cond kenapa air cond terasa sejuk pagi walaupun sudah diturunkan suhunya 30c

    • cikgunas says:

      Salam tn. Seeloknya waktu pagi OFF saja aircond tersebut. Kita sedia maklum waktu pagi memang sejuk kesan suhu persekitaran yang rendah.

      • Suhaimi Zamil says:

        salam cik nak tanya sy punya aircond 1.5 lg tapi bila pasang bunyi indor ade selang bape minit outdoor aktif tapi xde rasa angin pon dekat indoor cume rasa grill tu sejuk je..ape masalah tersebut dan kos tinggi ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*