Penyaman udara seperti juga mana – mana peralatan elektrik  yang lain akan mengalami masalah selepas beberapa tahun atau selepas tamat tempoh jaminan. Namun ada juga yang mengalami masalah sebelum tamat tempoh jaminan. Bagi kes seperti ini anda di sarankan untuk merujuk kembali kepada pusat servis / kedai elektrik di mana anda membeli peralatan tersebut. Masalah yang berlaku pada penyaman udara boleh membawa kepada 2 jenis kerosakan iaitu  kerosakan  major dan kerosakan minor.

i) Kerosakan major

Kerosakan major berlaku apabila pemampat unit penyaman udara tidak berfungsi lagi. Bagi kes ini pemampat tidak dapat dibaiki dan perlu diganti baru. Kos mengganti pemampat ini adalah tinggi dan melibatkan sebahagian besar kerja – kerja utama seperti silfosing, mengisi gas, vakum dan menguji kebocoran. Oleh itu di sarankan supaya keseluruhan unit ditukar baru.

ii) Kerosakan minor

Kerosakan minor boleh di baiki, di servis atau penggantian komponen yang tidak melibatkan kos terlalu tinggi. Bagi kes seperti ini anda boleh merujuk kepada juruteknik bertauliah untuk mengesan kerosakan tersebut dan membuat baikpulih.

Dalam bahagian ini saya akan menyenaraikan beberapa masalah yang kerap berlaku pada unit penyaman udara berdasarkan aduan dan pertanyaan kepada saya. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit pengetahuan sebelum merujuk kepada juruteknik. Ada antara masalah yang mungkin anda boleh perbaiki sendiri dan ini tentunya akan menjimatkan kos anda!!

mengesan kerosakan unit pisah

a) Unit kurang sejuk.

Masalah ini berlaku apabila anda berasa bilik kurang sejuk, tidak seperti anda mula – mula membeli unit penyaman udara dahulu. Masalah ini memang biasa dan ia bukanlah kerosakan major yang saya maksudkan di atas. Pengguna biasanya akan beranggapan gas habis. Adakah teori ini benar?

Teori ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Unit kurang sejuk bukan berpunca dari gas habis, tetapi situasi gas habis akan membawa kepada unit langsung tidak sejuk seperti masalah kedua di bawah. Apa yang berlaku pada unit kurang sejuk ialah unit mungkin kekurangan gas dan ia perlu ditambah mengikut tekanan yang ditetapkan oleh juruteknik bertauliah. Ini boleh di lakukan semasa membuat kerja – kerja menservis dan tekanan standard gas ialah 70 psig.

Masalah unit kurang sejuk juga boleh berpunca dari penapis udara yang kotor, penyejat dan pemeluwap yang kotor dan juga kekotoran pada panel hadapan unit dalam. Bagi kes seperti ini apa yang perlu di lakukan ialah buat servis berkala setiap 6 bulan. Semua bahagian – bahagian yang dinyatakan perlu di cuci sehingga bersih menggunakan bahan kimia (jika perlu) dengan kos sekitar RM100 – RM150.

b) Unit tidak sejuk.

Jika anda berasa bilik langsung tidak sejuk, kemungkinan berlaku kebocoran pada sistem yang menyebabkan gas habis. Oleh itu, punca dan tempat kebocoran tersebut perlulah dikenalpasti dan dibaiki terlebih dahulu dan diteruskan dengan penambahan gas sehingga cukup. Kadang – kadang masalah ini juga berpunca dari kipas dalam (blower) yang tidak berpusing. Oleh itu anda dinasihati untuk set pada remote control blower speed kepada maksimum dan pilih mood cool. Jika masih ada masalah electronic board pada indoor perlu diperiksa.

c) Kipas luar tidak berpusing.

Terdapat unit penyaman udara yang mana kipas unit luar terus berpusing apabila unit penyaman udara di “ON”kan. Ada juga kipas berpusing apabila pemampat mula beroperasi. Kipas luar yang tidak berpusing menyebabkan kitar penyejukan tidak lengkap dimana proses pembebasan haba terhenti. Ini akan menyebabkan bilik tidak dapat disejukkan seperti yang dikehendaki.

Jika selepas 5 minit kipas luar masih tidak berpusing, terdapat masalah pada kapasitor motor kipas dan ia perlulah diganti. Rujuk Nota Prosedur PPU untuk cara – cara mengesan kapasitor yang rosak.

d) Air menitis pada unit dalam.

Masalah ini berlaku mungkin berpunca daripada penyejat yang kotor, saluran air tersumbat, unit tidak seimbang dan juga perbezaan haba yang terlalu tinggi antara dalam bilik dan luar bilik. Cadangan baikpulih ialah unit perlu diservis sebaik mungkin. Bagi mengurangkan perbezaan suhu, pastikan tingkap/pintu bilik ditutup rapat.

e) Air menitis di unit luar.

Ini bukanlah masalah utama selagi anda berasa bilik masih sejuk. Air yang menitis adalah dari proses kondensasi yang berlaku di pemeluwap dan ia adalah normal.

f) Bunyi bising pada unit luar.

Bunyi ini kemungkinan besar dari pemampat yang beroperasi semasa unit beroperasi. Jika ia berbunyi agak bising lebih dari biasa, anda perlulah “OFF” unit terlebih dahulu dan lakukan pemeriksaan pada unit luar.

g) Unit langsung tidak beroperasi.

Jika unit langsung tidak beroperasi dan lampu unit dalam tidak menyala setelah di tekan ‘remote’ kemungkinan besar ialah tiada bekalan kuasa atau berlaku trip. Anda perlu “ON” semula fius utama.

h) Unit dalam bunyi bising.

Saya ada menerima aduan seperti ini dan ia tentulah mengganggu anda. Lebih – lebih lagi pada waktu malam kerana boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk, anda perlu periksa dengan segera. Kemungkinan utama ialah blower tidak dipasang dengan betul.

 i) Remote tidak boleh “ON”

Masalah ini nampak mudah tetapi ia tetap berlaku. Cadangan saya ialah anda tukar bateri baru. Jika masih tidak boleh “ON” bolehlah beli remote baru..:)

Bacaan lanjut :

Sumber gambar : Google Image
Perbincangan/Maklumbalas seterusnya diruangan komen
Print Friendly, PDF & Email

1,478 comments on “Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara

  1. Salam tuan,

    -Saya baru pasang aircond… (samsung 2.5hp) mula2 semuanya ok dan sejuk. Tp lepas 1 jam.. Aircond trip. Bila switch ON , trip lagi.. Apakah diantara kemungkinan2 berlakunya perkara seperti itu?

    • Salam. Tn cek semua pendawaian dari soket, indoor dan outdoor. Wayar ikut spec tak? Soket, MCB ikut spec atau tidak. Adakah berkongsi MCB?

  2. Assalamualaikum. Aircond sy jenama Midea.. hidup mcm biasa dalam 20 minit, selepas tu dia berhenti.. lampu menyala.. bila nak on off kan guna remote dia x detect.. kena off suis balik baru boleh guna mcm biasa.. tp nti akn mati semula… utk pengetahuan aircond dah servis, bateri remote pun tukar, gas pun dah topup..

    • Wassalam. Kena cek compressor tu panas atau mcm mana, kipas outdoor pusing perlahan atau normal? Byk kena buat pemeriksaan visual dahulu baru tau apa masaalahnya.

  3. Salam tuan, saya menggunakan aircond jenama samsung dah lama baru baru nie rosak dah repair. baru hari nie aircond tiba tiba tak berfungsi. on dan off plug pn masih sama. lampu di aircond pun tak menyala. kerosakan minor atau major mcm tu? mungkin akan call techician.

    • Salam. Apa2 pun kena buat pemeriksaan, knp lampu di unit tak menyala. Cek arus ada atau tiada, cek voltan cukup atau tidak. Boleh jadi masalah kecil, blh jadi juga masalah besar seperti IC Board rosak.

  4. Assalam encik. aircond rumah sewa saya wayarnya bersambung terus pada pada suis dan hanya menggunakan remote untuk on dan off aircond. Masalah yang saya hadapi ialah kadang2 airccond tiba-tiba on dan tiba-tiba off tanpa menggunakan remote. apa masalah aircond tu ya? risau bil melambung..huhuh..

    • Wassalam. Kalau ada suis, OFF kan juga suis selepas off guna remote. Masalah ni mungkin juga suis tak brp elok ataupun cik ON TIMER.

      ON OFF yg cik maksudkan ni pun saya tak jelas.. Indoor off atau outdoor off atau kedua2nya OFF?

  5. assalamualaikum tuan.. nak tanya, sy baru lepas servis aircond 2.4 daikin inverter.. selepas 1minggu servis ac jd pelik sikit..kejap sejuk kejap tak sejuk..punca sbb indoor on/off sendiri..ada technician lain cakap ac board..betul ke tuan? atau ada masalah lain?

    • Salam tn. Kalau ada komponen yg rosak apa error code yang keluar.. Cek dulu sebab ini prosedur asas troubleshoot aircond inverter. Sebelum tu cek lah tekanan gas dan prosedur masa tn service tu pun saya kena tau sebenarnya.

  6. Sy guna aircond electrolux..bila sy off remote kipas lua masih berpusing.. bila off plug bru kipas stop pusing n when on plug kipas pusing but unit indoor off..mintak penjelasan..

    • Assalamualaikum. Aircond pejabat sy jenama York 1.0 hp. Pada awal dihidupkan ‘On’ mcm biasa sejuk tetapi l/kurang 20-30 minit air cond tersebut tidak sejuk hanya blower berpusing. Lampu On/Off (hijau) berganti kpd lampu oren (timer)..sedangkan timer setting tidak aktif.. Mohon nasihat dan pencerahan utk tindakan selanjutnya. Tksh.

  7. Salam, encik.
    Kompressor york saya kipas outdoor sentiasa berpusing. Tak cut-off. Plug pun panas. Takut terbakar je plug 13A tu. Tak tahu apa punca. Sebab apa ye.

    • Salam tn. Mungkin unit telah di bypass atau mungkin belum capai suhu yg ditetapkan. Kena buat pemeriksaan. Plug panas tu bahaya. Kena cek balik wiring dan guna plug 15A.

  8. Salam Cikgu,
    Air cond york sy bile on je, keluar lampu kelip orange, angin je yg keluar, x sejuk langsung. Apa masalahnya Cikgu? Thank you

  9. salam cik nak tanya sy punya aircond inverter panasonic bila on kat timer tu naik lampu oren apa masalanya dan nak baiki kos tinggi tak?

    • Salam. Masalah ni kita perlu cari error code dulu baru tau apa masalahnya. Rujuk semula manual mcm mana kaedah utk mendapatkan error code.

  10. Nak tanya cikgu nas… Aircond saya 1hp jenama MEC….. Tiada supply pergi outdoor dan indoor unitnya… Saya check semua fius dan cable semua dlm keadaan ok… Bila saya suis on dekat power supply ada lampu on menyala cuma bila saya nak on dekat remote dia tak berfungsi..compressor semua tiada supply

    • Tn blh on secara manual dulu. Tengok indoor jalan atau tak. Jika masih masalah blh cuba bypass di indoor. Jika bypass elok bermakna ic board indoor rosak.

    • Salam. Gas lebih blh membebankan compressor dan akan berlaku compressor panas. Jumlah yg tepat ikut berat yg di tulis pada name plate. Biasa kita akan cek nilai ampere dan tekanan 70psig – 80psig.

  11. Salam nak tnya kalau repair blower aircond rumah berapa RM? Bunyi dia bising. Aircond saya jenis Daema Dawoo. Saiz biasa saje. Tq

    • Salam tn. Ada kemungkinan lain juga contohnya coil kotor, penapis udara kotor, motor blower slow. Semua ni kena cek dulu. Buat full service dahulu baru tau masalah utama.

    • tak perlu tuan..klu frost tu maksudnya compressor masih aktif…mungkin coil sumbat atau blower probel atau gas kurang atau lebih

  12. Assallamuallaikum tuan
    Saya ada acond jenama samsung jenis inverter
    Masalahnya acond tiba2 mati dan indicator lampu blinking..
    Saya ada panggil technician..dia ckp motherboard indoor rosak..bila tukar masih tak okay..so dia syorkan saya tukar yg baru..
    Saya nak tahu apa pandangan tuan berkenaan dgn masalah ini…

    • Salam tn. Terpulang pada bajet tn lah. Jika kerosakan asyik melarat, kepala pun pening, kos pun akhirnya sama macam beli aircond baru baik beli baru.

  13. Salam tuan. Nak tanya.
    Aircond sya. Bila tekan ON di remote
    Aircond tidak hidup.
    Bila tekan manual ON di aircond PON tidak hidup..
    Apa masalah dia ya??

  14. As Salam cikgu. Nak tanya. Air swing saya tak berfungsi dgn baik. Bila tekan Auto Swing, swing diairvond tak bergerak. Malahan semakin longgar dan tutup.

  15. Salam tuan, saya ingin bertanya.. Main switch aircond terasa panas.. Kenapa ye? Ada problem dengan wiring ke? Bahaya tak kalau dibiarkan?

  16. Assalamualaikum, Saya nak tanya, aircond brand TCL 1HP, indoor on sekejap lepastu off lama dan skrin remote blank cuma ada tunjuk fan speed, swing dan fan. nak on balik tak boleh. kenapa ya? ke nak kena reset remote? Tolong cikgu

    • Salam. Cuba cek remote, keluarkan bateri, lepas 5 minit masukkan semula bateri. Kalau masih sama mungkin remote rosak.

  17. As Salam Tuan…
    Saya ingin bertanya..
    Masalah aircond Toshiba wall mounted 1.5hp….
    Masalah nya ialah.. apabila sy tekan button ON pada remote, display pada remote padam..tekan sekali lagi ianya ada semula..dan seterusnya berulang2..tapi aircond tetap tak hidup. Saya dah cuba tukar bateri baru tapi tetap sama. Lampu pada indor unit berkelip2 hijau

  18. Salam cikgu..
    Aircond saya jenis daikin 1.0 hp
    Mslh br sj bermula kalau sy psg aircond slps beberapa mnit unit dlm akan berbunyi
    Bila off bunyi hilang
    Bila on blk bunyi tiada tp slps brapa ketika bunyi dtg blk

    • Salam tn. Kena ceklah bunyi tu dari mana? Adakah bunyi tersebut berterusan sehingga menggangu tn? Jika sekejap, ia biasa hasil perbezaan suhu dengan body plastik.

  19. Aircond saya model york. 1.0 hp.Apa masalahnya kalau on aircond,pastu of pastu on balik,berulang ulang. Blh tolong.

  20. Salam cikgunas,sy menggunakan aircon panasonic 1.5 hp,masalahnya apabila saya menghidupkan aircond kipas unit dalam tidak berfungsi dan adakalanya berfungsi..tp selalunya aircond akan mati sendiri apabila dihidupkan.mohon bantuan tentang apa yang harus saya lakukan.

      • Salam cikgu ,, sya punya situasi lebih kurang same mcm kes di atas ,, cuma jenis a/c saje yg berlainan ,, CRYSTAL Wall-mount AC with Full HD Filter, 9000 BTU/h ,, brand samsung ,, 1 hp ,, masalahnya ialah ,, bila pasang suis power supply ,, dia on sekejap ,, lepastu dia mati ,, dh try on suis dan on di remote ,, kjap je dia hidup kemudian dia “off” sendiri ? Pada pendapat cikgu apekah masalah yg dihadapi itu ? Terima kasih .

  21. Salam tuan, nak tanya sikit masalah penghawa dingin dirumah saya. Saya penguna penghawa dingin samsung inverter triangle 1.5hp. Nak tanya kenapa vertical airflow direction louver tidak berfungsi seperti biasa? Dia boleh swing tapi tak boleh swing macam normal. Kadang2 stuck dan mengeluarkan bunyi “pop” Cuma dia boleh swing suku jer. Sedangkan saya gunakan auto swing. Tak boleh swing sampai terbuka ke atas/besar. Bila saya cuba sendiri tolak ke atas dia jatuh balik. Boleh tuan bantu masalah saya. Tq.

    • Salam tn. Ditepi louver tu (biasanya sebelah kanan) ada step motor yang gerakkan louver. Cek kat situ, mungkin louver tu terlepas dari slot kat step motor. Mungkin juga patah, jadi ceklah dulu.

  22. salam tuan aircond saya jika pasang melebihi 2 jam akan jadi froze pd kedua2 copper paip kenapa ya..terima kasih

  23. Assalam..saya menggunakan aircond 1 hp brand LG standard..masalah yg saya hadapi skrg bila saya mggunakkan remote utk on unit tidak respon..mulanya saya ingat remote rosak tetapi bila saya pinjam remote jiran saya (guna aircond model yg sama) ttp tidak berfungsi..apakah masalahnya..saya suspect receiver pada unit rosak. Klu receiver rosak bolehkah dibaiki atau ganti satu unit receiver board/display? Brp kos klu repair@ganti? Adakah tuan ada sparepart utk model ini?

    • Salam tn. Cuba buka receiver tersebut dan gosok2 skit, kemudian pasang semula. Kalau tak boleh juga receiver tu rosaklah. Kena ganti baru. Boleh beli sendiri dan pasang sendiri, lbh jimat.

  24. Assalam tuan. Sy menggunakan aircond 1hp panasonic. Masalah yang dihadapi sy unit indoor dan outdoor berfungsi seperti biasa tetapi compressor tidak berfungsi. Dalam masa yang sama ia akan mengeluarkan bunyi humming(berdengung) dalam beberapa saat. Kemudian ia akan berulang dalam masa beberapa minit. Apakah masalah aircond sy? Terima kasih tuan

  25. Saya menggunakan ekon jenama panasonis inventer. sekarang ni dah ta boleh nak on. sbb baru2 ni bila saya cuba on tiba2 lampu merah pada timer menyala.Apa maksudnya tu cikgu ?

  26. Assalamualaikum Cikgu. Aircond inverter ada kluar code A6 dekat remote.
    Dekat badan indoor unit, light blinking kat simbol power. Aircond baru sehari di service terus ada problem tu.

  27. salam..kenapa tekanan gas kompresor sy tak stabil..bila cek guna manifold meter jarum akan sentiasa bergerak turun naik tapi dengan perlahan saja..

    • Salam tuan. Ini menunjukkan ada udara/lembapan dalam sistem. Cara terbaik untuk mengatasi ialah vakum keseluruhan sistem dan isi gas semula.

  28. salam..kenapa tekanan gas kompresor ac saya tidak stabil?bila cek pakai manifold meter jarum sentiasa turun naik tapi dengan perlahan.

  29. Assalmualikum cikgu. Aircond sy york 1.5hp bukan inverter. Mslhnya bila on remote.blower xberpusing, kluar lmpu merah berkelip2. Bila pusing blower guna jari, bru blower start pusing dan baru lmpu hjau

  30. Salam cikgu..kenapa indoor aircond national saya tidak boleh hidup fius dah check ok juga..supply pn ok juga..apa masalah nya??

  31. Assalam cikgu.. Sy nak tnya knp indoor dan led tiba2 off x smpi 5mnt sedangkan outdoor masih bfungsi dgn baik. Untuk onkan smula indoor tpaksa on off suis utama.

  32. Assalamualaikum tuan
    A/c sy paparan untuk suhu tak mnyala dan remote jgak x bfungsi..tp ada bunyi buzzer dan a/c bfungsi baik cuma paparan led sahaja x mnyala..apa kerosakan dan anggaran kerugian

    • Salam. Besar kemungkinan paparan LED (indoor receiver) tersebut rosak. Harga diluar pengetahuan saya.

  33. Assalam tuan,aircond saya jenis LG,apabila on aircond keluar paparan kat screen tepi iaitu CH dan berkelip-kelip, semua jak jalan,dalam tak pusing,luar pun tak pusing,apa mslh nya tuan,rq

    • Salam tn. Banyak yang perlu diperiksa. Hidupkan indoor dan outdoor secara berasingan untuk kecilkan skop baikpulih.

  34. Assalamualaikum tuan.. aircon saya Daikin 1.5 inverter.. masalah sekarang kipas unit luar hanya berpusing sekejap-sekejap sahaja.. pusing 3min pastu berhenti 3min.. berulang-ulang.. xsempat nak sejuk.. apa masalah aircon saya?

  35. Salam tuan..sy bru pasang aircond panasonic inverter utk blik tidur..bila on dan buat auto swing dia ada bunyi area dalam..apa yg tak kena ya..apa yg boleh sy buat..

    • Salam. Kena buat pemeriksaan visual bunyi tersebut dari mana. Jika ia berterusan mungkin ada masalah. Jika bunyi tersebut hilang selepas beberapa ketika, ia adalah normal.

  36. Tumpang tanya. Masalah aircond tidak hidup dan tiada bunyi buzzer apabila remote ditekan on sebaliknya apabila ditekan off buzzer bunyi seperti biasa tetapi ianya tetap tidak on setelah berulang kali dicuba.

  37. assalamualaikum.. cikgu nak tanya.. aircond di rumah saya tiba tiba mati.. then nk on balik dah xboleh… agak2 kenapa ye

    • salam. kena cek balik ada current masuk ke indoor atau tidak. Jika tiada cek punca bekalan. Jika ada, mungkin fius kat indoor pcb terbakar.

  38. Salam tumpang tanya..macam mana nak kenalpasti kompressor dah rosak. Sebab aircon saya ade bunyi bising kat unit dlm sebelum ni tp skrg kompressor tak on langsung.

    Reply

    • Salam. Kita boleh buat ujian rintangan terminal dengan meter pelbagai atau ujian tebatan dengan Magger Meter. Tuan boleh rujuk CATATAN LEPAS saya berkaitan bagaimana menentukan pemampat telah rosak.

  39. Saya mengunakan aircond hitachi 2.5 h.p . Masaalah saya suis utama akan trip selepas 5 minit aircond dihidupkan. Semasa aircond beroperasi, sejuk dan kompressor hidup. Cuma suis utama akan trip selepas 5 hingga 10 minit aircond dihidupkan. Adakah ini disebabkan kerosakan pada kapasitor?

    • Masalah ini boleh jadi wayar panas, MCB tak sesuai dengan beban/ada sharing, MCB rosak atau compressor panas. Compressor panas pula ada banyak sebab. Rujuk CATATAN LEPAS saya berkaitan compressor panas.

  40. Assalamualaikum, saya nak tanya, air-cond baru service jenis inverter. Suhu di setkan rendah contoh 25° dan suhu bilik terasa rendah namun suhu yg dikesan oleh air-cond lebih tinggi dari yg di setkan iaitu 25°

  41. Assalam. .saya nak tanya pasal air cond kenapa air cond terasa sejuk pagi walaupun sudah diturunkan suhunya 30c

    • Salam tn. Seeloknya waktu pagi OFF saja aircond tersebut. Kita sedia maklum waktu pagi memang sejuk kesan suhu persekitaran yang rendah.

      • salam cik nak tanya sy punya aircond 1.5 lg tapi bila pasang bunyi indor ade selang bape minit outdoor aktif tapi xde rasa angin pon dekat indoor cume rasa grill tu sejuk je..ape masalah tersebut dan kos tinggi ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *