Bagaimana Menentukan Pemampat Telah Rosak?

Pemampat adalah komponen utama dalam satu unit penyaman udara. Kerosakan kepada pemampat menyebabkan kegagalan dalam kitar penyejukan. Bukan itu sahaja, kos menukar atau mengganti pemampat baru juga sangat tinggi. Ini kerana ia bukan melibatkan penggantian pemampat sahaja tetapi aksesori lain seperti tiub kapilari dan juga pengisian gas bahan pendingin. Kos bagi satu unit pemampat 1HP sahaja adalah sekitar RM420. (Rujuk ebook Alat Ganti Penyaman Udara : Senarai Komponen & Harga untuk mendapatkan senarai harga.

Bagaimana pemampat boleh rosak? Bagaimana menentukan pemampat telah rosak?

Apa sahaja peralatan boleh rosak. Tiada yang boleh digunakan selama-lamanya. Begitu juga pemampat. Apa yang ingin saya terangkan di sini ialah cara atau kaedah menentukan pemampat tersebut telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

pemampat rotary 1HP

Pemampat Putar, 1HP Single Phase, R22

Pemeriksaan pada pemampat perlu dilakukan terlebih dahulu. Jika pemampat tersebut berdengung (humming) , terlampau bising ataupun terlampau panas, maka langkah baikpulih perlu dimulakan. Jika berdengung dan tidak beroperasi , ia menunjukkan ada masalah untuk Starting. Jika terlampau bising mungkin ia di sebabkan oleh kurang minyak atau rubber mounting telah keras. Jika pemampat terlampau panas maka kaedah baikpulih perlu dibuat mengikut sebab-sebab yang saya huraikan dalam catatan sebelum ini.

Biasanya apabila pemampat tidak berfungsi, komponen yang boleh ditukar ialah kapasitor pemampat dan geganti beban lampau. Jika kedua – dua komponen ini telah ditukar tetapi pemampat masih tidak beroperasi maka ujian rintangan dan ujian tebatan perlu dibuat bagi menentukan pemampat masih elok atau telah rosak.

Antara petunjuk pemampat bermasalah ialah berlaku trip dalam rumah. Selepas penyaman udara dihidupkan dalam 3-5 minit berlaku trip. Ini mungkin disebabkan oleh pemampat kerana unit luar akan mula beroperasi selepas 3-5 minit penyaman udara dihidupkan. Ia salah satu kemungkinan sahaja. Kita perlu periksa terlebih dahulu.

Dalam kes ini cuba hidupkan unit dalam dan unit luar secara berasingan. Hidupkan unit dalam atau luar terus dari soket tetapi secara berasingan dimana tiada penyambungan wayar dari unit dalam ke unit luar. Jadi kita boleh tahu masalah berpunca dari unit dalam atau unit luar. Jika unit luar, maka mulakan langkah pemeriksaan pada unit luar. Jika unit dalam bermaksud trip tadi berpunca dari unit dalam.

main switch

Trip berlaku apabila MCCB off atau ELCB& Suis Utama OFF

Ujian Rintangan.

Ujian ini dilakukan dengan menggunakan meter pelbagai. Uji setiap rintangan terminal pemampat. Jika tiada bacaan atau bacaan sama sahaja bermaksud pemampat telah rosak. Setiap terminal mewakili punca tertentu dan ada bacaan rintangan yang berbeza. Bacaan paling tinggi ialah punca permulaan (Starting), paling rendah punca sepunya (Common) dan punca sederhana adalah larian (Running).

ujian rintangan

Selain itu kita juga boleh uji pemampat jika ia mengalami litar pintas (short circuit). Dengan menggunakan meter pelbagai sentuh probe merah ke terminal pemampat dan probe hitam ke body pemampat atau mana-mana bahagian outdoor. Jika ada bacaan rintangan bermaksud pemampat telah mengalami litar pintas/rosak.

Ujian Tebatan.

Ujian ini dilakukan dengan menggunakan meter tebatan atau Magger Meter. Kita boleh tahu tebatan pemampat masih elok atau tidak berdasarkan nilai tebatan yang diperolehi.

ujian tebatan

Jika bacaan tebatan antara 0MegaOhm  – 0.5 MegaOhm bermaksud tebatan tidak elok. Jika bacaan tebatan 0.5MegaOhm – infinity bermaksud tebatan elok. Rujuk skala MegaOhm (M?) dalam rajah di bawah.

skala meter tebatan

Skala MegaOhm iaitu ukuran untuk tebatan.

 

Berdasarkan kedua-dua ujian ini, kita akan dapat buat kesimpulan yang betul-betul meyakinkan bahawa pemampat telah rosak. Selain itu kerosakan terminal pemampat juga ada berlaku. Dalam kes ini pemampat juga perlu ditukar baru.

terminal pemampat rosak

Rujukan:

  • https://beesengaircon.wordpress.com/category/air-cond-tips/page/2/
  • https://www.facebook.com/Repairing-Air-conditioner-and-service-As-cool-ent-539894309499934/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Nota Penyaman Udara Tagged with: ,
7 comments on “Bagaimana Menentukan Pemampat Telah Rosak?
  1. umiadam says:

    huuu… komplikated nye…

    kena panggil pomen jugak kalau rosak ape-ape.
    kena bagitau asben kot dia pandai.

  2. Ary says:

    Salam… sy bukan nk komen tpi nk bertanya…
    Sy buat pemasangan sendiri, lepas test ada kebocoran dkt cooper low dan ada cecair terkeluar tapi aircond ttp sejuk..
    Bila saya gantikan sambungan copper, aircon tak sejuk, ais kelihatan pada cooper high dan cooper low tidak sejuk…
    Apa masalahnya dan apa perlu sy buat..
    Mohon bantuan nasihat teknikal dan terima kasih…

  3. Ary says:

    Terima kasih dan selamat hari raya

  4. Azreen Jafaar says:

    ?????? ?????
    Cikgu,
    Fros kat paip tekanan tinggi apa mslh?
    mohon bantuan.
    Tqvm

  5. Leh says:

    Salam .nk tnya sikit setiap pemasngn air cond perlu dilakukn kew cikgu ujian larian arus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*