7 Sebab Pemampat Berhenti Beroperasi Dan Bilik Tidak Sejuk.

Adakah anda pernah mengalami situasi seperti ini? Mengikut komen yang di utarakan kepada saya dalam ruangan Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara, lebih 60% mengemukakan masalah ini. Selepas setengah jam atau satu jam pemampat berhenti beroperasi dan bilik tidak lagi sejuk. Hanya angin saja yang terasa di dalam bilik!!…Jangan keliru dengan situasi pemampat berhenti seketika apabila telah mencapai suhu yang di ‘set’kan. Ia adalah normal dan pemampat akan kembali beroperasi apabila suhu bilik naik.

Situasi yang akan saya terangkan ini ialah pemampat berhenti dan mengambil masa yang lama untuk beroperasi semula atau terus tak beroperasi. Kesannya memang bilik tak akan sejuk dan anda mulalah berasa tidak selesa. Samaada kipas luar berfungsi atau tidak kesannya tetap sama kerana apabila pemampat berhenti beroperasi kitar penyejukan tidak lagi berlaku.

contoh outdoor

Unit luar (outdoor) yang menempatkan pemampat & kipas.

pemampat

Pemampat.

Apakah punca kepada masalah ini?

Pemampat berhenti beroperasi apabila ia panas dan suhu unit luar mencecah 112ºC.  Apabila panas geganti beban lampau atau overload protector akan memutuskan litar dan menghalang pemampat dari terus beroperasi. Ia sebenarnya melindungi pemampat daripada rosak, dan akan kembali beroperasi apabila pemampat sejuk.

geganti beban lampau

Geganti Beban Lampau/Overload Protector.

Berikut adalah 7 sebab pemampat berhenti beroperasi apabila panas. Anda akan dapati lampu timer pada unit dalam berkelip – kelip (blinking).

timer indoor blinking

Lampu timer akan berkelip-kelip apabila unit luar berhenti beroperasi.

1) Gas kurang.

Gas kurang menjadi beban kepada pemampat untuk beroperasi. Dalam suatu kitar penyejukan kuantiti gas yang diperlukan telah ditetapkan seperti dalam manual. Apabila pemasangan unit luar jauh (melebihi 15m) kuantiti gas perlu di tambah supaya gas yang masuk untuk di mampatkan cukup bagi menjalankan  kitar penyejukan. Apabila kurang bermakna pemampat bekerja dalam situasi terbeban . Ambil contoh tayar sebuah kereta yang bergerak dengan angin yang kurang. Kereta tetap akan bergerak tetapi beban yang ditampung oleh tayar yang kurang angin tersebut lebih berbanding tayar yang lain. Lama – kelamaan ketahanan tayar tersebut juga akan berkurang atau dalam erti kata lain rosak. Begitu juga dengan pemampat tadi.

Gas kurang juga mungkin berpunca dari bocor. Jadi pemeriksaan kebocoran juga perlu dilakukan sebelum menambah gas. Walaupun kecil ia tetap akan memberi kesan kepada kuantiti gas dalam sistem.

2. Gas lebih.

Situasi ini juga boleh menyebabkan pemampat berhenti beroperasi. Apabila gas lebih bermakna pemampat beroperasi memampatkan gas lebih dari kemampuan. Setiap pemampat mempunyai motor pemampat dengan kemampuan tertentu untuk memampat dan mengalirkan gas. Apabila gas lebih pemampat akan beroperasi lebih dari kemampuan dan dalam situasi ini menggunakan lebih arus elektrik untuk bekerja. Lama – kelamaan akan menjadi panas dan berhenti beroperasi.

Dalam kedua – dua kes di atas seorang juruteknik akan memeriksa tekanan gas dan arus larian (running ampere) unit bagi memastikan unit cukup bahan pendingin.

ujilari tekanan dan arus

Pemeriksaan tekanan gas dan arus larian atau ujilari sistem.

3. Kipas luar perlahan.

Kipas luar berfungsi membantu membebaskan haba keluar. Haba dari dalam bilik dan proses kondensasi yang berlaku pada gas bahan pendingin.  Apabila kipas tidak berfungsi atau perlahan , ia memberi kesan kepada kadar pembebasan haba. Jika suhu terlalu tinggi sehingga mencapai 112ºC pemampat akan berhenti beroperasi. Kepanasan yang tinggi menyebabkan pemampat berfungsi dalam keadaan high amp (arus tinggi).

sudut bilah kipas

Pastikan arah hembusan angin kipas keluar.


Pusingan kipas luar juga kena betul. Angin perlu dihembuskan keluar dan bukan ke dalam. Sila pastikan sudut bilah kipas adalah betul bagi mengelakkan ia terbalik. Pastikan juga tiada halangan pada unit luar. Angin yang dihembuskan keluar oleh kipas perlu dibebaskan sejauhnya. Jika ada halangan di hadapan unit luar , angin panas akan berkumpul dan ini akan memberi kesan pemanasan kepada pemampat.

outdoor blokage

Halangan kepada pembebasan haba yang boleh meningkatkan suhu outdoor.

4. Indoor sensor rosak.

Indoor sensor terbahagi kepada 2 iaitu room sensor dan pressure sensor. Room sensor digunakan untuk mengesan suhu bilik dan pressure sensor mengesan tekanan gas. Kedua – dua sensor ini berada pada unit dalam yang akan menghantar signal kepada pemampat untuk berhenti (cut off). Pressure sensor akan menghantar signal kepada pemampat untuk berhenti apabila tekanan gas kurang atau lebih. Jika sensor ini rosak pemampat tidak dapat berhenti pada mulanya tetapi akhirnya akan berhenti di sebabkan panas.

room sensor

pressure sensorKedua – dua sensor ini boleh diuji dengan menggunakan meter pelbagai. Julat bacaan yang elok bagi kedua – dua sensor adalah seperti dalam rajah di bawah.

bacaan indoor sensor

Bacaan rintangan sepatutnya bagi indoor sensor.

5. Pemeluwap kotor

Apabila pemeluwap kotor, haba dari proses kondensasi juga akan terhalang daripada di bebaskan. Habuk yang penuh pada sirip – sirip pemeluwap menyebabkan haba tidak dapat dibebaskan dan suhu unit luar akan meningkat. Pemampat akan jadi panas dan sampai satu tahap akan berhenti beroperasi.

sirip pemeluwap kotor

Habuk yang melekat pada sirip pemeluwap.

6. Geganti beban lampau terlalu sensitif.

Komponen ini berfungsi seperti yang diterangkan di atas . Apabila ia terlalu sensitif, litar akan kerap terputus dan pemampat akan berhenti beroperasi. Komponen ini boleh diuji menggunakan meter pelbagai atau ditukar terus kerana harganya tidaklah mahal.

7. Pendawaian.

Satu aspek yang sangat penting tetapi selalu diambil mudah. Pendawaian mesti mengikut spesifikasi dan aturan seperti dalam manual. Ada kes sambungan dari indoor ke outdoor menggunakan connector dan wiring tape. Ini adalah cara sambungan yang tidak selamat. Keadaan ini boleh menyebabkan wayar panas dan memaksa pemampat bekerja dalam arus tinggi (high amp) . Begitu juga bekalan yang di ambil dari penyambungan soket ke soket. Ia adalah tidak dibenarkan. Pemampat yang bekerja dalam high amp akan menjadi panas dan akan berhenti beroperasi.

connector1

connector over heating

beban lebih

Punca bekalan yang tidak mengikut spesifikasi.

>>>>>Panduan Pendawaian Elektrik Rumah<<<<<<

Sekian catatan untuk kali ini. Pandangan dan perkongsian pendapat amat dialukan. Anggaran harga bagi komponen tertentu boleh di rujuk dalam ebook alat ganti.

Sumber gambar :

  • Google Image.
  • WhatsApp Pic.
  • Manual YORK.
  • FB Megaqualityenterprise
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Nota Penyaman Udara, Servis Aircond Tagged with: , ,
7 comments on “7 Sebab Pemampat Berhenti Beroperasi Dan Bilik Tidak Sejuk.
  1. Zaki says:

    Salam bro..pemampat jgk boleh berhenti sbb overheated…thermal switch dlm kompressor akn cut off jika sampai suhu tertentu..ni jgk sbg protection pemampat….jika ini berlaku, menunjukkan pemampat akn Rosak….

    • cikgunas says:

      Terima kasih bro. Ada protection tambahan lagi dalam compressor. Ada satu lagi kes kalau tiub kapilari tersumbat, gas tak lepas nak masuk. Sampai 50psi cut off sebab panas. Kes ni baru lepas tukar compressor.

  2. Aziemah says:

    Salam. Encik kenapa suis utk saya letak plug aircond tidak dapat diguna? tapi bila saya letak suis tv dapat guna.

    • cikgunas says:

      Salam. Cek plugtop (kepala plug) untuk aircond tu. Mungkin fius terbakar. Saya yakin aircond ni guna soket 13A shj sebab cik blh guna untuk tv juga. Bermaksud plugtop aircond tu ada fius.

  3. hokagez says:

    salam?
    apa akan berlaku jika kompressor masuk air?
    dan bagaimana cara nak selesaikan?
    kerana bila compressor hidup dalam 2 minit mainswicth trip….

  4. Nazwan says:

    Salam .. Cikgu.. Outdoor unit sy baru lepas vacuum lpas tu sy masuk gas.. Apabila gas mencapai 110psi .. Sy buang gas utk capai 70 tp x keluar mcm tersumbat.. Tersangkut2. Copreser masih jalan sampai tahap amp tinggi trus putus fius.. Adakah kapilari tiub yg sumbat? Menyebabkan ia x sejuk..

    • cikgunas says:

      Salam. Gas lebih kena buang. Boleh buang masa unit off. Jika amp masih tinggi ada kemungkinan tiub kapilari sumbat. Jadi tuan perlu buang semua gas perlahan-lahan, vacum keseluruhan sistem selama 1 jam dan tambah gas baru. Jika masih bermasalah terpaksa tukar tiub kapilari baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*