Penyaman udara seperti juga mana – mana peralatan elektrik  yang lain akan mengalami masalah selepas beberapa tahun atau selepas tamat tempoh jaminan. Namun ada juga yang mengalami masalah sebelum tamat tempoh jaminan. Bagi kes seperti ini anda di sarankan untuk merujuk kembali kepada pusat servis / kedai elektrik di mana anda membeli peralatan tersebut. Masalah yang berlaku pada penyaman udara boleh membawa kepada 2 jenis kerosakan iaitu  kerosakan  major dan kerosakan minor.

i) Kerosakan major

Kerosakan major berlaku apabila pemampat unit penyaman udara tidak berfungsi lagi. Bagi kes ini pemampat tidak dapat dibaiki dan perlu diganti baru. Kos mengganti pemampat ini adalah tinggi dan melibatkan sebahagian besar kerja – kerja utama seperti silfosing, mengisi gas, vakum dan menguji kebocoran. Oleh itu di sarankan supaya keseluruhan unit ditukar baru.

ii) Kerosakan minor

Kerosakan minor boleh di baiki, di servis atau penggantian komponen yang tidak melibatkan kos terlalu tinggi. Bagi kes seperti ini anda boleh merujuk kepada juruteknik bertauliah untuk mengesan kerosakan tersebut dan membuat baikpulih.

Dalam bahagian ini saya akan menyenaraikan beberapa masalah yang kerap berlaku pada unit penyaman udara berdasarkan aduan dan pertanyaan kepada saya. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit pengetahuan sebelum merujuk kepada juruteknik. Ada antara masalah yang mungkin anda boleh perbaiki sendiri dan ini tentunya akan menjimatkan kos anda!!

mengesan kerosakan unit pisah

a) Unit kurang sejuk.

Masalah ini berlaku apabila anda berasa bilik kurang sejuk, tidak seperti anda mula – mula membeli unit penyaman udara dahulu. Masalah ini memang biasa dan ia bukanlah kerosakan major yang saya maksudkan di atas. Pengguna biasanya akan beranggapan gas habis. Adakah teori ini benar?

Teori ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Unit kurang sejuk bukan berpunca dari gas habis, tetapi situasi gas habis akan membawa kepada unit langsung tidak sejuk seperti masalah kedua di bawah. Apa yang berlaku pada unit kurang sejuk ialah unit mungkin kekurangan gas dan ia perlu ditambah mengikut tekanan yang ditetapkan oleh juruteknik bertauliah. Ini boleh di lakukan semasa membuat kerja – kerja menservis dan tekanan standard gas ialah 70 psig.

Masalah unit kurang sejuk juga boleh berpunca dari penapis udara yang kotor, penyejat dan pemeluwap yang kotor dan juga kekotoran pada panel hadapan unit dalam. Bagi kes seperti ini apa yang perlu di lakukan ialah buat servis berkala setiap 6 bulan. Semua bahagian – bahagian yang dinyatakan perlu di cuci sehingga bersih menggunakan bahan kimia (jika perlu) dengan kos sekitar RM100 – RM150.

b) Unit tidak sejuk.

Jika anda berasa bilik langsung tidak sejuk, kemungkinan berlaku kebocoran pada sistem yang menyebabkan gas habis. Oleh itu, punca dan tempat kebocoran tersebut perlulah dikenalpasti dan dibaiki terlebih dahulu dan diteruskan dengan penambahan gas sehingga cukup. Kadang – kadang masalah ini juga berpunca dari kipas dalam (blower) yang tidak berpusing. Oleh itu anda dinasihati untuk set pada remote control blower speed kepada maksimum dan pilih mood cool. Jika masih ada masalah electronic board pada indoor perlu diperiksa.

c) Kipas luar tidak berpusing.

Terdapat unit penyaman udara yang mana kipas unit luar terus berpusing apabila unit penyaman udara di “ON”kan. Ada juga kipas berpusing apabila pemampat mula beroperasi. Kipas luar yang tidak berpusing menyebabkan kitar penyejukan tidak lengkap dimana proses pembebasan haba terhenti. Ini akan menyebabkan bilik tidak dapat disejukkan seperti yang dikehendaki.

Jika selepas 5 minit kipas luar masih tidak berpusing, terdapat masalah pada kapasitor motor kipas dan ia perlulah diganti. Rujuk Nota Prosedur PPU untuk cara – cara mengesan kapasitor yang rosak.

d) Air menitis pada unit dalam.

Masalah ini berlaku mungkin berpunca daripada penyejat yang kotor, saluran air tersumbat, unit tidak seimbang dan juga perbezaan haba yang terlalu tinggi antara dalam bilik dan luar bilik. Cadangan baikpulih ialah unit perlu diservis sebaik mungkin. Bagi mengurangkan perbezaan suhu, pastikan tingkap/pintu bilik ditutup rapat.

e) Air menitis di unit luar.

Ini bukanlah masalah utama selagi anda berasa bilik masih sejuk. Air yang menitis adalah dari proses kondensasi yang berlaku di pemeluwap dan ia adalah normal.

f) Bunyi bising pada unit luar.

Bunyi ini kemungkinan besar dari pemampat yang beroperasi semasa unit beroperasi. Jika ia berbunyi agak bising lebih dari biasa, anda perlulah “OFF” unit terlebih dahulu dan lakukan pemeriksaan pada unit luar.

g) Unit langsung tidak beroperasi.

Jika unit langsung tidak beroperasi dan lampu unit dalam tidak menyala setelah di tekan ‘remote’ kemungkinan besar ialah tiada bekalan kuasa atau berlaku trip. Anda perlu “ON” semula fius utama.

h) Unit dalam bunyi bising.

Saya ada menerima aduan seperti ini dan ia tentulah mengganggu anda. Lebih – lebih lagi pada waktu malam kerana boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk, anda perlu periksa dengan segera. Kemungkinan utama ialah blower tidak dipasang dengan betul.

 i) Remote tidak boleh “ON”

Masalah ini nampak mudah tetapi ia tetap berlaku. Cadangan saya ialah anda tukar bateri baru. Jika masih tidak boleh “ON” bolehlah beli remote baru..:)

Bacaan lanjut :

Sumber gambar : Google Image
Perbincangan/Maklumbalas seterusnya diruangan komen
Print Friendly, PDF & Email

1,493 comments on “Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara

  1. Aircon sy jenama york,aircon jd x sejuk,bila on kipas luar lmbt nk pusing,compressor jalan.tp bila on dia tarik karan,knapa yer..bila kompressor bunyi terus tarik karan,lampu sj jd berkelip2..msalah ape yer tuan

  2. Assalam cikgu, aircond saya sejuk, tapi lepas lebih kurang setengah jam, x sejuk dan lampu indicator berkelip²… Kapasitor kipas n kompressor luar dh tukar, copper sensor pun dh tukar… Apa masalahnya cikgu… Trm kasih…

  3. Nak Tanya saya ada tukar board aircond brand Samsung baru tapi ada lampu berkelip kelip Dan menyebabkan remote control untuk menukar suhu tidak boleh digunakan hanya blh on aircond direct sahaja jadi apa masalah sebenarnya ya.

  4. Cikgu nak tanye unit indoor aircond apabila di on. Cume Lima minit PAS Tu trip kat breaker …
    Cuma indoor je on

  5. paip gas kecik membeku semasa on aircond dan beransur seperti biasa setelah seketika dan aircond sejuk seperti tiada masalah,cuma masa baru on compressor masuk ada bunyi bising dan bunyi mcm biasa bila paip beku tadi jadi normal.apa punca paip tu beku lepastu ok balik?

  6. salam cikgu,
    hari sabtu 29hb june 2019.
    saya buat service dua aircon 1.5hp dan 2.0 hp.
    lepas service 1.5hp aircon ic aircond tiba2 terbakar. tukang servis kata dah lama tak pernah service dan terbakar.
    ganti ic RM200.
    aircond kedua, 2.0hp lepas jalan sejam jalan trip satu rumah. saya panggil tukang servis dia kata compressor dah kong sebab usia aircond dah 10 tahun mintak ganti compressor rm600.
    saya nak tahu sama ada saya kena tipu atau memang ragam aircond seperti ini.
    untuk pengetahuan cikgu , rumah saya beli sub sale aircond owner lama beli so tak tahu sejarah.
    harap boleh bantu..

  7. Bunyi bising pada unit luar.

    Kebiasaanya kerosakan apa yg berlaku dan apa peralatan yg perlu di ganti.

    • Kena bagi tau dan cek bunyi tu dari mana baru tau nak buat apa. Bukan bergantung pada kebiasaan.

  8. Salam Cikgunas, sedikit pertanyaan. Aircond York 1hp. Bila ON switch aircond, langsung tidak berfungsi. Kipas langsung x pusing. LED pun tak menyala. Current supply ada. Sudah tukar board yg baru, jugak tidak berfungsi. Ape lg yg perlu check yek. Mohon advice yek. TQ

  9. Aircond jenis topare 1.0hp da guna 3 tahun guna gas R410. masalah bila comprasor running akan ada bunyi bising dlm 3 saat kemudian bunyi hilang. aircond sejuk cuma bunyi kadang menganggu

      • Salam admin,nak tanya,ekon umah sy tidak sejuk,walaupun selepas dicuci,kenape yer? Dan skrin di monitor ekon suhu 29,bila tekan 20 atau 16, tetap bertukar sendiri suhu 29, ..macam mana tu admin,bole bagi sy tip2 untuk baiki ekon..

        • Salam tuan. Suhu sebenar adalah 29°C sebab tu tak sejuk. Jadi apa yang telah di cuci? Atau apa yang telah dibuat masa servis. Selepas service ada buat testing & commissioning? Baru blh tau apa punca tak sejuk tu.

  10. Tuan..
    Pelik lh..
    Aircond rumah sy blah dlm sering ada bunyi mcm air sungai dan kadang kala macam tembak air. Ada masa dia sejuk..ada masa payah nk sejuk. Terutama masa nk on semula.
    Ngapa ekk???

  11. Tuan aircond saya jenis inverter mitsubishi 1hp.Bila on llampu berkelip-kelip warna oren pada timer…lalu saya tak guna pasal modal..selepas seminggu saya on…aircond saya..ok…menjadi masalah bila saya off.bila compesor jalan dan berhenti..macam tak mahu start…kemudian lampu oren timer berkelip-kelip…APA MASALAH/PUNCANYA…???

  12. Salam tuan ac sy supply dkt L tu masuk ade karen tp ac nye xmau nk hidup.. Dah cuba on manual tp tidak hidup juga kenapa yew tq

  13. salam tuan..aircond sy haier 2.5hp..bila on keluar lampu merah..bila compressor da pusing lampu hijau pun menyala sekali..duA2 menyala..aircond tak sejuk

    • Salam. Kena buat pemeriksaan di outdoor. Kipas jalan atau tak, tekanan gas cukup tak dan ampere/voltan cukup atau tidak.

      • Salam tuan, Aircond saya dh refil gas sbb mula2 saya rasa angin dalam aircond indoor rase kosong x rasa gas, and then setelah saya refil mengikut psi, dh Okey tapi aircond indoor saya x Sejuk Langsung Dan compressor saya berbunyi sgt kuat, knp yea tuan ?

  14. Salam cik, saya nak tanya, air cond bila on tiba tiba mati, lepastu lampu berkelip je, boleh baiki tak

  15. Salam tuan,aircon saya jenama panasonic.1hp. Baru servis .kipas outdoor pusing hanya lebih kurang 2 minit pas tu tak jalan dah.dah tukar kapasitor dan tukar motor socandhand pun jadi masalah sama.

  16. Aircond saya hanya sejuk dlm 10 minit.. Lepas tu tak sejuk… Kipas outdoor hidup tp kompresor takde bunyi mcm peti ais… Apa masalahnya tuan..

      • Salam..bos nk tanya ekon jenama topaire bila pasang dia sejuk dalam 15minit lepas tu mati keluar EC.

        • Salam tn. Apa yang mati tu. Kalau outdoor mati cek outdoor. Kalau indoor, cek indoor. Dan mcm biasa bila troubleshooting kita akan cek gas, coil bersih atau tak, kelajuan kipas mcm mana. At the end, baru tau punca masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *