5 Perkara Apabila Aircond Tidak Sejuk.

Antara masalah yang kerap di ajukan kepada saya ialah aircond tidak sejuk. Ia adalah perkara yang mustahak untuk anda tahu punca kepada masalah ini. Selain ketidakselesaan kepada anda sendiri, ia juga petanda awal untuk mengenalpasti kerosakan supaya kerosakan major tidak berlaku. 5 perkara berikut merupakan senarai semak yang dapat membantu anda mengenalpasti punca aircond tidak sejuk dan tindakan yang boleh anda lakukan sendiri sebelum memanggil juruteknik.

1. Adakah penapis udara telah dibersihkan?

Perkara paling asas yang patut anda tahu dan boleh dilakukan sendiri. Jika anda menggunakan aircond setiap hari 6 jam – 8 jam anda akan dapati penapis udara akan kotor hanya selepas 2 minggu!!. Oleh itu bersihkan penapis udara setiap 2 minggu atau paling lama sebulan sekali. Anda boleh lihat sendiri habuk, debu dan kotoran melekat pada penapis udara. Semua kotoran ini menghalang penyerapan haba dalam bilik menyebabkan anda berasa kurang sejuk.

1. membersih penapis udara

Oh ya, dengan perkembangan teknologi banyak perkara telah dipermudahkan. Model – model baru ada yang telah dilengkapkan dengan mode auto clean, AC ROBOT dan sebagainya. Oleh itu sila rujuk pada manual pengguna anda. Perkara asas seperti mencuci penapis udara pasti ada diterangkan jika ia menggunakan remote ataupun membersihnya secara manual.

Jika anda perlukan penerangan bergambar yang lebih jelas boleh rujuk ebook saya bertajuk :

>>>panduan-kelengkapan-menservis-unit-penyaman-udara-domesik<<<

2. Adakah pintu & tingkap telah ditutup?

2. tutup pintu tingkap

Perkara mudah tetapi memberi kesan yang besar kepada kitaran penyejukan. Pastikan semua punca haba ini ditutup kerana konsep pendinginan adalah memindahkan haba dari satu ruang tertutup ke luar.  Jika pintu atau tingkap dibuka maka kadar pendinginan telah kurang kesan pertambahan haba dari punca tersebut. Begitulah juga halnya dengan pintu yang kerap dibuka di mana suhu yang di ‘set’kan sukar dicapai dan kita mulalah berasa tidak selesa. Oleh itu ambil tindakan mudah ini dan laksanakan segera apabila menggunakan aircond.

3. Adakah pilihan mode pada remote betul?

Ya!! pilihan mode pada remote mestilah betul. Mungkin anda berasa ini tidak patut berlaku tetapi ada yang keliru dengan penggunaan mode pada remote control. Untuk mendapat pendinginan pilih mode cool dengan simbol seperti di bawah. Laraskan kelajuan blower (simbol kipas) secara manual dan pilihlah kelajuan yang diingini.

3. pilihan mode remote

4. Adakah suhu telah di ‘set’ dengan betul?

Ini juga perkara yang perlu di ambil kira. Berapa suhu yang biasa anda ‘set’kan? Jika dulu – dulu suhu 25ºC dianggap selesa tetapi hari ini dengan suhu luaran boleh mencapai 42ºC ia tidak lagi ideal. Anda bolehlah turunkan kepada 20ºC. Ya mungkin anda risau dengan kenaikan bil kerana compressor akan bekerja non stop, tetapi itulah hakikatnya demi keselesaan anda. Anda boleh dapatkan rahsia jimat elekrik dalam catatan lepas saya jika serius dengan isu kenaikan bil ini. Ia pasti sedikit sebanyak membantu anda!!

4. set suhu remote

Ada pertanyaan kepada saya ialah pada waktu malam, mula – mula sejuk tetapi selepas satu ketika (2 pagi – 3 pagi) dah rasa kurang selesa kerana outdoor off dan hanya angin dalam saja terasa. Untuk pengetahuan anda, sesetengah model telah di ‘set’ secara automatik di mana suhu akan naik 1ºC ke 1ºC apabila telah mencapai suhu yang di ‘set’kan. Pilihan ini sebenarnya memberi penjimatan di mana compressor akan off secara auto. Contoh anda set suhu 26ºC dan bila telah mencapai suhu tersebut compressor akan off dan lama kelamaan anda pula berasa tidak selesa. Dalam situasi sekarang (musim panas), waktu malam belum tentu dapat 25ºC , oleh itu rendahkan lagi suhu kepada 22ºC atau 23ºC. Walaupun suhu naik dan cut off pada 23ºC ada masih berasa selesa kerana masih sejuk.

5. Adakah unit telah dibuat penyelenggaran berkala?

5.penyelenggaraan berkala

Ini adalah perkara yang perlu diberi perhatian. Ada kes di mana selama 3 tahun unit tidak pernah di servis dengan alasan masih sejuk. Ya, memang sejuk tetapi sebenarnya unit tersebut bekerja keras untuk mendinginkan bilik anda sehingga menjadi beban kepada komponen tertentu dan bila unit bekerja lebih bermaksud lebih penggunaan elekrik. Secara tidak langsung bil anda akan meningkat dan ketahanan unit berkurangan.

>>> 7 sebab mengapa penyaman udara perlu di servis<<<

Unit perlu diselenggara oleh juruteknik bertauliah sekurang – kurangnya setahun sekali atau jika digunakan dengan sangat kerap bolehlah di servis seawal 8 bulan. Apakah maksud servis atau selenggara ini? Ia merupakan satu prosedur di mana unit di tanggalkan dan dibersihkan menggunakan bahan kimia. Kemudian dipasang semula dan dilakukan ujilari pada sistem. Untuk mendapatkan gambaran lengkap prosedur boleh rujuk catatan lepas saya.

Begitulah 5 langkah awal yang perlu anda tahu apabila aircond tidak sejuk. 4 tindakan di atas boleh anda lakukan sendiri manakala tindakan kelima anda perlu memanggil juruteknik bertauliah. Jika semua perkara ini telah diambil kira dan anda masih berasa kurang sejuk maka faktor kapasiti pendinginan perlu diberi perhatian. Faktor ini berkait dengan beban tambahan dalam bilik selepas beberapa tahun anda menggunakannya. Memang betul saiz bilik tidak berubah tetapi pembolehubah lain juga mempengaruhi kapasiti pendinginan seperti bilangan orang, peralatan elekrik dalam bilik, komputer dan sebagainya. Dan jika dilihat situasi sekarang sememangnya panas dan memerlukan kapasiti pendinginan yan lebih tinggi untuk mendinginkan bilik.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Nota Penyaman Udara Tagged with: ,
5 comments on “5 Perkara Apabila Aircond Tidak Sejuk.
  1. Ella says:

    Jika air cond dah lama pakai, mungkin boleh mempertimbangkan untuk tukar ke Daikin yang sekarang jadi produk yang banyak laku di pasaran.

  2. Maadh says:

    Salam cikgu nas.
    Saya nk tanya…
    Unit york 1hp bila on…selepas 20 minit.. outdoor unit langsung xberfungsi.
    Lampu timer blinking 3 kali.
    Untuk pengetahuan…coil sensor sy dh tukar, room sensor yg ada pada display board pon dah tukar. Masa unit berfungsi, bacaan amp normal,gas pon normal.
    Adakah perlu tekan button reset selepas tukar sensor?

    • cikgunas says:

      Salam. Cuba cek semula tekanan gas. Adakah tn pasti tiada kebocoran? Kadang – kadang gas akan berkurangan selepas beberapa hari kerana kebocoran yang kecil. Jika pasti tiada kebocoran, mungkin masalah pada IC Board Indoor. Perlu tukar baru.

      Reset button tiada kaitan. Guna bila berlaku trip untuk model yang ada built in starter.

  3. Ash says:

    Assalamualaikum cikgu, nk tnya skit, aircond jenama acson bla on dia kluar angin saja Dan pstu kipas outdoor x pusing,ada lampu dk blinking color merah dkt symbol power, lpas on dan off berulang Kali bru sejuk Dan kipas outdoor pun pusinf Dan lampu yg blinking color merah tu pun dah x dak..apa puncanya dan bagaimana sya nk bt….

    • cikgunas says:

      Salam. Keluar angin dan tak sejuk sebab kipas luar/compressor tidak berfungsi. Bila kes ini terjadi timer akan blinking. Perkara pertama kena cek sebab apa kipas luar dan compressor tidak berfungsi. Cek kapasitor kipas dan kapasitor compressor. Kemudian cek tekanan gas.

      Jika unit telah lama tidak diservis, maka ia perlu dilakukan servis berkala dengan segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*