Prosedur Chemical Service atau Overhaul Service Unit Penyaman Udara

Catatan ini adalah lanjutan daripada siri nota penyaman udara bertajuk 7 Sebab Mengapa Penyaman Udara Perlu Di Servis. Ini adalah satu prosedur membuat chemical service atau overhaul service oleh juruteknik penyaman udara. Prosedur ini perlu dilakukan oleh juruteknik bertauliah dan mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan. Ia mungkin agak sukar untuk dilakukan sendiri dan jika tidak mahir patut dielakkan untuk mengelak kerosakan pada unit yang mengundang kos baikpulih lebih tinggi.

Saya kerap menerima pertanyaan bilakah penyaman udara perlu diservis?. Ada yang mengadu bil elektrik tinggi dan mula mengsyaki ia berpunca daripada pengunaan penyaman udara. Ada juga yang mengadu bila kipas tidak pusing, unit tidak sejuk dan unit tidak boleh ‘ON’ barulah memanggil juruteknik untuk servis. Soalan ini sebenarnya berbalik kepada kekerapan penggunaan penyaman udara itu sendiri, keadaan cuaca dan persekitaran, jangkahayat unit serta kekerapan anda membersih penapis udara. Tiada tempoh standard untuk menetapkan tarikh servis ini. Saya mencadangkan dalam tempoh setahun ia perlu dilakukan chemical service sekali dengan anggapan digunakan setiap hari minima 8 jam.

Dalam bahagian ini saya fokus kepada tajuk di atas supaya membaca mendapat gambaran servis yang akan dilakukan oleh juruteknik nanti. Penyaman udara adalah alat yang perlu diselenggara dengan baik, cermat, berhati hati dan penyelenggaraan serta penggunaan yang betul memberi kesan kepada bil bulanan elektrik anda dan jangkahayat unit itu sendiri. Prosedur pertama adalah membuat proses pump down dan menurunkan unit indoor & unit outdoor ke tempat lapang. Sebelum proses servis, tutup bahagian komponen elektrik dengan plastik, tutup saluran tiub kuprum dengan wiring tape, dan komponen telah dibuka dengan berhati – hati.

Aktiviti 1

  • Membuka penutup hadapan dan keluarkan penapis udara.
  • Menanggal komponen dari kerangka dengan berhati – hati.
  • Membersih komponen plastik dengan semburan air.
  • Membersih indoor fan.
  • Mengelap atau mengeringkan semua komponen menggunakan kain lembut/penghembus angin/dijemur.
1.buka penutup hadapan

Membuka penutup hadapan unit dan kelurkan penapis udara

2a.keadaan penyejat sebelum servis

Kotoran pada penyejat sebelum servis (a)

2b.keadaan penyejat sebelum servis

Kotoran pada penyejat sebelum servis (b)

3.keadaan indoor fan sebelum bersihkan

Kotoran pada indoor fan yang perlu dibersihkan

4a. menanggal komponen indoor

Menanggal komponen indoor

4b.menanggal indoor fan & motor

Menanggal indoor fan & motor dari kerangka

4c. komponen indoor yang telah ditanggalkan

Komponen indoor yang telah ditanggalkan

5. penyejat yang telah dikeluarkan

Komponen indoor yang telah ditanggalkan termasuk penyejat

6. membersih dengan semburan air water jet

Membersih komponen indoor dengan semburan air dari water pressure

7. mencuci indoor fan

Membersih indoor fan dengan semburan air

Aktiviti 2

  • Menyembur larutan kimia pada cooling coil atau evaporator atau lebih dikenali sebagai penyejat.
  • Biarkan beberapa ketika untuk bahan kimia tersebut bertindakbalas dengan kotoran.
  • Lakukan bilasan atau semburan air bersih dengan water pressure pada sirip penyejat. Lakukan dengan berhati – hati untuk mengelak sirip terbengkok.
  • Pastikan bahagian pendawaian atau komponen elektrik ditutup dengan plastik. (PENTING!!)
8. menyembur larutan kimia ke penyejat

Menyembur larutan kimia ke penyejat

9. buih kotoran hasil tindakbalas

Buih kotoran hasil tindakbalas larutan kimia dan kotoran degil.

10. membilas dengan semburan air

Membilas dengan semburan air dari water pressure

11. komponen elektrik ditutup plastik

Membilas dengan semburan air dari water pressure. Pastikan komponen elektrik ditutup plastik

12 komponen indoor yang telah dibersihkan dan dikeringkan

Komponen indoor telah dibersihkan dan dijemur untuk dikeringkan

13. indoor fan selepas dibersihkan

Keadaan indoor fan selepas dibersihkan

Aktiviti 3

  • Membersihkan sirip pemeluwap dengan semburan air dari water pressure.
  • Jika perlu menggunakan larutan kimia, ikut langkah yang sama semasa mencuci penyejat.
14 semburan air pada unit luar

Semburan air pada outdoor dengan water pressure

15 semburan air outdoor atas

Semburan air pada belakang outdoor jika unit tidak diturunkan

Demikianlah secara ringkas cara – cara chemical service atau overhaul service unit penyaman udara di lakukan. Anggaran kos servis ini antara RM120 – RM150 bergantung pada lokasi, horse power (HP) dan kesukaran. Panduan yang lebih lengkap dan jelas akan saya masukkan dalam ebook terbaru saya nanti. Pandangan dan cadangan dari pembaca amatlah dia alu – alukan sebagai perkongsian ilmu.

Rujukan Gambar : https://www.facebook.com/Aircondshop

Download ebook ini percuma:

Panduan & Kelengkapan Menservis Unit Penyaman Udara Domesik

cropped-logo1.png

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in HVAC, Servis Aircond Tagged with: , ,
2 comments on “Prosedur Chemical Service atau Overhaul Service Unit Penyaman Udara
  1. faizal says:

    asssalammualaikum cikgu nak tanye kenapa amp compressor rendah walaupun gas cukup n cross fan semua model sama ke

    • cikgunas says:

      Salam. Bacaan amp sebenar memang berbeza daripada yang dilabel pada badan outdoor..sbb tu adalah bacaan purata semasa r&d.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*