Penyaman udara seperti juga mana – mana peralatan elektrik  yang lain akan mengalami masalah selepas beberapa tahun atau selepas tamat tempoh jaminan. Namun ada juga yang mengalami masalah sebelum tamat tempoh jaminan. Bagi kes seperti ini anda di sarankan untuk merujuk kembali kepada pusat servis / kedai elektrik di mana anda membeli peralatan tersebut. Masalah yang berlaku pada penyaman udara boleh membawa kepada 2 jenis kerosakan iaitu  kerosakan  major dan kerosakan minor.

i) Kerosakan major

Kerosakan major berlaku apabila pemampat unit penyaman udara tidak berfungsi lagi. Bagi kes ini pemampat tidak dapat dibaiki dan perlu diganti baru. Kos mengganti pemampat ini adalah tinggi dan melibatkan sebahagian besar kerja – kerja utama seperti silfosing, mengisi gas, vakum dan menguji kebocoran. Oleh itu di sarankan supaya keseluruhan unit ditukar baru.

ii) Kerosakan minor

Kerosakan minor boleh di baiki, di servis atau penggantian komponen yang tidak melibatkan kos terlalu tinggi. Bagi kes seperti ini anda boleh merujuk kepada juruteknik bertauliah untuk mengesan kerosakan tersebut dan membuat baikpulih.

Dalam bahagian ini saya akan menyenaraikan beberapa masalah yang kerap berlaku pada unit penyaman udara berdasarkan aduan dan pertanyaan kepada saya. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit pengetahuan sebelum merujuk kepada juruteknik. Ada antara masalah yang mungkin anda boleh perbaiki sendiri dan ini tentunya akan menjimatkan kos anda!!

mengesan kerosakan unit pisah

a) Unit kurang sejuk.

Masalah ini berlaku apabila anda berasa bilik kurang sejuk, tidak seperti anda mula – mula membeli unit penyaman udara dahulu. Masalah ini memang biasa dan ia bukanlah kerosakan major yang saya maksudkan di atas. Pengguna biasanya akan beranggapan gas habis. Adakah teori ini benar?

Teori ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Unit kurang sejuk bukan berpunca dari gas habis, tetapi situasi gas habis akan membawa kepada unit langsung tidak sejuk seperti masalah kedua di bawah. Apa yang berlaku pada unit kurang sejuk ialah unit mungkin kekurangan gas dan ia perlu ditambah mengikut tekanan yang ditetapkan oleh juruteknik bertauliah. Ini boleh di lakukan semasa membuat kerja – kerja menservis dan tekanan standard gas ialah 70 psig.

Masalah unit kurang sejuk juga boleh berpunca dari penapis udara yang kotor, penyejat dan pemeluwap yang kotor dan juga kekotoran pada panel hadapan unit dalam. Bagi kes seperti ini apa yang perlu di lakukan ialah buat servis berkala setiap 6 bulan. Semua bahagian – bahagian yang dinyatakan perlu di cuci sehingga bersih menggunakan bahan kimia (jika perlu) dengan kos sekitar RM100 – RM150.

b) Unit tidak sejuk.

Jika anda berasa bilik langsung tidak sejuk, kemungkinan berlaku kebocoran pada sistem yang menyebabkan gas habis. Oleh itu, punca dan tempat kebocoran tersebut perlulah dikenalpasti dan dibaiki terlebih dahulu dan diteruskan dengan penambahan gas sehingga cukup. Kadang – kadang masalah ini juga berpunca dari kipas dalam (blower) yang tidak berpusing. Oleh itu anda dinasihati untuk set pada remote control blower speed kepada maksimum dan pilih mood cool. Jika masih ada masalah electronic board pada indoor perlu diperiksa.

c) Kipas luar tidak berpusing.

Terdapat unit penyaman udara yang mana kipas unit luar terus berpusing apabila unit penyaman udara di “ON”kan. Ada juga kipas berpusing apabila pemampat mula beroperasi. Kipas luar yang tidak berpusing menyebabkan kitar penyejukan tidak lengkap dimana proses pembebasan haba terhenti. Ini akan menyebabkan bilik tidak dapat disejukkan seperti yang dikehendaki.

Jika selepas 5 minit kipas luar masih tidak berpusing, terdapat masalah pada kapasitor motor kipas dan ia perlulah diganti. Rujuk Nota Prosedur PPU untuk cara – cara mengesan kapasitor yang rosak.

d) Air menitis pada unit dalam.

Masalah ini berlaku mungkin berpunca daripada penyejat yang kotor, saluran air tersumbat, unit tidak seimbang dan juga perbezaan haba yang terlalu tinggi antara dalam bilik dan luar bilik. Cadangan baikpulih ialah unit perlu diservis sebaik mungkin. Bagi mengurangkan perbezaan suhu, pastikan tingkap/pintu bilik ditutup rapat.

e) Air menitis di unit luar.

Ini bukanlah masalah utama selagi anda berasa bilik masih sejuk. Air yang menitis adalah dari proses kondensasi yang berlaku di pemeluwap dan ia adalah normal.

f) Bunyi bising pada unit luar.

Bunyi ini kemungkinan besar dari pemampat yang beroperasi semasa unit beroperasi. Jika ia berbunyi agak bising lebih dari biasa, anda perlulah “OFF” unit terlebih dahulu dan lakukan pemeriksaan pada unit luar.

g) Unit langsung tidak beroperasi.

Jika unit langsung tidak beroperasi dan lampu unit dalam tidak menyala setelah di tekan ‘remote’ kemungkinan besar ialah tiada bekalan kuasa atau berlaku trip. Anda perlu “ON” semula fius utama.

h) Unit dalam bunyi bising.

Saya ada menerima aduan seperti ini dan ia tentulah mengganggu anda. Lebih – lebih lagi pada waktu malam kerana boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk, anda perlu periksa dengan segera. Kemungkinan utama ialah blower tidak dipasang dengan betul.

 i) Remote tidak boleh “ON”

Masalah ini nampak mudah tetapi ia tetap berlaku. Cadangan saya ialah anda tukar bateri baru. Jika masih tidak boleh “ON” bolehlah beli remote baru..:)

Bacaan lanjut :

Sumber gambar : Google Image
Perbincangan/Maklumbalas seterusnya diruangan komen
Print Friendly, PDF & Email

1,528 comments on “Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara

  1. Salam…cikgu nak tanyerlah.saya pakai econ mitsubishi inverter 1.0,bile sy on kan moto outdoor hidup tp dalam 2 minit…dy akan hidup mati..gasnyer kjp masuk kjp x…bhgian indoor tiada masalh….adakah capisiter rosak atau econ…mohon penjelasan….

  2. Nak tanya apa pasal, out door berhenti selepas 20 min ON,hanya In door saja yang jalan. Kena Off dan tunggu dlm 30 Min ON balik dia jalan sekejap kemudian stop.

  3. Aircond york 1hp saya blinking led merah dan timer warne oren..dan saya rase kipas diluar tidak bergerak..apakah masalah sensor?..sensor yang ditukar tidak sama saiz bole dipakai?..sebab pernah repair..dan repairman gantikan dengan size yg tidak sama katanya..aircond berfungsi dpt berfungsi kembali ..selepas beberapa kali switch off dan on..blinking led kembali..ditukarkansensor lain yg sizenya tidak sama juga..tetapi dpt berfungsi kembali da blinking kembali selepas beberapa kali switxh ooff dan on..harap cikgu nas dpt memberi penjelasan..terima kasih

    • Salam. Kemungkinan sensor short atau pin sensor di board loose. Lebih baik tukar keseluruhan IC Board.

  4. Salam cikgu. .tanye ni. .ac sy brand daikin jepun,bile on lampu power yg warne hijau menyale pastu berkelip kelip. .swing terbuke lps tu tertutup semule. Lampu power masih idup lg tp indoor dan outdoor tak berfungsi. .api sy cek ade masuk. .adakah itu masalah coil sensor??

  5. Salam..nk tanye cikgu…dboard saya ada trip. RCD button ‘off’, SP MCB yang lain still ‘on’termasuk utk aircond sekali. Bila saya on balik elektrik kembali normal…tapi selepas 15-25 minit kejadian terjadi kembali…so saya perasan jika on aircond akan belaku trip ni ni…so saya off/x guna aircond…mmg xde dah trip…Cikgu…adalah air cond saya rosak? atau dborad saya de masalah?

    • Salam. Dari simpton yang tuan berikan memang masalah ini dari aircond yang tuan gunakan. Jadi kita perlu periksa samaada ia berpunca dari unit dalam atau unit luar. Cara baikpulih kes seperti ini ada saya huraikan dalam catatan terkini saya.

  6. assalamualaikum cikgunas

    perlukah sya tukar pcb atau hantar repair sahaja….adakah harga pcb yang baru terlau mahal kalo dibandingkan dengan harga repair…masalah pada aircond sya hanya indoor unit sahaja yg hidup beberapa saat sebelom terpadam sendiri, manakala outdoor unit langsung tidak hidup…compressor dan fan capasitor masih lg dlm keadaan ok setelah diperiksa dan masih mempunyai reading mengikut spec….apabila diperiksa tiada power supply after pcb tetapi fius nya masih dlm keeadan baik setelah diperiksa…adakah masalah ini berpunca dari kerosakan komponen dalam pcb dan bagaimana ingin memastikan component mana yang rosak….harap cikgu dapat membantu

    terima kasih.

  7. Salam cikgu nk tnya. Ada air keluar melalui wayar supply. Dinding pon basah. Dah off aircond 5 hari tp air still menitis kuar dari wayar supply aircond dari dlm dinding. adakah paip aircond bocor didalam?

  8. Assalamualaikum, Cikgu nas..
    Saya ada masalah dengan air cond di pasang, air cond dia kejap sejuk kejap x sejuk. Saya ada pasang 3 air cond dalam masa yg sama, masalah nya air cond ni bergilir² ikut turn nk sejuk. Saya dah panggil rakan sama² study dulu, dia pun hairan, kenapa boleh mcm tu ye.. Harap Cikggu nas dapat bantu. Terima kasih.

    • Salam tn. Saya rasa masa tak sejuk tu outdoor off. Kena periksa sebab apa outdoor off. Samaada panas atau voltan tak cukup. Voltan blh cek di indoor dan outdoor. Bagaimana dengan pendawaian dan bekalan..?.Adakah setiap unit mendapat bekalan dari soket dan mcb?

  9. as slm tuan.. aircond inverter rumah sye… biler tekan remote utk on… cahaya bling2 keluar xhenti2.. aircond xstart pun… cuma bling2 jerr.. apa masalahnyer tuan..?
    ..

    • Salam. Kelip 2 dekat lampu mana? Jika pada lampu power (ON/OFF) bermaksud wayar signal indoor ke outdoor terputus.

  10. Salam cikgu,
    Air cond saya bermasalah, bila onkan suis bunyi titt biasa,, tetapi Air cond nye tak hidup compresor yg luar tu pun tak hidup, tetapi 3 lampu pada Air cond menyala berkelip kelip serentak (lampu power, lampu sleep, lampu timer) bila saya cuba tekan apa apa button pada remote hanya bunyi titt sahaja ke tiga 3 lampu td tu masih bekelip kelip lagi tak ade perubahan pun… apa ye masalah Air cond saya?

    • Salam. Perlu buat pemeriksaan pada indoor receiver dan indoor PCB. Agak jarang masalah seperti ini. Saya juga tidak pasti, mungkin pembaca lain boleh komen.

  11. Salam.
    Sy mempunya masalah ekon , dimana ekon sy kerap berbunyi tit..titt… ketika dipasang dan akan off sendiri dlm masa 10 minit kemudian ON semula berserta bunyi titt..titt..

    • Salam. Agak sukar menjawab soalan ini. Perlu cek dari mana bunyi tersebut datang, baru boleh bagi penjelasan.

  12. Salam cikgu,
    Aircond saya pulak bila on 10 minit pertama tu sejuk.. lepas tu angin panas je yg keluar. Saya off balik dalam 1 minit kemudian on balik ianya jadi seperti routine yg sama..10 minit sejuk kemudian panas balik. Begitu la setiap kali kalau nk sejuk saya off seketika kemudian on balik. Aircond da service dan Gas pun da refill. kondenser ok, outdoor kipas jalan seperti biasa. Adakah masaalah berpunca dari indoor atau outdoor?

    • Salam tn. Selepas 10 minit panas tu saya rasa outdoor dah cut off. Jadi semasa outdoor jalan, tn cek dulu gas dan running ampere. Pastikan gas cukup dan running ampere seperti pada plate outdoor. Jika gas kurang pasti ada kebocoran pada mana – mana bahagian. Jadi langkah pertama pastikan gas cukup dan running ampere betul.

      Jika masih bermasalah cuba tukar komponen berikut ikut susunan:
      i) kapasitor pemampat
      ii) pressure sensor
      iii) indoor PCB
      iv) compressor

  13. Tuan, saya ada 1 unit aircon jenama Carrier 2.5hp, selepas berapa minuts ia pandai cut off sendiri dan terdapat lampu di unit itu berkelippan. Apabila saya on balik unitnya jalan tetapi aircompressor tidak lepas berapa minuts jalan dan terus cut off.

    • Buat pemeriksaan pada outdoor tekanan gas, kelajuan pusingan kipas dan adakah unit pernah diservis?

  14. Assalam cikgu.sy nk tanya.sy baru tukar motor kipas outdoor.outdoor dy brand carrier.sy modified masuk motor kipas daikin.soalan sy mana arah kipas berpusing?ada org kata lawan jam.ada org kata arah jam.sy dh confius.ada org kata carrier kipas angin sedut.ada org kata angin kluar.mintak cikgu membntu

    • Salam tn. Kena cek arah hembusan angin pastikan keluar bukan ke belakang condensor. Sudut bilah kipas berbeza dan ia memberi kesan pada arah hembusan angin. Sebab tu dicadangkan motor kipas ditukar sekali dengan bilas kipas.

  15. cikgu, air cond saya akan selalu berlaku kekurangan gas setiap 4-5 bulan. Kapasitor sudah ditukar, dan yg terbaru,technician yg dtg telah memeriksa saluran dgn buih sabun tapi masih tidak menjumpai sebarang kebocoran. Apakah lg kemungkinan kekurangan gas pada air cond tersebut

    • Salam. Mesti ada kebocoran gas ni. Kebocoran yang kecil dan memberi kesan selepas 4-5 bulan. Kena periksa keseluruhan sistem, lihat jika ada kesan minyak pada mana – mana piping dan sepanjang piping indoor ke outdoor dalam penebat.

  16. salam cikgu.

    aircond mitsubishi hevy industri indoor dan outdoor unit berfunsi,tetapi terdapat masalah :

    1. blower indoor unit hanya
    mengeluarkan angin.
    2. compresor outdoor unit berfungsi, tetapi kipas compresor mengeluarkan udara sejuk( bukan udara panas)..
    3.outlet cooper paip kecil outdoor unit sejuk, tetapi outlet cooper paip besar tidak sejuk..
    4.saluran paip air aircond tidak mengeluarkan air.

    adakah kemungkinan gas habis (kerana aircond baru sahaja di buat overhall service) dan tukar cooper sensor…

    terima kasih

    • Salam. Boleh cek kebocoran pada piping. Mungkin ada kebocoran kecil. Seterusnya cek tekanan gas.

  17. As salam cikgu..nk tnye..bil elektrik sy melambung tinggi 2 3 bulan ni..mungkinkah ada kerosakan aircond yg mnyebabkn bil elektrik saya naik berganda ganda..utk pngetahuan cikgu..aircond sy xrasa dingin dan terpaksa cover ngan kipas syiling..sebelum ni ok je..biasa sy tetapkn suhu antara 22 -25 °c

    • Salam. Bil yang meningkat ini normal pada situasi sekarang. Semua merasa peningkatan bil kerana compressor sentiasa beroperasi untuk mencapai suhu yang kita ‘set’kan. Rendahkan lagi suhu jika rasa tak sejuk kerana haba luaran memang tinggi. Apa yang boleh tuan lakukan ialah penggunaan aircond yang betul, beralih kepada model inverter dan unit diservis secara berkala.

  18. salam tuan.masalah saya aircond portable keluar signal air lebih setiap kali on.apa yg rosak ye?harap tuan sudi bantu.tq

  19. salam . saya ada masalah air cond dalam rumah tak sejuk lansung . blower jalan dengan baik , comp hidup kipas kuat gas cukup takde bocor . paip dekat luar sejuk tapi paip evap tak sejuk . kenapa eh ? mohon bantuan yang pakar 🙂

  20. Salam Cikgu…
    Seperti yang kita sedia maklum.. Gas R22 telah diganti dengan R410A… Di sini saya ada satu soalan untuk cikgu… adakah cara top up Air Cond R410A sama dengan top up Air Cond Gas R22.. Ada juga maklumat yang saya dapat dari internet, jika mahu top up gas R410A (jika terdapat kebocoran/gas kurang) semua gas yang ada di dalam sistem perlu dibuang terlebih dahulu (dilakukan vacum) dan baru boleh diganti dengan yang baru.. macamana pendapat cikgu…Harap boleh membantu.. sekian terima kasih

    • Ya, itulah prosedur yang tepat kerana R410A adalah campuran 2 gas. Bila kurang kita tak tau gas apa yang hilang, oleh itu perlu buang semua gas, vakum dan top up baru.

  21. As salam..
    saya ada masalah pd aircond Panasonic Inverter..saya sdh panggil technician utk buat servis tp result still tidak sesejuk dulu..walaupun sudah set temp 16 still kurang sejuk dan kurang rasa angin..saya dah check pada remote, dan error code kluar (F98). apa masalah pada code (F98) TOTAL RUNNING CURRENT PROTECTION.
    Harap tuan dpt memberi pencerahan dan membantu..Terima kasih

  22. AsSalam semua,
    Acond ada masalah leaking.Bila on,akan ada air menitik dari plaster siling melalui soket lampu downlite.tiada ruang utk check detail kecuali pecahkan plaster siling. Ada sesiapa yg pernah jumpa masalah ini?

  23. salam cikgu nassy mngunakan aircond topaire masalah skarng unit tersebut tidak cutoff selepas juruteknik menservis & menambahkan gas.bacaan pd meter sblom mnambah gas adalah 40 dan selepas mnambah bacaan 80.berapa jumlah gas yg cukup bg unit 1 hp dan ape yg berlaku jika gas berlebihan dmasukkan….

    • Salam. Cut Off berlaku bila bilik telah mencapai suhu yang ditetapkan. Ia bukan masalah tapi itu adalah cara kerja compressor.

      • sekiranya unit tidak cutoff walaupun unit di psang mncecah 6-7jam shari dapatkah memanjangkan jangka hayat compressor?yg mnghairankn sy sblom d servis unit tiada masalah sperti ni..sekiranya suhu blik tdak mencapai suhu yg dtetapkan dlm jangka masa panjang ada kemungkinan unit brada dlm keadaan brmasalah la kan?
        terima kasih cekgu nass..

  24. Salam cikgu

    Tnye pendapat nape certain ac mcm 2.5hp above slalu pkai dryer filter kt hi-comp pipe? Apa beza klau kita pkai filter tu dan klau xpakai filter tu.

    Sebaiknya piping utk 2.5hp hi-comp pipe dan low-comp pipe kita letak asing dlm insulation ke asingkan sbb sy tgk org ltk hi-comp xde insulation. Tp ac sy hi-comp pipe berair. Pttnye xberair kn

    • Salam. Filter Drier berfungsi untuk menapis kotoran, lembapan dan serpihan dalam sistem. Dengan cara ini jangka hayat compressor lebih lama dan sistem bekerja dengan berkesan. Ia sebagai aksesori sahaja dan banyak digunakan pada unit 2.5HP dan ke atas bagi melindungi unit kerana kos unit yang tinggi.

      Insulation piping elok diasingkan kerana saluran discharge (HP) bersuhu tinggi.

  25. salam cikgu nas,saya menggunakan air cond jenama samsung..1hp..indoor berfungsi..tapi keluar angin sahaja..tak sejuk..bila cek l;uar,kipas xpusing…karan pun xda kat terminal indoor and outdoor…apa yang perlu saya lakukan ya?adakah ic boardnya rosak atau kapasitor sahaja yang rosak?tk atas bantuan…..

      • tekanan gas ok cikgu nas..sebelum ini ekon tu bila on 3 minit lbh pun lampu test saya sambung kat kabel 3 kor yang sambung ke compressor tak menyala..tp selepas sy tukar kapasitor kat board,bila on dlm 3 minit lampu pun nyala maknanya supply dah sampai la…tp indoor plak problem…kipas xmau pusing jgk..kapasitor kipas tukar baru,kapasitor yang bulat tu pun tukar baru,adakah motor kipas boleh rosak?sbb bl buat test direct compressor rumah saya akan trip…adakah punca motor cikgu?tk atas bantuan dan tunjuk ajar….

  26. Assalam tuan.. saya punyai aircon LG model lama. remote okay dan aircon berfungsi dgn baik.. tapi masalahnya remote tak detect bila sy nak setting ekon.. masalah remote atau aircon ..?

  27. Sallam saya nak tanya saya guna econ Panasonic..baru 3 bln servis..masalah saya kipas kejap berpusing sekejap berhenti..kemudian air tak keluar dari saluran paip..econ tak ada rasa sejuk..agin pun tak ada..apa yg perlu saya buat

    • Salam. Paip tekanan tinggi memang tidak sejuk. Ia ada saluran gas bertekanan dan bersuhu tinggi dari compressor ke condensor.

  28. As salam tuan.. bln lps sy ada svc ekon unit dlman.. ttpi.. ekon x cut off walaupon suhu pd remote28*c.. ada sensor rosak ke mcmana.. tq

    • Salam. Outdoor tak akan cut off jika belum mencapai suhu yang ditetapkan atau pun unit telah di bypass.

  29. Salam sy nak tanya sikit econ sy baru lepas servis jenama master.. sebelom servis tu econ sy ada masalah kadang2 sejuk kadang2 tak sejuk lngsung wlaupon bukak seharian.. lps servis dan check tknision ni tukar capasitor dia kata rosak.. dah tukar tp lps dah tukar dan servis econ bukak suhu 16°c pon rasa kurang sejuk x mcm sebelom ni sblom tu sejuk sgt wlaupon kadang2 sejuk kadang2 xsejuk apa masalah agknye boleh mintak bantuan..

    • Salam. Suhu persekitaran hari ini tak sama macam dahulu, boleh mencecah 37°C-39°C. Cadangan saya beli penyaman udara baru dengan kapasiti pendinginan lebih besar. Jika dilihat pada masalah tuan ini, walaupun dah diservis tetapi masih tidak sejuk, jadi saya berpendapat unit tidak sesuai dengan kapasiti pendinginan yang diperlukan.

    • Banyak sebab dan dah diterangkan dalam komen sebelum ini (rujuk atas). Saya tambah satu lagi antara sebabnya ialah gas terlebih yang boleh menyebabkan compressor vibrate.

  30. Salam Cikgu,

    Bapak saya baru beli aircond dalam tahun lepas, tapi dia kata aircond dah tak hidup dah beberapa bulan dah.

    Dia dah call dan buat aduan dekat tempat dia beli, dan ada juruteknik yang datang tengok, tapi juruteknik tu katanya tak tahu masalah apa.

    Nak dijadikan cerita, pihak kedai kononnya call juruteknik dari center dekat KL pulak untuk cek, lepas beberapa hari baru sampai. Tapi lepas cek, kata dia sebab aircond tak hidup pasal wayar dalam aircond kena gigit tikus.

    Jadi soalan saya, berdasarkan pengalaman cikgu,

    1. Logikke untuk wayar dalam aircond tu kena gigit tikus?

    2. Kalau betul kena gigit, memang tak boleh dibaiki lagi ke? Sebab lepas kononnya technician dari KL tu balik, terus takde apa-apa follow-up dah. Takde bagi bantuan langsung untuk bagi aircond tu hidup semula.

    3. Btw, aircond tu jenama Sharp, tapi saya tak tahu siri apa. Masa saya on kan suis untuk hidupkan aircond tu, panel dekat aircond masih menyala, tapi ada huruf A terbalik dekat tengah, dalam 2 saat terus terpadam. Cikgu tahu apa makna code tu? Cikgu rasa apa masalah sebenar aircond tu ya?

    Sorry kalau panjang sangat, tapi disebabkan saya jauh dekat Penang, bapak dekat Selangor, saya tak tahu macamana nak buat lagi. Dahlah musim panas sekarang. Kesian pulak dekat bapak saya.

    Apapun terima kasih cikgu.

    • Salam. Wayar putus atau luka disebabkan tikus ada logiknya dan ia berlaku. Jika wayar di PCB Indoor yang putus jadi ada masalah untuk dibaiki. Dalam kes tuan ini, mungkin berlaku di PCB Indoor dan kos agak tinggi untuk tukar. Cuba rujuk semula lah dengan kedai atau service centre, jika tidak masalah tuan tak selesai.

  31. Assalamualaikum..cikgu nas…saya baru menggunakan YORK 1.5HP R410A Air Cond…masalahnya angin yg keluar w/pun pada tahap masimun…agak perlahan…tidak sama spt aircond yg lama… yg mana anginnya agak kuat….apa yg patut saya buat….

  32. Salam cikgu nas…sy baru 6 bln menggunakan aircond jenama panasonic.masalahnya semua lampu akan bekelip seketika selepas beberapa minit dihidupkan..ianya terjadi selepas sy mencuci indoor filter dan condenser coil pd bhgian outdoor…ketika kerlipan itu berlaku motor blower dan compressor akan stop berfungsi..adakah terdapat masalah pada pcb

    • Salam , Cikgu nas maaf sy nk brtanya .. Aircond Acson 5hp , indoor running tapi out outdoor tidak running dan lampu outdoor menyala merah dan kuning ,gas 78psi ,kompressor hanya running 3minit .. Sy bnr2 mngharapkan bantuan cikgunas .. Please whatsaap sy 0135806048

  33. salam cikgu nas.. saya nk tnya ckit ac rumah saya tak sejuk
    bila saya check outdoor compressor tak berfungsi dan panas, tapi kipas berfungsi.. apa masalah pada ac saya.

    • Salam. Jika compressor tidak berfungsi cek tekanan gas, cek OLP, cek kapasitor compressor. Pastikan semua perkara ini dalam keadaan baik dahulu.

  34. Salam. Sy nk tnya aircond rosak apa ya bila dia naik code errror E4 indoor eeprom error. Boleh cg tolong jelaskan. Aircond 1hp York. Terima kasih..

  35. Salam… Cikgu Nas…. Saya mnggunakan aircon LG 1h/p ketika compreser mula on suis utama akn trip apakh msalah nya apa yg patut sya tukar.. Buat pngetahuan ckgu nas jika ia tdak trip aircon saya sejuk dn brfungsi dg baik..

    • Salam. Besar kemungkinan masalah pada outdoor. Cek pendawaian, kapasitor compressor dan compressor.

  36. Salam. Sy guna acond york 1hp. Sy off acond n plug sbb sy keluar umah. Bila balek n sy nk on semula terus naik code e4 indoor eeprom error. Boleh jelaskan punca dan kerosakan apa. Sy baru guna xsampai seminggu. Terima kaseh.

  37. as salam, sy guna aircond samsung inverter..baru2 nie ada masalah aircond..bila saya buka suis aircond,suis utama tnb terus tendang..bila saya tanya technician,dia kate mslh kompressor..slps technician tu baiki n pasang semula..kami dengar bunyi bising pd kompressor outdoor..dgr smpi dlm blik..sebelum nie xde pon bunyi bising mcm tu wpon selepas kami cuci outdoot tu..
    boleh tuan bgtau ape punca bunyi kompressor tu bising dr yg sebelum nie..
    terima kasih tuan.

  38. Sedia memberi tunjuk ajar cara DIY ac dan buat pemeriksaan sendiri..
    Juga memberi perkhidmatan,service, repair dan pasang baru dgn harga berpatutan.
    0197239835 haikal.
    Johor bahru.

  39. Salam cikgu,Sya nk tnya,Knpa indoor x brfungsi sdgkn moto kipas outdoor brfungsi..On pda remote dan indoor xdpt brfungsi juga..Adakh disebabkn pc bord atau sensor??

    • Salam. Jika unit telah di bypass ada kemungkinan berlaku kes seperti diatas, outdoor hidup indoor tak berfungsi. Indoor juga tidak akan berfungsi jika pc board rosak. Jika normal (tiada bypass) mungkin motor indoor rosak atau kapasitor motor indoor yang rosak.

  40. Salam Tuan,

    Sya ade sebiji aircond acson. Ade 3 lubang blowertapi hanya di tengah shaja yang keluar angin. Kiri n kanan kosong x ade angin. Boleh saya tahu kenapa?

  41. Salam cikgu..nak tanya..ada certain air cond..dia ada pasang box kecil sebelah tu..apa nama n fungsinya eh?

  42. dalam cikgu nas… air cond 1 HP inverter… sintomp kerosakan…
    selepas 5 minit suis di on kan.. kipas out door unit tidak berpusing.. indicator power blinking di unit indoor.. air tidak sejuk… kapasitor 1.5 micro farad bacaanya 1.25uf …
    ape masalahnya… mohon bantuan drp cikgu nas… terimakasih…

  43. ASSALAMMUAALAIKUM, AC SAYA YORK L SERIES 1 HP, BILA ON OK SEJUK, SELEPAS 10 MINIT INDIKATOR KAT INDOOR UNIT OFF, TAPI BLOWER MASIH ON LEPASTU TAK SEJUK, CHEK KAT REMOTE DAPAT U4 COMMUNICATION ERROR, BILA OFF LEPAS TU ON PERKARA YANG SAMA TERJADI, APA MASAALAHNYA? HARAP CIKGU DAPAT MEMBANTU, TERIMA KASIH

  44. As salam cikgu
    .sy pakai aircond portable jenis singer Hp 1.5..sejak 2-3 hari ni air aicond bocor ke lantai n tidak masuk ke tmpt takungan..dan kipas dalam mula bunyi bising..mohon bantuan dan pencerahan serta kos jika nk diservis

  45. Salam Cikgu..AC saya Mitsubishi 2hp Mr. Slim..bila saya ON dan terasa sejuk tapi compressor tak berhenti dan suhu terasa makin sejuk walaupun dah set 31’C..adakah ini berpunca drpd relay ataupun sensor? dan berapa anggaran kos untuk baikpulih?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *