Rahsia Jimat Elektrik

Penggunaan elektrik di sesebuah rumah sangat bergantung pada saiz keluarga, gaya hidup, bilangan serta umur peralatan elektrik dan tempoh penggunaannya. Anda boleh mengira anggaran kos elektrik bagi setiap peralatan elektrik yang berbeza sekiranya anda mengetahui 3 perkara berikut:

  • kuasa dan kecekapan peralatan tersebut (kebiasaannya tertera di plat logam atau tertulis pada peralatan).
  • bilangan jam penggunaan peralatan elektrik dalam sehari.
  • kadar tarif per kWj bagi bekalan elektrik.

Dalam bahagian ini saya hanya membincangkan penjimatan elektrik dari segi penggunaan penyaman udara. Penyaman udara menggunakan antara 25% hingga 35% daripada tenaga elektrik. Oleh itu ia memberi kesan agak besar kepada bil bulanan anda. Untuk mendapatkan penjimatan maksima dengan penggunaan yang optimum, langkah – langkah berikut dapat membantu anda.

A) Panduan Membeli

  • Pilih saiz unit penyaman udara yang bersesuaian dengan keperluan. Oleh itu dapatkan kapasiti pendinginan yang diperlukan terlebih dahulu sebelum membeli.
  • Apabila hendak membeli sebuah penyaman udara sebaiknya nisbah kecekapan tenaganya iaitu EER dikenalpasti terlebih dahulu. EER bagi penyaman udara berkuasa kuda 1 hp adalah dalam lingkungan 8 hingga 10. Semakin besar nilai EER semakin cekap peralatan tersebut.
  • Rujuk pemeringkatan bintang bagi unit tersebut. Lebih banyak bintang, lebih cekap unit tersebut (hingga ke maksimum 6 bintang).
  • Periksa kadar pengaliran udara (dinyatakan dalam sebutan kakipadu/min). Semakin besar kadarnya (antara 200-300 kakipadu/min bagi unit 1 hp) semakin cepat sejuk dan semakin baik pengaliran udaranya.

B) Panduan Pemasangan

  • Unit dalam hendaklah dipasang dengan mengambil kira pancaran solar matahari melalui tingkap. Sebaiknya ia hendaklah di letakkan di tempat yang teduh dan elakkan pancaran terus sinar matahari.
  • Unit dalam juga tidak sesuai di pasang di lokasi berhampiran dengan pintu. Ini boleh mengurangkan kadar penyejukan bilik kerana udara sejuk mudah keluar dari bilik.
  • Unit luar hendaklah dipasang tanpa halangan di bahagian luar. Jika unit luar berada di bawah, elakkan dari meletakkan barang – barang di atas dan depan unit luar kerana ini menghalang proses pemindahan haba.

 C) Panduan Pengoperasian Dan Penyelenggaraan

  • Jangan halang saluran udara unit dalam dengan langsir atau perabot.
  • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa tertutup supaya bilik sentiasa sejuk.
  • Gunakan bumbung atau siling berpenebat serta cuba untuk meminimumkan pelepasan udara sejuk melalui bawah pintu dan tingkap, ini boleh membantu mengurangkan penggunaan elektrik bagi penyejukan.
  • Penebatan akan menghalang udara panas masuk ke dalam bilik dan akan mengurangkan beban penyejukan unit penyaman udara.
  • Gliskan tingkap anda – sesetengah glis mempunyai ciri lapisan pantulan yang memantulkan haba dan lutsinar.
  • Penebatan dan pengglisan akan mengurangkan bil elektrik sehingga 40%.
  • Apabila hari dijangka akan panas pasangkan penyaman udara awal bagi mengelakkan rumah daripada menjadi terlalu panas.
  • Pada hari yang panas tutup langsir bagi menghalang sinar matahari.
  • Lakukan penyelenggaran unit penyaman udara mengikut jadual termasuk membersihkan penapis udara secara lebih kerap.
  • Landskap – menanam pokok dan pokok renek di tepi rumah dapat membantu mengurangkan beban penyejukan.
  • Memasang sengkuap tingkap atau dinding merupakan satu lagi cara untuk mengurangkan penyerapan haba.
Dua ebook berikut dapat membantu anda menjadi pengguna yang bijak khususnya dalam penjimatan elektrik dirumah. Selamat Membaca!!

Panduan Menggunakan Tenaga Dengan Cekap 

 

Panduan Membeli Peralatan Elektrik

Muaturun : EBOOK 1, EBOOK 2 

 

Print Friendly, PDF & Email
7 comments on “Rahsia Jimat Elektrik
  1. zaini says:

    Assalamualaikum cikgunas. sy nk tnya kenapa air cond jenis panasonic 1hp ,apabila on power dalam tempoh 1 jam air cond unit cut off, monitor menunjukkan lampu timer menyala direct. apabila off on back pun sama 1 jam to ke 1 jam lebih dia cut off kembali. mnta tolong tunjuk ajar. tq.

    • hafiz says:

      Ada dua perkara perlu periksa smaada gas xckup atau sensor coil dh rosak..ape2 pn tuan bleh buat dulu set default setting pd remote,tgk mcmane

  2. ammar says:

    salam tuan,adakah penggunaan mode dry sebagai inisiatif less bill akan merosakkan outdoor dan indoor.tq.

    • cikgunas says:

      Salam. Indoor dan outdoor tak rosak jika menggunakan mode tersebut. Dry mode berfungsi mengurangkan lembapan dalam udara bilik dan compressor bekeja dengan minima.

  3. sharman says:

    salam cikgu, nak tya sikit. adakah set aircond yg bukan inverter boleh di lakukan ubah suai kepada motor kipas (outdoor) dari 230VAC kpd 12VDC?. apakah akan berlaku pengurangan penggunaan tenaga elektrik pada kaedah ini?.

    • cikgunas says:

      Salam. Tiada masalah boleh tukar. Namun dari segi penjimatan tidak ketara kerana yang banyak menggunakan tenaga elekrik ialah compressor.

  4. lagi satu pakai aircond yang ada inverter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*