Penyaman udara seperti juga mana – mana peralatan elektrik  yang lain akan mengalami masalah selepas beberapa tahun atau selepas tamat tempoh jaminan. Namun ada juga yang mengalami masalah sebelum tamat tempoh jaminan. Bagi kes seperti ini anda di sarankan untuk merujuk kembali kepada pusat servis / kedai elektrik di mana anda membeli peralatan tersebut. Masalah yang berlaku pada penyaman udara boleh membawa kepada 2 jenis kerosakan iaitu  kerosakan  major dan kerosakan minor.

i) Kerosakan major

Kerosakan major berlaku apabila pemampat unit penyaman udara tidak berfungsi lagi. Bagi kes ini pemampat tidak dapat dibaiki dan perlu diganti baru. Kos mengganti pemampat ini adalah tinggi dan melibatkan sebahagian besar kerja – kerja utama seperti silfosing, mengisi gas, vakum dan menguji kebocoran. Oleh itu di sarankan supaya keseluruhan unit ditukar baru.

ii) Kerosakan minor

Kerosakan minor boleh di baiki, di servis atau penggantian komponen yang tidak melibatkan kos terlalu tinggi. Bagi kes seperti ini anda boleh merujuk kepada juruteknik bertauliah untuk mengesan kerosakan tersebut dan membuat baikpulih.

Dalam bahagian ini saya akan menyenaraikan beberapa masalah yang kerap berlaku pada unit penyaman udara berdasarkan aduan dan pertanyaan kepada saya. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit pengetahuan sebelum merujuk kepada juruteknik. Ada antara masalah yang mungkin anda boleh perbaiki sendiri dan ini tentunya akan menjimatkan kos anda!!

mengesan kerosakan unit pisah

a) Unit kurang sejuk.

Masalah ini berlaku apabila anda berasa bilik kurang sejuk, tidak seperti anda mula – mula membeli unit penyaman udara dahulu. Masalah ini memang biasa dan ia bukanlah kerosakan major yang saya maksudkan di atas. Pengguna biasanya akan beranggapan gas habis. Adakah teori ini benar?

Teori ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Unit kurang sejuk bukan berpunca dari gas habis, tetapi situasi gas habis akan membawa kepada unit langsung tidak sejuk seperti masalah kedua di bawah. Apa yang berlaku pada unit kurang sejuk ialah unit mungkin kekurangan gas dan ia perlu ditambah mengikut tekanan yang ditetapkan oleh juruteknik bertauliah. Ini boleh di lakukan semasa membuat kerja – kerja menservis dan tekanan standard gas ialah 70 psig.

Masalah unit kurang sejuk juga boleh berpunca dari penapis udara yang kotor, penyejat dan pemeluwap yang kotor dan juga kekotoran pada panel hadapan unit dalam. Bagi kes seperti ini apa yang perlu di lakukan ialah buat servis berkala setiap 6 bulan. Semua bahagian – bahagian yang dinyatakan perlu di cuci sehingga bersih menggunakan bahan kimia (jika perlu) dengan kos sekitar RM100 – RM150.

b) Unit tidak sejuk.

Jika anda berasa bilik langsung tidak sejuk, kemungkinan berlaku kebocoran pada sistem yang menyebabkan gas habis. Oleh itu, punca dan tempat kebocoran tersebut perlulah dikenalpasti dan dibaiki terlebih dahulu dan diteruskan dengan penambahan gas sehingga cukup. Kadang – kadang masalah ini juga berpunca dari kipas dalam (blower) yang tidak berpusing. Oleh itu anda dinasihati untuk set pada remote control blower speed kepada maksimum dan pilih mood cool. Jika masih ada masalah electronic board pada indoor perlu diperiksa.

c) Kipas luar tidak berpusing.

Terdapat unit penyaman udara yang mana kipas unit luar terus berpusing apabila unit penyaman udara di “ON”kan. Ada juga kipas berpusing apabila pemampat mula beroperasi. Kipas luar yang tidak berpusing menyebabkan kitar penyejukan tidak lengkap dimana proses pembebasan haba terhenti. Ini akan menyebabkan bilik tidak dapat disejukkan seperti yang dikehendaki.

Jika selepas 5 minit kipas luar masih tidak berpusing, terdapat masalah pada kapasitor motor kipas dan ia perlulah diganti. Rujuk Nota Prosedur PPU untuk cara – cara mengesan kapasitor yang rosak.

d) Air menitis pada unit dalam.

Masalah ini berlaku mungkin berpunca daripada penyejat yang kotor, saluran air tersumbat, unit tidak seimbang dan juga perbezaan haba yang terlalu tinggi antara dalam bilik dan luar bilik. Cadangan baikpulih ialah unit perlu diservis sebaik mungkin. Bagi mengurangkan perbezaan suhu, pastikan tingkap/pintu bilik ditutup rapat.

e) Air menitis di unit luar.

Ini bukanlah masalah utama selagi anda berasa bilik masih sejuk. Air yang menitis adalah dari proses kondensasi yang berlaku di pemeluwap dan ia adalah normal.

f) Bunyi bising pada unit luar.

Bunyi ini kemungkinan besar dari pemampat yang beroperasi semasa unit beroperasi. Jika ia berbunyi agak bising lebih dari biasa, anda perlulah “OFF” unit terlebih dahulu dan lakukan pemeriksaan pada unit luar.

g) Unit langsung tidak beroperasi.

Jika unit langsung tidak beroperasi dan lampu unit dalam tidak menyala setelah di tekan ‘remote’ kemungkinan besar ialah tiada bekalan kuasa atau berlaku trip. Anda perlu “ON” semula fius utama.

h) Unit dalam bunyi bising.

Saya ada menerima aduan seperti ini dan ia tentulah mengganggu anda. Lebih – lebih lagi pada waktu malam kerana boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk, anda perlu periksa dengan segera. Kemungkinan utama ialah blower tidak dipasang dengan betul.

 i) Remote tidak boleh “ON”

Masalah ini nampak mudah tetapi ia tetap berlaku. Cadangan saya ialah anda tukar bateri baru. Jika masih tidak boleh “ON” bolehlah beli remote baru..:)

Bacaan lanjut :

Sumber gambar : Google Image
Perbincangan/Maklumbalas seterusnya diruangan komen
Print Friendly, PDF & Email

1,732 comments on “Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara

  1. salam tuan..sy gune aircond 2.5hp..keluasan rmh sy dlm 650sf..sy set slalu 27°c.normal ke klu kompressor outdoor sentiase on xde cut off.dulu time baru pasang slalu gak compresssor cut off tp skrg ni klu sy pasang dr mlm smpai pg compressor xde cut off.

  2. salam semua.. betul ke jika kerap on/off aircond punca compressor mudah rosak@kong.?
    Cara penggunaan sya bilamana suhu bilik capai 22celcius sya offkan AC dan tukar kpd guna kipas.. dan bila panas kembali sya onkan AC semula..

  3. hai cikgunas,nak tanya saya ada aircond jenama topaire masalah, bila on suis, indoor dan outdoor tak hidup tpi supply smpai ke indoor dan outdoor..bila cek guna testpen ada litar pintas ke kabel earth..sya dah cek wiring smuanya dlam ok..apa perlu sya buat?

  4. Maaf mengganggu, tumpang tanya. Jika aircond berbunyi kuat seperti current sewaktu suis dibuka kenapa ya?

    • Sejak bila berlaku dan apa yang terakhir buat pada aircond tu. Jika anda rasa ia tidak normal kena cek dari mana bunyi tu dan buka lihat.

  5. Apa masalahnya kalau timer FCU di dalam panel board tidak berfungsi walaupun dah tukar dengan timer yang baru..

  6. Tuan,

    Aircond tak sejuk, tekan suhu 16°C, tetiba jadi 31°c dlm masa bbrp saat..tapi kipas luar bergerak

  7. Assalamualaikum, saya pengguna aircond jenis topaire. Kelmarin aircond saya berfungsi macam biasa dan dia tiba tiba stop sendiri dan lampu timer blinking dua kali. Apa pandangan tuan?

  8. Salam cikgu….sy ada aircond jenis york….tp bila on komoreser tak hidup………tp aircond sebelah sama jenis….ok pula…conecttion wayering semua sama….tp 1 ok yg 1 plk problem…

    • Wassalam. Cek ada current kat outdoor atau tak. Cek kapasitor compressor. Buat dua perkara ni dulu.

  9. Cikgunas..Blower indor klau dia laju acond akan off dgn sndri.. bila on lg blower slow dia ok tak off..TQ

  10. Assalamualaikum..
    Nk tnye sya pnya air cond jnama sharp inverter x bleh on pki remote tp klu mnual bleh on…apa masalah ye

  11. kalau takde power supply ke outdoor macam mana ye ? kipas and kompressor both tak jalan.. selain wire ke outdoor tu saya tak tahu which wire is which. so nak check relay apa semua tu tak reti

  12. Tumpang tanya, aircond rumah saya mom keluar asap mcm dlm kereta kenapa apakah keroskannya?

    • Kalau sekejap saja takda masalah. Jika berterusan dan angin yang keluar tidak sejuk ada masalah. Kena buat pemeriksaan.

  13. Salam cikgu,sy nak tanya utk kes portable aircond yang bising bila sy tekan pada mode cool..habuk sudah bersihkan but still bising lg..mcm Mana Sy nak buat utk dia beroperasi Dengan senyap.?

    • Wassalam. Bunyi tu memang dari asal mcm tu atau baru jadi. Kalau tiba2 jadi bising kena cek dari mana bunyi tersebut. Sebenarnya unit ni memang sedikit bising berbanding split unit.

  14. Salam cikgunas.
    Aircond saya panasonic inverter model R410A. Selepas ON Mode COOL/iAUTO-X 30 min, unit off automatik dan lampu timer berkelip kelip. Adjust dengan remote di button timer pun tak jadi dan memang tidak set timer pun. Biasa apa masalah macam ni ye cikgu?

    Terima kasih. ?

  15. salam cikgunas…aircond dkt office saya ni kan, remote control still berfungsi bila tekan button ON..tapi kenapa tak boleh sync dgn aircond ye? kadang boleh kadang tak..so saya ON secara manual sahaja (ada effect cepat rosak ke kalau tk pakai remote)? tapi masalahnya tak dapat nak setting temperature la kan sbb takde button manual utk tukar temperature dkt aircond tu…kena pakai remote jugak…minta tolong bagi pencerahan cikgunas…terima kasih…

  16. Salam…tuan, aircon rumah sy, bila on,hidup sekejap ja.lepas tu mati.kadang on pun xhidup juga.memang x rasa sejuk pun angin aircon tu.kipas kat luar pun dah tak pusing..dah panggil org baiki tapi dia cakap motherboard rosak,kena tukar baru.betul ke macam tu tuan?

  17. assalam cgu aircond sy ada masalah kuarkan bunyi yg bising dekat outdoor….bagaimana kita nak pastikan puncanya dari kompressor ke atau bering motor kipas yg rosak??

    • Wassalam…kena cari bunyi tu dari mana. Kalau selama ni elok kemudian bising boleh jadi juga dari motor atau compressor. Kena buat pemeriksaan baru tau tindakan seterusnya.

  18. Assalam..cikgu, aircond sy jenis Daikin Ecoking 1.5hp..tiba2 off..try off dan on semula suis, horizontal louver tetap terbuka dan tiada apa2 sign @ lampu blinking. Then, cut off main power supply rumah,on semula,aircond tu kembali pulih,keluarkan sound on sendiri dan kembali beroperasi keluarkan angin yg kuat. 5 minit lepas tu off semula tiba2..sekali lg berulang hal yg sama mcm awal td..apa kemungkinan masalah ye?

    • Wassalam. Mungkin ada masalah pada outdoor. Compressor nak mula jalan unit OFF. Mungkin juga masalah pada IC Board. Banyak yang perlu diperiksa komponen dan pendawaian. Masalah ni pada outdoor atau indoor perlu dikenalpasti terlebih dahulu.

  19. hi… bila on hidup tapi dalam masa beberapa minit lampu emergency suis nyala dan off dengan sendiri. apa saya perlu buat.

  20. Salam Tuan Aircond sya baharu buat servis overhoul oleh technician, selang satu hri pkai ada mengeluarkan bau spt bau hangit, cek tiada apa2 kesan terbakar atau cair pada indoor dn outdoor, jenis aircond panasonic non inverter r410

    • Wassalam. Kena cek dari mana punca bau tersebut. Cuba rasa pendawaian dan plug/soket adakah panas?

  21. Assalamualaikum encik. Kenapa aircond tidak berfungsi selepas on ? Bila on ada bunyi ‘beep’ tapi aircond tak berfungsi. Mohon pencerahan encik.

    • Wassalam. Cek bekalan arus elektrik ada tak pada terminal indoor (IN dan OUT). Cek fuse pada indoor.

  22. Madalah sy, bila on aircond, selepas seminit lebih akan berlaku trip. Apa yang sy perasan trip akan berlaku bila unit luar nk berpusing. Apa punca masalah dan cara nk atasinya ya tuan? Tq

  23. Salam Tuan.. Sya nk tnye yer.. Knpe aircond ada bunyi mcm angin berdesup dari dalam.. Sbb sebelum nie tiada bunyi mcm tu pon.. Lagi satu compressor kat luar selalu keluar air dari bawah..

  24. Salm Cik gu, nk Tanya sikit, sy hari tu on accon tiba2 berhenti sendri, lampu apa pun x metals, sy off on blik, sama jugk, sy amik tes pen life ada Karen nuetral x dk apa2 Karen, bila off ja suis, nuetaral ada Karen, Kira life Dan nutral ada karen bila sy off suis,, sbb apa yg

  25. Assalam Cikgu.
    Aircond saya langsung tidak menyala apabila suis atau remote ditekan. Saya suspect disebabkan oleh pcb rosak. Pcb yng rosak ini pun baru 3 bulan ditukar oleh technician dgn pcb universal.

    Saya cuba untuk tukar sendiri utk kali kedua pcb universal ni. Pcb location sempit sbb dekat dengan dinding. Jadi Saya perlukan turun indoor unit. Saya nk tnya, klu saya buka indoor unit, paip gas yang ke unit outdoor perlu ditutup ke utk elak gas keluar. Macammana nk tutup paip indoor unit? Terima kasih.

    • Wassalam tn. Tn perlu buat proses pump down jika perlu turunkan unit. Caranya ON unit sehingga pemampat dan kipas luar berpusing. Tutup saluran nyahcas (HS) sehingga habis dan jarum pada tolok akan turun. Semasa jarum menunjukkan bacaan sifar, tutup saluran sedutan (LS) sehingga habis. Kemudian OFF unit dengan segera.

  26. Assalam cikgu. Kalau air cond inverter daikin1.5hp kena panah petir apakah pcb board indoor sahaja rosak atau outdoor juga rosak.sebab saya tengok curent ada. Cuma indoor xleh on

  27. Salam tuan, kalau outdoor kipas jalan compresser tak jalan, ape yg problem, ini jenis inverter dc, untuk compresser ade pkai kapasitor ke?

  28. Assalam

    Apa akan terjadi jika gas asal r22 yg tinggal separuh n juruteknik telah menambah gas r410? Bagaimana nak kesan kerosakan yg akan terjadi?

    Lepas seminggu juruteknik tu servis perasan minyak kat copper di outdoor aircond… adakah salah tukar gas atau ada perkara lain terjadi?

    Tq

    • Gas yang sudah ditetapkan r22 mestilah menggunakan gas r22 juga kalau guna gas selain dari r22 akan berlaku kerosakan pada sistem ac

  29. salam tuan,
    klau compressor ada menitik air adakah ianya normal?
    mitsubishi electric 2.5hp baru pasang sebulan..

  30. Assalamua’laikum.maaf tuan nk tanya..knapa kompressor aircond di luar bunyi terlalu kuat tp aircond still sejuk?

  31. Tolong tanya. Aircond unit dalam tiba-tiba bunyi bising dan kemudian padam dan kemudian indikator single user berkelip-kelip. Unit luar terhenti terlebih dahulu.

  32. Salam tuan, aircond saya masalah dia macam ade bunyi benda beguiling, macam ade skru jatuh dlm indoor punya tmpat, aircond baru lagi, York 1.5 hp inverter,ape masalah tuan..

  33. Aircond saya jenis panasonic 1.5hp, selalu off sendiri selepas 1 kurang dari 1 jam di onkan. Selepas itu akan ada lampu kuning berkelip2. Jika di onkan semula kelipan lampu kuning itu masih ada dan aircond akan off sendiri lagi kurang dari 1jam on juga. Keadaan aircond kurang sejuk. Minta bantuan tuan untuk datang membaiki. Terima kasih.

  34. Salam Cikgu..selain kapasitor rosak apa penyebab lain kipas blower (indoor) tidak berpusing.Terima kasih

  35. Salam cikgu..saya baru membeli aircond 1.5hp jenama daikin..baru 3 hari pasang, saya mendapati outdoor saya tidak berpusing dan bilik tidak sejuk. Apabila saya off dan on suis balik, baru outdoor tu berpusing dan bilik sejuk kembail. Tapi selepas 2-3 jam, outdoor itu kembali tidak berpusing dan bilik tidak menjadi sejuk kembali. Apa masalahnya tu?

  36. Salam Cik Gu.Saya pakai York. Biasa saya on dalam 1 jam ia mati sendiri dan lampu menjadi berkelip-kelip. Saya kena off dulu dalam 2 minit, baru boleh on balik. Lepas 1 jam mati sendiri balik dan berkelip-kelip dan kena off dalam 2 minit baru boleh on balik, begitulah seterusnya pusingannya.Apakah masakahnya cikgu.

  37. ada buat proses vakum. kalau dibiarkan ada kesan buruk tak? sebab saya yakin bunyi dari dalam copper pipe.mcm benda tu bergerak bersama gas bunyi sekejap pastu senyap.berbunyi ketika benda tu lalu dkt coil(condenser coil dan cooling coil).. dua tempat ini dia berbunyi berselang seli skjap dekat indoor skjap dkt outdoor. mcm mana nak selesaikan ya. apakah kemungkinan benda itu?

  38. assalamualaikum cikgu nas baru2 ini saya tukar outdoor unit(brand lain sama hp) selepas pasang semua berjalan dengan baik cuma ada bunyi sesuatu dalam paip/ cooper semasa on. bunyi seakan air yg keluar dari hos yang dipicit(creeet). aircond sejuk mcm biasa compressor pn tiada bunyi abnormal. kalau ada sesuatu dalam paip cooper apakah kesannya. macam mustahil kalau benda pepejal berada dalam paip kan?sebab mesti compressor dh rosak/tak jalan. apa penyebabnya ya

  39. Salam, aircond bilik tiba2 berbunyi mcm bom nak meletup. Jadi saya tutup cepat2 sbb takut apa2 jadi. Aircond bilik ni mmg selalu pasang sbb panas.

  40. Assalamualaikum tuan. Nak tanya kalau ac kita ni tiba2 mati sendir dalam beberapa minit biasanya masalahnya apa tuan?

  41. salam tuan. saya mgunakn portable aircond hisense 1.0. dan beberapa hari yg lalu aircond tak boleh on. hari sblmnya boleh guna dan on,sejuk mcm biasa. apa masalah nya ye. sye sudha cek fuse dan fuse masih ok. ada power melalui test pen yg sye. cuma takbboleh on langsng. mohon beri tnjk ajar ape perlu sye buat. terima kasih

  42. Assalam… Saya ada 2 biji aircond… 1 jenama sharp(install 2014)… Satu jenama daikin(install2017)… Masalahnya saya telah cabut aircond dan pasang dirumah baru, aircond sharp saya setelah pasang kurang sejuk, air menitik belah dalam, bila dlm tidak menitik, belah luar menitik… Begitulah seterusnya sampai 1 masa, bunyi luar biasa dlm bilik dan slps tu terus aircond x sejuk, apa masalah? Satu lg aircong daikin, bila dh sejuk automatik dia mati dan lampu berkelip di tmpt nyalaan sleep(lampu oren) kompressor x berpusing… Apa masah dia dan harap dpt bantuan

    • Wassalam. Masalah ini banyak berkait mcm mana tuan ikut prosedur pemasangan. Dari mula lokasi, pemasangan braket, piping, vacuum, testing & commissioning.

  43. Kipas luar masa baru on dia berpusing.kemudian dalam kurang 1minit dia berhenti…aircond di dalam tidak sejuk malah satu angin pun tiada…

    • Kipas luar akan hidup dlm seminit ke bawah..lps tu berhenti…kemudian pusing smula..lps tu berhenti..

      • Cek semua komponen outdoor, cek tekanan gas, cek compressor jalan ke tidak, cek rintangan compressor.

  44. Salam tuan..aircond saya langsung tak bole on pakai remote dan reset button kat indoor unit..check current ada..boleh tau apa masalah tak?ada kemungkinan board?aircond jenama panasonic econavi non inverter…baru pakai 3 tahun..

      • Kalau tidak keberatan boleh tuan tinggalkan no telifon utk saya whtsap tuan..sy kurang mahir bab ini..

      • Maksud tuan check bacaan ke?klau masih elok berapa bacaan dan klau rosak adakah tiada bacaan?thermal fuse di power board atau control board?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *