Penyaman udara seperti juga mana – mana peralatan elektrik  yang lain akan mengalami masalah selepas beberapa tahun atau selepas tamat tempoh jaminan. Namun ada juga yang mengalami masalah sebelum tamat tempoh jaminan. Bagi kes seperti ini anda di sarankan untuk merujuk kembali kepada pusat servis / kedai elektrik di mana anda membeli peralatan tersebut. Masalah yang berlaku pada penyaman udara boleh membawa kepada 2 jenis kerosakan iaitu  kerosakan  major dan kerosakan minor.

i) Kerosakan major

Kerosakan major berlaku apabila pemampat unit penyaman udara tidak berfungsi lagi. Bagi kes ini pemampat tidak dapat dibaiki dan perlu diganti baru. Kos mengganti pemampat ini adalah tinggi dan melibatkan sebahagian besar kerja – kerja utama seperti silfosing, mengisi gas, vakum dan menguji kebocoran. Oleh itu di sarankan supaya keseluruhan unit ditukar baru.

ii) Kerosakan minor

Kerosakan minor boleh di baiki, di servis atau penggantian komponen yang tidak melibatkan kos terlalu tinggi. Bagi kes seperti ini anda boleh merujuk kepada juruteknik bertauliah untuk mengesan kerosakan tersebut dan membuat baikpulih.

Dalam bahagian ini saya akan menyenaraikan beberapa masalah yang kerap berlaku pada unit penyaman udara berdasarkan aduan dan pertanyaan kepada saya. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit pengetahuan sebelum merujuk kepada juruteknik. Ada antara masalah yang mungkin anda boleh perbaiki sendiri dan ini tentunya akan menjimatkan kos anda!!

mengesan kerosakan unit pisah

a) Unit kurang sejuk.

Masalah ini berlaku apabila anda berasa bilik kurang sejuk, tidak seperti anda mula – mula membeli unit penyaman udara dahulu. Masalah ini memang biasa dan ia bukanlah kerosakan major yang saya maksudkan di atas. Pengguna biasanya akan beranggapan gas habis. Adakah teori ini benar?

Teori ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Unit kurang sejuk bukan berpunca dari gas habis, tetapi situasi gas habis akan membawa kepada unit langsung tidak sejuk seperti masalah kedua di bawah. Apa yang berlaku pada unit kurang sejuk ialah unit mungkin kekurangan gas dan ia perlu ditambah mengikut tekanan yang ditetapkan oleh juruteknik bertauliah. Ini boleh di lakukan semasa membuat kerja – kerja menservis dan tekanan standard gas ialah 70 psig.

Masalah unit kurang sejuk juga boleh berpunca dari penapis udara yang kotor, penyejat dan pemeluwap yang kotor dan juga kekotoran pada panel hadapan unit dalam. Bagi kes seperti ini apa yang perlu di lakukan ialah buat servis berkala setiap 6 bulan. Semua bahagian – bahagian yang dinyatakan perlu di cuci sehingga bersih menggunakan bahan kimia (jika perlu) dengan kos sekitar RM100 – RM150.

b) Unit tidak sejuk.

Jika anda berasa bilik langsung tidak sejuk, kemungkinan berlaku kebocoran pada sistem yang menyebabkan gas habis. Oleh itu, punca dan tempat kebocoran tersebut perlulah dikenalpasti dan dibaiki terlebih dahulu dan diteruskan dengan penambahan gas sehingga cukup. Kadang – kadang masalah ini juga berpunca dari kipas dalam (blower) yang tidak berpusing. Oleh itu anda dinasihati untuk set pada remote control blower speed kepada maksimum dan pilih mood cool. Jika masih ada masalah electronic board pada indoor perlu diperiksa.

c) Kipas luar tidak berpusing.

Terdapat unit penyaman udara yang mana kipas unit luar terus berpusing apabila unit penyaman udara di “ON”kan. Ada juga kipas berpusing apabila pemampat mula beroperasi. Kipas luar yang tidak berpusing menyebabkan kitar penyejukan tidak lengkap dimana proses pembebasan haba terhenti. Ini akan menyebabkan bilik tidak dapat disejukkan seperti yang dikehendaki.

Jika selepas 5 minit kipas luar masih tidak berpusing, terdapat masalah pada kapasitor motor kipas dan ia perlulah diganti. Rujuk Nota Prosedur PPU untuk cara – cara mengesan kapasitor yang rosak.

d) Air menitis pada unit dalam.

Masalah ini berlaku mungkin berpunca daripada penyejat yang kotor, saluran air tersumbat, unit tidak seimbang dan juga perbezaan haba yang terlalu tinggi antara dalam bilik dan luar bilik. Cadangan baikpulih ialah unit perlu diservis sebaik mungkin. Bagi mengurangkan perbezaan suhu, pastikan tingkap/pintu bilik ditutup rapat.

e) Air menitis di unit luar.

Ini bukanlah masalah utama selagi anda berasa bilik masih sejuk. Air yang menitis adalah dari proses kondensasi yang berlaku di pemeluwap dan ia adalah normal.

f) Bunyi bising pada unit luar.

Bunyi ini kemungkinan besar dari pemampat yang beroperasi semasa unit beroperasi. Jika ia berbunyi agak bising lebih dari biasa, anda perlulah “OFF” unit terlebih dahulu dan lakukan pemeriksaan pada unit luar.

g) Unit langsung tidak beroperasi.

Jika unit langsung tidak beroperasi dan lampu unit dalam tidak menyala setelah di tekan ‘remote’ kemungkinan besar ialah tiada bekalan kuasa atau berlaku trip. Anda perlu “ON” semula fius utama.

h) Unit dalam bunyi bising.

Saya ada menerima aduan seperti ini dan ia tentulah mengganggu anda. Lebih – lebih lagi pada waktu malam kerana boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk, anda perlu periksa dengan segera. Kemungkinan utama ialah blower tidak dipasang dengan betul.

 i) Remote tidak boleh “ON”

Masalah ini nampak mudah tetapi ia tetap berlaku. Cadangan saya ialah anda tukar bateri baru. Jika masih tidak boleh “ON” bolehlah beli remote baru..:)

Bacaan lanjut :

Sumber gambar : Google Image
Perbincangan/Maklumbalas seterusnya diruangan komen
Print Friendly, PDF & Email

1,732 comments on “Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara

  1. Assalamualaikum tuan..aircond sy jnama trane 1.0hp..aircond sy dah lama tak digunakan lbh kurang 1 thn..jadi bila sy psang sekarang suis sy hdupkan ada bunyi beep..tapi aircond indoor tidak berfungsi dan kipas luar juga tidak berpusing..sya on suis hampir setengah hari tapi msh tidak berfungsi..adakah punca dari kapasitor atau ic board?

    • Wassalam. Kena buat pemeriksaan pada indoor. Ada elektrik pada terminal indoor atau tak. Buat pemeriksaan visual dahulu untuk melihat apa yang abnormal. Kita pun boleh cuba hidupkan unit indoor dan outdoor secara berasingan untuk melihat masalah samaada pada indoor atau outdoor. Kemudian baru pergi ke parts mcm kapasitor/motor/ic board.

  2. Salam tuan .. ekon saya jenis york non inverter tidak berfungsi selepas kilat trip auto main board rumah tendang.. bila saya on semula , semua wayar ada letrik termasuk indoor ekon .. adakah ic board rosak pada pandangan tuan

      • salam cikgu aircond sy panasonic inverter tak boleh on, tapi api dekat live masuk, apa pandangan cikgu?

  3. Salam Cikgu,sy nk tnya knp ye compressor bunyi sgt kuat tapi aircond sejuk ?sy baru pasang 3 bulan aircond second hand..mohon pencerahan ye cikgu sy tak arif bab ni.

    • salam ckgu..aircon sy lepas on, dlm 15minit hidup pastu tiba2 mati..dekat aircon langsung takda lampu.kat suis lampu masih menyala.Bila sy try on off suis baru aircon hidup semula tp lepas 15minit mati balik..apa penyelesaiannya ckgu?

      • Wassalam. Kena cek dalam 15 minit tu kipas luar dan compressor jalan atau tak. Dalam ada rasa angin sejuk tak ataupun rasa kipas luar ada panas tak? Kalau elok kipas dan compressor kita boleh cek indoor pula dan pendawaian.

    • Wassalam tn. Ikut pengalaman saya mmg mcm tulah aircond second hand. Kalau bab bunyi ni kena cek dari mana datangnya. Cuba cek body atau skru yang mungkin menambah bising.

  4. Salam Tuan,

    Saya menggunakan jenama toshiba inverter.Masalah yg dihadapi ialah
    Bila on kan aircond, indoor unit akan pusing maximum untuk beberapa ketika dan akan berhenti dgn lampu operation berkelip untuk beberapa ketika. Selang beberapansaat motor akan berpusing maximum lagi dan berhenti dengan operation button berkelip berterusan. Remote takkan berfungsi lagi.
    Hanya bila putuskan bekalan dan onkan kembali akan ulang masalah yg sama.

    • Salam cikgu..
      Bahagian outdoor sy ada leaking minyak yg agak banyak ..bila check, leak dari tmpt wire atas…puncanya apa? Sbelum leak, outdoor ada sedikit abnormal sound..hah jem

      • Wassalam. Minyak dah kurang, compressor jadi bising. Pasti ada kebocoran pada piping. Kena cari punca bocor tersebut.

    • Wassalam. Sy pun tak tau benda ni masalah atau tak. Kalau bilik sejuk, outdoor berfungsi normal abaikan saja lah..)

  5. Salam cikgu, acon saya bjenama sharp dgn systm inverter. Masalah nya outdoor unit saya tidak berfungsi cuma indoor shja yg berjalan dn tidak sejuk. Apakah masalah nya cikgu?

  6. Salam tuan..Saya Ada masalah ac 1.0 hp mengalami masalah coil indoor berais Dan paip luar berais..dah isi gas hilang ais sekejap dalam 3 jam..dah cek valve tiada bocor luar n dlm.so mcmana solution nya tuan…?

    • Selamat malam tuan…. Aircond saya tak hidup lansung, semalam elok lagi hari ni tiba2 buat hal lak…. Dah on, setengah minit terus off balik… Air cond off sendiri and kuar lampu merah sebelah TIMER – air Cond Panasonic inverter R410A. Apa masalah ni tuan ke ade function lain yg boleh saya repair sendiri..

    • Wassalam. Masalah coil kotor dan motor blower tak kuat ataupun blower tu sendiri terlampau kotor. Satu lagi mungkin ada piping yang kemek.

  7. Salam Cikgu Nas.
    Ada kebocoran minyak di indoor unit saya. Selepas seminggu, saya tukar indoor unit tersebut dgn unit terpakai. Soalan saya, minyak yang bocor tu datang dari mana dan perlukah saya topup minyak yang sudah hilang? TQ.

    • Wassalam. Minyak bahan pendingin. Jika terlalu banyak yang keluar perlu top up minyak tersebut.

    • Salam..
      Sy ad psg 10 biji 5hp standing floor aircond kat masjid dgn buat DB asing, sblm ni running ok tp mnggu lepas tetiba trip smpai semua 10 biji xboleh nak on.. supply smua ada pd suis, tp xleh nk on utk hidupkan outdoor..smpai skrg tgh cari punca, sbb ap jd mcm ni? Pelik sbb semua 10 biji xleh nak on

  8. Penyaman jenis CS-sc12mkh..kipas indoor tidak berfungsi.. adakah masalah ni pada papan litar atau kapasitor

  9. Salam tn. Apa masalah aircond general ne, indoor Sudah running tetapi tidak Ada power supply di outdoor. Ada kaitan dengan pc board ka?

    • Ya kemungkinan tu ada. Boleh cuba hidupkan outdoor secara direct. Jika elok bermakna ic board ada masalah.

  10. As salam saya nak tanya berkenaan dengan aircond panasonic inverter air cond tak sejuk lepastu selalu terpadam dan di panel aircond keluar klip2 timer. Apa yg perlu saya buat..?

    • Aircond saya bunyi bising. Model panasonic.. Berbunyi seperti geseran. Keroasan apakah itu.. Termia kasih

  11. Salam tuan..aircon sy klu d kasi on, itu dia punya suis dv pandai trap/ turun lampu semua mati..apa sebab tu tuan?

    • Wassalam. Tn perlu segera buat pemeriksaan pendawaian pada unit dan DB untuk elak bahaya lebih besar.

  12. Assalammualaikum tuan.. Aircond saya berbunyi bising di bahagian dalam.. Tapi aircond sejuk.. Walaupon fan speed low.

    • Wassalam. Kena buat pemeriksaan bunyi tersebut dari mana. Mungkin ada bahagian blower yang patah, menyentuh body atau blower tak diikat kemas.

  13. Salam cikgu saya punya aircond on ok. Tp masalahnya x sejuk langsung angin je keluar.. kalau letak mod auto 1 blinking mnyala.. klau cool Dan dry ok je

    Outdoor check kipas jalan tp x mengeluarkan angin panas , dan paip x sejuk… Ke sebab sensor .. aircond saya jenama national Non invertor 1 hp.

  14. Mati mengejut TU bagaimana ?? Trip pada mcb ataw main kalau Hanya trip pada mcb sahaja TU Ada kompenan YG short tapi kalau main yang trip(comp da Kong) jangan Buang Masa Dan duit beli je econ baru

  15. Salam Tuan, Boleh terangkan cara cara vacuuming. Masih tak faham ne. Dan Ada Kah paip tekanan tinggi pelu juga divacuum. Low side Dan high side aircond 3 fasa

    • Apa yang nak dipeningkan nya satu valve ke dua valve ke is sama he tetap menyedut udara dalam piping TU … Kite pakai vacuum ni nak Buang udara supaya is tidak menjadi air setelah lama pakai Dan bole nerosakkkan comp … Sebetul2nya comp bole peegi selama 20tahun sekiranya Kita follow spec factory

  16. salam cikgu..sy nak tnya..econ sy brand samsung 1.0hp..tahun 2011..skrg masalah berlaku econ mati mngejut slps runing dlm 15 mint..off on plug baru blh running balik..tp selepas tu mati mngejut lg..dah pggl org servis and tukar sensor sme jgk..adakah komponan elektronik dia dah rosak atau ada kaitan dgn outdoor unit?

    • Mati mengejut TU bagaimana ?? Trip pada mcb ataw main kalau Hanya trip pada mcb sahaja TU Ada kompenan YG short tapi kalau main yang trip(comp da Kong) jangan Buang Masa Dan duit beli je econ baru

  17. assalammualaikom cikgu nk tnya la
    . sy pkai aircond york.. then sy trai pakai mode dry air tu… ok bilik semua sejuk.. lps tu da bpe hari sy pakai mode dry air tu.. pastu lama2 ad meleleh air.. sbb apa ye jd cmtu??

  18. Salam,semalam tengah guna aircond tiba2 terpadam, suis semua ok ada lampu tapi lampu aircond tak menyala langsung tak boleh on.. Bateri Remote ok je.. Kenape ye?

    • Wassalam. Kena cek dengan soket ada arus atau tak dan dekat indoor ada arus atau tak. Mungkin ada sesuatu berlaku sebab tu dia OFF.

      • salam apa pnca klau kta on dia jalan ok ja tpi jlan 2mnit cmtu ja pastu brenti..lmpu mnyala klip2 ja..ap pnca ckgugas mhon pncrahan

  19. Salam cikgu nas.. Aircond sharp 1 hp baru lepas servis Dan kemudian bile on suis, aircond x berfungsi Dan tiada bunyi beep(senyap je) n lampu pon tidak me nyala adakah receiver display atau pcb? Pcb ada arus masuk n fius okay tp x hidup air cond nye.. Bleyh saya tau ape masalahnye?

    • Salam encik. Lampu ON (warna merah) pd air cond sy bernyala sekiranya sy on menggunakan remote. Tetapi air cond tidak berfungsi mcm biasa. Boleh tahu apa puncanya? Terima kasih

      • Wassalam.. Kena buat pemeriksaan indoor dan outdor. Susah nak bagi tau punca tanpa pemeriksaan.

  20. Salam Tuan,Nak Tanya sye pakai aircond york inverter dan ada masalah bila on just kira hitungan 1 2 3 jer on lepas tu mati balik dan keluar green led berkelip kelip…apa masalah yerr.

    • Salam tn. Kalau belum servis buatlah servis. Secara tak langsung boleh buat pemeriksaan visual. Kemudian test unit untuk cek arus dan tekanan gas. Jika unit langsung tak beroperasi cuba hidupkan indoor dan outdoor secara berasingan untuk tau masalah tersebut pada indoor atau outdoor.

      • Salam tuan. Sy pkai aircond brand LG. Kompresor dluar bunyi bising dri normal, angin dlm bilik langsung xsejuk. Apa masalah ah tu tuan

  21. salam tn..blower indoor kdg hidup kdg tak…kdg kena pusing dgn tgn bru hidup..pastu bunyi bising…ada air menitik lg..klu blower xhidup blh nampak frost…sebeoum ni panggil org baiki dia kata compressor..dh tukar compressor mcm ni pulak…blh tlg explain apa nk buat…sebelum ni mcm casing indoor xkemas..klu kita tekan casing tu bg kemas baru nk pusing blower

    • Wassalam. Kemungkinan masalah motor blower ataupun kapasitor blower. Boleh cuba tukar kapasitor blower dulu sebab murah saja.

  22. Assalamualaikum cikgunas,aircond sy indoor dan kipas outdoor beroperasi tp compresor xjalan kenapa ye…

      • Assalamualaikum cikgu aircond saya dia x hidup cikgu,saya dh check wayar yg pergi kat aircond tu ade arus elektrik tapi aircond nya x hidup…. mohon pencerahan

        Aircond lg 1 hp

    • Saya ingin bertanya aircond saya bila on.hanya keluar angin pada aircond tu, compreser outdoor tidak berbunyi,adakah gas habis atau compreser rosak??

      • Kena buat pemeriksaan pada outdoor. Banyak kemungkinan. Mungkin motor kipas atau kapasitor. Tekanan gas juga perlu diperiksa.

  23. salam cikgu.. saya guna aicond jenama pensonic 1hp.. masalahnya bila ON, indoor unit hidup.. kipas outdoor hidup..tetapi bila compresor hidup.. aicond terus mati, panel suhu indoor pun mati.. seperti tutup suis, lepas beberapa minit aicond hidup semula dan bila compresor mula nk hidup…aicond mati lagi… berterusan hidup mati hidup mati… capasitor dah check..ok, wirring baru dah buat… tapi masalahnya tetap sama… agak2 apa masalahnya ye cikgu.. harap cikgu dapat bantu saya..tq

  24. nak tanya..apa punca klau compressor panas sngt..smpai 109c..apa prlu d buat..

    • Banyak sebab:
      i) condensor kotor
      ii) kipas slow
      iii) gas kurang
      iv) gas lebih
      v) pendawaian tak ikut spesifikasi
      vi) paip kemek
      viii) pemampat tu sendiri dah hilang tebatan (nak rosak)

  25. Salam tuan, saya guna aircond york, saya dapati outdoor compressor dan fan tak running, capacitor pun dh tukar tapi masih tk jalan, saya chk live wire ada elektrik yg masuk ke outdoor unit tapi still compressor dan fan tk jln, minta bantuan… tq

    • Salam. Adakah kedua2 kapasitor dah tukar?
      Mungkin juga motor kipas yang rosak.
      Mungkin juga overload yang rosak.

      • Waalaikumsalam tuan, saya dh panggil contractor, dia kata neutral wire putus, sebelum ni saya chk pakai test pen je, mmg ada api kat live wire. Bila dia tukar wire, outdoor unit dah beroperasi seperti biasa… tq.

          • Hye cikgunas..knp aircon rumah sya bila on ada bau hangit?kjp hilang kjp tu bau lg..ape mslh yea?

          • Hi. Dinasihatkan buat pemeriksaan segera untuk dapatkan punca bau tersebut. Boleh jadi dr pendawaian dan ia sangat bahaya.

    • Salam tuan2 Dan puan2

      Untuk mendapatkan perkhidmatan yang jujur dari tech aircond bole hubungi saudara Hafiz (tspaircool&maintanance) 0182760216

  26. Hi, aircon saya kadang2 kipas blower dalam tu x berpusing bila on. perlu gerak guna tangan baru berpusing. Kadang-kadang, boleh terhenti sendiri. Pusingan pun mcm tidak laju kalo ditambah kelajuan.
    Apa masalahnya tuan?

    • Masalah samaada motor blower atau kapasitor blower dah lemah. Boleh cuba tukar kapasitor blower dahulu. Kos pun tak tinggi.

      • Asslamuaikum Cikgu Nas.
        Aircond saya jenis Panasonic Super Ionizer (CS-C9CKH-7).

        Saya nak tanya, kenapa remote AC saya bila saya tekan butang Mode Powerfull/Quiet, ION dan Air Swing tidak memberi signal balas dari AC saya. bila saya tengok remote saya ada tunjuk balas pada skrin macam anak panah berkelip bila tekan. tapi AC saya tak menerima isyarat tu. Jadi, dimanakah punca dia dan apakah sebab dia serta solusi masalah ni ? mohon pencerahan dari cikgu nas.

        TERIMA KASIH

        #Semoga Allah permudahkan segala kesulitan dalam hidup cikgu. Amin..

      • Assalamualaikum aircond klau on lampu hijau dn merah akan menyala pastu kipas kat luar x berfungsi bru je seminggu service

  27. Aircon sy jenama york,aircon jd x sejuk,bila on kipas luar lmbt nk pusing,compressor jalan.tp bila on dia tarik karan,knapa yer..bila kompressor bunyi terus tarik karan,lampu sj jd berkelip2..msalah ape yer tuan

    • Banyak kemungkinan. Boleh buat perkara di bawah:
      i) chemical servis unit dalam dan luar
      ii) tukar semua pendawaian dari MCB ke unit dan indoor ke outdoor
      iii) Guna MCB yang sesuai dengan HP aircond tersebut dan jangan share MCB dengan beban lain.

  28. Assalam cikgu, aircond saya sejuk, tapi lepas lebih kurang setengah jam, x sejuk dan lampu indicator berkelip²… Kapasitor kipas n kompressor luar dh tukar, copper sensor pun dh tukar… Apa masalahnya cikgu… Trm kasih…

  29. Nak Tanya saya ada tukar board aircond brand Samsung baru tapi ada lampu berkelip kelip Dan menyebabkan remote control untuk menukar suhu tidak boleh digunakan hanya blh on aircond direct sahaja jadi apa masalah sebenarnya ya.

  30. Cikgu nak tanye unit indoor aircond apabila di on. Cume Lima minit PAS Tu trip kat breaker …
    Cuma indoor je on

  31. paip gas kecik membeku semasa on aircond dan beransur seperti biasa setelah seketika dan aircond sejuk seperti tiada masalah,cuma masa baru on compressor masuk ada bunyi bising dan bunyi mcm biasa bila paip beku tadi jadi normal.apa punca paip tu beku lepastu ok balik?

  32. salam cikgu,
    hari sabtu 29hb june 2019.
    saya buat service dua aircon 1.5hp dan 2.0 hp.
    lepas service 1.5hp aircon ic aircond tiba2 terbakar. tukang servis kata dah lama tak pernah service dan terbakar.
    ganti ic RM200.
    aircond kedua, 2.0hp lepas jalan sejam jalan trip satu rumah. saya panggil tukang servis dia kata compressor dah kong sebab usia aircond dah 10 tahun mintak ganti compressor rm600.
    saya nak tahu sama ada saya kena tipu atau memang ragam aircond seperti ini.
    untuk pengetahuan cikgu , rumah saya beli sub sale aircond owner lama beli so tak tahu sejarah.
    harap boleh bantu..

    • Wassalam. Saya pun tak tau nak cakap. Berhubung lah semula dengan technician tersebut ya.

    • Salam tuan2 Dan puan2

      Untuk mendapatkan perkhidmatan yang jujur dari tech aircond bole hubungi saudara Hafiz (tspaircool&maintanance) 0182760216

      Kalau dari segi harga sangat murah TU

  33. Bunyi bising pada unit luar.

    Kebiasaanya kerosakan apa yg berlaku dan apa peralatan yg perlu di ganti.

    • Kena bagi tau dan cek bunyi tu dari mana baru tau nak buat apa. Bukan bergantung pada kebiasaan.

  34. Salam Cikgunas, sedikit pertanyaan. Aircond York 1hp. Bila ON switch aircond, langsung tidak berfungsi. Kipas langsung x pusing. LED pun tak menyala. Current supply ada. Sudah tukar board yg baru, jugak tidak berfungsi. Ape lg yg perlu check yek. Mohon advice yek. TQ

    • Salam tn. Cek dekat terminal indoor tu ada current atau tak. Cek juga voltage berapa volt?

  35. Aircond jenis topare 1.0hp da guna 3 tahun guna gas R410. masalah bila comprasor running akan ada bunyi bising dlm 3 saat kemudian bunyi hilang. aircond sejuk cuma bunyi kadang menganggu

      • Salam admin,nak tanya,ekon umah sy tidak sejuk,walaupun selepas dicuci,kenape yer? Dan skrin di monitor ekon suhu 29,bila tekan 20 atau 16, tetap bertukar sendiri suhu 29, ..macam mana tu admin,bole bagi sy tip2 untuk baiki ekon..

        • Salam tuan. Suhu sebenar adalah 29°C sebab tu tak sejuk. Jadi apa yang telah di cuci? Atau apa yang telah dibuat masa servis. Selepas service ada buat testing & commissioning? Baru blh tau apa punca tak sejuk tu.

  36. Tuan..
    Pelik lh..
    Aircond rumah sy blah dlm sering ada bunyi mcm air sungai dan kadang kala macam tembak air. Ada masa dia sejuk..ada masa payah nk sejuk. Terutama masa nk on semula.
    Ngapa ekk???

  37. Tuan aircond saya jenis inverter mitsubishi 1hp.Bila on llampu berkelip-kelip warna oren pada timer…lalu saya tak guna pasal modal..selepas seminggu saya on…aircond saya..ok…menjadi masalah bila saya off.bila compesor jalan dan berhenti..macam tak mahu start…kemudian lampu oren timer berkelip-kelip…APA MASALAH/PUNCANYA…???

  38. Salam tuan ac sy supply dkt L tu masuk ade karen tp ac nye xmau nk hidup.. Dah cuba on manual tp tidak hidup juga kenapa yew tq

  39. salam tuan..aircond sy haier 2.5hp..bila on keluar lampu merah..bila compressor da pusing lampu hijau pun menyala sekali..duA2 menyala..aircond tak sejuk

    • Salam. Kena buat pemeriksaan di outdoor. Kipas jalan atau tak, tekanan gas cukup tak dan ampere/voltan cukup atau tidak.

      • Salam tuan, Aircond saya dh refil gas sbb mula2 saya rasa angin dalam aircond indoor rase kosong x rasa gas, and then setelah saya refil mengikut psi, dh Okey tapi aircond indoor saya x Sejuk Langsung Dan compressor saya berbunyi sgt kuat, knp yea tuan ?

  40. Salam cik, saya nak tanya, air cond bila on tiba tiba mati, lepastu lampu berkelip je, boleh baiki tak

    • Bole lagi kalau jumpa tech YG jujur Ada berapa faktor SAJA TU Masa on tu Ada rasa sejuk ke ataw tidak ??kalau sempat sejuk makna kata sensor tu perlu ditukar nya

      • Hi en saya pakai aircond hissense 1.0 bila saya on switch tiba2 wayar pada aircond and main power elektrik rumah saya serentak meletup n aircond saya berasap skrg saya dah xtry bukak aircond dah itu biasanya kenapa ya?

        • Buat pemeriksaan segera. Panggil wireman bertauliah untuk baiki. Tentu ada masalah pada pendawaian aircond dan rumah tersebut.

  41. Salam tuan,aircon saya jenama panasonic.1hp. Baru servis .kipas outdoor pusing hanya lebih kurang 2 minit pas tu tak jalan dah.dah tukar kapasitor dan tukar motor socandhand pun jadi masalah sama.

  42. Aircond saya hanya sejuk dlm 10 minit.. Lepas tu tak sejuk… Kipas outdoor hidup tp kompresor takde bunyi mcm peti ais… Apa masalahnya tuan..

      • Salam..bos nk tanya ekon jenama topaire bila pasang dia sejuk dalam 15minit lepas tu mati keluar EC.

        • Salam tn. Apa yang mati tu. Kalau outdoor mati cek outdoor. Kalau indoor, cek indoor. Dan mcm biasa bila troubleshooting kita akan cek gas, coil bersih atau tak, kelajuan kipas mcm mana. At the end, baru tau punca masalah.

      • Salam cikgu,sy nk tnya aircond sy indoor sejuk tapi bunyi yg agak bising dibagian outdoor ,blh sy tahu sbb dia?

        • Wassalam. Agak sukar nak menjawab. Kena buat pemeriksaan punca dari mana bunyi tersebut. Ya memang di outdoor tp kena cari punca.

Leave a Reply to Aiman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *