Dana Pemfailan Harta Intelek (DANA IP 2.0)

PENGENALAN

Program Dana Pemfailan Harta Intelek (Dana IP 2.0) tahun 2023 adalah geran pembiayaan pemfailan harta intelek yang disediakan oleh kerajaan. Geran ini ditawarkan kepada Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Dana IP 2.0 ini bertujuan untuk menggalakkan inovasi dan menggalakkan pemfailan harta Intelek di kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, dana ini juga bertujuan untuk meningkatkan daya saing usahawan tempatan dengan memberikan perlindungan harta intelek seterusnya merangsang ekonomi negara.

 

Dana IP 2.0

 

TARIKH PERMOHONAN : Permohonan Dana IP 2.0 ini dibuka bermula dari Januari 2023 sehingga 31 Oktober 2023.

KRITERIA PEMILIHAN : 

Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

2. Terbuka kepada:

  • Individu;
  • Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) / Syarikat Milikan Tunggal / Perkongsian;
  • Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Agensi / Kementerian;
  • Komuniti Setempat / Tempatan (bagi Petunjuk Geografi);
  • Pelajar Kolej / Institusi Kemahiran / Politeknik / Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dan setaraf; dan
  • Pelajar Sekolah Rendah / Menengah (Permohonan adalah di bawah nama pihak sekolah)

3. Pemohon hanya layak memohon SATU dana sahaja dalam setahun kalendar untuk permohonan pemfailan bagi salah satu komponen Harta Intelek berikut:

  • Cap Dagangan;
  • Paten;
  • Reka Bentuk Perindustrian;
  • Hakcipta; dan
  • Petunjuk Geografi (komuniti setempat/tempatan sahaja).

Permohonan boleh dibuat secara online atau manual. Maklumat lanjut dan borang permohonan boleh di dapati di Laman Web Rasmi MyIPO.

https://www.myipo.gov.my/ms/dana-pemfailan-harta-intelek-dana-ip-2-0/

Kemaskini 8/2/2023

Permohonan Hak Cipta

1) Lengkapkan borang CR-1-2022. Ikut panduan yang diberikan. Boleh tandatangan secara online atau print dan scan semula.

https://drive.google.com/drive/folders/1SD7p9GA1gwAiWbxkaAxnG5lDOyMGbCKQ?usp=sharing

2) Isi permohonan secara online di halaman https://tinyurl.com/DanaIP2bagiTahun2023.

Sebelum hantar borang permohonan pastikan anda telah menyimpan salinan karya dalam format softcopy (CD/DVD/pendrive). Saiz karya tidak melebihi 3GB. Salinan karya ini perlu di hantar kepada Urus Setia Dana IP 2.0 dalam masa 3 hari bekerja selepas menghantar permohonan online.

3) Pos karya anda sebaik sahaja telah menghantar permohonan online.

4) Anda akan menerima no pendaftaran hak cipta melalui emel. 

Saya telah menghantar karya pada 17 Januari 2023 dan menerima no pendaftaran hak cipta pada 8 Februari 2023. Lebih kurang 3 minggu untuk proses. Ayuh rebut peluang ini!! Jika tn/pn ada persoalan boleh tanya diruangan komen. Saya sedia membantu anda..:)

Pos karya pada 17.1.2023.

 

Terima emel no pendaftaran pada 8.2.2023.

Bidang Penyejukan dan Penyamanan Udara, kerjaya menjamin masa hadapan.

Di Malaysia, purata suhu cuaca adalah pada sekitar 35 darjah celcius dan tahap kelembapan hampir mencecah 100 peratus sekali gus menyebabkan permintaan terhadap pendingin hawa terus meningkat pada setiap tahun seperti mana negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Jadi, tidak hairanlah mengapa bidang penyejukan dan penyamanan udara turut sama meningkat naik malah semakin berkembang bukan sahaja secara domestik tetapi juga dalam perindustrian.

Permintaan terhadap pendingin hawa yang semakin tinggi bukan sahaja membuka peluang untuk juruteknik melakukan pemasangan tetapi juga permintaan untuk servis berkala dan baik pulih. Dasar kerajaan yang menggalakkan tenaga baharu yang mesra alam dan jimat elektrik juga menjadikan bidang ini sentiasa berkembang dan lebih ramai pekerja diperlukan untuk memenuhi keperluan industri.
 
Menurut guru Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bera Bandar 32, Triang, Pahang, Nasrul Hakim Zakaria, pelajar yang berhasrat untuk menceburi bidang penyejukan dan penyamanan udara mestilah mempunyai minat yang mendalam dalam aspek ketukangan.
 
 
 

Pengenalan Kepada Sistem VRF.

1.0 Pengenalan

Perkembangan teknologi telah menghasilkan pelbagai rekabentuk sistem penyaman udara pada hari ini. Ini seiring dengan penghasilan produk cekap tenaga, penjimatan kos pemasangan, mudah diselenggara dan memenuhi permintaan pelanggan yang pelbagai. Penyaman udara secara umumnya di kategorikan kepada 2 iaitu untuk kegunaan domestik atau komersil. Dalam setiap kategori pula terdapat pelbagai jenis penyaman udara yang berbeza bergantung kepada kaedah pemasangan. Dalam catatan ini akan diterangkan salah satu penyaman udara iaitu jenis VRF untuk kegunaan komersil .

VRF yang bermaksud Variable Refrigerant Flow adalah satu sistem aliran penyejuk berubah-ubah di mana sistem mampu mengawal jumlah bahan pendingin yang mengalir ke penyejat (indoor) dengan kapasiti indoor yang berbeza dan dihubungkan dengan satu unit pemeluwapan tunggal (1 outdoor). Dengan kaedah ini VRF memberi banyak kelebihan dari segi keselesaan pada ruang berbeza, penjimatan tenaga, lebih senyap, reliability dan ia adalah satu sistem modular yang canggih.

Rajah 1 : Setiap ruang bilik mempunyai kawalan suhu mengikut keselesaan pengguna.

Rajah 2: Dengan sistem pemeluwapan tunggal unit outdoor menjadi lebih senyap.

Rajah 3 : Reliability – Operasi unit tidak terganggu jika berlaku masalah pada salah satu indoor unit / unit sedang dibaikpulih.

Rajah 4: Sistem modular VRF yang canggih telah menggantikan sistem split unit.

VRF adalah terma umum bagi sistem seperti di atas. Bagi pengeluar tertentu terma lain digunakan seperti VRV (Variable Refrigerant Volume) untuk Daikin dan AVR (Acson Variable Refrigerant) untuk Acson. Walaubagaimapan ia merujuk kepada sistem penyaman udara yang sama. Sistem VRF bermula dari kapasiti 22kW hingga 150kW atau 8HP hingga 54HP. Jumlah unit dalam bergantung kepada kapasiti unit luar yang digunakan. Rekabentuk VRF berpandukan kepada 1 outdoor unit dan multiple indoor unit (sehingga 48 unit atau lebih). Kapasiti indoor unit pula bergantung kepada keperluan (cooling load) bilik tersebut. Setiap bilik (indoor unit) dilengkapi remote control sendiri maka pengguna setiap bilik mempunyai kebebasan untuk mengawal suhu atau ON-OFF unit seperti unit pisah yang lain.

Rajah 5: Indoor unit berbeza kapasiti (HP) mengikut keperluan dan cooling load bilik. 1ton = 4.7HP

2.0 Aliran bahan pendingin (refrigerant).

Aliran bahan pendingin melalui beberapa separation tubes dan headers. Separation tube mengandungi 2 output manakala header mengandungi lebih 2 output. Berbanding multi split unit, sistem VRF telah meminimakan laluan pengaliran bahan pendingin dan ini menjimatkan penggunaan tiub kuprum.

Rajah 6: Aliran bahan pendingin (liquid & gas) melalui separation tube dan headers.

Rajah 7: Separation Tubes & Headers.

Rajah 8: Perbezaan sistem pemaipan untuk aliran bahan pendingin antara sistem VRF dan multi – split unit.

3.0 Bahagian – bahagian utama sistem VRF.

Rajah 9 : Bahagian – bahagian UTAMA dalam sistem VRF.

a) Unit luar (Outdoor Unit). 

  • Propeller Fan – Menyedut udara panas dan membebaskan keluar.
  • DC Fan Motor – Mengubah kelajuan kipas seperti yang dikehendaki.
  • Inverter Compressor – Mengawal kelajuan pemampat. Kadar aliran bahan pendingin ditukar apabila kelajuan pemampat berubah.
  • Heat Exchanger – Membebaskan haba panas keluar.

Rajah 10 : Contoh unit luar.

b) Unit dalam (Indoor Unit). – berkapasiti 2kW hingga 28kW dengan pelbagai jenis pemasangan.

Rajah 11: Unit Kaset.

Rajah 12: Slim Duct / Slim Concealed Floor.

Rajah 13: Low Static Pressure Duct / Concealed Floor.

Rajah 14: Floor / Ceiling.

Rajah 15: Low / Medium Static Pressure Duct.

Rajah 16: Wall Mounted.

c) EEV (Electronic Expansion Valve).

Fungsi EEV dalam sistem VRF untuk mengekalkan perbezaan tekanan dan juga mengalirkan sejumlah bahan pendingin yang tepat untuk setiap unit dalam. Ia boleh mengurangkan atau menghentikan aliran bahan pendingin untuk unit dalam mengikut keperluan / apabila bilik mencapai suhu yang dikehendaki.

Rajah 17 : Electronic Expansion Valve.

d) Sistem Kawalan.

  • Kawalan Individu – untuk kawalan suhu di setiap bilik.

Rajah 18 : Contoh alat kawalan individu.

  • Kawalan Berpusat – kawalan signal keseluruhan sistem dari satu bilik komputer.

Rajah 19 : Contoh alat kawalan berpusat.

Rujukan:

a) Fujitsu AIRSTAGE VRF Catalogue 

Aspek Pendawaian Elektrik Semasa Pemasangan Penyaman Udara.

Aspek pendawaian elektrik merupakan perkara utama dalam pemasangan penyaman udara tetapi sering di abaikan atau diambil mudah menyebabkan kemungkinan berlaku risiko tidak diingini. Antaranya wayar menjadi panas, peralatan tidak mendapat cukup arus elektrik untuk beroperasi, plug atau soket terbakar malah ada berlaku penyaman udara juga terbakar. Perkara – pekara seperti ini haruslah di fahami dengan  jelas kerana ia melibatkan keselamatan nyawa. Ia bermula dari pemilihan peralatan, jenis wayar dan kaedah pemasangan pendawaian. Catatan ini cuba menjawab persoalan yang sering ditanya berkaitan pendawaian dengan merujuk kepada panduan daripada pihak berkuasa.

This image has an empty alt attribute; its file name is kesan-kebakaran.jpg
Rajah 1 : Kesan kebakaran yang berlaku apabila aspek pendawaian tidak mengikut spesifikasi.

Penyaman udara menggunakan motor elektrik untuk menggerakkan pemampat. Bagi unit 1HP ia memerlukan 870 Watt untuk menghidupkan pemampat . Semakin tinggi HP semakin tinggi kuasa yang diperlukan untuk menghidupkan pemampat. Oleh itu arus yang diperlukan juga akan semakin tinggi. Atas faktor inilah pemilihan saiz dan wayar yang betul, saiz MCB , jenis soket dan jenis plug memaikan peranan yang penting.

Rajah 2: Hubungkait kuasa pemampat dan arus nominal (arus larian) dengan HP/BTU.

Berikut adalah aspek pendawaian yang perlu dipertimbangkan dan digunapakai semasa pemasangan unit penyaman udara:

Rajah 3: 6 aspek pendawaian yang perlu dipertimbangkan semasa pemasangan penyaman udara.

1. Jenis Wayar.

Rajah 4: Pelbagai jenis wayar yang terdapat dipasaran.

Terdapat pelbagai jenis wayar di pasaran dengan pelbagai jenama, kualiti dan harga. Oleh itu pastikan wayar yang digunakan adalah 100% kuprum tulen dan disahkan SIRIM. Ada wayar yang telah dicampur dengan aluminium. Ia sangat bahaya. Bagaimana mengenali ketulenan wayar? Keratan rentas di bawah menunjukkan wayar tulen dan wayar tidak tulen (bercampur aluminium). Wayar yang tidak tulen (bercampur aluminium) boleh diuji dengan menyalakan api menggunakan pemetik api. Wayar tersebut akan terbakar menunjukkan ia telah bercampur aluminium dan amat merbahaya.

Rajah 5: Keratan rentas wayar tulen (100% kuprum) dan wayar bercampur aluminium.
Rajah 6: Elakkan menggunakan wayar yang bukan 100% kuprum.

2. Saiz Wayar.

Pemilihan saiz wayar bergantung kepada HP penyaman udara. Jadual di bawah menunjukkan saiz wayar mengikut HP. Bagi saiz 1HP – 2.5HP saiz wayar ialah 2.5mm² manakala 3HP ke atas saiz wayar adalah 4mm². 

Rajah 7: Saiz wayar mengikut HP/BTU.

Bagaimanapun dalam Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman, Suruhanjaya Tenaga 2008 saiz wayar minima yang di cadangkan untuk litar penyaman udara ialah 4mm².

Rajah 8: Jenis wayar dan saiz wayar mengikut litar akhir penggunaan.
Rajah 9: Contoh litar pendawaian rumah yang menunjukkan saiz wayar mengikut beban akhir.

3. Pemilihan soket dan plug.

Merujuk kepada Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman, Suruhanjaya Tenaga 2008 ada dinyatakan penggunaan soket alir keluar 15A untuk motor elektrik melebihi 373Watt. Oleh itu untuk penggunaan penyaman udara haruslah menggunakan soket dan plug 15A.

Rajah 10: Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman, Suruhanjaya Tenaga 2008 muka surat 26.
Rajah 11: Contoh soket dan plug 15A.

 

4. Saiz MCB

Saiz MCB juga memainkan peranan penting kerana ia dapat melindungi peralatan dan keselamatan dirumah. Setiap MCB mempunyai nilai arus berbeza seperti 6A, 10A, 16A, 20A, dan seterusnya. Apabila berlaku lebihan arus, MCB secara automatik akan memutuskan litar ke beban akhir. Saiz MCB mengikut HP ditunjukkan dalam Rajah 7 iaitu 1HP – 1.5HP menggunakan MCB 16A, 2HP – 2.5HP menggunakan MCB 20A dan 3HP menggunakan MCB 30A.

Namun begitu jika dirujuk pada Rajah 9, nilai MCB minima untuk litar penyaman udara ialah 20A.

Rajah 12: Pelbagai saiz MCB untuk kegunaan beban akhir.

5. Pendawaian dari Papan Agihan (DB).

Bagaimana pendawaian bekalan kuasa ke unit penyaman udara. Setiap unit penyaman udara hendaklah menggunakan 1 MCB yang sesuai dengan HP tanpa berkongsi dengan peralatan elektrik lain. Penyataan ini dinyatakan dalam Rajah 10. Contoh litar pendawaian penyambungan bekalan kuasa ke unit penyaman udara dari Papan Agihan (DB) ditunjukkan dalam Rajah 13. Jika rumah baru yang telah tersedia soket 15A, maka bolehlah digunakan terus untuk bekalan kuasa ke unit penyaman udara. Jika tiada maka pendawaian baru hendaklah dibuat dari Papan Agihan (DB).

Rajah 13: Contoh litar penyambungan bekalan kuasa ke unit penyaman udara (AC) dari Papan Agihan (DB).

6. Penyambungan Wayar.

Penyambungan wayar menggunakan connector adalah tidak selamat kerana sambungan wayar boleh menjadi longgar dan panas. Ini boleh menghasilkan percikan api yang menyebabkan kebakaran. Oleh itu elakkan menggunakan connector. Langkah yang sebaiknya ialah pendawaian terus di sambung ke soket 15A atau jika kedudukan soket jauh maka haruslah menggunakan wayar baru dari terminal indoor ke soket. 

Rajah 14: Pemasangan menggunakan connector boleh membahayakan keselamatan.
Rajah 15: Kesan kebakaran pada wayar yang menggunakan connector.
Rajah 16: Kesan menggunakan connector selepas tempoh tertentu.

Penyambungan wayar menggunakan wiring tape juga tidak selamat kerana wayar akan dipintal dan dibalut dengan wiring tape. Kaedah ini boleh menyebabkan arus tinggi di bahagian pintalan dan wayar menjadi panas. Ini boleh menghasilkan percikan api yang menyebabkan kebakaran.

Rajah 17: Kebakaran yang disebabkan oleh pintalan dan sambungan wayar menggunakan wiring tape.

Demikianlah serba sedikit catatan kali ini berkaitan Aspek Pendawaian Elektrik Semasa Pemasangan Penyaman Udara yang perlu diberi perhatian oleh juruteknik. Anda sebagai pengguna pula boleh jadikan panduan untuk keselamatan di rumah. Jika tidak mengikut spesifikasi yang dinyatakan, anda bolehlah menghubungi juruelektrik bertauliah untuk membuat pemeriksaan.

Rujukan:

  • Acson Wall Mounted S-Series Catalogue.
  • Non – Ducted Residential and Light Commercial Air-Conditioning Units CIDB MACRA.
  • Panduan Kerja Selamat Bagi Kerja – Kerja Elektrik, Suruhanjaya Tenaga 2013.
  • Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman, Suruhanjaya Tenaga 2008.
  • Product Training By Panasonic (M) Sdn Bhd.
  • Goggle Image

Baucar RM200 untuk Beli Barang Elektrik Jimat Tenaga! Mohon Sekarang!

Bermula 1 Januari 2021, kerajaan menyediakan sejumlah RM30 Juta untuk warganegara Malaysia dalam meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan barangan jimat elektrik atau cekap tenaga. Kerajaan menjangkakan sebanyak 140,000 isi rumah bakal menerima manfaat SAVE 2.0 yang telah diumumkan dalam Bajet 2021 yang lalu! Bagi merealisasikan program SAVE 2.0 tersebut, kerajaan memberi E-Rebat bernilai RM200 untuk rakyat membeli peralatan jimat tenaga.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, program ini diperkenalkan dalam usaha kerajaan memulihara alam sekitar dan menggalakkan penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga. Inisiatif ini juga adalah usahasama Kerajaan Malaysia, SEDA, Suruhanjaya Tenaga dan Shopee sebagai platform pembelian. Kupon yang akan diterima perlu digunakan untuk membeli samaada pendingin hawa atau peti sejuk yang berlabel 4-bintang atau 5-bintang di Shopee!

This image has an empty alt attribute; its file name is label-jimat-tenaga.jpg
Label Peralatan Elektrik Cekap Tenaga ( 4 Bintang keatas)

Syarat Permohonan

  • Warganegara Malaysia.
  • Pengguna TNB, SESB atau SEB.
  • Setiap akaun bil elektrik hanya dapat satu kupon.
  • Permohonan bermula 1 Januari 2021.

Bagaimana untuk memohon?

This image has an empty alt attribute; its file name is save-2.0-2-1024x489.jpg
Langkah Permohonan SAVE 2.0

Setelah permohonan dibuat, keputusan akan diberitahu dalam tempoh 14 hari bekerja, dan sekiranya permohonan berjaya, E-Rebat akan di kreditkan ke dalam akaun Shopee Wallet anda! Kemudian, anda boleh mula membeli samaada pendingin hawa atau peti sejuk jimat tenaga 4-bintang atau 5-bintang!

Link permohonan: SAVE 2.0 RM200 Voucher.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...