Kursus Pembangunan NOSS (DESCUM) 2015 Bagi Personel DPIN.

Minggu lepas saya ada menerima hebahan Kursus Pembangunan NOSS (DESCUM) 2015 Bagi Personel DPIN melalui emel. Kursus ini dianjurkan oleh Pusat Latihan Pengajar Dan Latihan Lanjutan (CIAST), Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi personel yang terlibat dalam pembangunan / pelulus dokumen NOSS. Lanjutan dari kursus ini peserta dipelawa untuk mengikuti Latihan Sangkutan  Fasilitator serta Kursus Kemahiran Fasilitator (LSF).

Kursus ini ditanggung sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran termasuk penginapan, makan & minum serta tuntutan perjalanan bagi kakitangan awam sahaja. Ia dijadualkan bermula Mac 2015 mengikut zon selama 5 hari. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web CIAST atau muaturun bahan yang saya perolehi secara emel di bawah.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 23 Februari 2015.

Kursus NOSS 2015

carta alir pelaksanaan kursus

carta alir persijilan fasilitator

tarikh kursus

Muaturun

Panduan Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) Dan Penilaian.

Panduan Pengajaran Bertulis (WIM)Panduan ini bertujuan memberi penerangan mengenai tatacara pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis (Written Instructional Materials – WIM) berdasarkan National Occupational Skills Standard (NOSS). Panduan in diterbitkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST). Objektif panduan ini adalah untuk:

  • Memandu arah personel pusat bertauliah dalam membangunkan WIM.
  • Memastikan WIM yang dibangunkan memenuhi keperluan NOSS.

Bahan Pengajaran Bertulis (WIM)

WIM ialah dokumen yang disediakan oleh pengajar untuk kegunaan pengajar dan pelatih bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan WIM adalah untuk:

  • Menjadi bahan pembelajaran utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Memastikan learning outcome di dalam unit kompetensi (competency unit – CU) yang ditetapkan tercapai.
  • Membantu pengajar membina keyakinan diri dan bersedia untuk melaksanakan sesi pengajaran.

Penilaian Melalui Kaedah Sistem Pentauliahan.

Penilaian adalah satu proses menilai tahap kekompetenan yang merangkumi kemahiran, pengetahuan dan sikap seseorang pelatih semasa melaksanakan tugasan yang ditetapkan. Penilaian perlu dilaksanakan untuk menentukan seorang pelatih telah mencapai tahap keterampilan yang ditetapkan dalam NOSS bagi tujuan penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia/Diploma Kemahiran Malaysia/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia/Penyata Pencapaian. Terdapat lima (5) kaedah penilaian yang dilaksanakan, iaitu:

  • Kerja Kursus.
  • Penilaian Akhir.
  • Core Abilities.
  • Latihan Industri – Bagi program Tahap 4 & 5 sahaja.
  • Projek Akhir – Bagi program Tahap 4 & 5 sahaja.

Untuk muaturun panduan ini KLIK SINI

Taklimat Orientasi Kurikulum Standard PAV Tingkatan 3 : 2015.

Taklimat ini telah diadakan di Hotel Permai, Kuala Terenganu dari 19/10/2014 – 21/10/2014.  Ia adalah berkaitan Panduan Pelaksanaan PAV, Standard Kurikulum PAV, Bengkel Penulisan Rancangan Sesi Latihan dan Rancangan Pengajaran.

taklimat pav 2014

Bahan taklimat ini akan dimuatnaik dari semasa ke semasa. Sila rujuk ruangan muaturun untuk mendapatkan bahan berkaitan.

Dokumen Standard Kurikulum

Dokumen Standard Kurikulum

Dokumen Standard Kurikulum (DSK) diperkenalkan bagi menggantikan Sukatan Pelajaran (SP) & Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). DSK mengandungi Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Kriteria Pencapaian (KP). Huraian lanjut berkaitan 3 komponen tersebut adalah seperti berikut:

  • Standard Kandungan – Merupakan penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
  • Standard Pembelajaran – Ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
  • Kriteria Pencapaian – Adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan.

Contoh DSK boleh rujuk di ruangan muaturun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...