Minggu lepas saya ada menerima hebahan Kursus Pembangunan NOSS (DESCUM) 2015 Bagi Personel DPIN melalui emel. Kursus ini dianjurkan oleh Pusat Latihan Pengajar Dan Latihan Lanjutan (CIAST), Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi personel yang terlibat dalam pembangunan / pelulus dokumen NOSS. Lanjutan dari kursus ini peserta dipelawa untuk mengikuti Latihan Sangkutan Fasilitator serta Kursus Kemahiran Fasilitator (LSF).
Kursus ini ditanggung sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran termasuk penginapan, makan & minum serta tuntutan perjalanan bagi kakitangan awam sahaja. Ia dijadualkan bermula Mac 2015 mengikut zon selama 5 hari. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web CIAST atau muaturun bahan yang saya perolehi secara emel di bawah.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 23 Februari 2015.
Muaturun
- Pamplet Kursus Pembangunan NOSS (DESCUM) 2015
- Borang Permohonan Kursus Pembangunan NOSS (DESCUM) 2015
- Surat Rasmi Kursus DESCUM 2015

Saya ingin mrnghadir kursus descum NODS.
sy berminat untuk mengikuti kursus descum wilayah selatan pada 10-14/8/2015. diharap pihak tuan/puan dapat memaklumkan kami
Pemilihan peserta kursus ini oleh JPK. Cikpuan boleh mohon dengan melengkapkan maklumat dalam borang diatas dan tunggu makluman seterusnya dari JPK.
saya berminat
Dapatkan borang permohonan dalam catatan di atas dan hantar secara fax/emel ke pihak berkenaan.