Bahan Pengajaran Bertulis atau Written Instructional Material adalah dokumen yang disediakan oleh pengajar untuk kegunaan pelatih bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
WIM mengandungi 3 jenis kertas iaitu :
- Kertas Penerangan – Helaian maklumat yang digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran semasa penyampaian teori.
- Kertas Kerja – Helaian kerja yang menunjukkan arahan langkah demi langkah yang digunakan untuk membimbing dan memandu pelatih menguasai kemahiran yang ditetapkan.
- Kertas Tugasan – Helaian tugasan yang mengandungi soalan – soalan latihan untuk pelatih merangsang, menguji kefahaman dan mengaplikasikan pengetahuan berdasarkan prinsip – prinsip teori yang telah dipelajari.