Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara

Penyaman udara seperti juga mana – mana peralatan elektrik  yang lain akan mengalami masalah selepas beberapa tahun atau selepas tamat tempoh jaminan. Namun ada juga yang mengalami masalah sebelum tamat tempoh jaminan. Bagi kes seperti ini anda di sarankan untuk merujuk kembali kepada pusat servis / kedai elektrik di mana anda membeli peralatan tersebut. Masalah yang berlaku pada penyaman udara boleh membawa kepada 2 jenis kerosakan iaitu  kerosakan  major dan kerosakan minor.

i) Kerosakan major

Kerosakan major berlaku apabila pemampat unit penyaman udara tidak berfungsi lagi. Bagi kes ini pemampat tidak dapat dibaiki dan perlu diganti baru. Kos mengganti pemampat ini adalah tinggi dan melibatkan sebahagian besar kerja – kerja utama seperti silfosing, mengisi gas, vakum dan menguji kebocoran. Oleh itu di sarankan supaya keseluruhan unit ditukar baru.

ii) Kerosakan minor

Kerosakan minor boleh di baiki, di servis atau penggantian komponen yang tidak melibatkan kos terlalu tinggi. Bagi kes seperti ini anda boleh merujuk kepada juruteknik bertauliah untuk mengesan kerosakan tersebut dan membuat baikpulih.

Dalam bahagian ini saya akan menyenaraikan beberapa masalah yang kerap berlaku pada unit penyaman udara berdasarkan aduan dan pertanyaan kepada saya. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit pengetahuan sebelum merujuk kepada juruteknik. Ada antara masalah yang mungkin anda boleh perbaiki sendiri dan ini tentunya akan menjimatkan kos anda!!

mengesan kerosakan unit pisah

a) Unit kurang sejuk.

Masalah ini berlaku apabila anda berasa bilik kurang sejuk, tidak seperti anda mula – mula membeli unit penyaman udara dahulu. Masalah ini memang biasa dan ia bukanlah kerosakan major yang saya maksudkan di atas. Pengguna biasanya akan beranggapan gas habis. Adakah teori ini benar?

Teori ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Unit kurang sejuk bukan berpunca dari gas habis, tetapi situasi gas habis akan membawa kepada unit langsung tidak sejuk seperti masalah kedua di bawah. Apa yang berlaku pada unit kurang sejuk ialah unit mungkin kekurangan gas dan ia perlu ditambah mengikut tekanan yang ditetapkan oleh juruteknik bertauliah. Ini boleh di lakukan semasa membuat kerja – kerja menservis dan tekanan standard gas ialah 70 psig.

Masalah unit kurang sejuk juga boleh berpunca dari penapis udara yang kotor, penyejat dan pemeluwap yang kotor dan juga kekotoran pada panel hadapan unit dalam. Bagi kes seperti ini apa yang perlu di lakukan ialah buat servis berkala setiap 6 bulan. Semua bahagian – bahagian yang dinyatakan perlu di cuci sehingga bersih menggunakan bahan kimia (jika perlu) dengan kos sekitar RM100 – RM150.

b) Unit tidak sejuk.

Jika anda berasa bilik langsung tidak sejuk, kemungkinan berlaku kebocoran pada sistem yang menyebabkan gas habis. Oleh itu, punca dan tempat kebocoran tersebut perlulah dikenalpasti dan dibaiki terlebih dahulu dan diteruskan dengan penambahan gas sehingga cukup. Kadang – kadang masalah ini juga berpunca dari kipas dalam (blower) yang tidak berpusing. Oleh itu anda dinasihati untuk set pada remote control blower speed kepada maksimum dan pilih mood cool. Jika masih ada masalah electronic board pada indoor perlu diperiksa.

c) Kipas luar tidak berpusing.

Terdapat unit penyaman udara yang mana kipas unit luar terus berpusing apabila unit penyaman udara di “ON”kan. Ada juga kipas berpusing apabila pemampat mula beroperasi. Kipas luar yang tidak berpusing menyebabkan kitar penyejukan tidak lengkap dimana proses pembebasan haba terhenti. Ini akan menyebabkan bilik tidak dapat disejukkan seperti yang dikehendaki.

Jika selepas 5 minit kipas luar masih tidak berpusing, terdapat masalah pada kapasitor motor kipas dan ia perlulah diganti. Rujuk Nota Prosedur PPU untuk cara – cara mengesan kapasitor yang rosak.

d) Air menitis pada unit dalam.

Masalah ini berlaku mungkin berpunca daripada penyejat yang kotor, saluran air tersumbat, unit tidak seimbang dan juga perbezaan haba yang terlalu tinggi antara dalam bilik dan luar bilik. Cadangan baikpulih ialah unit perlu diservis sebaik mungkin. Bagi mengurangkan perbezaan suhu, pastikan tingkap/pintu bilik ditutup rapat.

e) Air menitis di unit luar.

Ini bukanlah masalah utama selagi anda berasa bilik masih sejuk. Air yang menitis adalah dari proses kondensasi yang berlaku di pemeluwap dan ia adalah normal.

f) Bunyi bising pada unit luar.

Bunyi ini kemungkinan besar dari pemampat yang beroperasi semasa unit beroperasi. Jika ia berbunyi agak bising lebih dari biasa, anda perlulah “OFF” unit terlebih dahulu dan lakukan pemeriksaan pada unit luar.

g) Unit langsung tidak beroperasi.

Jika unit langsung tidak beroperasi dan lampu unit dalam tidak menyala setelah di tekan ‘remote’ kemungkinan besar ialah tiada bekalan kuasa atau berlaku trip. Anda perlu “ON” semula fius utama.

h) Unit dalam bunyi bising.

Saya ada menerima aduan seperti ini dan ia tentulah mengganggu anda. Lebih – lebih lagi pada waktu malam kerana boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk, anda perlu periksa dengan segera. Kemungkinan utama ialah blower tidak dipasang dengan betul.

 i) Remote tidak boleh “ON”

Masalah ini nampak mudah tetapi ia tetap berlaku. Cadangan saya ialah anda tukar bateri baru. Jika masih tidak boleh “ON” bolehlah beli remote baru..:)

Bacaan lanjut :

Sumber gambar : Google Image
Perbincangan/Maklumbalas seterusnya diruangan komen
Print Friendly, PDF & Email
1,386 comments on “Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara
  1. Zul says:

    Aircond sy midea baru guna beberapa bulan.display EC kenapa ye?tqia

  2. zam says:

    salam tuan….ac dh off pakai remote..tapi kipas indoor masih hidup lagi…ape masalah ye…

    • cikgunas says:

      Salam tn. Dia berpusing sebab ada elektrik. Tn cek dari mana datangnya bekalan elektrik tu dan OFF pada punca tersebut.

  3. wan says:

    salam Tuan nak tnya aircond rumah saya 2.0 acson lampu biru berkelip selepas saya off lepas on balik ok sejuk macam biasa.. tapi besok akn berkelip.. saya dah cek kebocoran, dan pengudaraan.. tpi still sama masih berkelip2

    • cikgunas says:

      Salam tn. Cuba cek balik masa berkelip2 tu unit sejuk/tidak, kipas luar pusing atau tidak dan compressor jalan atau tidak?

  4. faizal says:

    salam cikgu nak tanya macam mana kita nak tahu filter drier sumbat atau tidak

  5. Line says:

    Hello,

    Saya pakai aircond york, install dalam ni tahun juga. Tapi tibatiba aircon kita sejuk macam 16°c padahal kita adjust cuma 24°c. Selalu on ambil masa macam 5minit utk sejuk betul tapi ni kali ON je sekejap trus sejuk. Bila kita OFF pula ada punyi macam masak popcorn atau macam kasi pecah kepingan ice ni. Oh yah bila kita ON juga dia ada keluar asap sejuk dan ada air menitis. Tak lah banyak sangat, few drops je..

    Bermasalah ka aircon saya ni? Atau normal je tu?

    Thank you.

    • Boy says:

      Air cond dah berapa bulan lama guna? Kemungkinan kurang gas….bole panggil juru pakar aircond untuk pemeriksaan

  6. Yanty says:

    Aslm tuan.saya nak tanya outdoor saya tiba2 meletup macam bunyi boop.indoor still berfungsi.

    • cikgunas says:

      Salam tn.Mungkin kapasitor telah hangus. Buka outdoor dan buat pemeriksaan segera.

      • Khairol akmal bin sanusi says:

        Salam cikgu..nak tanya sikit..baru ni saya ada beli portable aircond second jenama hesstar.. maslahnya kadang2 ja sejuk..selalu nya ada bunyi ketuk2 dalam tu lepas tu terus x sejuk..rasa angin kipas ja..

        • cikgunas says:

          Salam tn. Masa tak sejuk tu compressor tak jalan. Jadi kena check sebab apa compressor tak jalan. Mungkin ia overload.

      • Zam says:

        Assalamualaikum, saya pun nk bertanya Econd di rumah jenama Samsung, bila on Econd ok sejuk, selepas 5minit econd behenti kna on balik semula, selepas 5minit berhenti balik kipas kompresor pun tak jalan.

  7. Khairol akmal bin sanusi says:

    Salam cikgu..nak tanya sikit..baru ni saya ada beli portable aircond second jenama hesstar.. maslahnya kadang2 ja sejuk..selalu nya ada bunyi ketuk2 dalam tu lepas tu terus x sejuk..rasa angin kipas ja..

  8. Abu bakar says:

    Salam.acond blower bila tutup di remote.ok. tapi compresor masih berjalan.apa yang tak kena?

    • cikgunas says:

      Salam tn. Besar kemungkinan unit telah di bypass. Jadi tn perlu off suis/soket dan keluarkan plug dari soket.

  9. mat says:

    Salam tuan. Aircond ceiling exposed aircond saya ada masalah blower slow. Saya da set kat remote tapi masih slow. Apa masalahnya ya tuan?

    • cikgunas says:

      Salam tn. Kemungkinan blower tersebut kotor, makanya tn akan berasa angin kurang. Jadinya ia perlu diservis. Sebab lain ialah kemungkinan motor blower dan kapasitor blower dah lemah.

  10. Ann says:

    salam..Air-conditioned tidak berfungsi,keluar label F4(singer 1 hp)

  11. Hasif says:

    Wayar coil sensor aircond saya telah rosak.bleh kah alat tersebut di baiki atau memang perlu di gantikan

    • cikgunas says:

      Ganti saja, lebih mudah dan murah.

      • Hasif says:

        Saya suda mengantikan fan capasitor dan coil sensor,dan apabila aircon saya di on kan ianya akn berfungsi hanya dlm 5-6minit dan selepas itu kompresornya off dan tidak hidup semula wlupn setelah 10minit..apa masalah yg d hadapi?mohon penerangan

  12. yuz says:

    salam cikgu,
    york 1.5hp.outdoor on pipe sejuk tp indoor tak sejuk.cooling coil tak sejuk.

  13. Amerul says:

    salam tuan, selalunya kalau kompressor kadang2 ada bunyi cengkerik tu sebab apa ya? kadang2 dia elok je..aircond ok sejuk je..cuma kadang2 kompressor akan buat bunyi mcm cengkerik..

    • cikgunas says:

      salam. Jika unit telah dibuat penyelenggaraan berkala yang sepatutnya, tn tak perlu risau. Malam2 biasalah ada bunyi cengkerik. Mungkin juga ada cengkerik di kawasan outdoor tu.

  14. Mieyza says:

    Salam… saya nak tnya.. aircond saya jenama pensonic 1hp.. saya on switch tp dia tulis F2… aircond tak boleh nak ON.. lampu semua tak menyala.. kenapa ye?

    • cikgunas says:

      Salam cikpuan. Kemungkinan fuse pada IC Board terbakar. Jika elok cek pula motor dan kapasitor blower.

  15. Asfa says:

    Salam tuan, supply masuk indoor ada tapi pergi ke outdoor xde dr terminal indoor..boleh tau tak apa masalahnya tu?

  16. Mien says:

    Salam tuan, baru ni sy beli portable aircond scnd tnpa hos..masa mula2 pakai, suhu sejuk..x lama lps tu sy beli hos tp psang sndri. Lps pasang trus suhu jd panas, kipas je brfungsi..knp ye?

  17. FUAD says:

    Salam . Saya baru beli aircond panasonic inverter 1.5HP , bila on dlm 2min die auto off n kipas kt luar x jln pun, lampu timer blinking n dah check error keluar code H11.. ape maksud code ni ?
    N adakah punca ni sebab MCB sy guna 15amp?
    Perlu ke sy tukar MCB yang lebih besar amp?

    • cikgunas says:

      Salam. H11 merujuk kepada indoor/outdoor abnormal communication. Langkah pertama cek wire connection indoor-outdoor. Kemudian cek voltan terminal 2-3 pada outdoor.

  18. Noraslinda attan says:

    Assalamualaikum, sya nk tanya Sya pkai Aircond jenama York. Tpi bila dlm masa 1 atau pling lama 2 jam lampu kuning Akan brkelip2. Rasa sejuk pun makin brkurang. Sya dh panggil juruteknik dan dia tlah Menukar 1 wayar hitam. Dlm masa sebulan lebih dia ok. Skrg ni jadi blik. Apa masalahnya ya. Dia dh tgok yg lain dan dia bgi tau semua ok sebab seblum jadi tu pun sya dh buat service.

    • cikgunas says:

      Salam sejahtera. Banyak kemungkinan masalah tersebut. Selepas sebulan cek semula tekanan gas dan ampere unit. Jika kurang, kemungkinan besar ada bocor halus. Ini juga satu punca lampu akan berkelip2. Banyak lagi punca lain, boleh rujuk CATATAN LEPAS saya di sini.

  19. haris says:

    salam tuan knp ekon tulis F4 (koolman)

  20. Khairul says:

    Assalamualaikum cikgu,sy nk tnya 1 soalan,sy pkai aircond singer dh 2 tahun,1 hari bila on arcond beberapa saar ada kluar simbol F4,blower xpusing,sy cuba off pastu on balik,kipas blower sy cuba pusing pakai tngan,lpastu compressor berpusing,ada rs sjuk,bila kipas blower brhenti(setelah pusing ngn tangan td)kluar F4 balik,adakal ini rosak motor kipas blower.ataupun apa2 yg lain,mohoj pencerahan dr tuan.terima kasih

  21. Noor shazila says:

    Assalam….
    Nk tnye la…. Nape aicond tulis ec???

  22. Mie says:

    Salam tuan..nk tnya kompresor sy bla bhenti bunyi geduk3 mcm piston turun naik..bla dh berhenti senyp..ada maksaalah ke..tpi unit dlm sejuk..

  23. Along slim says:

    Salam..cikgu saya nak bertanya kenapa econ saya bila on dlm 1 atau 2 jam tiba2 dia keluar lampu kuning saja..masa lampu hijau econ sejuk apabila lampu hijau padam jadi warna kuning econ x sejuk jadinya..

    • cikgunas says:

      Salam. Masa lampu kuning tu, compressor tak jalan jd bilik tak akan sejuk. Ni masalah selalu diutarakan di sini. Rujuk catatan lepas saya berkait perkara ini.

  24. Azwan says:

    Assalamualaikum…Tuan
    Aircond saya akan mati dgn sendirinya walaupun masa pada timer belum cukup..contoh setting timer pukul 5am.. aircond on pukul1am akan off dlm masa 2 atau 3 selepas on..jenis aircond panasonic o2 shower..aircond kurang sejuk..adakah berpunca dari kerosakan compressor

    • cikgunas says:

      Salam tn. Banyak sebab aircond kurang sejuk dan jika ia berpunca dari kurang gas, masalah ini boleh membawa kepada compressor panas. Unit akan OFF secara automatik selepas beberapa jam. Tn boleh rujuk CATATAN LEPAS saya berkaitan perkara ini. Tn di syorkan untuk membuat penyelenggaran berkala untuk mengetahui punca sebenar masalah tersebut.

  25. Adam arif says:

    Salam cikgu nk tnya kenapa bila saya on aircond dalam 20minit lpstu dia off sendiri dan kt aircond led light tu tulis EC.
    Saya menggunakan jenama media

  26. Nurul hidayah says:

    Salam tuan. Aircond saya jenama LG 1.0 hp. Dah pakai dekat 2 tahun tp hanya pernah servis bersihkan filter sahaja. Lately dia ada bunyi macam letupan kecil secara berkala selepas on. Kejap ada kejap tiada. Lama2 hilang tp aircond berfungsi spt biasa. Knp ya? Tak senang duduk bila dgr. Takut meletup terus.

    • cikgunas says:

      Salam. Lebih baik panggil juruteknik bertauliah untuk buat pemeriksaan segera. Sukar untuk mengenalpasti punca tersebut kecuali dengan membuat pemeriksaan visual.

  27. Shukri says:

    As salam Cikgu.

    Aircond sya bila ON.. x lama lepas tu padam. Kompresor mmg x ON. So, selepas refer ilmu2 di internet.. sya tukar 2-2 kapasitor.. besar n kecik. Lepas tu try ON.. boleh. Kompresor pusing, dan sejuk pun ada..Hati dh happy dh.. tp x lama..lepas 5 minit padam balik. Klo ON balik.. dua2 function (indoor n outdoor) termasuk sejuk.. tp tetap akan padam.. dr pengalaman Cikgu, rasa2 nya apa punca nya?

  28. Zjoned says:

    Brand panasonic Econavi. Bila ON aircon, tak rasa sejuk dan lampu timer berkelip2. Tak lama lepas tu, aircon off sendiri. Saya pernah tukar sensor sebelum ni tapi jadi balik. Adakah kena tukar kapasitor?

  29. sy.juhazmi says:

    salam cikgunas
    saya guna aircond hitachi…suply masuk ada tp xde keluar ke compressor

  30. Ann says:

    Air-conditioned tidak berfungsi,keluar label F4(singer 1 hp)

  31. Hizri says:

    Salam..sy punya portable aircond jenama Elba..bila on dia kuar E1 lepas tu Jadi hang..APA masalah ye Dan Ade cara x nak baiki ?

  32. Tuan Roihanah says:

    salam..nk tya kenapa aircond sy air dia cpt full..dlm ms 2 jam penuh air dn alarm akan bunyi..aircond jd xsejuk..bla buang air dia bru sejuk blk..tp kerap full..2jam skli kna buang airnya…adakan setting salah?

  33. Zam says:

    Salam cikgu.aircond sy jenama york.kadang2 bunyi kuat diluar.bila bunyi tu hilang,aircond jd xsejuk.selang bberapa minit.dia sejuk blk sekali ngan bunyi diluar.kdg2 lama jgk nk tggu sejuk semula.apa masalah aircond sy ye.york 1hp.

    • cikgunas says:

      Salam. Kena buat pemeriksaan bunyi tersebut dari mana, mungkin motor kipas atau compressor.Baru mula troubleshoot.

  34. zulaili says:

    Salam tuan,maaf tanya,nape Elcb tiba2 trip bila main switch aircond di on kan,adakah punca gas compressor kurang?

    • cikgunas says:

      Salam. Bukan masalah gas kurang. Kes mcm ni cuba cek pendawaian. Kemudian hidupkan indoor dan outdoor secara berasingan utk kita tau punca trip dari indoor atau outdoor. Kemudian baru cek komponen.

  35. Syahrul says:

    Salam cikgu,saya nak tanye kenapa kipas indoor sy berpusing perlahan je,buka paling kuat pn ttap same speed blower 2,baru lepas servis..cuma tukar wayar indoor ke outdoor je….ad kaitan ke

    • cikgunas says:

      Salam. Ada 3 perkara saja yg berkait iaitu setting blower, motor dan kapasitor blower. Cuba tukar kapasitor dulu.

  36. Azman says:

    Salam Cikgu.Mohon pandangan masalah aircond berikut. (Jenama Midea)
    1. Kipas unit luar masih berpusing walaupun unit dlm tlh dioffkan guna remote. Terpaksa tutup plug utk matikan unit luar.
    2. Unit dlm tidak berfungsi. Lampu hijau (operation) berkelip2 dan lampu oren (timer) menyala. Guna remote tiada respond. Cuba on secara manual pun tak bole.

    • cikgunas says:

      Salam tn.
      1) Bermaksud unit telah dibuat BYPASS. Jadi tuan perlu OFF seperti yang telah tuan lakukan.
      2) Besar kemungkinan IC Board rosak.

  37. Alonz ejai says:

    Salam..sy nak tanya.sy on main plug aircond,tiba2 ade bunyi n aircond xblh on..knp ye..main plug still ada lampu tapi aircond tiada ape2 lampu pun.blh terangkan..terima kasih

    • cikgunas says:

      Salam. Besar kemungkinan masalah IC Board. Tuan boleh cek fius pada IC Board dan ON unit secara manual.

  38. Hondy says:

    Maaf…..nak tanya cikgu,aircon york 15000btu,apa sebab ampere naik,bila di isi gas sedangkan gas belum cukup..air con baru R410A

    • cikgunas says:

      Ini berkait bagaimana anda mengendalikan refrigerant R410a dan berapa tekanan gas sebelum top up dan adakah anda melakukan proses vakum?

  39. Nordin says:

    Assalamualaikum wbt. Kepada siapa saya boleh refer berkenaan troubleshooting untuk VRV?

  40. SAMSUDIN says:

    Salam cikgu, saya ada msalah dr plug econ,dan ini pertama kali berlaku..tiba2 berlaku litar pintas dan fius trbakar. Saya cuba tkar fius dan ia trus ‘letup’.. So, apa sbnr mslah nya cikgu? Mohon penjelasan. Trima kasih

    • cikgunas says:

      Salam tn. Masalah ini perlu dirujuk kepada juruteknik bertauliah. Sukar dan atas faktor keselamatan tidak adil untuk memberi penerangan di sini kerana tidak melihat situasi sebenar unit tersebut. Jadi tuan perlu rujuk juruteknik dan blh bertanya kepadanya.

  41. mohd nazli says:

    salam.nakntanya. kenapa bila aircond off pakai remote control indoor dah off tapi outdoor unit masih berfungsi/ masih bergerak

    • cikgunas says:

      Salam. Saya yakin unit tersebut telah dibuat bypass. Jadi tuan perlu off soket dan keluarkan plug dari soket.

    • zaimi says:

      Salam.cikgu,aircond sy jenis haier 1hp dh guna dalam 2 tahun lebih.Skg x sejuk.Adakah gas dh habis,or kebocoran or sumbat. Sebelum ada air menitik xbanyak dkt indoor units..

      • cikgunas says:

        Salam tn. Unit tersebut perlu buat full service terlebih dahulu dan selepas itu blh cek tekanan gas dan ampere unit.

  42. Emma says:

    Slm,nk ty..econ daikin ni bla on je trus nyala kuning mood timing..xtau cmne nk off kan dia.econ jd xsejuk,nk jdikan hijau smula xblh

    • cikgunas says:

      Salam. Banyak perlu diperiksa bila tak sejuk ini. Adakah unit pernah di servis?? dan cek tekanan gas. Jika kurang pasti ada bocor dan perlu dibaiki. Prosedur menggunakan gas R410a juga perlu dipatuhi.

  43. Shaibra says:

    Nak tanya. Knp kipas indoor tak berfungsi bila on aircond. Kadang2 kipas berpusing sekejap lepas tu mati. Motor kipas baru tukar. Kompressor juga tak berfungsi.

    • cikgunas says:

      Kipas indoor tak berfungsi tukar kapasitor kipas dan mungkin juga PCB. Compressor tak berfungsi tukar kapasitor pemampat.

  44. MOHD RADZI BIN MOHD NASIR @ MOHD NAZIR says:

    aircon on dalam 15 minit terus trip di wall plug bukan nya di DB…kenapa tuan??

  45. Mohamad Arif Ab Rahim says:

    Salam tuan. Econ mati tiba2 lps on bbrapa minit. Pastu kluar “EC” pada skrin ekon. Jnama midea

    • cikgunas says:

      Salam. Error Compressor, kena cek semua komponen yang supply current ke compressor termasuk compressor.

  46. nasir says:

    salam . kenapa aircond keluar angin je , outdoor/indoor semua berjalan dgn baik. gas baru lepas topup. Apa punca aircond sye .

    • cikgunas says:

      Salam tn. Buat testing pada unit. Cek semula gas dan ampere unit. Ada tak apa2 halangan pada outdoor. Setting remote betul tak? Itulah yg boleh diberitahu. Masalah troubleshoot ni kena dtg cek baru tau.

  47. hilmi says:

    aircond inverter fujitsu 1.5hp..aircon masih boleh running tp dalam masa 2 jam sahaja.pastu akan stop dan lampu hijau bkelip tnp henti,lampu merah bkelip 9x brturut2.apa punca masalah ini..whatsaap saya 0174318022

  48. Syaipullizam says:

    As salam tn, jika ada tanda F4 pada label aircond apa maksud dia tn?

  49. Aidil says:

    Salam cikgu, nak tanya outdoor Tak berfungsi langsung tapi current cek semua ada, capasitor pun dah tukar baru still outdoor Tak berfungsi, kenapa eh cikgu ?

  50. Zuls says:

    Salam cikgu..aircond sy 1.5hp bahagian outdoor dlm 2/3minit kipas pusing pastu bhenti pusing..selang bpe minit pusing semula..masa pusing kipas bunyi bising sikit..masalah apa cikgu?

    • cikgunas says:

      Salam tn. Kena periksalah bunyi bising tu dari mana. Mungkin bearing kipas, mungkin compressor, mungkin unit tak seimbang dan mungkin kipas menyentuh body outdoor.

    • Nasa says:

      Cube pusing dengan tangan kipas tengok samada kipas berpusing dgn lancar atau ketat..kalau pusing lancar bermakna kapasitor kipas dah nak rosak.dan kalau kipas pusing ketat dan ade bunyi bermakna bearing moto kipas dh rosak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*