7 Sebab Pemampat Berhenti Beroperasi Dan Bilik Tidak Sejuk.

Adakah anda pernah mengalami situasi seperti ini? Mengikut komen yang di utarakan kepada saya dalam ruangan Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara, lebih 60% mengemukakan masalah ini. Selepas setengah jam atau satu jam pemampat berhenti beroperasi dan bilik tidak lagi sejuk. Hanya angin saja yang terasa di dalam bilik!!…Jangan keliru dengan situasi pemampat berhenti seketika apabila telah mencapai suhu yang di ‘set’kan. Ia adalah normal dan pemampat akan kembali beroperasi apabila suhu bilik naik.

Situasi yang akan saya terangkan ini ialah pemampat berhenti dan mengambil masa yang lama untuk beroperasi semula atau terus tak beroperasi. Kesannya memang bilik tak akan sejuk dan anda mulalah berasa tidak selesa. Samaada kipas luar berfungsi atau tidak kesannya tetap sama kerana apabila pemampat berhenti beroperasi kitar penyejukan tidak lagi berlaku.

contoh outdoor

Unit luar (outdoor) yang menempatkan pemampat & kipas.

pemampat

Pemampat.

Apakah punca kepada masalah ini?

Pemampat berhenti beroperasi apabila ia panas dan suhu unit luar mencecah 112ºC.  Apabila panas geganti beban lampau atau overload protector akan memutuskan litar dan menghalang pemampat dari terus beroperasi. Ia sebenarnya melindungi pemampat daripada rosak, dan akan kembali beroperasi apabila pemampat sejuk.

geganti beban lampau

Geganti Beban Lampau/Overload Protector.

Berikut adalah 7 sebab pemampat berhenti beroperasi apabila panas. Anda akan dapati lampu timer pada unit dalam berkelip – kelip (blinking).

timer indoor blinking

Lampu timer akan berkelip-kelip apabila unit luar berhenti beroperasi.

1) Gas kurang.

Gas kurang menjadi beban kepada pemampat untuk beroperasi. Dalam suatu kitar penyejukan kuantiti gas yang diperlukan telah ditetapkan seperti dalam manual. Apabila pemasangan unit luar jauh (melebihi 15m) kuantiti gas perlu di tambah supaya gas yang masuk untuk di mampatkan cukup bagi menjalankan  kitar penyejukan. Apabila kurang bermakna pemampat bekerja dalam situasi terbeban . Ambil contoh tayar sebuah kereta yang bergerak dengan angin yang kurang. Kereta tetap akan bergerak tetapi beban yang ditampung oleh tayar yang kurang angin tersebut lebih berbanding tayar yang lain. Lama – kelamaan ketahanan tayar tersebut juga akan berkurang atau dalam erti kata lain rosak. Begitu juga dengan pemampat tadi.

Gas kurang juga mungkin berpunca dari bocor. Jadi pemeriksaan kebocoran juga perlu dilakukan sebelum menambah gas. Walaupun kecil ia tetap akan memberi kesan kepada kuantiti gas dalam sistem.

2. Gas lebih.

Situasi ini juga boleh menyebabkan pemampat berhenti beroperasi. Apabila gas lebih bermakna pemampat beroperasi memampatkan gas lebih dari kemampuan. Setiap pemampat mempunyai motor pemampat dengan kemampuan tertentu untuk memampat dan mengalirkan gas. Apabila gas lebih pemampat akan beroperasi lebih dari kemampuan dan dalam situasi ini menggunakan lebih arus elektrik untuk bekerja. Lama – kelamaan akan menjadi panas dan berhenti beroperasi.

Dalam kedua – dua kes di atas seorang juruteknik akan memeriksa tekanan gas dan arus larian (running ampere) unit bagi memastikan unit cukup bahan pendingin.

ujilari tekanan dan arus

Pemeriksaan tekanan gas dan arus larian atau ujilari sistem.

3. Kipas luar perlahan.

Kipas luar berfungsi membantu membebaskan haba keluar. Haba dari dalam bilik dan proses kondensasi yang berlaku pada gas bahan pendingin.  Apabila kipas tidak berfungsi atau perlahan , ia memberi kesan kepada kadar pembebasan haba. Jika suhu terlalu tinggi sehingga mencapai 112ºC pemampat akan berhenti beroperasi. Kepanasan yang tinggi menyebabkan pemampat berfungsi dalam keadaan high amp (arus tinggi).

sudut bilah kipas

Pastikan arah hembusan angin kipas keluar.


Pusingan kipas luar juga kena betul. Angin perlu dihembuskan keluar dan bukan ke dalam. Sila pastikan sudut bilah kipas adalah betul bagi mengelakkan ia terbalik. Pastikan juga tiada halangan pada unit luar. Angin yang dihembuskan keluar oleh kipas perlu dibebaskan sejauhnya. Jika ada halangan di hadapan unit luar , angin panas akan berkumpul dan ini akan memberi kesan pemanasan kepada pemampat.

outdoor blokage

Halangan kepada pembebasan haba yang boleh meningkatkan suhu outdoor.

4. Indoor sensor rosak.

Indoor sensor terbahagi kepada 2 iaitu room sensor dan pressure sensor. Room sensor digunakan untuk mengesan suhu bilik dan pressure sensor mengesan tekanan gas. Kedua – dua sensor ini berada pada unit dalam yang akan menghantar signal kepada pemampat untuk berhenti (cut off). Pressure sensor akan menghantar signal kepada pemampat untuk berhenti apabila tekanan gas kurang atau lebih. Jika sensor ini rosak pemampat tidak dapat berhenti pada mulanya tetapi akhirnya akan berhenti di sebabkan panas.

room sensor

pressure sensorKedua – dua sensor ini boleh diuji dengan menggunakan meter pelbagai. Julat bacaan yang elok bagi kedua – dua sensor adalah seperti dalam rajah di bawah.

bacaan indoor sensor

Bacaan rintangan sepatutnya bagi indoor sensor.

5. Pemeluwap kotor

Apabila pemeluwap kotor, haba dari proses kondensasi juga akan terhalang daripada di bebaskan. Habuk yang penuh pada sirip – sirip pemeluwap menyebabkan haba tidak dapat dibebaskan dan suhu unit luar akan meningkat. Pemampat akan jadi panas dan sampai satu tahap akan berhenti beroperasi.

sirip pemeluwap kotor

Habuk yang melekat pada sirip pemeluwap.

6. Geganti beban lampau terlalu sensitif.

Komponen ini berfungsi seperti yang diterangkan di atas . Apabila ia terlalu sensitif, litar akan kerap terputus dan pemampat akan berhenti beroperasi. Komponen ini boleh diuji menggunakan meter pelbagai atau ditukar terus kerana harganya tidaklah mahal.

7. Pendawaian.

Satu aspek yang sangat penting tetapi selalu diambil mudah. Pendawaian mesti mengikut spesifikasi dan aturan seperti dalam manual. Ada kes sambungan dari indoor ke outdoor menggunakan connector dan wiring tape. Ini adalah cara sambungan yang tidak selamat. Keadaan ini boleh menyebabkan wayar panas dan memaksa pemampat bekerja dalam arus tinggi (high amp) . Begitu juga bekalan yang di ambil dari penyambungan soket ke soket. Ia adalah tidak dibenarkan. Pemampat yang bekerja dalam high amp akan menjadi panas dan akan berhenti beroperasi.

connector1

connector over heating

beban lebih

Punca bekalan yang tidak mengikut spesifikasi.

>>>>>Panduan Pendawaian Elektrik Rumah<<<<<<

Sekian catatan untuk kali ini. Pandangan dan perkongsian pendapat amat dialukan. Anggaran harga bagi komponen tertentu boleh di rujuk dalam ebook alat ganti.

Sumber gambar :

  • Google Image.
  • WhatsApp Pic.
  • Manual YORK.
  • FB Megaqualityenterprise
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Print Friendly, PDF & Email
Tagged with: , ,
52 comments on “7 Sebab Pemampat Berhenti Beroperasi Dan Bilik Tidak Sejuk.
  1. Zul says:

    Salam tuan. Saya guna a/c daikin 2.0hp. Kalau tertutup main suis atau elektrik trip. Bila on semula a/c saya tak sejuk. Keluar angin sahaja. Mohon pencerahan.

    • cikgunas says:

      Salam. Trip di sebabkan apa tu, jika berpunca dari outdoor, kena cek masalah pada outdoor. Mungkin masalah dari compressor. Walaupun unit hidup tapi compressor tak jalan, jadi bilik tak akan sejuk.

  2. Irawan says:

    Salam cikgu.tmpng tnye.sye bru tkar comp 1.5hp n cap tube.tpi comp still panas.jln lbih krng 5mnit cimp cut off.lgi 1 aircond dqikin inverter R22.run lbih krng 5jam aircond mati then lampu hijau blinking.blh cikgu share xknpe dgn simpton2 mcmni.

    • cikgunas says:

      Salam. Panas sebab tersumbat. Vakum dengan sempurna. Aircond inverter cari error code untuk tau masalah.

  3. Khairul Nizam says:

    Salam..nak tanya sikit..bila sy on A/C..kipas compressor tak berpusing..bila sy tolak secara manual,kipas terus pusing dan A/C sejuk mcm biasa(normal)..sy guna A/C jenama LG 1hp Smart inverter

  4. HollY says:

    Halu ckgu . Klo kipas pemeluwap kuat , gas ckup .. Tp compresor x jln?

  5. shuk says:

    Salam cikgu…nk tanya sblm nie sy ada cuci sirip dan blower indoor unit tp outdoor sy tak buat. slps on aircond kompressor jalan dan sejuk,selepas beberapa minit kompressor berhenti dan tak jalan seperti biasa…angin yg keluar pun panas dh tak sejuk…apakah masalahnya adakah sbb sy tak cuci outdoor unit?

  6. hasrul says:

    As salam cikgu.Saya pakai aircond york 1.5 inverter.kenapa compressor dgn kipas selalu cut off dan cut on.Bilik tak sejuk.Dah vacum dan top up gas baru tapi tetap sama.Sebelum ni kipas sentiasa jalan dan compressor jalan mengikut keadaan.kejap kuat kejap perlahan.Suhu set 26 pun dah sejuk.Tapi sekarang set 20 tak sejuk pun.Saya check tengok cooling coil basah.Blower pun laju.Tapi tak sejuk.

    • cikgunas says:

      Salam. Mungkin EEV pada oudoor rosak, mungkin salah cara masuk gas. Banyak kemungkinan lain, sukar nak jangka tanpa buat pemeriksaan.

  7. Muhammad Zulfadhli says:

    Salam, bang… Sy nk tnya.. Sebelum ni aircond sy punya outdoor ada cutoff… Sekarang terus pusing je.. Xda cut off.. Tp indoor sejuk…kenapa ye? Harap dpt bantu sy

    • cikgunas says:

      Salam tn. Compressor cut off bila bilik capai suhu yang kita tetapkan. Jika tidak cut off bermakna bilik belum capai suhu yang di tetapkan pada remote.

  8. Bad says:

    Assalam Cikgu

    Aircond York model baru 2016 by Johnson Control. Compressor bergerak hanya dalam satu atau dua saat lepas tu off n x mau hidup. Tekan butang reset pon sama juga. Saya dah bypass compressor dan compressor berfunsi normal. Adakah control board saya rosak.

  9. Hafiez ahmad says:

    Salam . Cikgu . Ac sye problem . Problem nye indoor ade api n outdoor tkde .. Tp sye dah tolak kt db tu ke atas .still takde kt outdoor . Kenapa ye ?? Boleh bntu tk ??

  10. Bad says:

    Assalam Cikgu,

    Compressor saya akan cutoff setelah running dlm 5 min. Current pon agak tinggi 5.2A utk compressor 1.0hp. Pressure gas pada mulanya kurang 50 psi tp setelah ditambah pada 70psi. Current juga masih tinggi. Then, compressor akan cutoff. Tapi, kalau saya reset compressor akan running bila on remote. Lps bbrp minit compressor akan mati lagi. Reset akan jalan semula… Kenapa agaknya ya cikgu..

    • cikgunas says:

      Salam tn. Ini adalah masalah compressor high amp. Untuk selesaikan masalah ini bukan tambah gas. Tn perlu cek satu persatu sebab dalam artikel di atas, baru mula troubleshoot. Tambahan lagi, cek spec wiring, cek paip ada kemek/tidak dan cek juga kemungkinan sumbat pada tiub kapilari. Dan akhir sekali adakah unit tersebut mempunyai kapasiti pendinginan yang sesuai dengan keluasan bilik.

  11. HAZIXX says:

    Salam kenapa aircond trip bila on..sy dh test outdoor shaja terus ke plug bila on trus trip..Mcam mna sy nk cek dan apa yg sy perlu cek..Harap cikgu dpt membantu

    • cikgunas says:

      Salam. Jika begitu sudah pasti masalah pada outdoor. Cuba tuan cabut wayar kapasitor pemampat dan ON. Lihat ada trip atau tidak. Jika trip bermaksud masalah pada motor kipas. Jika tak trip, jadi masalah pada pemampat.

      Cek juga OLP dan terminal pemampat dengan multimeter utk sahkan kerosakan. Dan juga pendawaian.

  12. Basir Khan says:

    Assalamualaikum,
    Apakah masalah sebenar jika outdoor unit bergeger kuat? Apakah penyelesaiannya?

    • cikgunas says:

      Salam tn. Cek bunyi tu dari mana. Mungkin masalah skru longgar/braket tak kukuh. Mungkin juga gas kurang dan mungkin juga jarak indoor dan outdoor kurang 10ft.

  13. muhammad nabil iman says:

    Assalamualaikum. nak tanya sikit. Air cond dalam hidup. Tapi tak sejuk sebab outdoor kipas tak hidup. Apa kemungkinan yang berlaku ye ? Mohon penjelasan tuan ?

  14. mohd azam says:

    assalammualaikum cikgu.
    aircond rumah kena petir.. bila on tripDB satu rumah… apakah puncanya dan apa perlu ganti?.. board PCB kena tukar ke atau outdoor problem – kompresor,Overload Protector atau lain2 kompenan?

    • cikgunas says:

      Salam. Biasa masalah pada outdoor. Uji satu – satu komponen outdoor untuk mengetahui komponen apa yang menyebabkan trip. Contoh cabut wayar motor kipas dan berlaku trip bermaksud mungkin compressor yang rosak. Tn boleh rujuk CATATAN LEPAS saya berkaitan perkara ini.

  15. Jay Weng says:

    salam bro..aircond sy ada masalah..model york.apabila tekan remote,aircond akan mati.tapi masih boleh ON guna butang manual..apa yg menyebabkan aircond tersebut mati.

    • cikgunas says:

      Salam. Besar kemungkinan remote tuan bermasalah. Cuba tukar remote lain. Saya pun tidak tahu button apa yang tuan tekan tu. Jika tekan mana2 button aircond off, eloklah beli remote baru atau ganti yang sepadan.

      • Jay Weng says:

        maaf tuan..butang manual on/off.. nti sy try tukar remote tuan..terima kasih banyak2..salam

        • cikgunas says:

          Ya, saya tau button tu. Maksud saya dalam komen sebelum ni ialah button pada remote. Adakah tekan mana2 button pada remote tu, unit akan off?

          • Jay Weng says:

            ya tn..unit akan off sendiri..lepas off..unit x dpt dihidupkan mgunakan remote..tp unit msi ada bunyi ketika remote ditekan

          • cikgunas says:

            kalau sudah tukar remote tapi masih bermasalah mungkin receiver indoor rosak. Boleh cuba cabut keluar receiver tu, lap2 dan pasang semula.

  16. isa says:

    salam cikgu ac samsung bila on x sampai 5 minit terus off dan kena offkan suis lama skit bru boleh on dan akan off semula ?.

    • cikgunas says:

      Salam. Cek outdoor kipas dan compressor jalan atau tak. Banyak kemungkinannya tapi ceklah 2 perkara ni dulu.

  17. Yan says:

    Salam.cekgu
    Air cond jenis haier lampu blinking apa bila on pakai remote dan bergilir2 sekejap hidup sekejap mati.sy biar kan keadaan mcm tu selam 15 minit baru aircond running mcm biasa..dekat remote tak ada keluar error code.
    Bila sy reset kadang2 dia boleh running ikut nasib la..aircond tu sebelum service mcm tu dh service pun mcm tu.pressure gas semua cukup ikut std amp pada out door unnit.problem dia mcm power supply tak cukup..dah check pakai clamp miter semuanya normal.

    • cikgunas says:

      Salam tuan. Point no 4 dalam catatan di atas. Cuba buka sambungan kedua-dua sensor (room sensor & pressure sensor), bersihkan dan sambung semula. Jika masalah masih berulang, tukar sensor.

  18. hafizal says:

    salam en..jarak antara indoor dan outdoor sejauh 60 kaki..so berapa hp yang sesuai untuk pakai ac di didalam jarak yang sedemikian.

  19. Fadhli says:

    Salam, kalau wire terminal terbalik adakah compressor aircond boleh shortm

  20. Nazwan says:

    Salam .. Cikgu.. Outdoor unit sy baru lepas vacuum lpas tu sy masuk gas.. Apabila gas mencapai 110psi .. Sy buang gas utk capai 70 tp x keluar mcm tersumbat.. Tersangkut2. Copreser masih jalan sampai tahap amp tinggi trus putus fius.. Adakah kapilari tiub yg sumbat? Menyebabkan ia x sejuk..

    • cikgunas says:

      Salam. Gas lebih kena buang. Boleh buang masa unit off. Jika amp masih tinggi ada kemungkinan tiub kapilari sumbat. Jadi tuan perlu buang semua gas perlahan-lahan, vacum keseluruhan sistem selama 1 jam dan tambah gas baru. Jika masih bermasalah terpaksa tukar tiub kapilari baru.

  21. hokagez says:

    salam?
    apa akan berlaku jika kompressor masuk air?
    dan bagaimana cara nak selesaikan?
    kerana bila compressor hidup dalam 2 minit mainswicth trip….

  22. Aziemah says:

    Salam. Encik kenapa suis utk saya letak plug aircond tidak dapat diguna? tapi bila saya letak suis tv dapat guna.

    • cikgunas says:

      Salam. Cek plugtop (kepala plug) untuk aircond tu. Mungkin fius terbakar. Saya yakin aircond ni guna soket 13A shj sebab cik blh guna untuk tv juga. Bermaksud plugtop aircond tu ada fius.

  23. Zaki says:

    Salam bro..pemampat jgk boleh berhenti sbb overheated…thermal switch dlm kompressor akn cut off jika sampai suhu tertentu..ni jgk sbg protection pemampat….jika ini berlaku, menunjukkan pemampat akn Rosak….

    • cikgunas says:

      Terima kasih bro. Ada protection tambahan lagi dalam compressor. Ada satu lagi kes kalau tiub kapilari tersumbat, gas tak lepas nak masuk. Sampai 50psi cut off sebab panas. Kes ni baru lepas tukar compressor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*