Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara

Penyaman udara seperti juga mana – mana peralatan elektrik  yang lain akan mengalami masalah selepas beberapa tahun atau selepas tamat tempoh jaminan. Namun ada juga yang mengalami masalah sebelum tamat tempoh jaminan. Bagi kes seperti ini anda di sarankan untuk merujuk kembali kepada pusat servis / kedai elektrik di mana anda membeli peralatan tersebut. Masalah yang berlaku pada penyaman udara boleh membawa kepada 2 jenis kerosakan iaitu  kerosakan  major dan kerosakan minor.

i) Kerosakan major

Kerosakan major berlaku apabila pemampat unit penyaman udara tidak berfungsi lagi. Bagi kes ini pemampat tidak dapat dibaiki dan perlu diganti baru. Kos mengganti pemampat ini adalah tinggi dan melibatkan sebahagian besar kerja – kerja utama seperti silfosing, mengisi gas, vakum dan menguji kebocoran. Oleh itu di sarankan supaya keseluruhan unit ditukar baru.

ii) Kerosakan minor

Kerosakan minor boleh di baiki, di servis atau penggantian komponen yang tidak melibatkan kos terlalu tinggi. Bagi kes seperti ini anda boleh merujuk kepada juruteknik bertauliah untuk mengesan kerosakan tersebut dan membuat baikpulih.

Dalam bahagian ini saya akan menyenaraikan beberapa masalah yang kerap berlaku pada unit penyaman udara berdasarkan aduan dan pertanyaan kepada saya. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit pengetahuan sebelum merujuk kepada juruteknik. Ada antara masalah yang mungkin anda boleh perbaiki sendiri dan ini tentunya akan menjimatkan kos anda!!

mengesan kerosakan unit pisah

a) Unit kurang sejuk.

Masalah ini berlaku apabila anda berasa bilik kurang sejuk, tidak seperti anda mula – mula membeli unit penyaman udara dahulu. Masalah ini memang biasa dan ia bukanlah kerosakan major yang saya maksudkan di atas. Pengguna biasanya akan beranggapan gas habis. Adakah teori ini benar?

Teori ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Unit kurang sejuk bukan berpunca dari gas habis, tetapi situasi gas habis akan membawa kepada unit langsung tidak sejuk seperti masalah kedua di bawah. Apa yang berlaku pada unit kurang sejuk ialah unit mungkin kekurangan gas dan ia perlu ditambah mengikut tekanan yang ditetapkan oleh juruteknik bertauliah. Ini boleh di lakukan semasa membuat kerja – kerja menservis dan tekanan standard gas ialah 70 psig.

Masalah unit kurang sejuk juga boleh berpunca dari penapis udara yang kotor, penyejat dan pemeluwap yang kotor dan juga kekotoran pada panel hadapan unit dalam. Bagi kes seperti ini apa yang perlu di lakukan ialah buat servis berkala setiap 6 bulan. Semua bahagian – bahagian yang dinyatakan perlu di cuci sehingga bersih menggunakan bahan kimia (jika perlu) dengan kos sekitar RM100 – RM150.

b) Unit tidak sejuk.

Jika anda berasa bilik langsung tidak sejuk, kemungkinan berlaku kebocoran pada sistem yang menyebabkan gas habis. Oleh itu, punca dan tempat kebocoran tersebut perlulah dikenalpasti dan dibaiki terlebih dahulu dan diteruskan dengan penambahan gas sehingga cukup. Kadang – kadang masalah ini juga berpunca dari kipas dalam (blower) yang tidak berpusing. Oleh itu anda dinasihati untuk set pada remote control blower speed kepada maksimum dan pilih mood cool. Jika masih ada masalah electronic board pada indoor perlu diperiksa.

c) Kipas luar tidak berpusing.

Terdapat unit penyaman udara yang mana kipas unit luar terus berpusing apabila unit penyaman udara di “ON”kan. Ada juga kipas berpusing apabila pemampat mula beroperasi. Kipas luar yang tidak berpusing menyebabkan kitar penyejukan tidak lengkap dimana proses pembebasan haba terhenti. Ini akan menyebabkan bilik tidak dapat disejukkan seperti yang dikehendaki.

Jika selepas 5 minit kipas luar masih tidak berpusing, terdapat masalah pada kapasitor motor kipas dan ia perlulah diganti. Rujuk Nota Prosedur PPU untuk cara – cara mengesan kapasitor yang rosak.

d) Air menitis pada unit dalam.

Masalah ini berlaku mungkin berpunca daripada penyejat yang kotor, saluran air tersumbat, unit tidak seimbang dan juga perbezaan haba yang terlalu tinggi antara dalam bilik dan luar bilik. Cadangan baikpulih ialah unit perlu diservis sebaik mungkin. Bagi mengurangkan perbezaan suhu, pastikan tingkap/pintu bilik ditutup rapat.

e) Air menitis di unit luar.

Ini bukanlah masalah utama selagi anda berasa bilik masih sejuk. Air yang menitis adalah dari proses kondensasi yang berlaku di pemeluwap dan ia adalah normal.

f) Bunyi bising pada unit luar.

Bunyi ini kemungkinan besar dari pemampat yang beroperasi semasa unit beroperasi. Jika ia berbunyi agak bising lebih dari biasa, anda perlulah “OFF” unit terlebih dahulu dan lakukan pemeriksaan pada unit luar.

g) Unit langsung tidak beroperasi.

Jika unit langsung tidak beroperasi dan lampu unit dalam tidak menyala setelah di tekan ‘remote’ kemungkinan besar ialah tiada bekalan kuasa atau berlaku trip. Anda perlu “ON” semula fius utama.

h) Unit dalam bunyi bising.

Saya ada menerima aduan seperti ini dan ia tentulah mengganggu anda. Lebih – lebih lagi pada waktu malam kerana boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk, anda perlu periksa dengan segera. Kemungkinan utama ialah blower tidak dipasang dengan betul.

 i) Remote tidak boleh “ON”

Masalah ini nampak mudah tetapi ia tetap berlaku. Cadangan saya ialah anda tukar bateri baru. Jika masih tidak boleh “ON” bolehlah beli remote baru..:)

Bacaan lanjut :

Sumber gambar : Google Image
Perbincangan/Maklumbalas seterusnya diruangan komen
Print Friendly, PDF & Email

1,470 thoughts on “Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara

  1. Assalamualaikum Cikgu Nas,

    Sy menggunakan penghawa dingin mitshubishi 1HP.
    5 hari lps sy dapati penghawa dingin sy tidak sejuk. Blower berfungsi, kipas berpusing tetapi compressor tidak hidup. Keesokannya sy dapati ada kebocoran (titisan minyak) di unit outdoor.
    Semalam sy telah memanggil jututeknik, setelah diperiksa. Didapati kapasitor telah rosak, penutupnya tertanggal sehingga minyak dr kapasitor menintik keluar dr unit outdoor. Kapasitor ini telah diganti, unit outdoor dan indoor jgk telah dibersihkan.
    Kemudian masalah baru pula berlaku, penyaman udara saya menyebabkan rumah trip slps 10 minit dipasang. Apa masalah pd penghawa dingin sy? Penghawa dingin ini sy telah gunakan selama 1 thn 9 bln. Harap cikgu dapat bantu sy. Terima kasih.

    1. Salam. Kes ini masalah pada oudoor. Cikpuan blh cek semula tekanan gas dan running ampere semasa unit beroperasi. Selain itu cek juga pendawaian pada outdoor.

    2. Suhu aircon saya bila on bacaan 65° bila sejuk 61° apakah masalah nya . Apa yang perlu saya ganti

  2. assalam cikgu..ekon york indoor sy jd ice….sbelum ni ade tukar sensor dan technician ekon telah bt bypass pd indoor unit..ia mjadi suhu xbleh kawal dan blower jd xtratur…camner nak selesaikan masalahnye cikgu.

    1. Salam cikpuan. Untuk aircond yg telah dibuat bypass ini, semasa off unit dengan remote…..off juga soket/suis aircond dan keluarkan plug dr soket. Dan semasa ON unit, on suis/soket dan tekan remote.

      1. Salam cikgu..nak tanya sedikit…kenapa aircond panasonic model kkh 1hp bila saya on suis belum jalan lampu dia blink semua sahaja..bukan blinking….

        1. Salam. Jika blinking bermakna ada error pada unit. Jika menyala secara berterusan bermakna ada mode yg diaktifkan pada remote. Adjust pada remote.

  3. York 1.5 hp saya guna dh setahun lebih.masaalahnya.tidak blh on. remote masih baik.dah tukar bateri dll.aircond masih berkeadaan baik dan sejuk sebelum ini.panel pada blower tidak menyala.saya check pada sambungan plug tida wayer yang tercabut.tiada langsung bunyi ‘beep”..blh tolong saya

    1. Saya berpendapat receiver indoor yang berada di depan panel rosak. Tn boleh tukar receiver tersebut mengikut model unit.

      1. Asalam cigu..sy punya acond 1hp panasonic masaalahny xbrp sejuk.gas ckup dan brfungsi seperti biasa.copper kecil sejuk tp copper besar panas dan langsung xbasah.boleh minta pencerahan?tq

  4. Assalam Cikgu, Nak bertanya sedikit. Aircon saya beroperasi dan sejuk seperti biasa. Cuma selepas servis dan ditambah gas, outdoor unit berbunyi (berdendung macam bunyi Wau).Juruteknik kata itu biasa dan dalam 2 jam akan ok. Tapi masalah ini berlarutan sudah 3 minggu. Kemudian apabila saya offkan, selepas beberapa saat indoor unit akan berbunyi seperti tayar bocor. Utk pengetahuan cikgu, saya menggunakan accond jenema Fujitsu 1.5hp inverter. Boleh cikgu beri pencerahan sedikit. Terima kasih.

    1. Salam. Bunyi seperti tayar pancit semasa off itu adalah aliram gas dlm sistem. Bunyi pada outdoor itu jika tn rasa bising elok report semula ke juruteknik. Jika tidak sy rasa tiada apa2 masalah dgn unit tersebut selagi sejuk.

  5. Biar Betul Cikgu harga kapasitor rm 10-18…sy beli rm40 Kat kedai electrik…35uf +-5% … Kat man Nk bli harga tu Cikgu…?

  6. Assalamulaikum sy ingin brtanyakn masalah aircond yg sy alami…aircond sy bru pasang sbulan yg lpas…dlm beberapa minggu ni..aircond sy ada masalah..iaitu stelah bukan lbih kurang satu jam.aircond jd pnas n lmpu oren mnyala pada indoor panel..
    Sy sudah report pada techn,
    Techn, ckp supply dri tnb kurang..adakah bleh brlaku jika supply tnb kurang akn mnyebabkn aircond unfuntion?

    1. Salam. Ikut pemahaman saya kalau betul supply tnb kurang, dari awal aircond tu bermasalah kerana voltan kurang. Cuba cek aircond rumah sebelah, ada masalah yg sama?. Satu lagi supply untuk aircond diambil dr soket sediada dlm bilik atau dr MCB. Sepatutnya aircond perlu satu soket dr satu MCB tanpa berkongsi.

  7. Masalah aircond rumah saya tidak sejuk.
    blower indoor jalan.
    kipas outdoor jalan.
    cuma saya perasan pemampat on dalam 2 saat lepas tu off…beberapa minit selepas itu pemampat on balik selama 2 saat lepas tu off. Copper tiub tidak terasa sejuk atau terlampau panas. Harap dapat membantu

    1. Cuba cek kapasitor pemampat. Jika rosak tukar kapasitor. Jika kapasitor tidak rosak saya yakin pemampat yang rosak dan perlu ditukar baru.

  8. Salam Cikgu…macam mana Cara tukar kapasitor..bole ke diy n brapa harga kpasitor aircond 1.5hp carrier

    1. Salam. Boleh DIY tukar kapasitor. Pastikan unit telah di OFF dan kapasitor lama telah dinyahcas. Harga kapasitor pemampat dlm RM18 dan kapasitor kipas dalam RM10 sahaja.

  9. apa masalah kalau outdoor unit dah srvice tapi bila nak isi gas tak sampaipun pada 70 psi,cuma statik pada 65 psi .aircon 2 hp.adakah minyak atau angin masih dalam sistem outdoor unittq

    1. Cuba cek running ampere outdoor. Rujuk nilai pada plat yg ditampal. Jika ok dan unit sejuk abaikan masalah tu. Jika unit tidak sejuk kemungkinan masalah pada pemampat atau kapilari tersumbat.

  10. Salam cikgu… saya nak tanya, kenapa bacaan arus di outdoor terlampau tinggi… hingga mencecah 6 A.. (1hp – biasa 3.8A hingga 4.2A). Adakah disebabkan sistem tersumbat ataupun capasitor tidak berfungsi dengan stabil… ataupun ada faktor lain… mohon penjelasan.. terima kasih

    1. Salam. i) Sistem tersumbat ya kerana aliran gas yang tak sempurna dan kitar tidak lengkap. Ini memaksa pemampat bekerja tanpa henti untuk mencapai suhu yang ditetapkan. Periksa saluran sedutan, saluran nyahcas dan tiub kapilari. Cadangan penyelesaian ialah lakukan proses vakum selamat 30 minit.
      ii) Saya tidak pasti kapasitor tersebut. Tn blh periksa nilai Farad dan pastikan berada dlm +/- yg dibenarkan. Jika tidak tukar sahaja kapasitor tersebut.
      iii) Compressor high ampere. Keadaan ini disebabkan gas kurang/terlebih cas, belitan motor haus, pemeluwap terlampau kotor, kipas outdoor tak pusing/perlahan dan overload terlalu sensitif.

  11. Assalam cikgu..saya nk tanya econ saya dah 2,3 bulan xbuka..baru2 nie saya buka dlm 5 minit dia akan potong karen dan tutup suis dlm sminit buka blk ok dan dlm stgh minit trip semula dan tutup suis tunggu buka boleh blk tp sekejap ja dlm 10 saat potong karen semula tp suis utama tetap menyala dan karen rumah semua ok..apa masalahnya dan berapa anggaran kos utk baik pulih..econ samsung 1 hp..

    1. Salam. Tn perlu lakukan pemeriksaan terperinci sistem pendawaian pada plug dan soket. Juga pendawaian dari indoor ke outdoor serta keadaan sambungan pada setiap terminal. Kemungkinan ada wayar longgar, digigit tikus dan sebagainya.

  12. Assalam cikgu..masalah saya bila ON aircond indoor ada pergerakan turun sirip cuma blower indoor fan tak berpusing..then saya guna lidi cucuk/tolak blower fan baru start pusing perlahan2 keluar bunyi bising..bila blower fan pusing steady..bunyi hilang..kenape?…boleh DIY ke masalah ni.

    1. Salam. Ada 2 kemungkinan iaitu kapasitor motor kipas rosak. Periksa nilai kapasitor tersebut dan jika nilai Farad kurang dari yang dibenarkan ganti kapasitor tersebut. Kedua motor blower beralih kedudukan jadi senget disebabkan getah cair dan blower bersentuh dengan perumah.

      Ada 2 getah iaitu di depan dan belakang motor kipas. Ganti getah tersebut. Satu lagi getah di hujung blower bertentangan dgn motor kipas. Periksa dan ganti jika perlu.

      Harap dapat membantu tn.

  13. Tak bersambung?maksud cikgu wayar tu tertanggal ke?pcb indoor ngan outdoor leh jadi tak cikgu..sebab sebelum ni pakai ok..kalau pcb rosak masak sy..spare part payah la..LG Inverter..

  14. Akum..cikgu,sy menggunakan aircond berjenama lg inverter,masalah nya sekarang code CH 05 tertera di screen indoor unit..berdasarkan apa yg sy cari..code CH05 menunjukkan communcation error diantara indor ngan outdor unit..apakah kerosakan yg mungkin berlaku?

    1-PCB pada indoor unit?
    2-PCB pada outdoor unit?

    1. Salam. Jika dapat diperincikan masalah mungkin saya dapat beri lebih penjelasan. Masalah tersebut menunjukkan aircond perlu diservis dan diperiksa pendawaian sebagai keselamatan.

  15. salam cikgu..
    outdoor unit akan stop tetiba lps 15minit operasi…(stop jer…..hilang sejuknya)
    hidup balik lps 30-45minit kemudian.
    mntk bantuan cikgu percerahkan masalah ni….
    tqvm cikgu

    1. Salam Tn. Masalah ini mungkin disebabkan compressor panas. Bila panas overload akan cut off sistem. Overload panas disebabkan current tinggi.Bila sejuk current akan hidupkan semula compressor. Current tinggi mungkin disebabkan oleh salah satu faktor di bawah:
      i) gas kurang
      ii) belitan motor haus
      iii) pemeluwap terlampau kotor
      iv) kipas outdoor tak pusing atau slow
      v) overload terlalu sensitif.

      Sekian, harap dapat membantu tn.

  16. Salam tuan.
    Apakah punca sekiranya penebat yang berwarna hitam pada A/C menitiskan air atau berair??Dan langlah penyelesaiannya…tq

    1. Salam. Air tersebut dari saluran sedutan yang berada dalam penebat tersebut. Wap air terhasil dari proses kondensasi yang berlaku di penyejat. Ini proses biasa yang berlaku dalam kitar penyejukan. Pemeriksaan perlu dibuat jika tn berasa bilik kurang sejuk. Jika normal abaikan sahaja.

  17. Assalamu’alaikum cikgu nas saya cuma nak tanya kenapa compressor 1hp saya berbunyi kuat bila on aircond.. harap cikgu dpt hurai kan..terima kasih.

    1. Salam. Cikpuan boleh melakukan pemeriksaan pada compressor tersebut. Kemungkinan getah pada tapak compressor telah keras dan tidak dapat menampung gegaran semasa operasi pemampat. Periksa juga getah pada lengkuk – U tiub kuprum yang direkabentuk untuk menyerap getaran. Pastikan keseluruhan outdoor dalam keadaan seimbang dan tiada komponen yang longgar atau menyentuh penutup outdoor.

      Bunyi bising juga mungkin dari dalam compressor. Ia disebabkan compressor kurang minyak dan mengalami geseran semasa operasi. Apapun tindakan segera perlu dibuat kerana kerosakan compressor menyebabkan kos baikpulih yang tinggi.

    1. Salam. Besar kemungkinan masalah pendawaian samaada pada soket, plug aircond, sambungan wayar indoor ke outdoor, atau dari MCB ke punca kuasa (soket aircond). Kena periksa sambungan wayar, keadaan wayar. Elakkan sambungan wayar menggunakan connector/loytape dan pastikan wayar juga diikat dengan kukuh. Ini pandangan saya yang pertama. Seterusnya jika masih trip kemungkinan masalah pada compressor aircond.

    1. Salam. Masaalah cikpuan terlalu umum. Adakah tiba-tiba OFF semasa digunakan atau tidak boleh ON dari awal. Dan semasa (OFF) adakah aircond sahaja OFF atau satu rumah. Jika cikpuan dapat khususkan masaalah ini, saya dapat beri bayangan puncanya. Selain itu, adakah unit dalam sahaja yang OFF atau termasuk unit luar.

  18. Salaam cikgu..benarkah jika selalu on kan presure paling sejuk cth 16s aircong mudah atau cpt rosak.,

    1. Salam tn girman. Ada faktor lain juga yang menyumbang kepada aircond mudah/cepat rosak. Apa yang boleh saya jelaskan dengan suhu 16°C pemampat dan keseluruhan unit bekerja keras untuk mencapai suhu tersebut lebih – lebih lagi pada cuaca panas. Dan jika cuaca sejuk seperti hari hujan, tn akan berasa tidak selesa pula kerana berasa terlalu sejuk di dalam bilik.

      Apabila unit sentiasa beroperasi ia akan memberi kesan bil elektrik anda dan ini merugikan anda. Suhu yang ideal ialah 23°C -25°C. Dalam bahagian ini INI saya ada memberi panduan penggunaan penyaman udara untuk rujukan tuan sebagai pengguna.

  19. Cikgunas, nak tanya kenapa aircond sy jenama Lg tk dpt kesan remote control?. Aircond tidak dpt di off kan menggunakan remote. Bila off “main switch” dan buka balik Aircord terus start balik seperti sblm di off.sblm ni guna universal remote sbb remote asal rosak. Thxs

    1. Saya pernah membaikpulih unit jenama ini. Masaalah pada receiver (yang menyala dipanel hadapan unit). Tukar 1 set, harga dalam RM60.

  20. Assalam, aircond sy sudah kehabisan gas selepas seminggu isi gas. sebelum ini technician ckp valve rosak dan dia sudah gantikan valve tersebut. agak2 kenapa jd blk ye?

    1. Salam cikpuan. Jika valve sudah diganti sepatutnya tiada masalah lagi. Mungkin berlaku kebocoran ditempat lain seperti sambungan flaring. Elok cikpuan rujuk semula dgn juruteknik tersebut.

      1. Salam..
        Cukgu saya ni tnya..
        Setiap tahun econ saya rossk.bocor..setskat 5 tahun sy tinggal dsh 3 biji econ sy tukar..sbb semuanyer xleh drepair..
        Boleh saya tau apa pubca kebocoran..

        1. Salam. Bila siap pemasangan unit perlu diperiksa samaada berlaku kebocoran atau tidak. Dan bila unit tidak sejuk pemeriksaan perlu dilakukan segera. Sebab itu 8-12 bulan sekali perlu buat servis berkala. Bila unit beroperasi dalam keadaan gas kurang maka compressor akan panas. Lama – kelamaan akan rosak.

          Gas kurang sebab berlaku kebocoran. Perlu periksa dimana berlaku kebocoran baru boleh diambil tindakan. Samaada pada flaring, condensor atau cooling coil. Ada yang boleh dibaiki, ada yang sukar dibaiki. Bergantung pada lokasi.

  21. Salam..
    Bolehkah unit luar (outdoor) di letakkan di dalam bumbung.
    . untuk mklum tuan saya tggl di apartment, dan di unit 16, yang paling atas. Ketika aircond bru dipasang air menitik di syiling rumah saya, dimana tempat unit luar outdoor diletakkan. Sekarang hmpir 2 bulan, aircond tisak sejuk seperti dahulu. Adakah punca gaa berkurangan. Atau outdoor diletakkan di tempat yang tidak sesuai?

    1. Salam. Outdoor mmg tidak sesuai diletakkan di kawasan tertutup lebih2 lg dalam bumbung. Ini kerana ia menghalang udara panas dibebaskan ke persekitaran. Kesannya pemampat akan panas dan overload akan cut off sistem. Bilik tidak dapat disejukkan lagi kerana kitar penyejukan telah terganggu.

      Berhubung air menitis tersebut ia berlaku kerana proses kondensasi. Ada kemungkinan gas kurang tetapi saya melihat ia lebih kepada pembebasan haba yg kurang sempurna. Ia menjadi masalah tambahan kpd tn kerana outdoor berada diatas dan menitis ke syiling rumah.

  22. salam …saya nak tanya semalam aircond rumah saya sejuk bila hari ni saya on tiba2 jd blower kenapa….kipas outdoor berpusing cuma x berapa dgr bunyi mcm komperwsor peti ais…kenapa…boleh saya tahu….untuk pengetahuan aircond saya hanya guna pada waktu malam sahaja

    1. Salam cikpuan. Saya tidak pasti masalah cikpuan tersebut. Maksud aircond jadi blower??. Berhubung dgn bunyi compressor tersebut..adakah ia berdengung?. Jika betul ini bermakna ada masalah pada compressor utk starting. Kena cek komponen yang berkaitan. Dan jika compressor tidak berfungsi walaupun kipas outdoor berpusing…unit dalam tidak akan sejuk.

  23. Hai cikgunas,

    Saya ada diy sendiri cuci cooling fin guna air conditioner cleaner yg dibeli dikedai hardware.apa pendapat cikgunas?

    1. Hi fazle. Boleh guna cleaner tersebut tetapi cara servis sebegini tidak mencuci blower dan saluran air sepenuhnya. Servis berkala menggunakan semburan air dan bahan kimia tetap perlu dilakukan bg menjamin cooling coil benar-benar bersih dan komponen lain juga dibersihkan sekali.

  24. As salam ..nk tya cikgu sikit …kenapa capacitor untuk comp selalu rosak…dan kenapa air cond jenis ciling type selalu behenti dgn sendiri sepas di on lebih kurang sepuluh minit….dan boleh di on kembali…tq

  25. Salam ckg Nas. Aircond sy baru diservis. Selepas beberapa hari sy dapati ada air menitis di sebelah kanan indoor. Apakah puncanya ckg?. Terima Kasih

    1. Salam cikpuan. Antara kemungkinan masalah tersebut ialah 1) terdapat kebocoran yang menyebabkan fros di cooling coil 2) Pemasangan drain pan senget/tidak masuk kedalam slot menyebakan air menitis kebawah 3) saluran air tersumbat/tidak disusun kemas menyebabkan aliran air tersekat dan wujud backflow. Semua kemungkinan ini boleh memberi kesan kepada aliran air dan jika tidak mengalir dengan betul boleh menyebabkan air menitis kebawah.

  26. Aslkm cg..aircond saya x hidup bila on..tekan remote,tukar2 mode pun xde kesan jugak..di aircond dia bkelip2 di icon sejuk tu dan tempat tulis suhu brp tu kluar e2..saya agak2 error 2..tp klau jenis krosakan mcm ni,blh ka saya nak repair sdiri n bgmn caranya?..trima kasih cg.

    1. Salam. Merujuk kepada error code tersebut (E2), ia adalah masalah berkaitan indoor coil sensor ataupun dikenali pressure sensor. Penyelesaian yang boleh dibuat ialah 1) Disconnect wayar L, N, E pada indoor dan biarkan 5 minit. Kemudian pasang semula dengan harapan board telah di reset semula dan kembali normal. 2) Jika masih masalah tukar pressure sensor beserta board 1 set.

      Harap dapat membantu cikpuan.

  27. Salam…
    masalah sy pulak begini .
    On aircond dan selepas beberapa minit satu rumah lectrik trip. 2 3 kali cuba masih sama. Tolong share info kenapa jadi begini ya.

    1. Salam. Masalah berpunca dari unit luar (outdoor) penyaman udara tersebut. Ini kerana jika dilihat pada masalah yg cikpuan nyatakan, trip berlaku selepas beberapa minit bermaksud apabila outdoor mula menerima current.

      Antara komponen yang perlu diperiksa ialah pemampat, motor kipas, kapasitor kipas, kapasitor pemampat dan juga sambungan wayar yang berkaitan.

  28. salam cikgu..saya nak tahu kenapa ekon saya da fungsi seperti biase,dlm beberapa jam indoor ekon(york) tu tba2 ad blinking merah pd logo (jaring+tlunjuk jari) dan tros bhnti seketika dlm beberapa saat dan hanya kluarkan angen shj tnpe sejuk(tp bkn angin panas)..dlm beberapa saat kembali normal smle

    1. Salam. Saya tidak pasti maksud logo yang tuan berikan tersebut. Tn boleh rujuk semula dalam manual york. Jika berhenti seketika dan unit kembali beroperasi seperti biasa serta bilik juga sejuk abaikan masalah tersebut. Sekian.

      1. assalamualikum..ekon saya bermasalah(york 1hp)..selalu naik blink merah pada indoor..mcm mna nak selesaikan masalah berikut..

        1. Salam. Periksa ikut keutamaan semua perkara berikut:
          i) tekanan gas
          ii) pressure sensor
          iii) Indoor IC Board

  29. As Salam Cikgu, saya ada masalah air cond tidak sejuk. Bila on, blower dia memang kuat. Tapi masalah tidak sejuk. Technician sudah datang buat service dan tambah gas sehingga 80 psi. Brand york 1.5 HP. Remote set blower high cool tapi macam gas tak masuk jer.

    1. Salam. Jika baru diservis tn boleh rujuk semula ke juruteknik tersebut. Kemungkinan berlaku kebocoran gas pada mana2 bahagian sambungan. Selepas 2 hari, seminggu atau sebulan baru terasa tidak sejuk kerana gas dah kurang atau langsung habis..bergantung kpd saiz kebocoran tersebut.

  30. Cikgunas..flusher minyak dari indoor ..perlu ke buka paip tekanan tinggi dan rendah outdoor?t.kasih

    1. Kaedah untuk flush minyak:
      1) Lakukan proses pump down dan pasang pam vakum untuk buat vacuming.
      2) Lakukan proses pump down, tanggalkan saluran tekanan tinggi dan tekanan rendah. Pasang adapter di saluran tekanan tinggi. Sambungkan hos tolok pancarongga ke adapter tadi dan satu lagi hos ke silinder nitrogen. Lakukan flushing, minyak akan keluar di saluran tekanan rendah.

  31. assalam en..saya nk tanya..bila saya on aircond bilik saya dia buka tapi tak rasa sejuk langsung dan lampu timer berkelip2..aircond saya panasonic..adakah sebab gas? Tq

    1. Salam. Tn cuba cek dahulu setting remote. Mungkin ada function yang tak perlu ditekan. Dan rujuk juga error codes table pada manual. Contoh boleh rujuk di SINI.

      Berdasarkan model aircond tn dan tanda yg dinyatakan ada kemungkinan gas kurang. Periksa lokasi kemungkinan bocor dan tambah gas sehingga cukup.

  32. tumpang tanya cikgu nas…aircond 1 hp brand york outdoor kipas dgn compressor tak jalan kenapa yer….tetapi di indoor lampu blinking warna kuning…any solution

    1. Kemungkinan masalah dan cara mengatasi:
      1) berlaku kebocoran yang menyebabkan kejatuhan tekanan. Ini akan dikesan oleh pressure sensor yang akan menghantar isyarat ke board untuk memutuskan current ke outdoor. Tindakan: cek kebocoran dan baiki. tambah gas jika perlu.

      2) termistor dan pressure sensor rosak. Tindakan: tukar board baru.

  33. Salam ckgu nas. Apa mslh blower indoor skjap laju skjap prlahan. Kljuan pndai drop skjap bbrapa second. 1 lg mslh, angin dr blower x sama rata. Bhgian tngah xda angin. Tq

    1. Salam,
      Kelajuan blower tidak tetap. Cuba ubah setting fan pada remote dari auto ke manual dalam mode cool.

      Angin dari blower tak sama rata. Ini disebabkan penapis udara kotor, penyejat kotor dan blower juga kotor. Lakukan servis berkala dan masalah ini pasti dapat diatasi.

      1. Assalam, saya nak tanya kenapa aircond dirumah saya kalau on je terus keluar F8. Aircond langsung tak berfungsi.tq

  34. Assalamualaikum ckgu nas…
    Nk tnya skit..a/c sy mmg normal sblum ni bila sy set suhu cth 24,bila suhu bilik dh cecah 24,a/c akn auto stop..tp sjak smggu ni bru prasan yg a/c ni akan on/off sndiri setiap 10min..sy dh cuba setkan smpai 16 tp msih jd cm tu gak..compressor luar n kipas ja yg brhenti.blower indoor masih brfungsi..bleh tlg bg tips x sblm sy pggil technician…tq ckgu…

    1. Salam. Pada pendapat saya aircond tersebut tiada masalah. Sememangnya outdoor akan off bila telah sampai suhu yang kita ‘set’kan.

      Berkenaan OFF setiap 10 minit, sy pun tak pasti. Tn boleh panggil juruteknik utk lakukan servis berkala, dan sy yakin masalah tersebut selesai. Terima kasih.

      1. Tima kasih reply ckgu…
        Adakah masalah ni disebabkan oleh sensor? Jika ya,brapa kos utk baikinya?

        1. Saya tidak pasti tn, bergantung pada model dan jenama. Cadangan saya rujuk semula kepada juruteknik yang memasang aircond tn sebelum ini.

    1. Salam. Masalah tersebut kemungkinan disebabkan oleh motor blower rosak atau kapasitor motor blower yg rosak. Kena periksa/baiki dan tukar baru jika perlu.

      1. salam tuan..masalahyg sy hadapi lebih kurang sama.blower dlm tidak berfungsi bila on aircond..kene tolak sket baru nk pusing..ingatkan motor blower dlm tu dh rosak,sy dh pun ganti dgn yg baru (beli dan pasang sendiri ),tapi masalah yg sama jugak..adakah kapasitor indoor tu telah rosak? harap cikgu dpt bantu.
        #york 1.5hp

  35. Assalam cikgu Nas, kenapa kipas luar masih berjalan selepas OFf A/C. Adakah masalah ini bersangkut paut dgn a/c 1hp pasang untuk ruang tamu rmh agak luas dr bilik. Tq.

    1. Salam. Masalah tersebut tidak berkait dengan HP. Selepas OFF pada remote, cikpuan perlu OFF suis dan cabut plug. Harap dapat membantu.

  36. Salam tuan…kenapa air cond rumah sy on jek lepas tu lampu indoor padam..trip pun tak ada,,air cond jenis samsung..boleh mintak penjelasan tuan

    1. Salam. Mungkin tuan On Timer. Pastikan Off Timer. Jika bukan masalah timer, cuba tuan lakukan baikpulih dengan menghidupkan indoor dan outdoor secara berasingan. Ini untuk mengenalpasti masalah samada pada indoor atau outdoor.

    1. Perkhidmatan servis air-cond. Hubungi 0179923958.

      Servis aircond di mana sahaja di kuala lumpur ampang gombak selayang setapak wangsa maju dan kawasan sekitar.

  37. Salam.. saya punya penyaman udara bila sambungkan plak (power supply), belum on remote, kipas unit luar dah berpusing dan in door nye coil da ada rasa sejuk. masalahnya, bila saya on indoor unit pakai remote, suhu tak dapat di kawal mengikut setting temp remote..makin lama makin sejuk.. kalau set 25 bley pegi sampai 19 deg. kalau mengikut pengalaman cikgu, bahagian mana patut saya check. tq.

    1. Salam. Untuk kes tuan saya berpendapat terdapat modifikasi pada indoor iaitu unit telah dibuat bypass. Bypass ini bertujuan untuk menghidupkan outdoor di sebabkan relay pada indoor telah rosak. Untuk menjimatkan kos bypass adalah penyelesaiannya.

      Unit akan beroperasi seperti biasa dan bilik tetap sejuk. Namun suhu tidak dapat di kawal oleh remote lagi kerana pemampat/outdoor sentiasa beroperasi.

      1. Nk tya .. sy servis ac xsmpai 2bln da wat hal .. ac sy air mnitis belah dlm .. selepas dlm seminggu .. bile sy on sjok pastu mati sndri n lampu kelip2 warne oren .. sy pernah alami dy kate tu rosak la ape la .. tpi xsmpi 2 bln bnda ni berlaku lg .. adoiiii repair tuk ac jek 200 .. tlg sy bole x kalo nk atasi masal ni sndri

        1. Kemungkinan berlaku kebocoran. Cuba cek tekanan gas dan arus unit tersebut. Jika kurang bermakna ada kebocoran. Cek lokasi yang kelihatan tanda minyak dan periksa sambungan flaring pada indoor dan outdoor. Baiki lokasi kebocoran dahulu. Kebocoran mungkin kecil tetapi dalam jangka masa panjang akan menimbulkan masalah pada unit.

          Berkaitan harga, cikpuan boleh download ebook di muka depan blog ini sebagai panduan harga baikpulih.

          1. Assalamualaikum cikgu nas masalah ungku lebih kurang macam saya juga cuma saya on unit lepas tu cut of lampu kuning berkilik2 . Saya sudah pun tukar comprrsor baru dan buat pemindahan tube ke kompresor baru selepas itu buat pemeriksaan keatas kebocoran clear ok xbocor gas cukup . Adakah ianya berkaitan dgn sensor pada indoor tu cikgu mohon pencerahan cikgu saya buntu cikgu terima kasih

        2. Masalah…unit cut-off & tidak blh cut-in ialah masalah sensor coil.rosak….tukar sensor coil…selesai masalah.

          sekitar lmbah klng blh pm sy melalui email : mieeduan@yahoo.com
          hp 0178825663

      2. cikgu outdoor unit sy x pernah buat bypass tapi kipas dan compressor sentiasa running walaupun indoor unit suda d off kan guna remote seakan akan rosak jadi saya manualy on kan indoor unit tekan butang d indoor unit aircond berfungsi tapi masih tidak cut off compresor walaupun suhu 24 celcius dan capai sama juga masalahnya mohon bantuan cikgu nas tq

  38. cikgu nas,,bagaimana cara membuang minyak yang telah masuk ke unit indoor?sebab gas yang saya nak isi tidak bole masuk..dan meter menunjukan tekanan tinggi semasa menhidupkan indoor unit[sedangkan gas tak ada],,t.kasih

    1. Bagi kes membuang minyak anda perlu buat flushing pada bahagian indoor. Sambungkan hos tekanan rendah tolok ke saluran tekanan tinggi indoor manakala hos servis ke silinder nitrogen.
      Jika tidak dapat mengisi gas periksa semula hujung punat tolok dan pin pada injap servis. Pastikan ia bersentuhan utk membolehkan gas masuk.

  39. masalah aircond saya selang beberapa minit ia berhenti, kemudian sambung balik berfungsi. selalu berlaku selepas beberapa bulan servis. selepas servis ok je tapi x lama lagi jadi kes yg sama. kenapa ye?

    1. Jika tn dapat memperincikan lagi masalah ini tentu saya dapat membantu. Adakah blower unit dalam yang berhenti atau kipas unit luar yang berhenti ataupun keseluruhan sistem berhenti.

      Dari sini kita dapat kenalpasti masalah tersebut di indoor atau outdoor.

      1. boleh saya bertanya.. masalah aircond saya tiba2 bernhenti dan tertulis EC pada screen ac saya. in door dan outdoor tiba2 berhenti
        boleh tlg jelaskan sbb nya?

    1. Cuba tn set remote pada mode cool. Off unit dan selepas 5 minit on semula unit dengan mode cool. Set suhu lebih rendah seperti 20 °C.

    1. Jika ada current pada bahagian/sambungan neutral bermaksud wayar neutral tersebut longgar/terputus/tiada sambungan neutral. Tn cek wayar neutral dari MCB(papan utama) ke soket, dari soket ke indoor dan neutral ke outdoor. Jika longgar ketatkan dan seterusnya.

      Harap dapat membantu.

    2. Assalam. Air cond sy semua ok. Tpi nk tnye knp kdg2 outdoor unit die akan mati. Compressor x bergegar. Kipas pusing. Apa masalahnye ye

      1. Salam cikgunas,
        Aircond sy bila set suhu 27 celcius, sampai setengah jam pun outdoor compresor xstop. Selalunya outdoor akan off bila sampai suhu yg dsetkan. Tp outdoor sy still on sampai selagi x off. Dan bila off remote, indoor je off. Outdoor still on. Off kat plug baru outdoor akan off.

        Minta pandangan cikgunas. Terima kasih.

        1. Salam. Unit aircond ini telah dibuat bypass. Mungkin ada masalah pada pcb indoor dan bypass adalah kaedah yg mudah dan cut cost. Tn boleh on/off pada remote tetapi tak boleh buat pelarasan suhu. Bekalan ke outdoor sebenarnya direct dari soket. Oleh itu jangan lupa off soket dan cabut plug dari soket.

          1. Terima kasih cikgu. Cuma kejadian tu berlaku dlm semiggu lps ja, sblm tu ok kalau off remote, outdoor pun akan off. Dulu pun dh jadi. Pastu ok balik. Miggu lps jadi blk.

            Kalau camtu bypass gak ke cikgu? Atau ada kemungkinan rosak part lain?
            Terima kasih lg cikgu.

    1. Salam, sy mengalami masaalah kehilangan gas pda compresor, sudah 2 kli sy isi gas, selepas isi gashingga 75psi, unit dalam mengeluarkn suhu yg sejuk, dlm 2/3 hri dh xdpt rsakn suhu yg mcm sblm ni, bla chek gas dlm compresor,jrum miter xbergerak lngsg, ini tndanya tiada isi kndungan dlm compresor, jd sy ingin thu apakh puncanya blh jd mcm 2?

      1. Salam. Jelas ada kebocoran pada sistem. Kenalpasti kawasan tersebut terlebih dahulu, kemudian baru top up gas. Uji kebocoran menggunakan larutan buih sabun pada sambungan flaring dan periksa pemaipan pada keseluruhan unit. Mungkin juga flaring telah pecah.

        Bahagian lain juga periksa, jika ada kesan minyak. Harap dpt membantu tn.

        1. askum,ckgu nas boleh x wssup sy.. sbb byk pertanyaan sy ingin ajukan pd ckgu nas.. ni no sy 0134705206

        2. Maaf ckgu nas.. sy nk tpg tnye.. sy ade mkslah aircond.
          Model panasonic pc12mkh.. timer bling2x 2kali.. gas ckup.
          Senser rosak ke..
          harap ckgu nas dpt membantu..

          1. Salam. Model panasonic non inverter jika timer blinking cek tekanan gas dan indoor sensor (room sensor dan pressure sensor). Jika model inverter cek error code terlebih dahulu.

          2. salam sifu,sy nk tanya la masalah pasal inveter jenis daikin ni…runninh dlm 20 minit mcm tu dia terus padam sendiri then indicator kat indoorunit blinking…. amek remote tgen onlan balikdia ok …runn dan sejuk … apakaha masalah nya….kebingungngan layan inveter ….mintak tunjuk ajat dari sifu… kalau free sifu boley la tlg wassap saya -010-2777578-wann-

          3. Salam. Untuk inverter langkah pertama utk troubleshoot ialah cek error code, baru blh bertindak.

          4. Saya hadapi masalah yg lbh kurang same. Bila on aircond dlm 20 mint suhu bilik jd tidak pns dan timer akn blink2. Tutup main utama dan on semula..dlm 20 mnt berlaku lg. Apa masalah dia. Sya guna aircond Daikin -ecoking

            Mohon bantuan.

          5. Masalah biasa dan banyak sangat diutarakan dalam tajuk ini. Kemungkinannya juga banyak, jadi jika ada pemeriksaan yang telah dibuat, jadi boleh lah kita kecilkan skop masalah ini.

        3. assalammualaikum…cikgu. nk ty aircon sy bila on suis pada plak dia akan trip pada suis board…knpa yea ??

          1. Salam. Periksa wiring pada soket, plug, terminal indoor dan terminal outdoor.

        4. Salam cikgu sy bru pindah rumah…. Sy buka & pasang sendiri ac d rumah bru sy… Tp bila on, ac sy x sejuk…. Rasa angin je… Sy check compressor ok je…. Btol je sy pasang… Tp tube dkt compressor beku dlm masa 5 mnt klo start time on….

          1. Salam. Apabila unit telah siap di pasang, kita perlu buat testing & commisioning. Cek tekanan gas dan arus larian pada unit. Baru boleh dikatakan tn berjaya pasang atau tidak.

          2. Masa bukak aircon tu kan kena tutup valve pakai Allen key. Lepas pasang tu ada bukak balik ker?

        5. Assalam nak tnya klau dah on kan aircond tapi aircond tak function acane eh ? Pastu just keluar lampu hijau and merah byk kali sometimes blink serentak. Tq

        6. Aslamualaikum cik nas tumpang tnya,jika aircond sedang berkerja blower unit bergerak pon bergerak..tetapi angin blower hanya keluar pd bahgian tepi kiri dan kanan di tengah bhgian unit indoor angin bagaikan tidak kluar,apa maslah unit ni yg blh mnyebabkan agin tengah x kluar?

        7. Assalam cikgunas ,nak tanya.. aircond panasonic baru lepas service , unit run setengah jam lepas tu keluar angin je dalam sejam , lepas sejam sejuk balik . Kenapa ya ? Boleh tolong jelaskan..

          1. Salam. Buat testing & commisioning pada unit. Jika inverter cek error code dahulu.

        8. Assalamualaikum cikgu saya nak tanya.saya baru pasang aircond dalam sebulan lebih jenama york.2 hari ni aircond x sejuk then bila saya tgok outdoor unit dengan black pipe tu meleleh air dan minyak.sebelum tu technichian da check tgok dan bgtau xda kebocoran di kesan.jadi apakah sebab lain yg menyebabkan minyak keluar dari outdoor unit,

          1. Salam tn. Tidak ada sebab lain. Dah tentu ada berlaku kebocoran. Minyak dan gas keluar. Rujuk semula juruteknik tersebut. Aspek pemasangan banyak yg ambil mudah tetapi itulah yg paling penting utk memastikan unit dapat beroperasi dgn baik dan tahan lama.

      2. As salam saya mahu tya kalau isi gas ikut ampere…contoh data cooling capacity tulis 3.4 amp….isi gas pun kna ikut meter sampai 3.4 jgk ke?

    2. Salam, sy baru pasang aircond jenis acson, tapi unit luar bunyi sgt kuat/bising..apa yg perlu sy lakukan.

      1. Salam. Boleh rujuk masalah yang sama oleh rakan lain. Saya telah komen. Jika baru pasang segera rujuk kembali juruteknik tersebut.

        1. kompressor aircond sy bunyi kuat dan baru2 ni sy nampak minyak keluar dr buluh (untuk keluar air tu) . sy pun xtau dr mana minyak tu keluar.mcm mne ni? sy call technician pun dia ckp x dpt fix lagi

          1. Compressor bunyi bising mungkin di sebabkan minyak pemampat dah kurang/gas kurang/ sebab – seab lain yang perlu diperiksa. Panggil juruteknik untuk baikpulih.

    3. Salam Cikgunas.. Air cond Panasonic sy cut off terlalu tunggu iaitu 30° kalau turun sikit je ke 29° lansung x cut off padahal br pasang dan guna gas jenis baru…

      1. Salam. Cut Off berlaku bila bilik mencapai suhu yang kita ‘set’kan. Itu sahaja. Kalau tak cut off bermakna belum mencapai suhu yang di ‘set’kan.

      1. hai acond cya janama sharp cya mahu tanya kalau dua-dua copper (tembaga)compresor luar sejuk ada masalah kah tu.??..tq

    4. cikgunas lampu timer indoor saya berkelip tak berhenti.compressor dan kipas tak berfungsi(tiada supply).selepas saya bypass compressor dan kipas berfungsi seperti biasa.tapi lampu timer tetap berkelip.boleh bantu saya apa yg rosak.

      1. Timer blinking cek tekanan gas sebelum compressor yang rosak. Cadangan saya lebih baik tukar Indoor PCB.

    5. Salam.sy nk tnya,kenapa bila sy on aircond,bunyinya mcm enjin motorbot.mcm nk pecah je aircond tu..

      Jenis aircond: hitachi (inverter)

      1. Salam. Bunyi tersebut dari unit dalam atau unit luar?. Kena buat pemeriksaan segera untuk mengelak kerosakan. Mungkin bilah kipas kena pada perumah.

    6. Salam, sy inging bertanya.. sy baru lepas service aircond kerana mengalami masalah aircond tidak sejuk, setelah selesai service dan technician hendak memasukkan gas ia telah mengalami masalah dimana technician tidak dapat memeasukkan gas tersebut.. jarum tidak bergerak lansung dan kekal kosong, walaupun telah cuba utk jangka masa yg lama masih gagal.. alasan yg diberikan technician tersebut ialah mungkin tersilap jenis gas yg dimasukkan dan dia sendri tidak tahu gas apa yg digunakan oleh aircond tersebut kerana tidak ada spesifikasi model di outdoor dan indoor

      1. Salam tn. Gas tak blh masuk kemungkinan tiub kapilari sumbat. Perlu vakum keseluruhan sistem dan tambah gas sehingga 70psig.

    7. saya ingin bertanya sekiranya inveter adakah kipas outdoor sentiasa berpusing atau padam dan on kembali macam normal aircond

      1. Model inverter kipas tidak akan berhenti. Akan sentiasa jalan dalam mode high, medium atau low.

    8. Assalamualaikom cikgu,nk tanya sikit,kenapa ya hos tembaga di luar membeku,?ada dua hos tembaga,yang membeku tu hos yg bwh.air tidak menitik sepeti sebelumnya,mohon cekgu jwp.adakah disebabkan kebocoran,?

      1. Salam. Rujuk komen terakhir saya dalam ruangan ini. Antara masalah yg kerap di ajukan. Tak kisah pipe atas atau bawah yang penting kedua – dua pipe tidak sama saiz. Yang kecil adalah saluran tekanan tinggi (discharge line) dan yg besar adalah saluran tekanan rendah (suction line).

    9. Salam cikgu nas Aircond sy lepas on dlm Masa lebih 15 minit pastu off sendiri.remote display error H11.apa part yg hafis sy repair.

    10. Salam,
      Saya menggunakan aircond jenis York (1hp). Aircond tersebut mempunyai masalah tersebut :
      1. Selepas on dalam 5 minit, aircond akan stop dan lampu timer blinking sambil keluar angin panas.
      2. Aircond kena off dan on balik baru akan jadi normal. Tapi akan jadi balik selepas beberapa minit.
      3. Ketika mode normal angin aircond kurang sejuk.

      Boleh saya tahu apa masalah/kerosakan yang perlu dibaiki?

      Terima kasih.

      1. Salam tuan. Banyak kemungkinan dan banyak yang perlu diperiksa. Rujuk semua perkara dalam CATATAN LEPAS saya. Pasti dapat membantu mengenalpasti punca masalah tersebut.

    11. Salam cikgu nas..aircond drumah saya utk dalam bilik tidur berjenama york johnson 1.0 hp inverter..tidak smpai setahun hnya 6 bulan digunakan selepas dipasang, telah rosak motor kipas.setelah itu pihak york menggantikan motor kipas baru..dan sekarang selepas 6 bulan dibaiki bermasalah lagi. Fault code E6. Bila on suis, aircond automatik on off.xsmpai seminit on off berulang kali.bila saya cek di outdoor, kipas berpusing bila aircond on xsmpai seminit off balik..kipas berhenti. Berulang2 kali indoor unit on off sendiri.tanpa menekan remote selagi tak off suis.mohon pencerahan cikgu nas.

      1. Salam tn. Code E6 ni adalah compressor start up error. Jadi ia berkait dengan compressor ataupun ic board outdoor. Elok rujuk balik pada juruteknik bertauliah dan mohon warranty pada kerosakan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *