Panduan Pendawaian Elektrik Rumah.

Kali ini saya ingin berkongsi berkaitan panduan pendawaian elektrik yang perlu diberi perhatian oleh juruelektrik dan juga pengguna. 3 panduan yang diberikan ini memainkan peranan amat penting dari segi keselamatan rumah dan boleh membawa kepada kebakaran jika tidak diberi perhatian. Aspek pendawaian elektrik ini bukan sahaja untuk penyaman udara tetapi juga untuk peralatan elektrik yang lain. Bagi juruelektrik anda patut memilik buku Panduan Prosedur Kerja Selamat Bagi Kerja – Kerja Elektrik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga serta ebook Garis Panduan Pendawaian Elektrik Di Bangunan Kediaman.

Muaturun: buku_panduan_pendawaian_2008_latest

Penyambungan wayar menggunakan connector.

Penyambungan ini adalah tidak selamat kerana sambungan wayar boleh menjadi longgar dan panas. Ini boleh menghasilkan percikan api yang menyebabkan kebakaran.

pendawaian elektrik connector1

pendawaian elektrik connector over heating

Penyambungan wayar menggunakan wiring tape.

Penyambungan ini juga tidak selamat kerana wayar akan dipintal dan dibalut dengan wiring tape. Kaedah ini menyebabkan arus tinggi di bahagian pintalan dan wayar menjadi panas. Ini boleh menghasilkan percikan api yang menyebabkan kebakaran.

pendawaian elektrik pintalan wayar

Ketulenan wayar.

Satu lagi aspek yang sangat penting tetapi membawa kesan yang besar kepada keselamatan rumah. Wayar mestilah tulen dan disahkan oleh SIRIM serta saiz yang sesuai dengan jenis litar. Contohnya litar lampu menggunakan saiz kabel 1.5mm2 dan litar soket menggunakan saiz kabel 2.5mm2.

pendawaian elektrik contoh wayar dipasaran

Bagaimana mengenali ketulenan wayar?. Keratan rentas di bawah menunjukkan wayar tulen dan wayar tidak tulen (bercampur aluminium). Wayar yang tidak tulen (bercampur aluminium) juga boleh diuji dengan menyalakan api menggunakan pemetik api. Wayar tersebut akan terbakar menunjukkan ia telah bercampur aluminium dan amat merbahaya.

pendawaian elektrik cross section wire

pendawaian elektrik aluminium wire

kejadian kebakaran
Contoh Kejadian Kebakaran

Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC

Baru – baru ini saya ada menerima emel dari pihak MACRA berkaitan Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar. Antara pelan ini ialah larangan bagi membuat, memasang dan mengimport peralatan penyaman udara menggunakan HCFC yang berkapasiti 2.5 horse power (HP) dan ke bawah mulai Julai 2015. Strategi ini juga merupakan salah satu langkah bagi mengurangkan penggunaan HCFC 22 terutamanya untuk perkhidmatan penyelenggaraan memandangkan jumlah unit penyaman udara HCFC yang berkuasa 2.5 HP dan ke bawah yang digunakan di Malaysia adalah besar dan dijangka bertambah jika tiada kawalan.

Pembangunan bahan pendingin baharu berteknologi hijau dan semulajadi seperti Refrigeran Hidrokarbon (HC) juga sedang dibuat seperti yang dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan HVAC, ILP Kepala Batas November Lepas. Lampiran yang berkaitan adalah seperti berikut:

a) Surat Jabatan Alam Sekitar

b) Surat MACRA

HCFC
Contoh kandungan bahan pendingin.

Panduan Prosedur Kerja Selamat Bagi Kerja – Kerja Elektrik

Buku panduan terbitan Suruhanjaya Tenaga ini adalah satu panduan khusus untuk Penjaga Jentera Elektrik dan juga sebagai rujukan untuk semua orang yang melaksanakan kerja – kerja yang melibatkan kendalian dan senggaraan pepasangan elektrik. Panduan ini selaras dengan kehendak Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan – Peraturan Elektrik 1994 dan pekeliling – pekeliling berkaitan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Ia menggariskan peranan dan tanggungjawab serta prosedur kerja selamat yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan kerja – kerja elektrik.

buku panduan
Panduan Prosedur Kerja Selamat Bagi Kerja – Kerja Elektrik

 

Isi Kandungan
Isi Kandungan

Isi kandungan panduan ini merangkumi tugas dan tanggungjawab Orang Kompeten, kawal selia pepasangan elektrik, prosedur kerja selamat, senggaraan, pengujian dan penentukuran pepasangan elektrik. Panduan ini boleh didapati di mana – mana Pejabat Suruhanjaya Tenaga pada harga RM10.

Pejabat Suruhanjaya Tenaga 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...