Buku panduan terbitan Suruhanjaya Tenaga ini adalah satu panduan khusus untuk Penjaga Jentera Elektrik dan juga sebagai rujukan untuk semua orang yang melaksanakan kerja – kerja yang melibatkan kendalian dan senggaraan pepasangan elektrik. Panduan ini selaras dengan kehendak Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan – Peraturan Elektrik 1994 dan pekeliling – pekeliling berkaitan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Ia menggariskan peranan dan tanggungjawab serta prosedur kerja selamat yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan kerja – kerja elektrik.


Isi kandungan panduan ini merangkumi tugas dan tanggungjawab Orang Kompeten, kawal selia pepasangan elektrik, prosedur kerja selamat, senggaraan, pengujian dan penentukuran pepasangan elektrik. Panduan ini boleh didapati di mana – mana Pejabat Suruhanjaya Tenaga pada harga RM10.

salam
Bagaimana cara saya nak buat tempahan untuk membeli buku Panduan Prosedur Kerja Selamat bagi Kerja-Kerja Elektrik
Sekian terima kasih
Wassalam. Tn boleh dapatkan di mana – mana Pejabat Suruhanjaya Tenaga.
Brapa Byran buku tersebut?
Harga semasa catatan di atas RM10.