SHARP Commercial Air-Conditioner Training 2016.

Pada hari Ahad yang lepas saya berkesempatan menghadiri satu latihan yang dianjurkan oleh pihak SHARP ROXY SALES & SERVICES bertempat di Vistana Hotel Kuantan. Sebelum ini saya biasa mengikuti latihan yang di anjurkan oleh Panasanic Malaysia. Secara umumnya kandungan latihan adalah sama dan masa sememangnya sangat terhad untuk memahami keseluruhan latihan.

SHARP Training_Vistana Hotel

SHARP Commercial Air-Conditioner Training 2016-Vistana Hotel Kuantan.

Antara yang menarik kali ini ialah pengenalan penapis udara SHARP (Air Purifier Sharp 3 in 1 Mosquito Catcher) yang pernah saya catat dalam blog ini, pengenalan R32 untuk menggantikan R410a bermula tahun 2017 dan pengendalian bahan pendingin R410a dalam sistem inverter.

Penapis Udara SHARP (Air Purifier Sharp 3 in 1 Mosquito Catcher). >>>> rujuk catatan ini.

Pengenalan R32.

R32_new refrigerant
Bahan pendingin ini mula digunakan pada tahun hadapan bagi menggantikan R410a kerana mempunyai sifat yang lebih baik dan lebih mesra alam. Selaras dengan itu pihak Jabatan Alam Sekitar telah mula menganjurkan seminar kepada jurutenik penyaman udara seperti dalam catatan lepas saya. R32 memiliki potensi pemanasan global 3 kali lebih rendah dibanding R410A, dianggap baik untuk alam sekitar dan telah digunakan di negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat. Bahan pendingin ini menggunakan minyak yang sama dengan R410a iaitu dari jenis minyak sintetik. Oleh itu bahan pendingin R32 boleh digunakan 100% dalam penyaman udara yang menggunakan R410a sebelum ini. Pengendalian juga lebih mudah kerana ia bukan campuran seperti R410a.

perbezaan R32,R410a&R22

Perbezaan R32, R410a dan R22.

Pengendalian Bahan Pendingin R410a Dalam Sistem Inverter.
Bahan pendingin yang gunakan pada masa kini samaada dalam sistem inverter atau non inverter. Pengendaliannya berbeza dengan R22, mempunyai tekanan 2 kali lebih tinggi dan menggunakan minyak sintetik. Oleh kerana tekanannya lebih tinggi berbanding R22, ketebalan tiub kuprum juga perlu lebih tinggi iaitu 0.61mm berbanding 0.51mm untuk R22. R410a adalah campuran gas R32 dan R125 dan prosedur masuk gas mestilah dalam dalam keadaan liquid.

Prosedur Pemasangan, Servis & Baikpulih SHARP Inverter.
Satu topik yang panjang dan memerlukan masa dan latihan untuk lebih faham. Pemasangan dan servis sama seperti jenama lain tetapi untuk mengesan error code dan baikpulih berbeza. Tuan puan pembaca boleh muaturun nota yang berkaitan di bawah.

Begitulah serba sedikit perkongsian dari latihan yang telah saya hadiri. Seperti yang saya catat di atas, masa terlalu singkat untuk memahami keseluruhan latihan. Namun jika ada kemusykilan saya sedia membantu. Komen dan pandangan anda amat dihargai.

sijil penyertaan

Sijil Penyertaan

cenderahati

Cenderahati dari pihak SHARP.

Muaturun:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Posted in Berita Semasa, Nota Penyaman Udara Tagged with: , , ,
3 comments on “SHARP Commercial Air-Conditioner Training 2016.
  1. Lan says:

    Mcne nk join khusus aircond sharp

  2. hafizuddin bin mohd sani@thani says:

    mcm mne nk join..bleh x cll no ni 017 9242985 hafiz

  3. azmen says:

    salam.. tuan boleh pm saya kejab 0123091871. urgent..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*