Permohonan SKM 2 & 3

Perkongsian langkah – langkah mendapatkan SKM 2 & 3 melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

1) Permohonan SKM secara PPT.

  • Mengunakan borang JPK/PPT/1001(P2) dah dihantar ke JPK Cyberjaya setelah lengkap.
  • Antara dokumen yang perlu disertakan dan disahkan ialah salinan kad pengenalan dan pengesahan pengalaman kerja.
  • Bayaran adalah RM300 untuk satu tahap.
borang permohonan
Borang Permohonan SKM JPK/PPT/1001(P2)

2) Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia.

  • Kursus ini perlulah dihadiri oleh semua calon sebagai pengenalan tentang SKM dan fungsi Jabatan Pembangunan Kemahiran.
  • Kursus ini banyak dianjurkan oleh sektor swasta dengan bayaran tertentu.
  • Saya telah menghadiri kursus ini pada 22 & 23 Ogos 2013 anjuran BPTV dan telah lulus.
induksi skm
Contoh Sijil Induksi Pentauliahan SKM
gambar induksi SKM
Kursus Induksi Pentauliahan SKM di Grand Continental, Kuala Terengganu

3) Surat Penugasan.

  • Selepas lulus kursus induksi, calon perlulah menunggu surat penugasan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran kepada calon.
  • Surat ini mengandungi arahan untuk membangunkan portfolio, no pendaftaran dan tempoh penilaian bagi permohonan Persijilan Kemahiran Malaysia.
  • Surat ini juga mengandungi maklumat pegawai penilai (PP) bagi calon tersebut.
  • Tempoh penilaian saya ialah 1 Mac 2014 hingga 30 April 2014 iaitu2 bulan. Dalam tempoh ini calon perlu membangunkan dan menyiapkan portfolio mengikut panduan yang diberi pegawai penilai (PP).
surat-penugasan
Surat Penugasan

4)Persediaan Fail & Borang – Borang Yang Berkaitan.

  • Fail yang digunakan adalah kulit putih bersaiz 2 inci. Saya menyediakan 2 fail iaitu Tahap 2 dan Tahap 3.
Contoh Fail Portfolio Calon SKM
Contoh Fail Portfolio Calon SKM
  • Isi kandungan fail adalah seperti dalam rajah di bawah.

Isi Kandungan Fail

  • Menyediakan fotostat sijil – sijil yang berkaitan dalam bidang yang di mohon. Salinan ini perlu dibuat nombor pada bahagian atas sebelah kanan.
sijil
Contoh Sijil – Sijil Yang Berkaitan
  • Membuat senarai tugas guru/tugas penyeliaan bengkel, Carta Organisasi Bengkel & Carta Organisasi Pusat Bertauliah (jika telah mendapat status pusat bertauliah).
  • Melengkapkan borang – borang yang berkaitan iaitu JPK/PPT/1002, JPK/PPT/1002A, JPK/PPT/1002C dan JPK/PPT/1003A. Borang JPK/PPT/1003A ini hendaklah dicetak menggunakan kertas pink dalam 3 salinan.

5) Pengesahan Pegawai Penilai Luar (PPL).

  • Pegawai penilai luar akan melawat tempat kerja calon untuk pengesahan bidang tugas. Dalam kes saya PP dan PPL hanya melihat fail portfolio sahaja.
  • Saya telah mendapat ulasan seperti berikut oleh PPL dan telah menerima sijil SKM.
SKM 2
Ulasan SKM 2
SKM 3
Ulasan SKM 3
sijil skm 3
Sijil SKM 3

6) Senarai softcopy berkaitan Permohonan SKM.

Jika ada masalah pada pautan muaturun di atas, pembaca boleh muaturun semua bahan melalui pautan ini: Portfolio SKM 2 & 3

7) Kemaskini (21/2/2016)

Oleh kerana ada yang bertanya lebih details berkaitan permohonan ini, maka pembaca boleh rujuk Presentation_Umum_PPT_-_Calon-latest yang di disediakan oleh pihak Jabatan Pembangunan  Kemahiran.

arrow

Klik SINI

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Print Friendly, PDF & Email