Perkongsian langkah – langkah mendapatkan SKM 2 & 3 melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
1) Permohonan SKM secara PPT.
- Mengunakan borang JPK/PPT/1001(P2) dah dihantar ke JPK Cyberjaya setelah lengkap.
- Antara dokumen yang perlu disertakan dan disahkan ialah salinan kad pengenalan dan pengesahan pengalaman kerja.
- Bayaran adalah RM300 untuk satu tahap.
2) Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia.
- Kursus ini perlulah dihadiri oleh semua calon sebagai pengenalan tentang SKM dan fungsi Jabatan Pembangunan Kemahiran.
- Kursus ini banyak dianjurkan oleh sektor swasta dengan bayaran tertentu.
- Saya telah menghadiri kursus ini pada 22 & 23 Ogos 2013 anjuran BPTV dan telah lulus.
3) Surat Penugasan.
- Selepas lulus kursus induksi, calon perlulah menunggu surat penugasan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran kepada calon.
- Surat ini mengandungi arahan untuk membangunkan portfolio, no pendaftaran dan tempoh penilaian bagi permohonan Persijilan Kemahiran Malaysia.
- Surat ini juga mengandungi maklumat pegawai penilai (PP) bagi calon tersebut.
- Tempoh penilaian saya ialah 1 Mac 2014 hingga 30 April 2014 iaitu2 bulan. Dalam tempoh ini calon perlu membangunkan dan menyiapkan portfolio mengikut panduan yang diberi pegawai penilai (PP).
4)Persediaan Fail & Borang – Borang Yang Berkaitan.
- Fail yang digunakan adalah kulit putih bersaiz 2 inci. Saya menyediakan 2 fail iaitu Tahap 2 dan Tahap 3.
- Isi kandungan fail adalah seperti dalam rajah di bawah.
Isi Kandungan Fail
- Menyediakan fotostat sijil – sijil yang berkaitan dalam bidang yang di mohon. Salinan ini perlu dibuat nombor pada bahagian atas sebelah kanan.
- Membuat senarai tugas guru/tugas penyeliaan bengkel, Carta Organisasi Bengkel & Carta Organisasi Pusat Bertauliah (jika telah mendapat status pusat bertauliah).
- Melengkapkan borang – borang yang berkaitan iaitu JPK/PPT/1002, JPK/PPT/1002A, JPK/PPT/1002C dan JPK/PPT/1003A. Borang JPK/PPT/1003A ini hendaklah dicetak menggunakan kertas pink dalam 3 salinan.
5) Pengesahan Pegawai Penilai Luar (PPL).
- Pegawai penilai luar akan melawat tempat kerja calon untuk pengesahan bidang tugas. Dalam kes saya PP dan PPL hanya melihat fail portfolio sahaja.
- Saya telah mendapat ulasan seperti berikut oleh PPL dan telah menerima sijil SKM.
6) Senarai softcopy berkaitan Permohonan SKM.
- Label Tepi Fail & Muka Depan Fail
- Borang Permohonan JPK/PPT/1001(P2)
- Contoh Surat Pengesahan Pengalaman Kerja/Pengesahan Majikan
- Isi Kandungan Fail/Susunan Portfolio Calon
- Senarai Tugas Guru/Tugas Penyeliaan Bengkel
- Carta Organisasi Bengkel
- Borang JPK/PPT/1002, JPK/PPT/1002A, JPK/PPT/1002C dan JPK/PPT/1003A.
- Surat Akuan Sumpah
- Job Profile Chart (Level 2 & 3)
Jika ada masalah pada pautan muaturun di atas, pembaca boleh muaturun semua bahan melalui pautan ini: Portfolio SKM 2 & 3
7) Kemaskini (21/2/2016)
Oleh kerana ada yang bertanya lebih details berkaitan permohonan ini, maka pembaca boleh rujuk Presentation_Umum_PPT_-_Calon-latest yang di disediakan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Salam..saya ada sijil penyaman udara tahap 2 tetapi saya tiada sijil skm dan macam mana saya nak mohon skm??
Wassalam. Boleh buat permohonan secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Saya perlu info
Cikgu jika saya dh Ada sijil Dari PPT adakah sijil tu boleh lg Di naik taraf lg.minta pencerahan
Boleh sambung ke peringkat DKM/DLKM. Rujuk laman web Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk maklumat lanjut.
Assalamualaikum..wbt,maaf ya cikgu,saya nak mohon bantuan dan bimbingan dalam penyediaan portfolio ni,walau sy dah baca panduan penyediaan tetapi saya masih blur,mohon bantu dan bimbing saya,
Terima kasih atas perhatian dan tindakan dari cikgu.
Salam. Apa yang saya boleh bantu saya telah kongsikan dalam catatan di atas. Jika ada kekurangan atau ketidakjelasan pada bahagian tertentu boleh terus hubungi saya. Cikpuan juga boleh merujuk kepada Pegawai Penilai (PP- PPT))seperti dalam surat penugasan. Ia mungkin sedikit berbeza dengan apa yang saya kongsikan.