Penyaman udara seperti juga mana – mana peralatan elektrik  yang lain akan mengalami masalah selepas beberapa tahun atau selepas tamat tempoh jaminan. Namun ada juga yang mengalami masalah sebelum tamat tempoh jaminan. Bagi kes seperti ini anda di sarankan untuk merujuk kembali kepada pusat servis / kedai elektrik di mana anda membeli peralatan tersebut. Masalah yang berlaku pada penyaman udara boleh membawa kepada 2 jenis kerosakan iaitu  kerosakan  major dan kerosakan minor.

i) Kerosakan major

Kerosakan major berlaku apabila pemampat unit penyaman udara tidak berfungsi lagi. Bagi kes ini pemampat tidak dapat dibaiki dan perlu diganti baru. Kos mengganti pemampat ini adalah tinggi dan melibatkan sebahagian besar kerja – kerja utama seperti silfosing, mengisi gas, vakum dan menguji kebocoran. Oleh itu di sarankan supaya keseluruhan unit ditukar baru.

ii) Kerosakan minor

Kerosakan minor boleh di baiki, di servis atau penggantian komponen yang tidak melibatkan kos terlalu tinggi. Bagi kes seperti ini anda boleh merujuk kepada juruteknik bertauliah untuk mengesan kerosakan tersebut dan membuat baikpulih.

Dalam bahagian ini saya akan menyenaraikan beberapa masalah yang kerap berlaku pada unit penyaman udara berdasarkan aduan dan pertanyaan kepada saya. Sekurang-kurangnya anda ada sedikit pengetahuan sebelum merujuk kepada juruteknik. Ada antara masalah yang mungkin anda boleh perbaiki sendiri dan ini tentunya akan menjimatkan kos anda!!

mengesan kerosakan unit pisah

a) Unit kurang sejuk.

Masalah ini berlaku apabila anda berasa bilik kurang sejuk, tidak seperti anda mula – mula membeli unit penyaman udara dahulu. Masalah ini memang biasa dan ia bukanlah kerosakan major yang saya maksudkan di atas. Pengguna biasanya akan beranggapan gas habis. Adakah teori ini benar?

Teori ini adalah TIDAK BENAR sama sekali. Unit kurang sejuk bukan berpunca dari gas habis, tetapi situasi gas habis akan membawa kepada unit langsung tidak sejuk seperti masalah kedua di bawah. Apa yang berlaku pada unit kurang sejuk ialah unit mungkin kekurangan gas dan ia perlu ditambah mengikut tekanan yang ditetapkan oleh juruteknik bertauliah. Ini boleh di lakukan semasa membuat kerja – kerja menservis dan tekanan standard gas ialah 70 psig.

Masalah unit kurang sejuk juga boleh berpunca dari penapis udara yang kotor, penyejat dan pemeluwap yang kotor dan juga kekotoran pada panel hadapan unit dalam. Bagi kes seperti ini apa yang perlu di lakukan ialah buat servis berkala setiap 6 bulan. Semua bahagian – bahagian yang dinyatakan perlu di cuci sehingga bersih menggunakan bahan kimia (jika perlu) dengan kos sekitar RM100 – RM150.

b) Unit tidak sejuk.

Jika anda berasa bilik langsung tidak sejuk, kemungkinan berlaku kebocoran pada sistem yang menyebabkan gas habis. Oleh itu, punca dan tempat kebocoran tersebut perlulah dikenalpasti dan dibaiki terlebih dahulu dan diteruskan dengan penambahan gas sehingga cukup. Kadang – kadang masalah ini juga berpunca dari kipas dalam (blower) yang tidak berpusing. Oleh itu anda dinasihati untuk set pada remote control blower speed kepada maksimum dan pilih mood cool. Jika masih ada masalah electronic board pada indoor perlu diperiksa.

c) Kipas luar tidak berpusing.

Terdapat unit penyaman udara yang mana kipas unit luar terus berpusing apabila unit penyaman udara di “ON”kan. Ada juga kipas berpusing apabila pemampat mula beroperasi. Kipas luar yang tidak berpusing menyebabkan kitar penyejukan tidak lengkap dimana proses pembebasan haba terhenti. Ini akan menyebabkan bilik tidak dapat disejukkan seperti yang dikehendaki.

Jika selepas 5 minit kipas luar masih tidak berpusing, terdapat masalah pada kapasitor motor kipas dan ia perlulah diganti. Rujuk Nota Prosedur PPU untuk cara – cara mengesan kapasitor yang rosak.

d) Air menitis pada unit dalam.

Masalah ini berlaku mungkin berpunca daripada penyejat yang kotor, saluran air tersumbat, unit tidak seimbang dan juga perbezaan haba yang terlalu tinggi antara dalam bilik dan luar bilik. Cadangan baikpulih ialah unit perlu diservis sebaik mungkin. Bagi mengurangkan perbezaan suhu, pastikan tingkap/pintu bilik ditutup rapat.

e) Air menitis di unit luar.

Ini bukanlah masalah utama selagi anda berasa bilik masih sejuk. Air yang menitis adalah dari proses kondensasi yang berlaku di pemeluwap dan ia adalah normal.

f) Bunyi bising pada unit luar.

Bunyi ini kemungkinan besar dari pemampat yang beroperasi semasa unit beroperasi. Jika ia berbunyi agak bising lebih dari biasa, anda perlulah “OFF” unit terlebih dahulu dan lakukan pemeriksaan pada unit luar.

g) Unit langsung tidak beroperasi.

Jika unit langsung tidak beroperasi dan lampu unit dalam tidak menyala setelah di tekan ‘remote’ kemungkinan besar ialah tiada bekalan kuasa atau berlaku trip. Anda perlu “ON” semula fius utama.

h) Unit dalam bunyi bising.

Saya ada menerima aduan seperti ini dan ia tentulah mengganggu anda. Lebih – lebih lagi pada waktu malam kerana boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk, anda perlu periksa dengan segera. Kemungkinan utama ialah blower tidak dipasang dengan betul.

 i) Remote tidak boleh “ON”

Masalah ini nampak mudah tetapi ia tetap berlaku. Cadangan saya ialah anda tukar bateri baru. Jika masih tidak boleh “ON” bolehlah beli remote baru..:)

Bacaan lanjut :

Sumber gambar : Google Image
Perbincangan/Maklumbalas seterusnya diruangan komen
Print Friendly, PDF & Email

1,732 comments on “Mengesan Kerosakan & Membaikpulih Penyaman Udara

  1. hai….saya nak tnya….kenapa aircond saya kejap2 kena restart…dia tidak trip di box db….dia asik2 tertendang button restart…harapnya bole la cik bantu saya

  2. Assalam cikgu kenapa ac sy x mnyala lampu dkt tulisan atau no tu..seblum ni ok je..mnta pencerahan..tq

  3. Salam cikgu, nk tanya..sy guna york model YWM5J10AAS-W inverter 1.0 di rumah..bila on dia keluar error code F12. Apa masalahnya cikgu? Terima kasih.

  4. Salam tuan..saya ada aircond gree 1hp non inverter..beberapa hari ini..saya dpt kesan bahawa kompresor tidak cut off dan jika saya off kan indoor unit..kompresor masih lagi berjalan dan menyebabkan titisan air di cooling coil menjadi beku..

  5. salam cikgu. sy ada soalan. rumah sy, bila on ekon tu, sy pegang cooling coil, hanya 1 bahagian shj sejuk. lagi dua bahagian xsejuk langsung. cooling coil ekon york ada 3 bhgn kan atas, tengah dan depan. biasa tak jumpa mslh mcm ni? terima kasih

  6. Assalamualaikum. Aircond bila on dia bunyi ‘beep’, tapi aircond tak berfungsi. Adakah masalah pcb board. Aircond ceiling exposed.

  7. salam, saya nak tanya ye. kenapa suhu aircond saya bila saya ubah suhu pastu dia akan balik ke 30c. adakah remote yg rosak? sebab saya dah ganti remote banyak kali

  8. Knpa.angin blower saya bunyi tinggi rendah macam angin laut menderu-deru,kipas blower pusing macam kejap laju sekejap perlahan !

  9. assalamualaikum..nak tny..bila on acond,blower x brgerak,dan blinking lampu hijau dan merah..kena tolak pkai jari bru bergerak..bru ok..kalau nasib x baik lepas tolak dgn jari,blower skejap je gerak x smp 1 sminit..pastu stop smula..dan acond ni bole speed 1 je,kalau turbo or speed 2 @ 3 blower akn stop n blinking hijau dan merah smula..so kena tolak guna jari lagi dan guna speed 1..dan bila blower brfungsi ada bunyi mcm mesin rumput tp x lah kuat mcm tu..untuk pengetahuan,blower bersih x kotor sbb sy cuci,acond ok sejuk..cuma blower tu jela slalu stop..

    • Wassalam. Cuba tukar kapasitor blower dahulu. Jika masalah berterusan mungkin motor blower tak berapa elok.

  10. Salam. Saya nak tanya kenapa ya aircond saya bunyi angin macam kuat. Dalam 2 ke 5sec angin bunyi kuat kenapa ya. Tapi aircond masih sejuk. 27c pn masih sejuk cuma bunyi angin kuat..

    • Wassalam. Bunyi angin dari blower tu biasalah. Mungkin cik setting HIGH FAN. Kalau bunyi pelik memang kena cek lah untuk tau masalah.

  11. Selepas saya servis aircond …dgn cara tembak air tanpa buka aircond… Aircond saya tidak berfungsi lansung… Apakah sebabnya

  12. Salam…sy nak tanya sikit kenapa bila sy on air cond syiling hidup sekejap jer..dalam 10saat mati dan tak hidup lagi…tekan off dan on semula pun tak boleh..tapi lampu di aircon syiling sentiasa nyala jer walaupun tekan off

    • Wassalam. Cek satu persatu indoor dan outdoor. Cuba hidupkan secara berasingan indoor dan outdoor untuk kenalpasti masalah di indoor atau outdoor. Kalau kedua2 elok cuba buat bypass. Masalah tersebut mungkin juga disebabkan IC Board.

  13. Salam tuan.
    Aircond tnjuk EC.. Sy guna jenama media.
    Secara manual sy dh on off plug dan cuba check wiring dlm unit indoor. tapi masih berlaku.. Apa puncanya ye?
    Ade kebarangkalian major issue ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *