Dokumen Standard Kurikulum

Dokumen Standard Kurikulum

Dokumen Standard Kurikulum (DSK) diperkenalkan bagi menggantikan Sukatan Pelajaran (SP) & Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). DSK mengandungi Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Kriteria Pencapaian (KP). Huraian lanjut berkaitan 3 komponen tersebut adalah seperti berikut:

  • Standard Kandungan – Merupakan penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
  • Standard Pembelajaran – Ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
  • Kriteria Pencapaian – Adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan.

Contoh DSK boleh rujuk di ruangan muaturun.

Core Abilities

core

Core Abilities bermaksud dokumen standard yang disediakan sebagai pelengkap kepada NOSS sedia ada bagi semua program latihan kemahiran untuk menjadikan pekerja di Malaysia lebih relevan, berdaya saing dan meningkatkan kebolehkerjaan (employability) dalam era globalisasi.

Ia juga meliputi kemahiran generik bagi membolehkan seseorang melibatkan diri secara efektif dalam pekerjaan.

Objektif :

Melengkapkan calon SKM dengan pengetahuan dan kebolehan teras selain daripada kemahiran dalam bidang yang diikuti.

Dokumen Core Abilities

  • National Competency Standard/ NCS Core Abilities boleh didapati di JPK dengan harga RM20.
  • Bahan pembelajaran bagi Core Abilities Tahap 1 hingga Tahap 4 boleh didapati secara percuma di JPK atau boleh download di ruangan muaturun.

Jangkamasa Minimum Latihan Teori & Amali

tahap

Perlaksanaan Core Abilities

  • Teori : Disampaikan oleh tenaga pengajar menggunakan Kertas Penerangan
  • Amali : Disampaikan oleh tenaga pengajar menggunakan Kertas Kerja

Fail Persediaan Mengajar

fail persediaan

Penggunaan ring-file bagi guru yang mengajar PAV merupakan sebahagian daripada pakej dalam Tranformasi Pendidikan Vokasional. Kandungan fail ini sama seperti dalam Buku Rekod Pengajaran, cuma terdapat beberapa perubahan seperti berikut:

  • Dokumen Standard Kandungan (DSK) – Menggantikan SP & HSP
  • Rancangan Sesi Latihan (RSL) – Menggantikan RPT
  • Rancangan Pengajaran (RP) – Menggantikan RPH

Untuk mendapatkan isi kandungan Fail Persediaan Mengajar boleh ke ruangan muaturun.

RSL & RP

RSL atau Rancangan Sesi Latihan diperkenalkan bagi menggantikan Rancangan Pengajaran Tahunan manakala RP atau Rancangan Pengajaran menggantikan Rancangan Pengajaran Harian. RSL merupakan rancangan pengajaran yang ringkas tetapi lebih spesifik dan jelas dalam rangka konsep pengajaran dan pembelajaran bercorak hands-on. RP adalah rancangan guru ketika sesi PdP di dalam kelas, bengkel dan makmal.

RSL dan RP

Untuk mendapatkan RSL & RP dalam format word boleh ke ruangan muaturun.