Product Training By Panasonic (M) Sdn Bhd.

Pada 8hb yang lepas saya berkesempatan mengikuti perbincangan teknikal dan demonstrasi baikpulih oleh pihak Panasonic berkaitan model terkini penyaman udara yang akan berada dipasaran kelak. Program ini anjuran bersama MACRA dan disertai lebih 40 peserta. Model ini diberi nama i-AUTO.X menggunakan bahan pendingin R410A dan 4 ciri baru dari segi rekabentuk iaitu:

  • Aerowings (twin flaps)
  • Larger Air Intake Grill
  • Honeycomb Design
  • Larger Remote Control
Panasonic (M) Sdn Bhd
Panasonic (M) Sdn Bhd

katalog
Katalog i-AUTO.X

new model presentation
Penerangan Oleh Wakil Panasonic

Selaras dengan Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC model baru ini menggunakan bahan pendingin R410A samaada inverter atau non – inventer. Sebelum itu saya cuba menerangkan ciri – ciri dalam model 2014 yang masih dikekalkan dalam model terbaru ini iaitu:

  • ECONAVI – mempunyai 2 sensor iaitu human activity sensor & sunlight sensor.
  • ECONAVI + INVERTER – memberi sehingga 65% penjimatan tenaga.
  • nanoe – G – menyahaktif 99% bakteria dan bau.
econavi inverter
ECONAVI + INVERTER

Dalam model terbaru ini (i-AUTO.X) 2 aspek utama ditekankan iaitu unit yang mampu memberi sejuk dengan cepat dan mengelak ketidakselesaan dari direct cooling. i-AUTO.X adalah 35% lebih cepat sejuk dengan teknologi P-TECh iaitu Panasonic Thermal Enhancement Technology. Selepas 10 minit i-AUTO.X di aktifkan aerowings (twin flap) akan mengarah udara sejuk ke atas secara automatik untuk mengelak ketidakselesaan dari direct cooling.

ptech
P-TECh

aerowings
Aerowings & Shower Cooling

intake grill & honeycomb
Larger Intake Grill & Honeycomb Design

cenderahati
Cenderahati dari MACRA & Panasonic. Terima Kasih!!

Di kesempatan yang lain saya akan berkongsi berkaitan demonstrasi baikpulih yang telah ditunjukkan dan aspek pendawaian yang memainkan peranan sangat penting kepada pengguna. Sila langgani newsfeed saya untuk tidak ketinggalan menerima catatan terkini dari cikgunas.

Permohonan Kad Hijau CIDB.

Kad hijau adalah kad yang dikeluarkan oleh CIDB bagi mendaftarkan semua pekerja yang terlibat di tapak bina. Tanpa kad hijau mereka tidak dibenarkan memasuki tapak binaan. Melalui kad ini seseorang personel itu dapat dikenalpasti bidang kerja serta tahap kemahiran yang dimilikinya.

Semua pemegang kad hijau akan mendapat manfaat antaranya seperti berikut:

  • Perlindungan Takaful selama tempoh kad hijau hidup, pada bila-bila masa di mana jua kita berada. Untuk bayaran RM 50.00, kad hijau akan hidup selama 2 tahun. Ini bermakna CIDB memberikan perlindungan takaful kepada anda dengan bayaran hanya RM 25.00 setahun!!
  • Perlindungan Takaful adalah untuk tempoh 24 jam sehari. Bermakna, perlindungan bukan hanya pada waktu bekerja tetapi juga di luar waktu bekerja.
  • Perlindungan Takaful bukan sahaja di Malaysia malah di mana-mana tempat di seluruh dunia. Contoh: Jika anda sebagai pemegang kad hijau CIDB, mengalami kemalangan maut ketika melancung di Australia, CIDB akan membayar pampasan kepada waris anda sebanyak RM 21,000.00.kelebihan kad cidb
  • Pemegang kad hijau juga akan menikmati potongan yuran sehingga 50% kepada kursus-kursus tertentu anjuran CIDB.
  • Pemegang kad hijau rakyat Malaysia, layak untuk mengikuti kursus percuma anjuran Akademi Binaan Malaysia.

Syarat-syarat tuntutan manfaat perlindungan:

  • Tuntutan dibuat oleh Pemilik/Penama yang sah menggunakan Borang UPPT-1 dengan lengkap.
  • Tuntutan hendaklah dibuat selewat – lewatnya 60 hari dari tarikh kejadian.

Pemohon akan mengikuti Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan bagi Personel Binaan selama satu hari samaada yang dikendalikan oleh CIDB atau pusat bertauliah.

Permohonan Online : https://smb.cidb.gov.my/

Kursus Induksi:

https://smb.cidb.gov.my/personnel/application/senaraikursus

Borang tuntutan insurans: Takaful

sijil induksi cidb
Sijil Kursus Induksi CIDB
kad cidb
Contoh Kad Hijau CIDB

Kemaskini 30/8/2017

i) Laman web baru untuk permohonan baru dan pembaharuan. Klik DAFTAR BARU

https://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/index.vbhtml

ii) Kadar bayaran untuk pembaharuan (maksima 5 tahun)

  • 1 tahun = RM25
  • 2 tahun = RM50
  • 3 tahun = RM75
  • 4 tahun = RM100
  • 5 tahun = RM125

Keperluan Dan Prosedur Pendaftaran Kontraktor (EBOOK)

Buku ini yang diterbitkan secara digital (ebook) dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia. Mengandungi maklumat lengkap berkaitan prosedur pendaftaran kontraktor, kelayakan pendaftaran dan tanggungjawab kontraktor berdaftar. Maklumat berkaitan syarikat konsortium/usahasama yang menjalankan sesuatu projek pembinaan di Malaysia juga dinyatakan dalam ebook ini.

Selain itu maklumat berkaitan permohonan SPKK iaitu Sijil Perolehan Kerja Kerajaan juga diberi. SSPK memperkenalkan 3 jenis sijil iaitu Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB). Untuk muaturun ebook ini, pembaca boleh klik link dibawah.

ebook cidb

KLIK SINI

Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC

Baru – baru ini saya ada menerima emel dari pihak MACRA berkaitan Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar. Antara pelan ini ialah larangan bagi membuat, memasang dan mengimport peralatan penyaman udara menggunakan HCFC yang berkapasiti 2.5 horse power (HP) dan ke bawah mulai Julai 2015. Strategi ini juga merupakan salah satu langkah bagi mengurangkan penggunaan HCFC 22 terutamanya untuk perkhidmatan penyelenggaraan memandangkan jumlah unit penyaman udara HCFC yang berkuasa 2.5 HP dan ke bawah yang digunakan di Malaysia adalah besar dan dijangka bertambah jika tiada kawalan.

Pembangunan bahan pendingin baharu berteknologi hijau dan semulajadi seperti Refrigeran Hidrokarbon (HC) juga sedang dibuat seperti yang dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan HVAC, ILP Kepala Batas November Lepas. Lampiran yang berkaitan adalah seperti berikut:

a) Surat Jabatan Alam Sekitar

b) Surat MACRA

HCFC
Contoh kandungan bahan pendingin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...