Seminar Pengenalan Sijil Kemahiran Malaysia Anjuran CIDB

seminar skm cidb

Seminar ini dianjurkan oleh CIDB seperti butiran berikut.

Tarikh : 29 NOV 2015
Anjuran: CIDB MALAYSIA
Tempat: THE ROYAL HOTEL, Jalan Walter Granier, KUALA LUMPUR,
Masa : 8.30 PAGI – 12.30 TENGAH HARI
Yuran : PERCUMA
Mata CCD : 10 MATA
Penyertaan : TERBUKA
Tarikh Tutup Penyertaan : 26 NOVEMBER 2015

Tentatif Program:

0800 – 0900 : Pendaftaran (CIDB)

0900 – 1030 : Taklimat Sijil Kemahiran Malaysia (JPK)

1030 – 1100  : Minum Pagi (CIDB)

1100 – 1230  : Taklimat Sijil Kemahiran Malaysia (JPK)

1230 – 1400 : Makan Tengahari

1400 : Sesi tamat

  • tepat tertakluk kepada 70 peserta terawal mendaftar
  • sijil kehadiran akan diberikan sebaik sahaja tamat seminar
  • makan, minum dan cenderahati disediakan
  • pihak CIDB akan menghubungi peserta seminar bagi pengesahan tempat

Segala pertanyaan boleh hubungi:

En Mohd Azry bin Mohd Ariffin

Tel: 03-4047 7327  

Fax : 03-4047 7310

Emel :  azryariffin@cidb.gov.my

Maklumat lanjut dan borang penyertaan : https://goo.gl/9zfaIp. Fax atau emel borang penyertaan kepada pegawai berkenaan. Untuk memohon kad hijau CIDB sila rujuk catatan lepas saya di sini.

Permohonan Kad Hijau CIDB.

Kad hijau adalah kad yang dikeluarkan oleh CIDB bagi mendaftarkan semua pekerja yang terlibat di tapak bina. Tanpa kad hijau mereka tidak dibenarkan memasuki tapak binaan. Melalui kad ini seseorang personel itu dapat dikenalpasti bidang kerja serta tahap kemahiran yang dimilikinya.

Semua pemegang kad hijau akan mendapat manfaat antaranya seperti berikut:

  • Perlindungan Takaful selama tempoh kad hijau hidup, pada bila-bila masa di mana jua kita berada. Untuk bayaran RM 50.00, kad hijau akan hidup selama 2 tahun. Ini bermakna CIDB memberikan perlindungan takaful kepada anda dengan bayaran hanya RM 25.00 setahun!!
  • Perlindungan Takaful adalah untuk tempoh 24 jam sehari. Bermakna, perlindungan bukan hanya pada waktu bekerja tetapi juga di luar waktu bekerja.
  • Perlindungan Takaful bukan sahaja di Malaysia malah di mana-mana tempat di seluruh dunia. Contoh: Jika anda sebagai pemegang kad hijau CIDB, mengalami kemalangan maut ketika melancung di Australia, CIDB akan membayar pampasan kepada waris anda sebanyak RM 21,000.00.kelebihan kad cidb
  • Pemegang kad hijau juga akan menikmati potongan yuran sehingga 50% kepada kursus-kursus tertentu anjuran CIDB.
  • Pemegang kad hijau rakyat Malaysia, layak untuk mengikuti kursus percuma anjuran Akademi Binaan Malaysia.

Syarat-syarat tuntutan manfaat perlindungan:

  • Tuntutan dibuat oleh Pemilik/Penama yang sah menggunakan Borang UPPT-1 dengan lengkap.
  • Tuntutan hendaklah dibuat selewat – lewatnya 60 hari dari tarikh kejadian.

Pemohon akan mengikuti Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan bagi Personel Binaan selama satu hari samaada yang dikendalikan oleh CIDB atau pusat bertauliah.

Permohonan Online : https://smb.cidb.gov.my/

Kursus Induksi:

https://smb.cidb.gov.my/personnel/application/senaraikursus

Borang tuntutan insurans: Takaful

sijil induksi cidb
Sijil Kursus Induksi CIDB
kad cidb
Contoh Kad Hijau CIDB

Kemaskini 30/8/2017

i) Laman web baru untuk permohonan baru dan pembaharuan. Klik DAFTAR BARU

https://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/index.vbhtml

ii) Kadar bayaran untuk pembaharuan (maksima 5 tahun)

  • 1 tahun = RM25
  • 2 tahun = RM50
  • 3 tahun = RM75
  • 4 tahun = RM100
  • 5 tahun = RM125

Keperluan Dan Prosedur Pendaftaran Kontraktor (EBOOK)

Buku ini yang diterbitkan secara digital (ebook) dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia. Mengandungi maklumat lengkap berkaitan prosedur pendaftaran kontraktor, kelayakan pendaftaran dan tanggungjawab kontraktor berdaftar. Maklumat berkaitan syarikat konsortium/usahasama yang menjalankan sesuatu projek pembinaan di Malaysia juga dinyatakan dalam ebook ini.

Selain itu maklumat berkaitan permohonan SPKK iaitu Sijil Perolehan Kerja Kerajaan juga diberi. SSPK memperkenalkan 3 jenis sijil iaitu Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PKK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB). Untuk muaturun ebook ini, pembaca boleh klik link dibawah.

ebook cidb

KLIK SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...