Dalam tajuk ini saya akan huraikan cara mengira kos elektrik apabila anda menggunakan penyaman udara. Ada banyak sumber dan cara mengira yang mungkin anda telah jumpa di internet. Semua kaedah pengiraan adalah secara anggaran sahaja. Kos sebenar bergantung juga kepada cara anda menggunakan penyaman udara tersebut.

Saya berikan contoh penyaman udara yang lama tidak diservis akan menjadikan bil elektrik anda lebih tinggi kerana unit tersebut terpaksa bekerja lebih lama untuk mencapai suhu yang telah ditetapkan. Kapasiti pendinginan berkurangan kerana unit tersebut kotor. Oleh itu pastikan unit penyaman udara anda diservis secara berkala dengan betul bagi mengelakkan peningkatan bil elektrik dan kerosakan pada penyaman udara.

Kaedah 1 – Kaedah HP

HP x 0.746 kWj x kadar elektrik oleh pihak berkuasa x jumlah jam digunakan sehari.

Kaedah 2 – Kuasa Penyaman Udara Dalam Watt

Contoh kuasa pemampat ialah 950 Watt. Tukar kepada kWj.

950/1000 = 0.95 kWj

0.95 x kadar elektrik oleh pihak berkuasa x jumlah jam digunakan sehari.

Kedua – dua kaedah diatas adalah anggaran kos untuk sehari sahaja. Bagi mendapatkan kos sebulan anda perlulah darab 30 hari. Sila rujuk kepada jadual tariff untuk mendapatkan kadar elektrik yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Terdapat perbezaan tariff antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Print Friendly, PDF & Email

60 comments on “Bagaimana Mengira Kos Elektrik?

  1. Assalamualaikum cikgu nak tanya 1hp bersamaan 950/1000 kalau 1.5 hp atau 2.5 hp berapa watt?

    • Wassalam. Rujuk pada nameplate pada unit tersebut. Nilai tersebut adalah kuasa pemampat sahaja.

  2. Assalammualaikum cikgu mohon pertolongan kalau cikgu tidak keberatan dibawah ini ada senarai perkakasan saya mohon cikgu berikan dlm kilowatt mengikut kebiasaannya :

    Aircond 1hp =
    Aircond 1.5hp =
    Aircond 2.5hp =
    Water pump =
    Peti sejuk restoran=
    Ice maker =
    Peti frozen. =

  3. Assalam.cg..saya ada mesin vendding…kuasa 240v…jadi..mesin on bermula jam 1200 dan mati pada jam 0700 pagi..setiap hari..jadi kiraanya bape…rm dlm sebulan cg…

    • Salam tn. Cek semula berapa Watt mesin tersebut. Yang tuan bagi tu voltan. Jika ada nilai Watt kita blh kira kos guna rumus di atas.

  4. salam ,saya nak tanya penggunaan water pump.. dia ada tulis.. kat water pump ..AC220-240V 50HZ 7.2W ..penggunaan saya 24jam …selama 30hari (sebulan) ..mohon bantuan pengiraan

    • Salam
      Kuasa (kWj) X kadar elektrik oleh pihak berkuasa X jumlah jam digunakan sehari.

      (7.2/1000) X RM 0.218 X 24 = RM0.04

      Untuk sebulan = RM0.04 X 30 = RM1.13

  5. assalammualaikum cikgu

    meminta jasa baik cikgu bagaimana untuk mengira kos penggunaan electrik air handler unit (AHU).model Trane ttv500b/raup 500

  6. Hi, kira2 brapa anggaran kos untuk satu majlis live band (gitar elektrik 3, speaker 4, microphone 2) yg beroperasi selama 8 jam? Maaf, itu je details yg dpt saya berikan, tuan..

    • Guna rumus diatas. Berapa jam digunakan sehari? berapa lama digunakan. Rujuk diatas, rajin2 lah membaca.

  7. Salam..sy nak tahu bagaimana pengiraan penggunaan elektrik bagi aircond 1.0 horsepower, 2.5 horsepower dan 4.0 horsepower..
    Mohon pencerahan..
    T.kasih..

  8. Sy nak tanya cara pengiraan penggunaan elektrik perjam bagi aircon 1horsepower,2.5 horsepower dan 4.0 horsepower..terima kasih..

  9. Salam cikgu, saya ingin mengetahui bagaimana cara pengiraan kos electric sekiranya saya mangambil ampere. Contohnya WCPU R:74A Y:79A B:74A. Bagaimana hendak mengubahnya menjadi kwh. Pengunaan selama 1 jam.

  10. salam cikgu, saya nak tanya macam mana nak kira penggunaan motor elektrik contoh macam swimmimg pool pump yang beroperasi setiap hari 9 jam? ada formula x? mintak bantuan cikgu

  11. As salam cikgu,

    Mohon pencerahan pengiraan. Dalam bilik pejabat saya terdapat 2 unit air cond 5HP. Beroperasi selama 9 jam/22 hari.

    • Salam.
      Mengikut rumus: HP x 0.746 kWj x kadar elektrik oleh pihak berkuasa x jumlah jam digunakan sehari.

      Oleh itu: 5HP X 0.746kWj X RM 0.218 X 9 = RM7.32
      Untuk 22 hari = RM7.32 X 22 = RM161.04
      Untuk 2 unit = RM161.04 X 2 = RM322.08

      • salam cikgu
        saya ada menggunakan aircond berkuasa 55 Watt dan digunakan selama 10 jam sehari.
        Mohon jasa baik cikgu bantu saya membuat kiraan.
        terima kasih cikgu.
        sabah area.

    • 4 compressor 2 run 18.7 & 2 run 16.8 ampere ditambah dengan kekuatan fan motor 11kw. Boleh beri contoh pengiraan yang sesuai.?

  12. As Salam Cigku Nas,

    Saya Zulham Adha, saya ada menyewa satu kontena yang dijadikan cold room berkapasiti 7hp. Minta jasabaik Cikgu Nas untuk menerangkan cara pengiraan penggunaan elektrik selama satu bulan dan kontena cold room tersebut beroperasi 24 jam tanpa henti selama sebulan.

    Terima Kasih.

    • Salam,
      Boleh guna rumus dalam Kaedah 1 diatas.

      HP x 0.746 kWj x kadar elektrik oleh pihak berkuasa x jumlah jam digunakan sehari.
      = 7 x 0.746 x 0.218 x 24
      = RM 27.32 sehari

      Untuk 30 hari = RM 27.32 x 30 = RM 819.60

  13. Salam cg,
    Bagaimana perkiraan jika aircond 1HP digunakan selama 150 jam dalam tempoh sebulan?bagaimana perkiraannya?

    • Salam. Aircond 1HP mempunyai beban antara 850Watt ke 950Watt. Saya anggap aircond tersebut mempunyai beban 950Watt dan digunakan 5 jam sehari.
      Pertama, kira jumlah penggunaan tenaga dalam unit kWj:
      kWj = (950/1000) W x 5 j = 4.75 kWj

      Kedua, kira kos tenaga:
      Kos tenaga = 4.75 kWj x RM 0.218 = RM 1.04 (rujuk kadar tarif ini)
      Oleh itu kos selama sebulan (30 hari) ialah:
      RM 1.04 x 30 = RM 31.20

  14. Saya nak tanya adakah kuasa 1 penyaman udara 2hp sama dgn 2 penyaman udara 1.5hp+1hp? Dan bagaimana kos nya pula

    • Kuasa tidak sama. Keperluan kuasa ini bergantung kepada kapasiti pendinginan yang diperlukan oleh bilik tersebut. Kos juga berbeza mengikut kuasa dan jenama. Lebih tinggi kuasa lebih mahal.

  15. Mcm mana nak convert watts yg digunakan dirumah kemudian ditukarkan dgn microfarad…peralatan dirumah…7 k/angin…2 p/sejuk…2 w/heater…10 lampu kalimantan…2 tv

  16. Slam cikgu nas.. tolong bagi nasihat..kenapa aircond brand panasonic saya selepas kurangkan gas dari 100 ke 70 tiba2 x sampai sehari kompresor outdoor kacau..on x sampai 5 minit stop..blower indoor ok..adakah cut problem..tq sifu..

  17. Assalamualaikum cikgu…

    Saya nak tanya bagaimana nak kira kos penggunaan elektrik untuk situasi ini :

    – Sistem water cooled chiller mempunyai 2 x 300TR chiller.
    – Guna selama 9 jam sehari
    – Jadi bagaimana nak kira kos penggunaan elektrik?

    Terima kasih.

    • Salam. Berdasarkan maklumat 300TR chiller tersebut, tn perlu dapatkan berapa penggunaan dalam kiloWatt dahulu mengikut spesifikasi chiller berkenaan. Mengikut perkiraan saya di LAMAN WEB INI, nilai kW ialah

      = 1055.06kW
      Untuk spesifikasi yang diberi = 2 x 1055.06kW = 2110.12 kW

      Seterusnya 2110.12 x kadar elektrik oleh pihak berkuasa x jumlah jam digunakan sehari.
      = 2110.12 x RM0.218 x 9 = RM4140.06 sehari

      Kaedah 2 : Rumus pertama dalam nota diatas:

      i) Tukar kW kepada HP menggunakan laman web yang sama = 2829.7HP
      ii) 2829.7 x 0.746kWj x RM0.218 x 9 = RM4141.70 sehari

      Begitulah serba sedikit pemahaman saya. Anggaran ini adalah minima kerana nilai RM0.218 adalah tarif TNB untuk 200kWj pertama sahaja. Nilai sebenar jauh lebih tinggi.

  18. Assalamualaikum cikgu.. saya ada soalan .. mcm mana nak kira kos untuk satu cucuk sate kalau tenaga yang digunakan 24 watt/ inch square ? boleh ke saya gunakan kaedah yang sama?

    • Salam. Rumus untuk kos penggunaan elektrik adalah tetap seperti di atas. Cikpuan kira sahaja berdasarkan kuasa/tenaga (Watt) yang digunakan berdasarkan kaedah di atas. Terima Kasih.

  19. salam..saya nak tanya cikgu bagaimana nak membuat perbandingan antara lampu florocent 36 watt dan lampu led T5 28watt. boleh tak cikgu ajar saya untuk membuat kiraan pengunaan dlm kwh.

    • Salam. Kuasa yang lebih kecil bermakna penggunaan tenaga lebih rendah. Ini bermakna lampu LED lebih jimat.

      Untuk mengira kos penggunaan elektrik, tn boleh ikut mana-mana kaedah diatas. Contoh untuk lampu 28Watt:

      28/1000 X kadar penggunaan elektrik pihak berkuasa X jumlah jam digunakan.

      Harap dapat membantu tuan.

  20. Assalamualaikum

    Apa khabar
    minta tolong cg kira kadar pengunaan electrc
    machine air.machine ini beroparasi 24jam

    Electrical characteristics

    Power supply 240V single-phase
    Out put 580 W Fuse 10A

    Mohon pencerahan
    Din

    • Wsalam.
      i) Kira jumlah penggunaan tenaga dalam kWj
      = (580/1000) x 24 jam = 13.92kWj
      ii) Kos tenaga = 13.92 x RM0.218 (kadar
      semenanjung) = RM3.03
      iii) Untuk 30 hari = RM3.03 x 30 = RM91.04

      Harap dapat membantu tuan. Sebagai bacaan tambahan tn boleh download ebook percuma di bahagian Rahsia Jimat Elektrik

      • adakah anda tahu membuat code dalam visual basic…?
        maksud saya buat program Calculator Bill electric (Domestic Mode)

        ini idea saya..saya ada banyak idea boleh buat wang!…
        PROGRAMMA 18Years

      • Cikgu..

        Kalau input 560watt dan pengunaan hanya utk masa 30min. Macam mana saya nak kira.

        • i) Kira jumlah penggunaan tenaga dalam kWj
          = (560/1000) x 0.5 jam = 0.28kWj
          ii) Kos tenaga = 0.28 x RM0.218 (kadar
          semenanjung) = RM0.06

          Nilai ini akan didarab dengan bilangan hari alat tersebut digunakan.

      • 13.92kwj perday x 30day = 417.6 kwj permonth..

        Drp 417.6 kwj barulah dapat dikira kos sebenar menggunakan rate tnb kn??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *