Air Cooler

Air Cooler

Air Cooler berbeza dengan unit penyaman udara mudah alih. Perbezaan utama adalah Air Cooler tidak mempunyai pemampat dan tidak menggunakan apa-apa jenis bahan pendingin. Air Cooler menggunakan konsep penyejatan air untuk merendahkan suhu bilik. Terdapat pam air dalam unit untuk merenjiskan (sprinkle) udara yang berkelembapan lebih tinggi dan bersuhu lebih rendah dari udara masuk. Ini akan membuat pengguna berasa lebih sejuk.

 

Konsep Penyejatan Air & Peredaran Udara

http://www.blaircool.com , http://www.iosis.com.my

Air Cooler juga dilengkapi dengan kipas penghembus di mana kelajuan boleh di laras kepada High, Medium dan Low. Pada harga kurang RM500 adakah ia berbaloi untuk mendapat suhu lebih rendah dan keselesaan seperti penyaman udara?

Berikut sedikit ulasan berkaitan Air Cooler hasil pembacaan saya dari forum dan google:

  • Air Cooler dapat membantu mendapat suhu lebih rendah tetapi tidak sama seperti penyaman udara sehingga 18ºC. Suhu bilik hanya turun sekitar 3ºC – 5 ºC.
  • Agak berbaloi digunakan pada ruang atau bilik yang besar bersama-sama dengan unit penyaman udara.
  • Membantu mengelak masalah kulit kering.

Maklumbalas: info@cikgunas.net

12 comments on “Air Cooler
  1. mat says:

    kelemahan air cooler pump mudah rosak saya pakai air cooler dah lama beli kat singer rm 300 klau tidor dalam bilik suai tak terasa panas klau rajin bubuh ketulan ais batu

  2. jefri zen says:

    air cooler dgn air purifier ni sama ke? ke lain ada beza?
    tanya sbb nk beli lah satu. boleh sejukkan rumah. takot tersalah beli hehe

  3. tan sri says:

    kalau tak silap aku ada beza la skit tp fngsi nya lbih kurang sama je. mnyejukkan udara. hehe. kau nk bli yg mana?

    • jefri zen says:

      itula. hehe. aku ingt nk psg aircond kt umah. tp takut mahal pulak. tu yg tukar plan nk pakai air cooler ke aircord portable ke. hehe

  4. mem kecik says:

    rasanya aircodn skrg tak mahal sgt dah.sbb bnyk promosi ada. mcm courts, senq, senheng la aeon la apa lg. hahaha. g je mana2 suka, pastu pilih beli.

  5. tan sri says:

    betul tu @cikgunas & @mem kecik. kalau rajin cari bnyk je tmpat yg jual murah. mcm kt courts. diorg buat promosi cooling fair 2015. sampai 20hb september ni. sampai lusa. bnyk brand yg ada. bukan stakat air cond je. kipas ada, peti sejuk ada. segala bnda yg menyejukkan kot. haha

    • jefri zen says:

      sampai ari ahad ni maknanya sempat lagi la aku nk g tgk. sbb ari mnggu ni cuti. free pulak tu takde function. hehe. kalau btul murah boleh sambar terus. naseb baek umah dekat dah ngan courts sri damansara.

  6. Niena says:

    nak tanya, penggunaan air cooler ni akn meningkatkan bil elektrik x?sbb ada yg ckp pki air cooler kuat guna elektrik.

    • cikgunas says:

      Barang elektrik apa sekalipun akan memberi kesan pada bil. Bergantung pada kebijaksanaan anda menggunakannya..;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*